You are on page 1of 25

TITAS MPU (3213)

ASSIGNMENT 2 2019

KADAZAN-DUSUN
MS SITI NURAKMAR

GROUP MEMBERS ID NUMBERS COURSE


110117301 BACHELOR IN MECHANICAL
THARJENDRA PRASARD ENGINEERING
THOMAS
BAHASHINI 1103173013 BACHELOR IN CHEMICAL
VENGADASALAM ENGINEERING
SASTRI PIILLAY 1102192001 BACHELOR IN CIVIL
SUNDRANATHAN ENGINEERING

PARVENKUMAR RAVI 1106192001 BACHELOR IN COMPUTER


SCIENCE
1107183009 BACHELOR IN
MATHUMITHA BIOTECHNOLOGY
VEJAYAKKUMAR
1103183003 BACHELOR IN CHEMICAL
GAITRI SARAVANAN ENGINEERING
TEVENRAN SEGALINGAM 1102183001 BACHELOR IN CIVIL
ENGINEERING
KADAZANDUSUN

KANDUNGAN HALAMAN
I. PENDAHULUAN 3

II. BUDAYA 4-5

III. AGAMA DAN KEPERCAYAAN 6-8

IV. MAKANAN TRADISI ETNIK 9-10

V. ASAL USUL ETNIK KADAZAN 11-12

VI. GAYA HIDUP DAN KETURUNAN 13-14

VII. BAHASA 15

VIII. HASIL SENI DAN KRAF 16-18

IX. KEPERCAYAAN AGAMA 19

X. EKONOMI 20

XI. PENGABUNGAN KAUM 21-22

XII. DILEMMA IDENTITI 23

XIII. KESIMPULAN 24

XIV. RUJUKAN 25
2
KADAZANDUSUN

PENDAHULUAN
Sabah merupakan sebuah negeri yang unik kerana mempunyai banyak kumpulan etnik
yang mempunyai agama dan budaya tersendiri. Setiap kumpulan etnik ini masih kukuh dengan
identiti masing-masing. Antara kumpulan etnik majoriti ialah Kadazandusun, Murut dan Bajau,
manakala etnik minoriti pula ialah Iranun, Bisaya, Suluk, Kedayan, Orang Sungai dan banyak
lagi. (Mariappan & Perodong, 2012) Walaupun terdapat pelbagai agama, bahasa sukuan, adat
dan kepercayaan yang berbeza, hubungan komunikasi antara kelompok pelbagai etnik di Sabah
tidak terhalang. kekuatan pengaruh peninggalan nenek moyang terbukti dalam keunikan corak
hidup, budaya serta pegangan kepercayaan etnik Kadazandusun. Kebudayaan ada peranannya
sendiri dalam proses mengukuhkan perpaduan bangsa Warisan budaya boleh dilihat dalam
pelbagai bidang. (Abu Bakar, 2012) Warisan budaya dapat dilihat melalui bidang kesenian
seperti seni muzik, seni tari, seni drama, teater, sastera dan sebagainya, adat istiadat pula dapat
dilihat melalui kaedah yang berhubung dengan budaya seperti kesusilaan, kebiasaan
masyarakat, istiadat, upacara negara dan sebagainya. Sistem bahasa termasuk lisan dan tulisan,
dan pendidikan baik formal atau informal menunjukkan warisan sesebuah budaya. Dalam
kebudayaan dan warisan peralatan hidup pakaian, perumahan, peralatan rumah tangga, senjata,
alat perhubungan, alatan muzik dan sebagainya dirangkumi. (Abu Bakar, 2012)

3
KADAZANDUSUN

BUDAYA
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada
buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong
dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang
dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. (Sabah, n.d.) Gong merupakan tulang
belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir
kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut
keperluan masyarakat setempat. Gong boleh
didapati di seluruh negeri Sabah dan
mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan
pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku
kaum Rungus di Kudat ada membuat gong
yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang
dibeli di sini. Gong yang lebih popular
mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari
Filipina, Indonesia atau Berunei. (Sabah, n.d.)
Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan kira-kira
seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri.
Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara jenis tarian suku
kaum Kadazandusun di Sabah adalah seperti Liliput, Menangkuk, Mogunatip, Mongigol
Sumundai, Paina, Sumayau (Mongigol Tuaran), Sumazau Papar, Sumazau Penampang dan
Titikas. Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara
berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada
badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah
semangat orang itu kembali ke badannya. Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun
dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat
padi. Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini
biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi. (Sabah,
n.d.)

