You are on page 1of 2

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam

yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab
Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan
bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

P
pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun
60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)
yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja
Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu,


kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat
masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

P
ada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan
binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia

Y
.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang
DiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17
Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia
pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun
1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM
telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi
Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM
dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-
Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh
Malaysia.
S
kuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan
penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-
kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan
program ziarah hospital.

P
PIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi
pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon
Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

P
ada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah
Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah
berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos
2005.

P
ada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi
oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang
tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 -
2011.

You might also like