You are on page 1of 1

PERATURAN DAN DISIPLIN MURID

Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman,


keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah
merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal
disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005)
disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi
intelek, jasmani, rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta
berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi
mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin memainkan peranan
yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen
penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,
keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus Dewan, disiplin bererti latihan
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuhkepada tatatertib.

Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan


membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagai sebuah
‘mesin pedagogi’ dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan.
Disekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.
Namun diketika ini permasalahan yang timbul membabitkan masalah-masalah disiplin
pelajar disekolah merunsingkan banyak pihak.

Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh


sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaanmasyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir
yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri
seseorang itu.

You might also like