You are on page 1of 4

(WATAK DALAM FORUM INI HANYA REKAAN)

SKRIP FORUM (MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA)

Pengacara(P): Mohd Ruzaini


Ahli Panel 1(A1): Taufik Isyhamudin
Ahli Panel 2(A2): Mohd Hafiz

P : Assalamualaikum dan selamat pagi. Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa
kini kian meruncing seperti yang dapat kita dapat lihat melalui media massa kini terdapat banyak
kes jenayah yang melibatkan para remaja telah berlaku daripada sekadar memontang kelad
hinggalah kesanggupan untuk membunuh insan lain dan hal ini telah membawa kepada pelbagai
masalah samaada dari segi sosio masyarakat dan juga ekonomi negara. Oleh itu, bersama kita
pada pagi ini bagi membincangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah dua orang
doktor terkemuka iaitu Dr.Hafiz dan Dr.Taufik. DR.hafiz merupakan pakar motivasi diri dan beliau
juga merupakan penceramah motivasi diri dan telah berceramah hingga ke luar negara manakala
Dr.Taufik pula merupakan pakar psikologi daripada HUKM dan beliau telah terlibat dalam
pemulihan akhlak di Pusat Pemulihan Akhlak, Cheras.

P : Pada pandangan Dr.Taufik, Apakah penyebab masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ini
berlaku.

A1 : Pada pandangan saya, faktor utama kepada berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan
remaja adalah disebabkan daripada pengaruh media. Media pada masa kini banyak
memaparkan unsur lucah dan ganas yang mana telah membawa pengaruh negatif dalam diri
remaja. Terdapat juaga ceriata yang pada asalnya bertujuan untuk mendidik tentang keburukan
dan akibat daripada gejala negatif seperti Bohsia, KL menjerit, dan KL drift sebaliknya umpama
keris makan tuan mendedahkan lagi remaja kepada unsur negatif. Dalam dunia tanpa sempada
mudah untuk para remaja mendapatkan akses kepada bahan negatif contohnya melalui internet
yang mana tidak terdapat sebarang penapisan yang boleh digunakan bagi mengawal penyebaran
unsur lucah dan keganasan dalam kalangan remaja.

P : Pada pandangan Dr.Hafiz pula, Apakah mungkin lagi penyebab kepada berlakunya masalah
sosial dalam kalangan remaja?

A2 : Selain daripada pengaruh media yang dinyatakan oleh Dr.Taufik tadi terdapat juga faktor rakan
sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang paling memahami diri remaja terbabit
disebabkan daripada mereka berada dalam lingkungan umur yang sama menjadikan remaja
lebih mudah untuk mempercayai dan mengikuti tingkah laku, aktiviti dan pengaruh negatif yang
dibawa oleh rakan sebaya mereka. Contoh paling senang ialah merokok iaitu masalah disiplin
yang banyak dan sukar untuk ditangani di sekolah-sekolah di Malaysia dan ramai daripada
remaja yang terlibat dalam aktiviti merokok akibat daripada pengaruh dan ajakan rakan sebaya.
Lantas menjerumuskan mereka dalam persekitaran yang negatif. Bercakap tentang pengaruh
persekitaran kita boleh bahagikan kepada dua iaitu masyarakat dan kawasan kediaman.
Bercakap tentang masyarakat ini saya merujuk kepada masyarakat yang tidak mnghiraukan
tentang kegiatan yang dilakukan oleh para remaja dan ini menyebabkan remaja lebih berani
untuk melakukan kegiatan yang tidak berfaedah tersebut seperti berdua-duaan, merokok,
ponteng kelas dan bergaduh. Terdapat juga masyarakat yang sebaliknya menggalakkan remaja
untuk terlibat dengan aktiviti tak senonoh dan ini yang merunsingkan kita sekarang. Bagi
kawasan kediaman pula contohnya kelab malam yang beroperasi tanpa had masa bahkan
membenarkan lagi remaja bawah umur memasuki premis mereka. Tempat terbabit merupakan
sarng kepada pelacuran, dadah, dan kongsi gelap yang mana akan merosakkan remaja kita.
Seterusnya, kurangnya didikan agama secara formal mahupun tidak formal kerana sesungguhnya
setiap agama tidak mengajar kemungkaran dan dengan kurang didikan agama remaja akan
kurang ambil peduli tentang hal-hal kemungkaran.

P : Dr.Taufik ada apa-apa yang ingin ditambah?

A1 : Penerangan yang dilakukan Dr.Hafiz tadi amat terperinci tetapi tidak dilupakan peranan ibu
bapa yang kian hilang kurang memberikan perhatian akibat kesibukan bekerja turut merupakan
faktor kepada masalah ini. Sistem pendidikan Malaysia yang terlalu berorientasikan kepada
peperiksaan telah menyebabkan pengiktirfan pelajar dilihat lebih kepada akademik dan
bukannya daripada pembentukan sahsiah dan jati diri mereka. Lantas memnyebabkan mereka
yang mempunyai bakat lain berasa tersisih semasa mengikuti program yang dilakukan di sekolah.
Maka hilanglah peranan sekolah dalam membentuk generasi muda kita.

P : Dapat kita rumuskan daripada apa yang dikatakan oleh kedua-dua saudara kita penyebab
kepada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja adalah pengaruh daripada media yang
terdiri daripada media cetak dan media elektronik telah mendedahkan remaja kepada unsur
negatif dan akibat daripada kurangnya kawalan terhadap sistem maklumat memudahkan lagi
untuk bahan-bahan berunsur negatif sampai kepada remaja. Selain itu, pengaruh daripada rakan
sebaya ngatif terhadap diri remaja menjerumuskan lagi mereka dengan gejala sosial. Pengaruh
persekitaran masyarakat dan kawasan kediaman mereka telah mendorong mereka untuk terlibat
dengan gejala sosial dan hal ini amat sukar untuk dikawal. Kelemahan sistem pendidikan negara
yang lemah menyabakan keciciran perhatian terhadap remaja yang kurang menyerlah dalam
akademik menjadikan mereka hilang semangat untuk meneruskan hidup sebaliknya melibatkan
diri dengan gejala sosial.