4
KADAZANDUSUN
Ritual padi yang dilakukan berasaskan kepada kepercayaan terhadap Semangat Padi yang
merupakan roh anak perempuan Kinoingan iaitu Tuhan Pencipta Kadazan tradisional. Dengan
ingatan dan pelbagai ritual yang dilakukan semangat padi akan memastikan masyarakat
mendapat hasil tuaian yang lumayan. Persembahan yang dilakukan dalam ritual padi dengan
menyediakan pelbagai bentuk sajian makanan, minuman, muzik serta tarian pada setiap
peringkat penanaman padi iaitu buka tanah, semai benih, bajak sawah, memindah semaian,
menghalau semangat jahat dan perosak, memberi sajian kepada semangat penjaga rumah dan
semangat padi, mengasingkan padi rosak, mengikat pokok padi, menuai, membersihkan padi
dan membawa pulang Bambaazon, buat benih baru dan ritual kesyukuran padi. Kesemua
proses tersebut dilaksanakan oleh pakar ritual iaitu Bobohizan dengan penuh tertib dan sebagai
balasannya petani tidak akan diganggu oleh para semangat di alam spiritual dan padi
boleh diusahakan dengan jayanya dan mendapat hasil tuaian yang lumayan (Hussin, 2007)

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak
turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di
kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing.
Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan
tradisi Kaum Kadazandusun. Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan
kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan (
Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang
merah , limau kapas dan garam. Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, sup manuk lihing atau
lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu, sangat sesuai untuk wanita
yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh
didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk
tempatan. Selain daripada itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan
'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian
makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah
satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. (Sabah, n.d.)

5
KADAZANDUSUN

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Kebanyakan orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animisma, sebelum kedatangan
British. Mereka percaya kepada alam semulajadi. Setiap pokok, tumbuhan dan haiwan
mempunyai kekuatannya. Itulah sebabnya orang berfahaman animism menyembah alam
sekitar. Selepas kedatangan British pada pertengahan kurun ke 19, orang Kadazan mula
menganut agama Kristian. Mubaligh Kristian mengembangkan agama Kristian di Sabah.
Golongan paderi di Sabah tidak lagi diambil dari luar. Kebanyakannya terdiri daripada anak
tempatan. Gereja-gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat ibadat. (Saaid & Malek,
1995)
Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang
teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah
melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan
kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran dan kematian.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi
Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut

6
KADAZANDUSUN
sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. (On & Fee, 2012)
Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi,
dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi
kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Ketika
pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain
menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman
istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau
Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. (On & Fee, 2012)

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:
Kinoringan (Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali
manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah
meninggal), dan Rogon (semangat jahat). Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi
merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon,
(On & Fee, 2012) disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan.
Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang
mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai
dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan
kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi
padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung
dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang
kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun
'mikiompit'. (Saaid & Malek, 1995)

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang
suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan
mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.
(Saaid & Malek, 1995) Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan
kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air
disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-
roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan
malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan

7
KADAZANDUSUN
rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak
asal. Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil
kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah
(sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik
sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.
(Nassir, et al., 2017)

Seperti masyarakat lain, masyarakat Kadazan percaya kepada semangat dan makhluk halus.
Berbagai upacara dilakukan bagi memenuhi kehendak semangat dan makhluk halus. Upacara
ini dilakukan oleh bomoh dan dukun. (Nassir, et al., 2017) Di antara pantang larang masyarakat
Kadazan ialah semasa kematian, anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apaapa
pekerjaan. Menanam padi amat dilarang. Semasa hari kelahiran seseorang bayi, sahabat handai
tidak boleh berkunjung ke rumah itu kecuali saudara mara terdekat. “Watu” persumpahan
merupakan batu besar yang diletakkan di tengah sawah. Ia berusia berates tahun dan tidak boleh
diubah. Ia merupakan satu perjanjian antara peneroka tanah itu dahulu dengan hantu dan
syaitan. Tengkorak dianggap sebagai harta pustaka turun temurun. Mereka mewarisi adat
potong kepala. Sesiapa yang mempunyai banyak tengorak dianggap kuat dan mulia. Tengorak
ini mestilah djaga dengan baik dan ada pantang larangnya. Tidak boleh mempermainkan
semangat padi. Jika semangat padi diganggu, hasil tuaian akan berkurangan.

