You are on page 1of 5

Pelan pembangunan diri dan kerjaya.

Dalam filem the teacher’s diary, saya memilih cikgu Song daripada watak guru di dalam
filem ini untuk membantu guru ini dalam meningkatkan professional pendidikan.  Guru adalah
agen kepada pembangunan sahsiah dan akademik murid. Abd Rahim Abd Rashid (200 I) juga
menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi
menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan
masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Sebelum murid dilatih, guru
itu sendiri perlu disediakan agar kemenjadian murid tidak terpesong dari garis panduan yang
telah ditetapkan oleh pihak pendidikan. Perkataan kerjaya sering digunakan untuk membawa
beberapa makna yang berbeza.  Merujuk kepada kamus dewan, kerjaya telah didefinisikan
sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan. Namun
definisi yang diberikan oleh Greenhouse, iaitu suatu corak pengalaman berkaitan pekerjaan di
sepanjang kehidupan seseorang akan digunakan (DeSimone & Harris, 1998). Manakala
pembangunan kerjaya didefinisikan oleh Greenhouse sebagai satu proses berterusan yang
melibatkan pergerakan individu melalui beberapa peringkat kehidupan dan setiap satu peringkat
mempunyai isu, tema, dan tugasnya yang tersendiri (DeSimone & Harris, 1998). Oleh yang
demikian, dalam pembangunan kerjaya setiap individu perlulah melibatkan diri dalam dua
aktiviti yang penting iaitu perancangan kerjaya dan pengurusan kerjaya. Perancangan kerjaya
merupakan suatu proses yang melibatkan tiga perkara iaitu mengenali diri sendiri, menyedari
peluang, kekangan dan pilihan yang ada dan mengenalpasti matlamat berkaitan kerjaya.

Pengurusan kerjaya pula adalah satu proses berterusan yang melibatkan persediaan,
perlaksanaan, dan pemantauan pelan kerjaya yang telah dibentuk oleh seseorang individu
sama ada secara bersendiri atau pun selari dengan sistem kerjaya organisasi. Kita sedia
maklum bahawa cikgu song bukan dari pengkhususan pendidikan atau perguruan, Dia ialah
seorang ahli gusti yang menukar kerjaya kepada guru. Dia hanya tahu melakukan kerja-kerja
yang biasa seperti kerja pembantu guru dimana pada awal penceritaan Song berjumpa dengan
guru besar untuk berkerja. Dari situ kita dapat lihat bahawa Song tiada kemahiran dalam
mengajar murid. Ia dapat dibuktikan lagi dalam plot di mana cikgu Song berangan di dalam bilik
darjah seolah-olah mengajar seperti di dalam kaca televisyen sedangkan realitinya murid di
sekolah tersebut bukan seperti murid-murid di bandar seperti yang dibayangi Song. Untuk
membantu Song, dia perlu menjalani kursus atau latihan dalam bidang tersebut supaya dengan
latihan yang mencukupi mampu memberi atau meningkatkan kemenjadian murid. Di sekolah,
guru diwajibkan mengikuti kursus latihan dalam perkhidamatan untuk meningkatkan amalan
guru di sekolah. Ini penting supaya guru-guru ini mendapat latihan berterusan yang berkualiti ke
arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan. Cikgu Song seharusnya
melanjutkan pelajarannya ke dalam bidang pendidikan atau perguruan supaya institusi
pendidikan terjamin kualitinya. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan
dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti
mempunyai Sijil Perguruan sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia
mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.
Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Sebagai seorang guru, kita perlu menyiapkan diri bagi mengharungi segala
kemungkinan yang akan berlaku yang tidak pernah terlintas dari fikiran kita. Kita dapat lihat
cikgu Song telah mempersiapkan diri untuk menjadi guru walaupun dia tidak pernah mengajar
dengan membina keberanian dalam dirinya untuk ke sekolah tersebut walaupun dia tahu
kawasannya sangat jauh dari bandar. Dia dengan rela hati meninggalkan teman wanitanya dan
mengambil cabaran untuk bekerja di sekolah tersebut. Seorang furu perlu bersedia dengan
situasi ini kerana client kita bukan hanya di bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan,
namun juga di pelusuk dunia yang menunggu disuap kan ilmu supaya masyarakat mereka
sentiasa maju. Walaupun cikgu Song tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang
guru, tetapi kita dapat lihat di dalam cerita ini semangat cikgu Song untuk mengajar walaupun
tiada murid lagi di dalam kelas. Dia cuba melakonkan cara dia akan mengajar dan dengan
proses ini membentuk dirinya supaya lebih bersedia dengan apa yang akan berlaku pada masa
akan datang. Dengan amalan persediaan yang di lakukan oleh cikgu Song sedikit sebanyak
membantu proses pengajaran pada akan datang di mana dia dapat mengawal murid dengan
caranya daripada dia langsung tidak menyediakan diri untuk mengajar.

