You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat yang


bersifat pluralistik. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang hidup
bersama dengan kewujudan kepelbagaian agama dan kaum sejak sebelum
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Transformasi perhubungan etnik di Malaysia
bermula di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman ini, etnik seperti Melayu,
Jawa, Minangkabau, Banjar, Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau,
Bugis dan kelompok etnik tempatan yang lain didapati tidak memiliki batas etnik yang
tertutup. Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujudnya hubungan
silang kumpulan yang menyebabkan sehingga terbina integrasi budaya dan sosial
antara etnik. Contohnya apabila masyarakat Arab, Cina, Portugis dan India yang
berhijrah ke alam ini akan melalui proses integrasi budaya dan sosial dengan
masyarakat setempat sehingga melahirkan sub kelompok seperti Peranakan, Baba
Nyonya dan Chetti di kalangan mereka (Coppe, 1997).

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), pluraliti di Tanah Melayu


merupakan hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan
fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu secara semula jadi. Manakala
pluralistik pula bermaksud sesebuah masyarakat yang berbilang kaum hasil daripada
pemaksaan dan bukannya secara semula jadi. Pada suatu ketika dahulu, di negara
kita wujud kedua-dua keadaan iaitu pluraliti dan pluralistik dan akhirnya telah
membentuk Malaysia pada hari ini yang gilang gemilang.
2.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN
KEPELBAGAIAN AGAMA

Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah-penjajah Barat, telah berjaya


membina masyarakat pelbagai budaya menerusi ikatan antara kumpulan sehingga
wujudnya hubungan silang budaya yang berteraskan konsep keetnisitian telap dan
keetnisitian payung. Ini bermakna, walaupun mereka berlainan etnik tetapi berteduh
di bawah payung etnik Melayu dari segi bahasa, budaya dan agama (Mansor 2006).
Namun, berlaku perubahan transformasi perhubungan etnik setelah Inggeris
menguasai Negeri-negeri Selat dan mula melebarkan pengaruh mereka dengan
campur tangan di negeri-negeri Melayu. Model pengurusan masyarakat silang
budaya yang sudah sedia terbina di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah
Barat sangat berbeza dengan kefahaman konsep ras dari Barat. Kefahaman konsep
ras yang dibawa oleh penjajah Inggeris yang bersifat tertutup dengan sikap
etnosentrisme telah menanamkan bibit perpecahan di kalangan rakyat pelbagai
budaya di negara ini.

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Keadaan
negara kita yang berbilang kaum semestinya ditunjangi oleh beberapa aspek.
Antaranya ialah ekonomi, politik dan kepelbagaian agama. Dari segi ekonomi,
negara kita pada suatu ketika dahulu sememangnya sangat aman sehinggalah
berlakunya kejadian konflik antara kaum. Di hujung dekad 60-an, ketegangan wujud
dalam perhubungan etnik yang membawa kepada konflik rusuhan kaum terbesar di
negara ini iaitu tragedi 13 Mei 1969 kerana masalah ketidaksamarataan,
kemunduran, kemiskinan, produktiviti rendah dan ketiadaan kemudahan awam.
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak telah mengambil
suatu pendekatan untuk menyatupadukan hubungan antara kaum melalui ekonomi.
Pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan sepenuhnya
melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi mengurangkan jurang pendapatan antara
etnik, membasmi kemiskinan serta mengubah struktur masyarakat (Just Faaland,
Jack Parkinson dan Rais Saniman 2005). Melalui DEB, pembasmian kemiskinan
berjaya dikurangkan dan mewujudkan kelas menengah yang ramai. Aspirasi dan
pandangan hidup mereka dikongsi bersama dan perkongsian ini telah membina
hubungan saling pergantungan antara satu sama lain dan dapat mewujudkan
kerjasama antara satu sama lain untuk memajukan ekonomi.
Untuk memastikan perpaduan etnik berlaku bukan semata-mata begantung
kepada aspek ekonomi sahaja, malah aspek politik juga perlu dititikberatkan.
Penguasaan politik kaum Melayu semasa zaman sebelum merdeka, dikawal ketat
oleh British walaupun mereka berada dalam keadaan terpelihara dan hidup secara
nominal di dalam negeri Melayu beraja. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara
sengaja memisahkan penempatan antara kaum melalui dasar pecah dan perintah.
Situasi ini menyebabkan interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan
masyarakat Melayu terdapat jurang pemisah yang luas. Kemudiannya, apabila
Tanah Melayu dibahagikan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu barulah negeri-negeri di Tanah Melayu ditadbir oleh
Sultan dan dinasihati oleh residen yang terdiri daripada pegawai British. Pada ketika
ini, pihak penjajah masih mengelakkan kaum-kaum di Tanah Melayu ini daripada
bersatu kerana mereka bimbang sekiranya kesemua kaum bersatu mereka akan
memberontak penjajahan British. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah negara kita
memperolehi kemerdekaan dan menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
Demokrasi Raja Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan
elemen penting dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara. Pilihan raya
memberikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin yang
akan memegang kuasa untuk mentadbir negara (Abd Muis, Mujibu, Zaliha, Hussin &
Badrul Azmier, 2010). Sepanjang 63 tahun Malaysia merdeka, pilihan raya umum
telah dijalankan secara tetap dan konsisten dalam sistem pemerintahannya supaya
semua kaum adil dalam memilih pemimpin yang mereka rasa layak dan
bertanggungjawab.