8
KADAZANDUSUN

MAKANAN TRADISI ETNIK


Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum.
Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya terdapat pelbagai
jenis hidangan semasa musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun
iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya kaum Kadazandusun yang tinggal di
kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana
keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan
sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-
buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah
memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga
puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan
persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak
turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal
di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-
makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum
Kadazan.HinavaHinava merupakan
makanan yang paling popular di kalangan
kaum Kadazan. Istilah Hinava merupakan
masak tanpa menggunakan api. Biasanya
Hinava dihidangkan semasa majlis – majlis
tertentu seperti majlis perkahwinan. Ia juga
akan menjadi hidangan istimewa semasa
sambutan Pesta Keamatan atau Tadau
Keamatan.

9
KADAZANDUSUN
Noomsom

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis
Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular
ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau.

Sup Manuk Lihing

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang
diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing'
di kalangan kaum Kadazan dan hirisan halia. Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan
ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin.

10
KADAZANDUSUN

ASAL USUL ETNIK KADAZAN

Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal
daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan
pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,Bagahak, Dusun
Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus,Orang Sungai, Kuijau,
Tambanuo, dan sebagainya.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari
penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar,
Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga dilembah bukit di Ranau,
Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma.
Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan
bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal(mendiami)


daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota
Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan,Sugut, Paitan dan
Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, merekamenganut agama Islam
11
KADAZANDUSUN
manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-
agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan
negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli,Telipok dan dan sedikit di Kota Belud
(Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang
mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada
masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami
pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta
beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun,
perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dankasar. Beza antara
bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

12
KADAZANDUSUN

GAYA HIDUP DAN KETURUNAN

Kadazan pada asalnya petani atau ahli pertanian, ramai yang telah berhijrah ke pusat-pusat
bandar dan telah menjadi tokoh penting dalam perkhidmatan awam dan profesion lain. Di
kawasan pedalaman, penanaman padi adalah pendudukan yang paling biasa, walaupun,
dengan pengenalan tanaman tunai lain seperti getah dan kopi, ini mungkin berubah. Di
kawasan berbukit, sesetengah Kadazan masih mengamalkan penanaman padi beralih. Walau
bagaimanapun, ini secara beransur-ansur hilang. Usaha kerajaan untuk memodenkan dan
memperbaiki status sosioekonomi membolehkan Kadazan menjadi sebahagian daripada
masyarakat arus perdana. Akibatnya, beberapa daripada mereka kini menjadi pemimpin
politik, usahawan dan profesional.

Bagi meleraikan stres golongan etnik ini mengadakan aktiviti berenang di sungai dan
memanjat pokok popular di kalangan kanak-kanak. Hari ini, kedua-dua kanak-kanak dan
orang dewasa semakin berkenalan dengan sukan seperti bola sepak, bola tampar, dan bola
keranjang. Pada petang, selepas mereka pulang dari ladang mereka, mereka berkumpul untuk
bermain di halaman.

13
KADAZANDUSUN
Terdapat pelbagai jenis hiburan yang dapat dinikmati oleh kaum ini dan Jenis hiburan atau
rekreasi yang dinikmati bergantung kepada tempat mereka. Kadazan di kawasan bandar
mempunyai akses mudah ke filem, televisyen, dan lain-lain dan bentuk hiburan mereka
sangat berbeza daripada Kadazan yang masih hidup di kampung. Muzik, lagu, dan tarian
tradisional adalah beberapa bentuk hiburan yang masih sangat popular di kampung. Walau
bagaimanapun, televisyen dan video menjadi satu bentuk hiburan yang semakin meluas di
kampung-kampung di Sabah.

Dalam seisi keluarga pula ia terdiri daripada suami, isteri, dan anak-anak mereka.
Kadangkala sesebuah keluarga termasuk ahli keluarga lain, seperti datuk nenek, paman, dan
ibu saudara. Peranan utama wanita adalah untuk membesarkan anak-anaknya dan melihat
setiap hari bahawa keluarga mempunyai makanan yang cukup untuk dimakan. Dia

bertanggungjawab untuk mengumpul sayur-sayuran hutan seperti puncak paku, cendawan,


dan daun muda untuk petang, sementara suaminya menyumbang ikan atau daging ke pot.
Setiap petang isteri bertanggungjawab menyediakan makanan yang baik untuk
keluarganya.Seperti kebanyakan kastam perkahwinan asli di Borneo, perkahwinan Kadazan
sangat monogamous. Perzinaan yang dilakukan oleh suami atau isteri sangat dihukum.Sebuah
keluarga boleh menghidupkan ayam, babi, anjing, dan kucing bukan sebagai haiwan
peliharaan tetapi untuk keperluan lain. Babi, itik, dan ayam diternak untuk kegunaan
domestik, sementara anjing dipelihara untuk memburu dan kucing untuk mengejar atau
membunuh tikus-tikus di rumah dan ladang.