P : Soalan seterusnya saya tujukan kepada Dr.Taufik. Pada pendapat doktor, Apakah kesan daripada
masalah gejala sosial dalam kalangan remaja?

A1 : Pada pendapat sayalah, kesan yang pertama semestinya akhlak remaja akan rosak dan
menjadikan mereka kurang ajar terhadap orang yang lebih tua dari mereka hinggakan ada yang
menjadi anak derhaka melawan cakap ibu bapa mereka. Remaja terbabit akan selalunya terlibat
dengan kes jenayah seperti merogol, membunuh, kongsi gelap dan peras ugut. Hal ini, amat
membimbangkan kerana akan hilanglah pelapis generasi muda kita.

P : Bagaimana pula dengan Dr.Hafiz, Apakah pandapat doktor dalam kesan masalah gejala sosial
dalam kalangan remaja?

A2 : Pada pendapat saya, seperti yang dapat kita lihat pergaulan bebas sesama remaja lelaki dan
perempuan makin menjadi-jadi hinggakan ada yang sudah pun bersekedudukan. Akibat daripada
itu terdapat banyak kes buang bayi yang telah terjadi ada yang dibuang di tong sampah, di
masjid dan di tandas pun ada. Ini menunjukkan betapa rosaknya akhlak mereka sedangkan
binatang pun sayangkan anak. Tetapi ramai juga yang cuba menjadi ibu tetapi gagal kerana
kurangnya sokongan ahli keluarga.

P : Begitu teruknya kesan daripada masalah sosial dalam kalangan remaja tuan-tuan semua.
Akhlak mereka rosak hingga sanggup menderhaka kepada ibu bapa dan akibat dari itu mereka
terlibat pula dengan kes jenayah. Manakala mereka yang telah terlanjur pula sanggup
membuang anak kecil yang tidak berdosa dalam tempat yang amatlah menyedihkan.

P : Oleh itu Dr.Hafiz, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalah
gejala sosial ini?

A2 : Kita perlulah meningkatkan pendidikan agama di Malaysia dari segi formal ataupun tidak formal
kerana agama dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik. Program seperti JQAF
iaitu pembelajaran Al-Quran dan fardhu ain perlu dipergiatkan lagi mahupun di sekolah ataupun
di surau dan masjid. Penekanan terhadap pemakaian menutup aurat perlu lebih ditekankan dan
begitu juga batas pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan. Perlulah juga kita mengadakan
ceramah keagamaan bagi membentuk sahsiah diri remaja mengelakkan mereka dari terlibat
dengan gejala sosial mahupun bila sudah meningkat dewasa. Selain itu, ibu bapa perlu mula
kembali memainkan peranan mereka mendidik anak remaja dan memberikan lebih kasih saying
dan perhatian kepada mereka. Ini akan membolehkan ibu bapa untuk mengawal anak remaja
mereka daripada terlibat daripada gejala sosial.

P : Dr.Taufik pula, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalha gejala
sosial ini.

A1 : Bagi sayalah yang pertama adalah dengan mengubah sistem pendidikan negara yang terlalu
berorientasikan peperiksaan kepada lebih bersifat pembentukan sahsiah diri seperti yang
dilakukan kerajaan iaitu 1 murid 1 sukan yang mana dapat menerapkan semangat kesukanan
dalam diri pelajar. Dalam semangat kesukanan terbabit pelajar akan dapat belajar tentang
bekerjasama, keyakinan diri, berani menyuarakan pendapat dan dapat membentuk jati diri yang
kuat. Komponen sastera dalam Bahasa Melayu seperti sajak, syair dan pantun jika diterapkan
dalam kehidupan pelajar pasti dapat memberikan iktibar melalui nilai-nilai murni yang
disampaikan. Masyarakat zaman sekarang perlu kembali ke waktu dula ketika masih lagi sibuk
menjaga tepi kain orang dan menganggap anak kau anak aku, anak aku anak kau juga bukannya
marah-marah bila orang menegur anak kita.

P : Kesimpulannya bagi menyelesaikan masalah sosial daripada berlaku kita perlulah


mengutamakan didikan agama dan menerapkan didikan agama dalam hal sehari-hari seperti
menutup aurat dan batas pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Peranan kita sabagai ibu bapa
juga perlu lebih ditekankan agar dapat memberikan kasih saying dan perhatian kepada aanak
remaja. Didikan di rumah turut perlu ditekankan bagi membentuk rohani diri yang baik.
Disamping itu, sistem pendidikan negara perlu diubah agar dapat membentuk remaja yang
mempunyai sahsiah diri yang baik. Seni kusateraan juga perlulah diterapkan dalam kehidupan
sehari-hari. Akhirnya, semangat rukun tetangga juga perlu disemarakkan semula bagi kebaikan
mengatasi masalah gejala sosial mahupun untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

P : Nampaknya masa tidak mengizinkan kita untuk berbual panjang. Oleh itu, terima kasih kepada
kedua-dua Dr.Hafiz dan Dr.Taufik kerana hadir pada pagi ini. Saya berharap kita dapat bersama-
sama membanteras gejala sosial di Malaysia bagi kesejahteraan hidup bersama.
Assalamualaikum dan jumpa lagi dilain hari.

You might also like