Dalam menerima tugasan atau amanah yang diberikan, kita perlu bersedia dengan
ditempatkan di mana-mana sahaja dan memikirkan apa yang akan dilakukan. Seperti cikgu
Song, sampainya dia di sekolah tersebut, dia kelihatan sedikit runsing dan tidak mengetahui
apa yang hendak dilakukan kerana tiada murid di sekolah. Sebagai seorang guru, kita perlu
menyediakan diri dengan pelbagai perkara berfaedah dan mencuba pelbagai perkara baru. Kita
perlu mengutip sebanyak mana pengalaman agar diri kita akan lebih maju untuk membantu
sistem pendidikan dan meningkatkan amalan pengajaran kita. Kita dapat lihat cikgu Song yang
selama ini tidak pernah mengemudikan bot atau sampan, cuba untuk mengemudikannya
sehingga tangannya patah. Pengalaman tersebut akhirnya membuatkan dia berjaya
mengemudikan bot. pepatah melayu ada mengatakan, bersakit-sakit dahulu bersenang
kemudian dan ini adalah contoh yang paling tepat dengan situasi yang dihadapi oleh cikgu
Song. Kita perlu bersusah-susah untuk murid kita dan mencuba pelbagai pengalaman baru
agar kita dapat serasikan diri dengan persekitaran yang baru seperti cikgu Song. Profesion
keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak
bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya
akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal
dan sebagainya.

Dalam meningkatkan ilmu pengetahuan kepada masyarkat khususnya yang berada di


jauh pedalaman, guru yang dihantar ke sana seharusnya mendapatkan latihan yang sebaiknya
untuk menghadapi cabaran di kawasan tersebut. Sebagai pentadbir, guru besar kepada cikgu
Song seharusnya mendedahkan atau memberi latihan atau kursus kepada cikgu Song untuk
dirinya menghadapi hari yang mendatang. Contohnya kursus kerjaya yang perlu diberi
perhatian supaya guru tersebut mampu mengendalikan sekolah seperti di dalam filem ini
dengan baik.. namun, dalam filem ini, diari cikgu Ann banyak membantu Song mengenali
sekolah ini dengan baik. Jadi pentingnya pendedahan awal kepada mana-mana guru supaya
dia dapat persediaan awal untuk bertugas di sekolah tersebut. Seterusnya adalah plot di mana
cikgu Song memarahi anak muridnya. Sebagai seorang pendidik, kita tidak boleh memarahi
anak murid kita dan perlu menasihati mereka dengan berhemah. Cara percakapan guru juga
berbeza dengan orang lain, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Cara cikgu Song itu
telah membuatkan anak muridnya takut. Dia perlu melatih cara berkomunikasi dengan baik, ini
penting supaya murid dapat belajar dengan selesa tanpa ada rasa takut. Cikgu Song perlu
melatih diri dan banyak bersabar dengan karenah anak muridnya. Lebih baik jika cikgu Song
mendapatkan kursus atau cara komunikasi kerana dengan tindakan tersebut, dia dapat
berkomunikasi dengan lebih baik. Cikgu Song juga perlu pandai berkomunikasi dengan guru
besar dalam meningkatkan mutu murid mereka. Mereka seharusnya berbincang mengenai
pembangunan murid-murid supaya mereka dapat mendapat manfaat dari komunikasi yang baik
dengan guru.