Terdapat banyak lagi yang boleh diulaskan tentang gaya hidup golongan Kadazan tetapi yang
telah dibincangkan adalah perkara-perkara utama yang perlu diiktiraf. Kesimpulanya, kaum
Kadazan mengimplementasi kehidupan yang tidak jauh beza daripada golongan di
Semenanjung dan sebagai warga Malaysia kita seharusnya melihat dan merasai sengan diri
sendiri kehidupan mereka jika ada masa lapang dari belajar atau bekerja.

14
KADAZANDUSUN

BAHASA
bahasa Kadazan adalah bahasa ibunda masyarakat Kadazan.bahasa Melayu dan enhlish
adalah y banyak digunakan selain daripada bahasa ibunda mereka. Melayu mereka sedikit
berbeza dengan intonasi mereka kerana fakta bahawa Kalimantan adalah sempadan
mereka. Kadazan mempunyai dua dialek yang Tangara dan Bundu-liwak mana kedua-dua
dialek berbeza pronouncation dan makna. Penceramah aktif bahasa Kadazan adalah mereka
yang selama-hari pra-kemerdekaan. Sebaliknya, perubahan bahasa adalah kebimbangan
utama kerana sistem pendidikan berpusat di mana Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah
menjadi bahasa utama dan digunakan secara meluas di kalangan generasi muda. Mengapa ini
perubahan bahasa? Ini adalah disebabkan oleh keperluan permohonan kerja, yang
memerlukan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai utama sama ada di sektor swasta
atau kerajaan. Dalam usaha untuk memelihara bahasa, beberapa langkah boleh
diambil. Pertama, pelaksanaan bahasa perlu dilakukan di sekolah-sekolah bagi semua
peringkat. Kedua, bahan-bahan sokongan seperti buku perlu diberikan untuk membantu
generasi muda meningkatkan bahasa. Ketiga, bengkel dan kursus boleh dijalankan dalam
bahasa Kadazan untuk meningkatkan profisiensi. Akhir sekali, untuk ini langkah di atas
untuk dilakukan, guru mesti belajar bagaimana untuk bercakap dengan fasih dalam bahasa
Kadazan kerana mereka memainkan peranan yang besar juga. Guru perlu dilatih oleh guru
atau profesor yang mahir dan mahir dalam bahasa Kadazan. Ini adalah supaya bahasa yang
indah ini boleh diturunkan kepada generasi akan datang

15
KADAZANDUSUN

HASIL SENI DAN KRAF

Penghasilan seni tangan masyarakat Sabah bergantung pada sumber alam sekitar dan
keperluan dari segi budaya. Sebagai contohnya, sirung. Sirung merupakan sejenis topi yang
diperbuat dari rotan dan buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan
hujan. Bentuk topi seseorang dapat menunjukkan asalan daerah seseorang itu. Seni anyaman
seperti Mogah dan Dastar amat popular di kalangan kaum wanita.

Renago pula adalah sejenis bekas yang diperbuat


oleh gulungan tumbuhan lias dengan lingkong,
sejenis rumput. Wakid, sejenis bakul yang
diperbuat dari rotan, buluh, dan kulit pokok.
Wakid amat berguna untuk kaum Kadzandusun
bagi menjalankan aktiviti harian mereka.
Contohnya, mereka boleh menyimpan buah- buahan dan hasil kutipan mereka.

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah
penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi
dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu,
Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi,
sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman
Sabah.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami)
daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota
Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan
Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai
yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain
seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian.
Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka
hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa

16
KADAZANDUSUN

keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang
jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan
mental.

Istilah Kadazandusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta
beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun,
perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara
bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. Seni dan
Kraf tangan yang dihasil daripada etnik-etnik yang kecil ini digunakan untuk tujuan yang
sama walaupun mereka mempunyai ciri-ciri yang lain.

