You are on page 1of 4

LAPORAN UJIAN

SEGAK 1

SK JELI 2

2018
SEKOLAH KEBANGSAAN JELI 2,
JALAN HOSPITAL, 17600 JELI,
KELANTAN.

LAPORAN UJIAN SEGAK (1) 2018

Tarikh : 26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018


Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 7.50 pagi hingga 12.00 pagi.
Tempat : Dewan SK Jeli 2.

Atur Cara
7.45 pagi - Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.
8.00 pagi - Senamrobik/Memanaskan badan.
8.45 pagi - Taklimat ringkas.
9.00 pagi - Murid mengisi borang individu SEGAK.
(Tahun 4, 5 dan 6)
- Murid melaksanakan Ujian SEGAK mengikut Stesen.
-Stesen 1 – Ukur Tinggi dan Berat
-Stesen 2 – Jangkauan Meluunjur
10.00 pagi - Rehat.
10.30 tgh. - Murid melaksanakan Ujian SEGAK mengikut Stesen.
-Stesen 3 – Tekan Tubi
-Stesen 4 – Ringkuk Tubi Separa
-Stesen 5 – Naik Turun Bangku
Laporan Ujian SEGAK.

1.0 Laporan Pentadbiran Ujian (Pentadbir)

SEGAK merupakan singkatan daripada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang


digunakan untuk menilai kecergasan pelajar. Satu ujian segak telah dijalankan dalam masa 3
hari iaitu pada tanggal 26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018 di bilik Dewan SKJ2. Ujian SEGAK
telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu oleh kerana faktor kekangan
masa. Pada hari pertama (Isnin), murid yang terlibat dengan ujian ini ialah murid tahun 6
(Zamrud, Delima &Nilam), manakala pada hari kedua pula murid tahun 5 (Zamrud, Delima &
Nilam) yang terlibat. Dan pada hari terakhir iaitu hari ketiga, semua murid tahun 4 (Delima,
Zamrud & Nilam) pula yang terlibat dengan ujian ini. Antara ujian-ujian telah dijalankan adalah
seperti Indeks Jisim Badan, Naik turun bangku 3 minit, Tekan tubi, Ringkuk tubi separa dan
jangkauan melunjur.

Terdapat 3 fasa yang dinilai semasa pentadbiran ujian SEGAK ini iaitu fasa persediaan ,
fasa pelaksanaan dan fasa penutup. Bagi fasa persediaan kami meyediakan alatan ujian seperti
borang, span, jam randik, kalkulator, tilam, alat jangkauan melunjur,bangku,penimbang berat,
pengukur tinggi dan metronome. Lokasi ujian yang dipilih sesuai kerana berada di tempat yang
selamat iaitu permukaan yang rata dan tidak licin. Norma ujian juga telah saya sediakan kepada
pelaku sebagai rujukan. Di setiap stesen juga telah saya letakkan penanda yang menunjukkan
pelaku berada di stesen yang mana. Ini adalah bagi memudahkan pergerakan pelaku serta
kelihatan lebih tersusun dan sistematik. Sebagai penambahbaikkan, norma ujian perlu ditampal
di stesen ujian untuk rujukan supaya pelaku boleh melihat dengan sekaligus dapat
mengenalpasti skor yang baik sebelum melakukan ujian.

Ketua Panitia PJPK sebagai pentadbir ujian telah memberikan taklimat terlebih dahulu
terhadap pelaku tentang beberapa langkah keselamatan yang perlu dipatuhi agar pelaku dapat
mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini. Setelah ujian indeks jisim badan,
pentadbir akan menyuruh pelaku untuk memanaskan badan. Selepas ujian segak tamat,
pentadbir melihat pelaku tidak membuat regangan menyejukkan badan. Bagi penambahbaikan,
pada masa akan datang, pentadbir akan menyuruh pelaku untuk menyejukkan badan terlebih
dahulu sebaik sahaja tamat sesi ujian SEGAK. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
kecederaan pada anggota badan si pelaku.
2.0 Lampiran bergambar.

You might also like