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa merdeka yang memiliki


komposisi masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa,
bahasa, budaya dan adat resam. Kemajmukan ini merupakan cabaran utama dalam
mencapai misi menjayakan pembangunan negara ke arah pencapaian status negara
maju menjelang tahun 2020 (Osman Bakar, 2006). Aspek seterusnya ialah
kesanggupan untuk menerima kepelbagaian agama. Dalam konteks perlembagaan
di Malaysia, Perkara 3 yang menjelaskan Perlembagaan Persekutuan diiktiraf
sebagai undang-undang tertinggi yang luhur di negara ini yang memartabatkan Islam
sebagai agama rasmi negara. Walaupun perlembagaan telah mengisytiharkan
agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun agama-agama lain seperti
Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh dibenarkan untuk diamalkan oleh para
penganutnya. Melalui Perlembagaan Persekutuanlah secara tidak langsung telah
membantu dalam menyepadukan kaum-kaum di negara kita.

3.0 KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA

Pentingnya hubungan etnik dalam membina negara bangsa bagi memastikan


pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. Salah
satu kepentingannya adalah dari segi ekonomi. Perpaduan dan integrasi dalam
pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap
golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap
golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan
ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat
Negara ini. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum
sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing
dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan,
kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya
menetap di kawasan bandar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi
dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih
dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk
memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan
penguasaan kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus
membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita

Selain itu, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting.
Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara
dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam
masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah
mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara
Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini
mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari
aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di Negara
kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat
merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan
masyarakat berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Dengan
mempelajari budaya dan adat etnik lain, kita semua akan dapat menjaga
keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan
daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang
dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak
diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah
ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk
memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum tidak
berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang
tidak diingini.

4.0 CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK

Di sebalik usaha kerajaan dalam membentuk dan mengeratkan perpaduan


dan hubungan yang baik dalam dalam kalangan etnik di Malaysia, masih terdapat
sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Antara
cabarannya ialah wujudnya sekolah vernakular. Sekolah vernakular telah wujud
sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini. Sistem persekolahan yang terpisah
menyebabkan integrasi dan persefahaman sukar untuk dipupuk dalam kalangan
murid. Memang kita tidak menafikan bahawa negara kita telah mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi keadaan sekolah di negara kita
yang mengikut aliran kaum akan mencacatkan proses integrasi nasional. Hal ini akan
menyebabkan murid-murid bergaul dalam keadaan yang berpuak-puak seperti murid
Cina cuma bergaul dengan murid Cina begitu juga dengan murid Melayu dan India

Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan sistem persekolahan lama


dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu Ini telah kerap kali dibincang dan
diperdebatkan namun masih tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah
kepada sistem persekolahan yang baru. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam
usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak
rakyat kerana ingin mengelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan
balik kepada rakyat dan juga negara.
5.0 INISIATIF PENYELESAIAN

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem


persekolahan perlu dilaksanakan kerana melalui sistem persekolahan seperti ini
mampu meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Perlaksanaan
sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum-kaum tertentu, malah ia
akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat
Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan
penggunaan bahasa ibunda mereka walaupun mereka belajar di sekolah yang sama
aliran.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu perkara yang sangat


penting dalam kehidupan masa kini. Hal ini kerana, kita sebagai rakyat Malaysia
yang hidup dengan pelbagai kaum perlu saling bergantung antara satu sama bagi
mencapai sesuatu matlamat. Setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda
perlu sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan
hubungan etnik di negara ini. Oleh itu, demi keselesaan generasi yang akan datang,
kita perlulah memastikan tamadun yang kita bina pada hari ini boleh kekal
perpaduannya agar aspek-aspek seperti ekonomi, politik dan sosial berada dalam
keadaan yang baik dan generasi akan datang mampu menikmati segala yang kita
nikmati pada hari ini dengan baik.
7.0 RUJUKAN

Abd Muis, Mujibu, Hussin, Zaliha, Badrul Azmier. (2010). Perubahan generasi dan
perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12. In:
Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political
Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel
Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara
Malaysia, Sintok.

Coppel, C. A. (1997). Revisiting Furnivall’s ‘plural; society’: Colonial Java as a


mestivo society. Ethnic and Racial Studies.

Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. (2005). Dasar Ekonomi Baru:
Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications

Khoo Kay Kim. (1987). Kenegaraan 30 Tahun: Satu Perspektif Sejarah. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia

Mansor Mohd Noor. (2006). Transformasi perhubungan etnik di Malaysia. Dlm.


Zaharah Hassan, Abdul Latif Samian dan Abu Daud Silong. Readings on
Ethnic Relations in a Multicultural Society. Serdang: Penerbit UPM

Osman Bakar. (2006). Dialog antara agama di Malaysia: Satu pertimbangan. Kertas
ini dibentangkan dalam syarahan umum di Majlis Syarahan & Diskusi anjuran
IKD-KAF anjuran Institut kajian Dasar di Petaling Jaya pada 15 Disember
2006.

Shamsul Amri Baharudin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
hamsul Amri
Baharudin. (2007).
Modul hubungan
etnik. Shah Alam,
Malaysia:
Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA),
Universiti Teknologi
Mara (UiTM)
hamsul Amri
Baharudin. (2007).
Modul hubungan
etnik. Shah Alam,
Malaysia:
Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA),
Universiti Teknologi
Mara (UiTM)
Shamsul Amri
Baharudin. (2007).
Modul hubungan
etnik. Shah Alam,
Malaysia:
Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA),
Universiti Teknologi
Mara (UiTM)

You might also like