Professional Documents
Culture Documents
Karangan Covid-19
Karangan Covid-19
Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona iaitu
COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia.
Keghairahan menerjah ambang 2020 menjadi suram apabila pada 19 Disember
2019, virus ini mula dikesan telah menyebabkan kematian yang berlaku di wilayah
Wuhan, China. Penularan virus ini yang begitu cepat ke serata dunia telah
mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada sesebuah negara amnya dan
kepada dunia khususnya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang
turut tempias dek virus ini yang mudah disebarkan tanpa kita sedari. Namun begitu,
pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yasin
baru-baru ini tentang kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini
amatlah tepat seperti dilakukan Singapura kerana Malaysia masih lagi berada pada
tahap awal jangkitan COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik. Hakikatnya, kemunculan COVID-19
sudah pasti menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara di samping menggugat
kesejahteraan rakyat jelata. Persoalannya, bagaimanakah COVID-19 dikatakan
menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara?
Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, penularan COVID-19 juga mampu
menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
rakyat di sesebuah negara dikenal pasti dijangkiti virus ini akan menyebabkan pihak
kerajaan terpaksa memberikan bantuan yang optimum dalam membendung
permasalahan ini. Pastinya, aliran ekonomi sesebuah negara akan tergugat dan
merudum yang berpunca daripada kurangnya keyakinan para pelabur mahupun
pelancongan terhadap negara yang diancam virus ini. Tamsilnya, menurut
Kementerian Pelancongan Malaysia, ramai pelancong dari luar negara membuat
keputusan dengan membatalkan percutian mereka ke negara kita kerana bimbang
dengan penularan virus ini. Malahan, syarikat penerbangan tambang murah seperti
Air Asia terpaksa menanggung kerugian atas pembatalan penerbangan percutian ke
negara-negara berisiko COVID-19. Bagi mengatasi permasalahan ini sempena
Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan dengan kerjasama industri pelancongan
telah mengadakan tawaran istimewa kepada pelancong-pelancong domestik untuk
menggalakkan mereka melancong dalam negara dengan kadar 70 peratus diskaun
perhotelan. Secara tidak langsung, usaha yang dilakukan ini dapat menggalakkan
masyarakat tempatan melancong di dalam negara untuk mengenali dengan lebih
rapat tanah air yang tercinta kerana orang tua-tua ada berpesan, tak kenal maka tak
cinta. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan COVID-19 telah memberikan
implikasi yang negatif terhadap ekonomi sesebuah negara.
Sungai Buloh pada 6 Februari 2020 membuktikan peningkatan keperluan dan kos
perubatan dalam mencegah penularan virus ini.