You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU PERTAMA
(11 JULAI 2016 – 15 JULAI 2016)
MASALAH :

Minggu pertama saya menjalani internship, didapati bahawa saya


menghadapi satu masalah yang serius berkaitan murid-murid tahun, 5 Umar. Pada
minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati
murid-murid tahun 5 Umar kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari bagi mata
pelajaran Sejarah. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat
apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada
pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran
saya di sepanjang sesi pengajaran Sejarah.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak
memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran
sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya cuba
mengatasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-
murid tersebut ke dalam pengajaran saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972).


Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi
(production) dan guru kraf (craftman)

”Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru
produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk (murid) yang
perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-
fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’bekerja’, mereka hanya menerima
secara pasif apa yang diajar. ”

Saya sangat tidak berpuas hati dan bersedih dengan keadaan ini, maka saya
telah menggunakan pendekatan bermain walaupun ia tidak terdapat di dalam
perancangan harian saya. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan
pengajaran saya.
Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard,
Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang
berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah
kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh
kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh
kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS MASALAH :

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :

a) kemungkinan murid-murid menganggap saya seorang guru yang lemah.

b) murid-murid berasa bosan disebabkan kerja kumpulan yang diberi tidak bercorak
permainan.

c) kemungkinaan bentuk ganjaran yang diberikan kepada mereka tidak sesuai bagi
mengekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya.

f) corak pengajaran saya yang tidak bersesuaian dengan murid-murid tersebut.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid-murid saya besar kemungkinan tidak akan
berjaya dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada tinjauan dan pemerhatian saya
melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya
senaraikan :

Anak murid saya yang agak lemah dan tahap pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Sejarah adalah kurang memuaskan. Ini menyebabkan mereka cepat
bosan dan tumpuan mereka menjadi kurang. Malah, guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah bagi kelas tersebut bukan guru beropsyen Sejarah maka, guru
tersebut juga mengalami kesukaran dalam menarik minat murid-murid terhadap
mata pelajaran Sejarah.

Apabila meneliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, saya membuat
pembacaan di laman web untuk mencari langkah-langkah yang dapat menarik minat
murid-murid seperti yang dinyatakan di atas.
CADANGAN :

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

a) Memperbanyakkan aktiviti berbentuk permainan yang melibatkan semua murid

b) Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

c) Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik,


ruang, linguistik dan sebagainya.

d) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa
sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil
beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

 mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya dan


memperbanyakkan teknik permainan serta meyelitkan unsur kecendurungan
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
 Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid
ini perlu diberi peluang untuk menjawab soalan kerana tidak semestinya
mereka pasif, mereka tidak pandai.
 Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi
tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran
 Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan
murid tentang isi pelajaran yang diajar bagi matapelajaran Sejarah
 Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan
murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TEMPOH MASA :

18 Julai 2016 – 29 Julai 2016 (2 Minggu), saya akan menggunakan kaedah dan
teknik permainan serta merancangkan pengajaran Sejarah mengikut tahap
kemampuan mereka.
TINDAKAN SUSULAN :

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan
bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid
yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang
asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu
mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira
dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada


pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya
ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran
yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan
murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat
menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi
seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang
guru. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan
setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah
berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

PENILAIAN KEJAYAAN :

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini dimulakan, iaitu
pada 29 Julai 2016.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KEDUA
(18 JULAI 2016 – 22 JULAI 2016)

MASALAH:

Ini merupakan minggu kedua saya berinternship di sekolah ini. Dan masalah
yang saya hadapi ialah murid tidak membuat perkara yang diarahkan oleh guru
semasa memberi tugasan bagi mata pelajaran Sejarah khususnya bagi darjah 5
Umar. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan terganggu disebabkan murid ini
suka bermain semasa diminta membuat aktiviti dalam kumpulan. Hal ini
menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan
murid berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana murid berkenaan
tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

ANALISIS MASALAH:

Masalah ini timbul semasa aktiviti tampal-menampal dalam kumpulan


dilakukan. Walaupun murid berkenaan menerima tugasan tersebut, namun dia tidak
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakan yang lain. Dia bermain dengan
alatan dan bermain dengan kertas-kertas yang diberikan. Apabila ditegur, murid
tersebut berhenti seketika namun selepas guru beredar, dia mula membuat kerjanya
sendiri. Murid terbabit juga selalu menjawab dan menganggap guru sebagai rakan
sehingga dia menganggap arahan guru sebagai sesuatu yang tidak serius.

CADANGAN :

a) Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih
perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan
memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.
b) Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif terhadap murid yang
bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih
berdisiplin.

c) Guru boleh cuba membuat sistem token individu terhadap tingkah laku murid
supaya mereka lebih cenderung untuk bertingkah laku baik di dalam kelas.

d) Menyediakan aktiviti kumpulan berbentuk permainan supaya murid-murid tersebut


dalam melibatkan diri secara aktif.

TEMPOH MASA :

25 Julai 2016 hingga 5 Julai 2016 (2 Minggu).

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Bagi mengelakkan
sebarang kecederaan, murid-murid yang bermasalah perlu diberikan perhatian dan
peraturan yang lebih supaya mereka lebih berhati-hati semasa membuat kerja
kumpulan. Selain itu, kerja kumpulan juga akan berjalan dengan lancar mengikuti
perancangan dan objektif guru.

