You are on page 1of 10

EDUP2043 :

PENGURUSAN BILIK DARJAH

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN


PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA

Oleh :

Salina binti Mokhtar


IPG Kampus Tuanku Bainun
PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat membantu keberkesanan PdP


dan dapat mengurangkan masalah tingkah laku.
Guru yang bijak menguruskan sumber dapat membentuk struktur kelas yang
menunjukkan murid mengetahui peranan mereka, membentuk rutin yang
baik dan murid bertingkah laku yang diterima
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN KONDUSIF
-Persekitaran pembelajaran kondusif ialahpersekitaran
yang meransang minat dan semangat untuk belajar
-Hal ini merujuk kepada pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru, kawalan guru, dan aktiviti-
aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru
-Guru perlu memberi perhatian :
1. Persekitaran fizikal
2. Persekitaran Psikososial
3. Peraturan dan rutin bilik darjah
PERSEKITARAN FIZIKAL
Steele (1973) fungsi penyusunan fizikal adalah
keselamatan, hubungan sosial, identiti simbolik,
perkembangan dan ketenangan.
-Keadaan bilik darjah mesti selamat daripada berlakunya
kecederaan
-Merangsang murid meneroka, menyiasat, memerhati,
menguji misalnya menyediakan sudut bahan manipulatif,
bahan bacaan
-Mempamer hasil kerja, carta, pencapaian
-Memupuk interaksi sosial
-Mewujudkan kesepunyaan dan identiti
-Suasana menarik dan selesa
PERSEKITARAN FIZIKAL

Persekitaran fizikal dalam bilik darjah terdiri daripada


aspek berikut:
-Susunan dan reka bentuk fizikal bilik darjah
-Sumber bahan pembelajaran
-Ruang/sudut pembelajaran
-Ruang pada dinding
-Pencahayaan, pengudaraan dan perabot
-Kebersihan
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Hubungan antara keperluan emosi dengan persekitaran
sosialnya
Persekitaran psikososial yang sihat mempunyai ciri-ciri:
-suasana selesa dan mesra
-bebas ancaman dan bahaya fizikal
-perasaan diterima
-sensitif dan peka kepada perbezaan individu
-suasana yang merangsang pembelajaran
-komunikasi terbuka dan perkongsian idea
-menggalakkan pembelajaran koperatif
-peluang sama rata kepada semua murid
PERATURAN DAN RUTIN BILIK DARJAH

Peraturan merupakan satu cara pencegahan terhadap masalah


atau kejadian yang tidak diingini di dalam bilik darjah.
Peraturan mestilah :
-Jelas
-Peraturan yang bermakna dan dipersetujui
-Hadkan bilangan peraturan
-Adil
-Tidak bercanggah dengan peraturan sekolah
PERATURAN DAN RUTIN BILIK DARJAH

Peraturan akan membentuk rutin yang


bertujuan melicinkan proses PdP
Rutin membantu aktiviti dijalankan dengan
sistematik, terurus dan menjimatkan masa
Contoh rutin :
Pergerakan keluar masuk kelas
Kebersihan
Jadual bertugas
Komunikasi
Memungut buku
PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT

Isi Borang Maklumat Murid


Bertujuan membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan
dengan hal ehwal murid.
- Maklumat ibu/bapa atau penjaga
- Tanggungan ibu/bapa atau penjaga
- Maklumat murid
- Maklumat bantuan

Penyimpanan Data Peribadi Murid


- Kad 001
- Sistem Data Sekolah
- Kad Laporan Akademik Murid
- Buku Kedatangan Murid
Sekian, terima kasih

You might also like