Terdapat pandangan, manusia zaman dahulu mempunyai banyak masa lapang


membolehkan mereka menghasilkan barangan untuk kegunaan harian mereka dan seterusnya
menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian mereka.Sikap kreatif menghasilkan rekaan
dan bahan mentah yang mudah diperoleh membantu menghasilkan pelbagai produk kegunaan
harian.Penghasilan pelbagai kraftangan disebabkan oleh kepentingannya dalam
mempengaruhi budaya dan adat resam etnik berkenaan kerana penggunaannya dalam upacara
majlis perkahwinan, ritual dan adat-adat etnik berkenaan. Reka corak, motif atau pengunaan
bahan kraftangan sesuatu etnik banyak diilhamkan daripada kehidupan seharian mereka.
Kepelbagaian perolehan bahan mentah yang banyak di persekitaran etnik turut
mempengaruhi penghasilan produk kraf tangan dalam kegunaan harian mereka. Walaupun
penghasilan motif sesuatu seni bergantung kepada daya kreativiti seseorang pengkarya tetapi
ilham motif tersebut kebanyakan dipengaruhi oleh pandangan hidup masyarakat dari mana
asalnya dan keadaan persekitaran

17
KADAZANDUSUN

semasa. Corak budaya sesebuah masyarakat berkait rapat dengan


kepercayaan,pekerjaan dan alam sekeliling mereka
sekalian.Merupakan sebuah negeri yang kaya dengan warisan
budaya silamnya. Kewujudan pelbagai etnik melebihi 35 suku
kaum menjadikan Sabah sebagai tempat yang masih
menampilkan berbagai-bagai ragam etnik. Setiap etnik
mempunyai amalan kebudayaan,kepercayaan, adat resam dan
agama, sistem politik dan petempatan serta warisan seni yang
berbeza. Keunikan budaya suku-suku etnik jelas kelihatan
melalui kepelbagaian kesenian seperti kraf tangan, anyaman,
tenunan, alat muzik dan pakaian. Unsur-unsur budaya yang
diwarisi oleh masyarakat tradisional di Sabah menampilkan satu kepercayaan terhadap sistem
adat yang menjadi landasan dalam kehidupan mereka. Sudah menjadi kebiasaan dalam
kehidupan masyarakat tradisional bahawa wujud hubungan yang erat antara masyarakat
mereka dengan alam semesta. Perkara inilah yang telah mempengaruhi dan menular dalam
motif-motif kraf tangan masyarakat tradisional di Sabah yang memberi gambaran terhadap
pengaruh kosmos.Kosmos dalam konteks ini merupakan gabungan idea yang teratur atau
sistem pemikiran yang tersusun yang disebut sebagai ‘pandangan terhadap dunia’ serta
hubungan dengan persekitaran. Masyarakat Sabah menghasilkan menghasilkan motifmotif
tertentu melalui kehalusan kerja tangan mereka dalam pembuatan peralatan kegunaan harian
seperti pertukangan kayu untuk perhiasan.

18
KADAZANDUSUN

KEPERCAYAAN AGAMA
Sebelum kedatangan agama monoteisme iaitu agama Islam dan Kristian, orang Dusun
dianggap Pagan iaitu orang yang menganut kepercayaan animisme. Malah sehingga kini, masih
lagi terdapat orang Dusun Pagan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Masyarakat Kadazandusun
sememangnya bersifat homogen berbanding dengan keadaan mereka masakini. Mereka
menggunakan satu bahasa, mempunyai satu budaya dan berpegang kepada satu anutan.10
Walau bagaimanapun, masyarakat Kadazandusun menjadi semakin kompleks kerana faktor-
faktor seperti perubahan budaya, adaptasi kepada ekosistem yang berbeza-beza dan kesan
daripada kemasukan budaya asing yang telah menyumbang kepada pembentukan budaya yang
pelbagai bentuk seperti yang wujud sekarang. Budaya asing yang telah memberikan impak
yang dominan ke atas perubahan budaya masyarakat Kadazandusun ialah kebudayaan
masyarakat Cina, Islam dan Barat (Kristian). Dipercayai kedatangan budaya asing tersebut
telah banyak mempengaruhi masyarakat Kadazandusun dalam hal-hal yang berkaitan dengan
keagamaan, pendidikan, kaedah pertanian, pemilikan tanah dan pembinaan rumah.

