You are on page 1of 2

Program Jom Ke Sekolah 2017

Untuk memulakan perhimpunan pada pagi ini, sila berdiri


tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan
Lagu Sekolah. Para hadirin diminta duduk .

Yang dihormati Pegawai Perhubungan Sekolah, En. Sarjan


Raimi Bin Mohd Nizam, Pengerusi PIBG SJKC Hau Lim, Encik Tan
Chiow Tian, Ahli Jawatankuasa PIBG En. Hirzan Izady bin Hamza,
Yang Berusaha Guru Besar SJKC Hau Lim, En. Chan Yau Waa,
guru-guru dan murid-murid, selamat sejahtera dan salam Satu
Malaysia.

Terlebih dahulu, majlis mempersilakan murid Harith dan


Hadif untuk bacaan doa.

Seterusnya, majlis mempersilakan wakil murid Gan Jing


Xuan untuk membaca ikrar murid.

Seterusnya, majlis menjemput Pegawai Perhubungan


Sekolah, En. Sarjan Raimi Bin Mohd Nizam untuk membaca text
Perutusan KPN, PDRM. Dipersilakan. Terima kasih.

Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SJKC Hau Lim,


En. Chan untuk membaca text Perutusan KPPM, KPM dan
seterusnya merasmikan Program Jom Ke Sekolah.
Dipersilakan.Terima kasih.

Perhimpunan ini akan berakhir dengan Perasmian Peti


Aduan Murid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Pengerusi PIBG, En Tan Chiow Tian dan Ahlli Jawatankuasa PIBG
En Hirzan Izady bin Hamza untuk mengiringi En. Sarjan Raimi Bin
Mohd Nizam dan Guru Besar SJKC Hau Lim, En. Chan untuk
merasmikan Peti Aduan Murid.

Sekarang, majlis akan mengadakan upacara penyampaian


cenderahati. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru
Besar SJKC Hau Lim untuk menyampaikan cenderahati kepada
pegawai Perhubungan Sekolah En. Sarjan Raimi Bin Nizam.
Terima kasih.

You might also like