You are on page 1of 4

Proses Pembentukan Batuan

Igneus.
• Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan
pemejalan magma dan lava.
• Suhu magma yang tinggi ( dalam lingkungan 700 ºC –
1 200 ºC ) dalam kerak bumi menyebabkan batuan
sentiasa dalam tekanan yang tinggi.
• Apabila tekanan berkurangan secara tiba-tiba, batuan
yang cair akan menular keluar melalui celah-celah
kerak bumi sebagai magma dan lava.
• Batuan igneus Rejahan terbentuk dalam kerak bumi
dalam dua keadaan iaitu jauh di dalam kerak bumi dan
berhampiran permukaan bumi.
• Batuan igneus Terobosan terbentuk apabila magma
mengalir keluar ke permukaan bumi sebagai lava
dan membeku di permukaan bumi.Batuan tersebut
adalah sangat keras dan berkilat.
Batuan Enapan.
• Bahan-bahan Enapan terdiri daripada:-
Lumpur Pasir Kerikil Kulit-kulit Kerang Fosil

• Proses Pemadatan: Berlaku apabila pengumpulan bahan


mendapan seperti Pasir dan Lumpur.
• Pengumpulan berlaku secara berlapis-lapis dan semakin
menebal mengikut masa.
• Berlaku pembentukan pelbagai jenis batuan dalam tempoh
masa yang lama.
• Proses Penyimenan: Berlaku apabila pengumpulan bahan
enapan dikenakan tekanan lalu bahan enapan mengeluarkan
air dan meninggalkan perekat seterusnya berlaku Proses
Penghabluran Mineral dan akhirnya mineral akan tersimen
membentuk batuan enapan.
Batuan Metamorfosis.
• Terbentuk melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami
oleh batuan enapan dan batuan igneus semasa gerakan
tektonik di dalam bumi.
• Metamorfosis atau penjelmaan akan berlaku apabila batuan
enapan dan batuan igneus mengalami tekanan dan suhu yang
tinggi.
• Kesan tersebut menyebabkan kedua jenis batuan tersebut
akan berubah bentuk baharu.Contohnya:-
a) Batu Pasir bertukar kepada Kuarzit.
b) Batu Kapur bertukar kepada Batu marmar.
c) Batu arang bertukar kepada Grafit.
• Batuan Metamorfosis lebih keras dan stabil berbanding
dengan batuan igneus atau batuan enapan.
Kepentingan Batuan.
• Batu Kapur - digunakan utk industri menghasilkan
simen.
• Arang Batu - membolehkan aktiviti
perlombongan,perindustrian, jana kuasa dapat
dijalankan dengan pesat.
• Silika atau batu pasir - digunakan dlm industri
membuat kaca dan industri pembinaan.

You might also like