Kehidupan awal Kadazandusun diwarnai dengan corak kepercayaan animisme yang mengakui
kewujudan Tuhan yang bernama Kinorohingan. Tuhan ini dipercayai mempunyai kuasa
mencipta manusia. Tuhan ini juga mempunyai pelbagai nama yang berbeza mengikut etnik dan
tempat sesuatu suku itu berada. Bagi orang Dusun Tambunan, Tuhan mereka bernama
Minomugun dan isterinya bernama Suminundu dan kedua-dua tuhan ini dipercayai telah
mencipta manusia dari tanah, di mana tanah itu adalah sebahagian daripada roh Tuhan yang
dikenali dengan nama Bisagit. Orang Dusun Lotud di Tuaran pula percaya Tuhan mereka
bernama Kinorohingan dan isterinya bernama Umunsumundu. Tuhan mereka dipercayai
kononnya telah mencipta adat istiadat orang Dusun Lotud serentak dengan penciptaan langit
dan bumi serta isi kandungannya. Manusia pula dicipta daripada campuran rombituon muru-
puru (gugusan bintang tujuh) dan Garau Ngadau (pusat matahari) serta kulit Kondingau (kulit
kayu manis). Manakala bagi orang Dusun Ranau, kuasa Kinorohingan tidak jauh berbeza
dengan kuasa yang dimiliki oleh Tuhan Dusun-Tambunan dan Tuhan orang Dusun Lotud di
Tuaran. Kinorohingan bagi orang Dusun Ranau tidak mempunyai isteri dan hidup bersendirian.
Orang Dusun di Ranau percaya bahawa terdapat dua kuasa bertentangan yang wujud dalam
kehidupan mereka iaitu kuasa kebaikan dan kuasa kejahatan. Kedua-dua kuasa ini dinamakan
Minomorun dan Rogon.

19
KADAZANDUSUN

EKONOMI
komuniti ekonomi Kadazan di Sabah sering mengaitkan diri mereka sebagai petani
terutamanya sebagai ladang tanaman. Pertanian escalates, kelapa sawit adalah sumber utama
pengeksportan seperti yang kita lihat, pengeksportan minyak sawit memainkan peranan
penting dalam meningkatkan ekonomi negara tetapi tidak masyarakat Kadazan. Walaupun
mekar tanaman komersial ini, masyarakat Kadazan tidak pernah melepaskan tradisi mereka
iaitu pertanian. Sebaliknya, tanpa mengira tanaman ini perdagangan dan pertanian yang
membantu ekonomi, faktor lain juga memainkan peranan utama yang
pembandaran. Mengapa pembandaran? Bagaimanakah perbandaran menyumbang masyarakat
Kadazan? Seperti yang kita lihat, dalam hal ehwal negeri semasa sektor-sektor moden dan
pembuatan yang berkembang pesat mewujudkan gaji yang tinggi tetapi kekurangan tenaga
kerja. Ini adalah kerana masyarakat Kadazan yang dinyatakan di atas mengaitkan diri mereka
sebagai petani dan lebih suka penuaian tanaman. Apa yang berlaku apabila komuniti ini tidak
boleh digunakan dalam sektor-sektor? Ia membawa kepada pendatang haram jadi ini
pendatang tanpa izin dapat bekerja dalam sektor perladangan, sektor pembinaan dan juga
lain-lain pekerjaan yang dibayar rendah. Ini menyebabkan peningkatan pendatang tanpa izin,
dengan itu, mereka dibayar lebih rendah memandangkan kurangnya pengetahuan. Oleh
kerana get kurang insentif ini petani itu memaksa mereka untuk mencari pekerjaan dalam
sektor moden dan pembuatan. Dengan cara masyarakat Kadazan menyumbang kepada
ekonomi dengan bekerja dalam industri pembuatan dan industri pertanian kerana ini adalah
sumber utama dan ruji makanan di setiap isi rumah.
Orang dari Kadazan Dusun yang memberi tumpuan sebagai tradisi petani di pantai barat
seperti Kudat, Tempasuk, Tuaran, Penampang, Papar, gunung dan lembah di Ranau,
Tambunan dan Keningau. Beras penanaman dan beras, ubi kayu dan tembakau, mereka
mengamalkan pertanian pantas. Memancing, memburu dan mengumpul tanaman dan buah-
buahan liar semasa menaikkan ternakan.
Peralatan yang digunakan untuk:
• Pertanian: ragus, kon, bahaya, gagamas, gamed, guyudan, pelbagai, Bosung, rilibu
• perikanan: tundalo, IUD, Bangkalan, Tambong, perangkap badan
• penternakan: lukung, gading
• Memburu: sopuk, tuwil, GABA, Sungul, balatik dan Perkhidmatan, mandul, ramok,
rungkasip, tabpai, sodic, tungkakub, pimpig, tawos.