PENILAIAN KEJAYAAN:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula iaitu
pada 05 Julai 2016.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KETIGA
(25 JULAI 2016-29 JULAI 2016)

MASALAH :

Setelah 3 minggu saya berinternship di sekolah ini saya mendapati semasa aktiviti
kumpulan murid-murid membuat bising. Ada kalanya saya terpaksa berhenti
melakukan akiviti kumpulan kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas akan
menganggu ahli kumpulan yang lain sehingga mereka tidak dapat memberi
perhatian kepada aktiviti kumpulan mereka. Saya percaya bahawa murid-murid ini
masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walaubagaimanapun, sifat
kenakalan ini tidak boleh dibenarkan menjejas pengajaran pembelajaran. Menurut
Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
sendiri.

“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s


failure to teach students how to follow procedures.”17

Malah, gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran


waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini
untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang
mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur
dan rutin akan memberi keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang
perlu dilakukan pada setiap masa.

“Routines and procedures… offer security. Students cannot get down


to the serious business of learning unless they feel secure in the
classroom. They want instruction and guidance on all the how-to’s in
the classroom—how to head a paper, how to ask for help, how to
sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how
to…”18
Dalam pada itu, saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Hal ini
kerana, kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah
tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Kumpulan murid-
murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi
murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid
yang lain.

ANALISIS MASALAH :

Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High School, Norwich, UK telah
melaksanakan satu kajian tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam
kertas kajiannya yang bertajuk “ICT as a Motivator for Disaffected Pupils?” Beliau
mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
seperti penggunaan “Powerpoint” memang boleh mengurangkan “pupil disaffection”.
Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam pembelajaran bahasa
asing. Di UK murid-murid lelaki akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia
lebih bersifat kelakian sedangkan murid-murid perempuan suka pada bahasa
Spanyol kerana ia lebih romantik.

Oleh yang demikian, saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan


daripada segelintir kumpulan semasa membuat aktiviti kumpulan. Setiap kali saya
mengadakan kerja kumpulan, beberapa kumpulan suka bercakap dan bermain
sesama mereka. Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya.
Saya berpendapat mereka berbuat demikian kerana,

a. murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah.


b. murid-murid dalam kumpulan tersebut ini tidak faham apa yang disampaikan
dalam kelas
c. murid-murid dalam kumpulan ini kurang bekerjasama antara satu sama lain
d. mungkin suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka

CADANGAN :
Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan
langkah-langkah berikut:

a. menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.


Membahagikan murid-murid mengikut tahap kebolehan yang berbeza
b. menggunakan pelbagai kaedah/teknik yang sesuai dengan tahap
kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran.
c. memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu
berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan
d. memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap
usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan

TEMPOH PENYELESAIAN :
Seminggu iaitu bermula daripada 1 Julai 2016 hingga 5 Julai 2016.

TINDAKAN SUSULAN :

Daripada pengalaman menggunakan model Canter assertive discipline guru yang


asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau
garang. Kegarangan dan arahan guru yang tidak tekal menyebabkan kekeliruan dan
trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang
positif, penyayang dan produktif. Iklim yang dapat menghasilkan pembelajaran yang
maksimum.

Dapatan pengajaran berasaskan model Canter, telah menunjukkan semangat


berkumpulan di kalangan pelajar. dengan adanya kerjasama dan tolong menolong
sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah
menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan
sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka tetapi berada
dalam suasana atau iklim penyayang dan positif. Tumpuan dan bimbingan guru
yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk
melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah telah dapat
dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar.
Dalam model Canter ini jangkaan tingkah laku adalah jelas. Selain peraturan
yang ditetapkan, saya telah merancang satu sistem peneguhan. Jika pelajar telah
menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya
cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat.

Jika peraturan tidak dipatuhi, saya akan menanda tanda salah (X) pada
papan ganjaran kumpulan mereka. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran
peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman berikut:

 Satu tanda X – amaran


 Dua tanda XX – tidak dibenarkan rehat
 Tiga Tanda XXX – berjumpa dengan guru displin
 Empat tanda XXXX – berjumpa dengan guru besar

PENILAIAN KEJAYAAN :

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini bermula. Iaitu pada
05 Julai 2016.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KEEMPAT
(01 OGOS 2016-05 OGOS 2016)

MASALAH :

Pada minggu terakhir ini, saya harus melengkapkan segala tugasan internship
saya. Saya juga perlu mengemaskini dan melengkapkan kandungan portfolio saya
dan dihantar kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

ANALISIS MASALAH :

Saya perlu mengemaskini kandungan-kandungan portfolio saya dan harus


melengkapkan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan internship saya. Di samping
itu, saya turut perlu berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah bagi mendapatkan
maklumat yang belum lengkap dan berjumpa dengan guru besar untuk
mendapatkan pengesahan bagi borang kehadiran internship saya.

CADANGAN :

Langkah yang boleh saya lakukan bagi melaksanakan perkara ini ialah
berbincang dengan rakan internship yang lain dengan bertanyakan borang-borang
yang perlu diisi dan perlu dikemaskini. Antara borang yang penting ialah borang
kehadiran. Lantaran itu, langkah yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan
perkara ini ialah berjumpa dengan Guru Besar atau guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid sekolah untuk dimana mendapatkan meminta cop serta tandatangan mereka
sebagai tanda pengesahan borang-borang tersebut.
TEMPOH MASA :

Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bermula pada 01
Ogos 2016 hingga 05 Ogos 2016 (minggu ke-4) bagi mengelakkan berlakunya
sebarang masalah.

TINDAKAN SUSULAN :

Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah berbincang dengan rakan
intership yang lain untuk mendapatkan sebarang maklumat lain yang penting.

PENILAIAN KEJAYAAN :

Setelah mendapat pengesahan dan tandatangan daripada guru besar dan


pihak sekolah, ini bermakna saya telah berjaya di dalam masalah pengurusan
dokumen ini.

You might also like