Pengajaran di sekolah yang kurang murid selalunya diperuntukkan guru yang sedikit.
Jadi, guru yang berada di sekolah seperti itu perlu bersedia dari semua aspek terutama
pelajaran. Kita lihat dalam filem tersebut, cikgu Song bersusah payah menjawab soalan
muridnya. Sepatutnya, dia perlu bersedia dari segi pengetahuan am dan subjek yang akan
diajar. Ini boleh memburukkan nama baik profession keguruan. Cikgu Song seharusnya belajar
atau mengulangkaji perkara yang akan diajar supaya perjalanan pengajaran berjalan lancar.
Dia perlu banyak membaca dan mencari ilmu tambahan untuk bekalannya mengajar di sekolah
tersebut. Saya tertarik dengan cara cikgu Song mengajar atau mengenalkan murid tentang
keretapi yang tidak pernah mereka lihat. Pengajaran yang Nampak simple tetapi menarik
menggunakan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran
yang diajar. Semua guru seharusnya mempunyai sifat untuk berfikir cara penyelesaian masalah
menggunakan bahan sekeliling tambahan apabila berada di kawasan yang terhad bahan bantu
belajar. Cikgu Song perlu lebih kreatif dan berinovasi dalam mencari kaedah pengajaran yang
paling baik untuk semua muridnya. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara
kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan
sesuatu program.  Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru
diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya
bersama-sama pelajar di dalam kelas. Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu
pengatahuan mengenai isu-isu semasa,  sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan
komuniti

Tugas seorang guru bukan hanya mengajar, mereka juga perlu melindungi murid
mereka dari bahaya sekeliling. Cikgu Song perlu bersedia dan berani menghadapi segala
masalah. Seperti yang berlaku di dalam kelas, cikgu Song menyelamatkan muridnya daripada
ular. Walaupun dia takut dengan ular, namun dia memberanikan diri juga untuk memukul ular
tersebut. Jadi, cikgu Song perlu mencari pendekatan untuk belajar melindungi dirnya dan anak
muridnya dari bahaya yang datang tanpa diduga. Contoh lagi, ketika ribut taufan yang berlaku
di sekolah cikgu Song melindungi anak muridnya.

Selepas ribut taufan berlaku dan bangunan sekolah rosak, cikgu Song bersama anak
muridnya membaiki sekolah mereka. Kita sebagai guru perlu mempunyai kemahiran seperti
bertukang dan sebagainya. Ini sebagai persediaan menghadapi perkara seperti ini. Setiap guru
perlu meningkatkan kemahiran diri agar mudah untuk mereka membawa diri pada masa
hadapan. Tambahan lagi, ilmu kemahiran ini mampu menjimatkan kegunaan wang tanpa
mengambil upah dari mana-mana pihak. Dengan cara ini kita mampu menggunakan kemahiran
untuk membantu masyarakat kita dan sebagainya seterusnya mampu membangungkan diri
menjadi guru yang lebih proaktif.

Sebagai seorang guru juga harus mempunyai cara bermotivasi untuk muridnya seperti
yang berlaku kepada salah seorang murid yang tidak mahu menyambung pelajaran kerana
ingin membantu bapanya. Cikgu Song menasihatkan murid tersebut bahawa belajar bukan
hanya untuk bekerja tetapi belajar adalah cara supaya kita tidak ditipu. Ini menunjukkan cikgu
Song sangat pandai memberi nasihat dan bermotivasi sehingga bapa murid tersebut juga
menerima nasihat cikgu Song. Tambahan lagi, sebagai guru, kita perlu menjaga kebajikan
murid tersebut dari tertinggal pelajaran yang perlu untuk mereka meneruskan hidup pada masa
hadapan. Guru perlu ada sifat bermotivasi agar murid lebih cintakan ilmu dan tidak
meninggalkan elajaran mereka demi menjamin masa hadapan mereka.

Sebagai kesimpulannya, guru perlu membina atau membangunkan diri serta kerjayanya
demi anak muridnya. Semua perkara yang dilakukan perlulah mengikut etika yang telah
ditetapkan oleh pihak pendidikan. Ini penting agar profession yang mulia ini tidak tercemar dek
guru-guru yang bermasalah. Jika seorang guru pandai menguruskan diri mereka dengan baik,
mereka juga mampu membina murid yang berkualiti demi masa hadapan semua.

You might also like