20
KADAZANDUSUN

PENGABUNGAN KAUM
KADAZAN DAN KAUM DUSUN
Isu identiti dalam kalangan masyarakat Kadazandusun telah berlaku sebelum penubuhan Malaysia
lagi. Istilah ‘Kadazan’ diketengahkan oleh Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) sewaktu proses
pembentukan Malaysia kerana beliau yakin ia dapat menyatukan pribumi bukan Islam dan lebih
bersifat positif dari segi istilahnya berbanding perkataan ‘Dusun’ yang dianggap mempunyai konotasi
yang negatif. Secara literalnya, Dusun merujuk kepada kebun dan oleh itu ianya dikaitkan dengan
kemunduran, primitif, jauh ketinggalan malah pemikiran yang sempit dan tidak dinamik (Sabihah
Osman, 1986).Berbeza pula dengan perkataan ‘Kadazan’ yang menggambarkan kemajuan dan moden
disamping mengketengahkan darjat sosio-ekonomi yang progresif (Sabihah Osman, 2008).

Istilah ‘Kadazan’ telah mendapat tentangan daripada etnik Dusun dan etnik lain seperti Murut dan
seterusnya membawa kepada penubuhan parti politik United Nasional Pasok Momogun (Pasok
Momogun) yang dipimpin oleh G.S Sundang dan Datu Idan Kari (ibid).

Menurut Mohamad Yaakub (1989) keengganan etnik Dusun menerima istilah ‘Kadazan’ telah
menyebabkan kontroversi dalam kalangan pribumi Kadazan dan Dusun yang berlarutan lebih kurang
30 tahun (dipetik dalam Suraya Sintang, 2003).

Namun, dalam kesibukan ke arah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, isu identiti senyap
seketika sehinggalah gugusan Malaysia menjadi realiti.

Bagaimanapun, isu identiti kembali diperdebatkan pada tahun 1980an apabila berlakunya konflik
bersifat peribadi di antara Joseph Pairin dan Mark Koding. Kedua-dua pemimpin politik ini merupakan
presiden persatuan kebudayaan iaitu Pairin mengetuai persatuan kebudayaan Kadazan atau dikenali
sebagai Kadazan Cultural Association (KCA) manakala Mark Koding merupakan presiden United Sabah
Dusun Association (USDA).

KCA bertekad untuk menggunakan istilah Kadazan kerana ianya dikatakan betul secara sejarahnya
tetapi USDA pula tetap dengan pendiriannya bahawa istilah yang tepat adalah Dusun (Arnold & Tony,
2011).

Pairin menyedari bahawa isu identiti ini boleh menjejaskan sokongan terhadap beliau khususnya dari
kalangan etnik Dusun maka pada 5 November 1989, delegasi KCA sebulat suara bersetuju meminda

21
KADAZANDUSUN
nama KCA kepada Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) sempena konferensi Kadazan Cultural
Association Fifth Biennial.

Dengan adaptasi perkataan ‘Dusun’ di dalam KDCA, ianya merupakan permulaan baru bagi identiti
etnik negeri ini dan menyahkan tanggapan bahawa KCA hanyalah khusus untuk Kadazan (Reid, A.,
1997). Istilah Kadazandusun turut dipersetujui untuk merujuk masyarakat Kadazan, Dusun serta etnik-
etnik lain seperti yang tersenarai di dalam Perlembagaan KDCA.

Usaha KDCA dalam menyelesaikan isu identiti tetap tidak mendapat menamatkan isu ini dipolemikan.
The Kadazan Sabah Society (KSS) membantah istilah Kadazandusun dan hanya Kadazan atau Dusun
yang harus digunapakai.

Presiden KSS, Marcel Leiking menyatakan there is no such thing as a Kadazandusun race, but there are
Kadazans and there are Dusuns and each deserve equal respects (Daily Express, 23 Ogos 2018). Turut
tidak berpuashati dengan penggunaan istilah Kadazandusun ialah masyarakat Murut, Rungus dan
etnik-etnik lain.

Susulan dengan perkembangan isu label Kadazandusun, maka istilah ini diubah lagi kepada
Kadazandusu Murut (KDM) dan seterusnyanya Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR).

Versi istilah KD, KDM dan KDMR ini tidak menyelesaikan polemik identiti dalam kalangan masyarakat
Dusunik, Murutik dan Paitanik malah membawa kepada kekeliruan identiti serta menimbulkan
ketidakpuasan hati kepada etnik-etnik lain terdiri daripada kumpulan yang sama.

22
KADAZANDUSUN

DILEMMA IDENTITI
Meskipun istilah Kadazandusun sudah meluas penggunaannya untuk merujuk
kepada masyarakat Dusunik, Murutik dan Paitanik namun ianya masih mendapat tentangan
daripada etnik-etnik yang merasakan ianya tidak mengambarkan identiti asal mereka.

