You are on page 1of 3

Karangan isu semasa “Projek A+” BM SPM 2020

COVID-19 MENJEJASKAN SOSIOEKONOMI NEGARA. BINCANGKAN.

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona iaitu
COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia.
Keghairahan menerjah ambang 2020 menjadi suram apabila pada 19 Disember
2019, virus ini mula dikesan telah menyebabkan kematian yang berlaku di wilayah
Wuhan, China. Penularan virus ini yang begitu cepat ke serata dunia telah
mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada sesebuah negara amnya dan
kepada dunia khususnya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang
turut tempias dek virus ini yang mudah disebarkan tanpa kita sedari. Namun begitu,
pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yasin
baru-baru ini tentang kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini
amatlah tepat seperti dilakukan Singapura kerana Malaysia masih lagi berada pada
tahap awal jangkitan COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik. Hakikatnya, kemunculan COVID-19
sudah pasti menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara di samping menggugat
kesejahteraan rakyat jelata. Persoalannya, bagaimanakah COVID-19 dikatakan
menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara?

Kemunculan virus COVID-19 telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah


negara kerana boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk sesebuah negara.
Virus ini yang dikatakan berpunca daripada pengambilan makanan hidupan liar
seperti ular, kelawar dan biawak telah menyebabkan seseorang itu mengalami
simptom seperti batuk, selesema dan yang berterusan melebihi 14 hingga 21 hari
dan boleh membawa maut. Di Malaysia, kesiapsiagaan pihak yang berwajib dalam
menangani isu ini berada pada tahap yang tertinggi bagi menghadapi sebarang
kemungkinan peningkatan kes yang mendadak. Implikasinya, sosioekonomi negara
akan mengalami defisit disebabkan tenaga kerja yang tidak sihat dan terpaksa
menjalani rawatan untuk pemulihan. Statistik menunjukkan kadar peningkatan
drastik penularan wabak ini di Itali telah menyebabkan negara tersebut berada
dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh diibaratkan seperti telur dihujung
tanduk. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemunculan virus COVID-19 ini telah
menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara dan menggugat kesejahteraan rakyat
sesebuah negara.

Dalam pada itu, penularan virus COVID-19 juga dikatakan menjejaskan


sosioekonomi negara disebabkan telah menggugat ketenteraman sesebuah negara
dan mewujudkan suasana panik kepada rakyat di seluruh dunia. Menurut Ketua
Pengarah World Heath Organisations (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus,
COVID-19 kini memasuki fasa pandemik, sekali gus menegaskan penularan dan
keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan. Secara umum,
pandemik bermaksud penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi
sempadan malah hingga ke seluruh dunia. Penularan virus ini menjejaskan
sosioekonomi negara kerana telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan
1 Abah Deen GCBM SIC / ig: sadokeeer “Usaha Tangga Kejayaan”
Karangan isu semasa “Projek A+” BM SPM 2020

masyarakat di sesebuah negara mahupun dunia yang diketahui umum boleh


membawa kepada kematian seseorang. Justeru, pihak yang berwajib telah berusaha
sedaya upaya dengan melaksanakan seribu satu prakarsa dalam memastikan
masalah ini dapat dibendung kerana pepatah Melayu ada menyebut berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak dapat dinafikan bahawa ketenteraman dan
kestabilan sesebuah negara pastinya terjejas angkara virus COVID-19 ini.

Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, penularan COVID-19 juga mampu
menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
rakyat di sesebuah negara dikenal pasti dijangkiti virus ini akan menyebabkan pihak
kerajaan terpaksa memberikan bantuan yang optimum dalam membendung
permasalahan ini. Pastinya, aliran ekonomi sesebuah negara akan tergugat dan
merudum yang berpunca daripada kurangnya keyakinan para pelabur mahupun
pelancongan terhadap negara yang diancam virus ini. Tamsilnya, menurut
Kementerian Pelancongan Malaysia, ramai pelancong dari luar negara membuat
keputusan dengan membatalkan percutian mereka ke negara kita kerana bimbang
dengan penularan virus ini. Malahan, syarikat penerbangan tambang murah seperti
Air Asia terpaksa menanggung kerugian atas pembatalan penerbangan percutian ke
negara-negara berisiko COVID-19. Bagi mengatasi permasalahan ini sempena
Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan dengan kerjasama industri pelancongan
telah mengadakan tawaran istimewa kepada pelancong-pelancong domestik untuk
menggalakkan mereka melancong dalam negara dengan kadar 70 peratus diskaun
perhotelan. Secara tidak langsung, usaha yang dilakukan ini dapat menggalakkan
masyarakat tempatan melancong di dalam negara untuk mengenali dengan lebih
rapat tanah air yang tercinta kerana orang tua-tua ada berpesan, tak kenal maka tak
cinta. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan COVID-19 telah memberikan
implikasi yang negatif terhadap ekonomi sesebuah negara.

Dari perspektif yang lain pula, penularan COVID-19 juga mampu


menjejaskan sosioekonomi negara kerana mendatangkan peningkatan kos
perubatan dan pencegahan yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah kerajaan.
Disebabkan virus COVID-19 ini merupakan sesuatu yang baharu maka kerajaan
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam melakukan pencegahan dan
rawatan kepada pesakit-pesakit yang telah dijangkitinya. Kepakaran dan pelbagai
peralatan yang berteknologi tinggi perlu digunakan dalam mengenal pasti penularan
virus ini juga pencegahannya. Justeru, sejumlah perbelanjaan yang besar wang
negara terpaksa digunakan dalam usaha membendung permasalahan ini demi
memelihara kesejahteraan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara. Sebagai
contoh, pada peringkat awal penularan virus ini, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan
Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan
adalah satu-satunya makmal terbabit seacara landsung dalam menjalankan ujian
diagnostik mengesan 2019-nCOV di Malaysia. Kapasiti ini diperluaskan bagi
rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK

2 Abah Deen GCBM SIC / ig: sadokeeer “Usaha Tangga Kejayaan”


Karangan isu semasa “Projek A+” BM SPM 2020

Sungai Buloh pada 6 Februari 2020 membuktikan peningkatan keperluan dan kos
perubatan dalam mencegah penularan virus ini.

Konklusinya, kemunculan virus COVID-19 telah menyedarkan kita secara


amnya dan dunia khusunya betapa peri pentingnya penjagaan kebersihan dalam
amalan hidup seharian yang ditekankan dalam setiap agama. Pertentangan dalam
amalan seharian yang melanggar segala larangan agama seperti memakan hidupan
liar yang ditegah agama wajar dijadikan sandaran agar kita tidak menjadikannya
satu kesilapan. Sesungguhnya, sebagai makhluk yang menumpang sementara di
atas muka bumi ini, kita sewajarnya mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan
oleh-Nya kepada kita. Natijahnya, jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran buat
kita semua memperbaiki kelemahan diri agar tidak berulang lagi. Bersama-samalah
kita menekankan aspek kebersihan untuk membanteras virus COVID-19 daripada
terus membinasakan dunia. Usaha ini perlu digarap bersama kerana bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.

3 Abah Deen GCBM SIC / ig: sadokeeer “Usaha Tangga Kejayaan”

You might also like