Cadangan untuk memperkenalkan istilah ‘Momogun’ pula masih belum dapat dipersetujui
disebabkan oleh bantahan daripada pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pemimpin
persatuan kebudayaan etnik dan juga ahli-ahli politik yang mengambil kesempatan untuk
menjadikan isu identiti sebagai modal politik mereka.

Persatuan MNC telah mengambil langkah kehadapan dengan mengadakan Konvensyen


Nasional Momogun 2016 untuk mendapatkan input dan seterusnya persetujuan daripada
perwakilan yang mewakili persatuan dan kebudayaan etnik masing-masing.

Ini turut dilihat sebagai endorsement terhadap resolusi-resolusi yang dicapai dalam konvensyen
tersebut. Namun begitu, sehingga hari ini belum ada suatu keputusan pun yang dicapai
mahupun dipersetujui untuk menamatkan polemik identiti antara Kadazandusun atau
‘Momogun’.

Malah kebangkitan persatuan-persatuan yang mewakili etnik masing-masing seperti Persatuan


Kimaragang Sabah Bersatu, Persatuan Tobilung Bersatu Sabah, Persatuan Sino Kadazan
Dusun Murut Sabah, Pertubuhan
Tindal Bersatu Sabah dan Persatuan
Bangsa Tombinuo Sabah mulai
mengetengahkan penggunaan identiti
etnik asal mereka.

Perkembangan ini sudah pasti


mempunyai implikasi pelbagai sama
ada baik ataupun negatif khususnya
dalam konteks penyatuan etnik dan
pembinaan negara bangsa.

23
KADAZANDUSUN

KESIMPULAN
Secara kesimpulannys, komuniti Kadazan sangat dominan di kalangan masyarakat Sabah yang
lain dalam pelbagai aspek kehidupan di negeri Sabah. Peralihan dan evolusi budaya yang
mempengaruhi aspek ritual dan juga usaha penerusan tradisi lama serta pembentukan identiti
melalui pementasan Kaamatan menyerlahkan dominasi mereka. Manakala pengaruh dalam
aspek lain pula adalah persembahan tarian sumazau yang telah diangkat dan diterima sebagai
tarian komunal komuniti Kadazan yang ditarikan bersama-sama dalam setiap kali perayaan
Kaamatan dan majlis-majlis keramaian lain. Muzik dan tarian sumazau ini juga turut
mempengaruhi penciptaan lagu-lagu popular di Sabah. Hampir kesemua lagu popular yang
dicipta oleh pemuzik dan pencipta lagu di Sabah mengikut rentak sumazau tersebut. Pakaian
tradisi Kadazan juga diterima antara salah satu jenis pakaian yang sering dipakai untuk majlis-
majlis rasmi. Jelas bahawa identifikasi untuk memperkenalkan identiti mereka melalui
pementasan Kaamatan adalah sangat fleksibel dan boleh berubah secara spontan mengikut
tempat, kedudukan dan keselesaan. Walaupun pementasan identiti komuniti ini berubah secara
dinamik dengan mengambil kira pelbagai sudut tetapi apa yang pasti komuniti Kadazan secara
langsung telah memainkan peranan paling penting dan begitu dominan untuk memartabatkan
Kadazan sebagai komuniti yang dikenali dan disanjung bukan sahaja di peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan tetapi juga di persada dunia.

24
KADAZANDUSUN

RUJUKAN

1. Abu Bakar, A. L. (2012). Jati Diri Dan Patriotisme. Tanjong Malim, Perak: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

2. Hussin, H. (2007). RITUAL, IDENTITI DAN PERUBAHANDI PANTAI BARAT

SABAH: PENGALAMANKOMUNITI KADAZAN PENAMPANG. Jati, 12(December),

189–210.

3. Arena Wati (1978). Dusun Satu Tinjauan Dalam Konteks Kepercayaan, Kultus dan Hukum

Adat di Sabah. Kota Kinabalu:Yayasan Sabah.

4. D., R. M. (1998). Kadazan. Kuala Lumpur: Pustaka Printis.

5. Nassir, N., Low, K. O., Ibrahim, I., & Hussin, S. (2017). Unsur Kepercayaan dan Kearifan

Tempatan dalam Memorat Perubatan Tradisional Etnik Murut Tahol di

Sabah. Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities, 24(2), 59–88. doi:

10.21315/kajh2017.24.2.3

6. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/dilema-identiti-masyarakat-dusunik-murutik-

dan-paitanik-di-sabah-1.953096

7. https://ejournal.um.edu.my › JUD › article ›

25

You might also like