Professional Documents
Culture Documents
Kualiti Guru Bahasa Inggeris Prasekolah (R)
Kualiti Guru Bahasa Inggeris Prasekolah (R)
Nordin Mamat
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Pendidikan Sultan Idris
Tg Malim, Perak Darul Ridzuan
nordin@fppm.upsi.edu.my
ABSTRAK
Kajian menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan untuk membangunkan modul
latihan. Sebelum draf modul latihan dilaksanakan dalam kajian sebenar, draf modul perlu melalui
kajian rintis bagi menilai kebolehpercayaan modul. Bagi memperoleh kebolehpercayaan modul, maka
penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap 30 orang responden dari kalangan guru Tadika
Islam Negeri Perak. Tujuannya adalah untuk menilai kandungan modul sama ada bertepatan dengan
objektif yang ingin dicapai, masa yang diperuntukkan bersesuaian dengan aktiviti modul, sesuai
dengan populasi sasaran yang dipilih dan dapat menentukan keberkesanan modul terhadap
pemboleh ubah kajian iaitu peningkatan tahap pengetahuan efikasi mengajar Bahasa Inggeris dan
pengurangan tahap kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan ialah Soal
Selidik Kebolehpercayaan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (SKMPEBI) yang
mengandungi soalan berbentuk 4 skala likert. Data juga disokong dengan data kualitatif menerusi
beberapa soalan terbuka yang terdapat di bahagian akhir soal selidik. Dapatan dianalisis
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21. Kesimpulannya dapatan
kajian rintis menunjukkan bahawa Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (MPEBI)
Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh dilaksanakan dalam kajian sebenar untuk melihat kesan
modul terhadap dua pemboleh ubah iaitu peningkatan pengetahuan efikasi mengajar Bahasa Inggeris
dan pengurangan tahap kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris.
Kata kunci : kajian reka bentuk dan pembangunan, modul latihan, kajian rintis, kebolehpercayaan,
keberkesanan modul
The study uses design and development research study methods to develop training modules. Before
the draft training module was implemented in a real study, the draft module had to go through a pilot
study to evaluate the reliability of the module. To obtain the reliability of the module, the researcher
conducted a pilot study on 30 respondents from the Perak Islamic Tadika teacher. The purpose is to
evaluate the contents of the module to coincide with the objectives to be achieved, the time allocated
according to the module activity, in accordance with the target population selected and to determine
the effectiveness of the module on the study variables ie increase the level of efficacy knowledge of
teaching English and reducing the level of anxiety teaching English. The instrument used is the
English Language Teaching Efficiency Improvement Module Early Childhood Education Teaching
Questionnaire which contains questions in the form of 4 likert scale. Data is also supported by
qualitative data through several open questions at the end of the questionnaire. The findings were
analyzed using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 21. The findings of the
1
ICTLD 2018
pilot study show that the Early Childhood Education Teaching Enhancement Module module can be
implemented in a real study to see the effect of the module on two variables such as enhancing the
efficacy knowledge of teaching English and reducing the level of English teaching anxiety.
Keywords: design and development research, training modules, pilot studies, reliability, module
effectiveness.
PENGENALAN
Kajian reka bentuk dan pembangunan merangkumi 3 fasa utama dalam pembangunan modul. Fasa I :
Analisis Keperluan; Fasa II : Reka Bentuk dan Pembangunan Modul dan Fasa III : Pengujian dan
Penilaian Modul (Norlidah Alias et.al, 2013 & Richey & Klien, 2007). Fasa pertama adalah fasa analisis
keperluan yang melibatkan tinjauan awal terhadap sesuatu isu atau fenomena. Ini termasuk tinjauan
literatur dan pengedaran soal selidik. Fasa kedua pula adalah peringkat reka bentuk dan
pembangunan modul yang melibatkan proses sistematik untuk menjelaskan latar belakang sesuatu
teori dan kajian-kajian dalam reka bentuk penyelidikan. Seterusnya, fasa ketiga adalah peringkat
penilaian. Fasa ini adalah proses menilai kebolehgunaan modul kepada kumpulan sasaran dalam
persekitaran yang diwujudkan.
Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan modul, ada satu proses terpenting yang perlu
dilakukan oleh penyelidik iaitu menentukan kebolehlaksaan sesuatu modul. Menurut Jamaludin
(2016), kebolehlaksanaan sesuatu modul adalah ketika proses mencuba aktiviti modul tersebut
dengan melihat maklum balas daripada peserta. Melalui maklum balas tersebut, pembina modul akan
dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam meningkatkan lagi kualiti aktiviti modul
tersebut. Ketika proses mencuba aktiviti modul yang boleh dilaksanakan melalui kajian rintis, maka
seseorang pembina aktiviti modul boleh melihat komen-komen sama ada secara bertulis atau secara
lisan yang dilakukan oleh pelajar ataupun komen-komen yang dilakukan oleh pembina aktiviti modul
itu sendiri bersama-sama dengan guru-guru dan fasilitator.
Hasilnya, beberapa kesalahan akan dapat dikenal pasti seperti kesesuaian aktiviti, kesalahan
ejaan, kesalahan struktur ayat, penggunaan masa untuk menghabiskan aktiviti dalam aktiviti modul,
kesesuaian aktiviti modul dengan tahap kebolehan pelajar, kejelasan objektif, kejelasan langkah-
langkah aktiviti, kejelasan arahan aktiviti modul dan seumpamanya. Melalui kelemahan-kelemahan
yang telah dikenal pasti itu, maka pembina aktiviti modul akan melakukan pembetulan, pembaikan,
pemurnian aktiviti modul tersebut dan seterusnya melakukan kajian rintis sekali lagi sehinggalah
aktiviti modul tersebut boleh digunakan semula.
Aktiviti modul yang telah siap dibina selalunya digunakan untuk membantu pelajar mencapai
pelbagai objektif yang telah dinyatakan. Adalah diharapkan, apabila pengguna modul telah mengikuti
sesuatu aktiviti modul, maka perubahan akan berlaku pada diri pengguna modul berkenaan seperti
meningkatnya motivasi, dapat meningkatkan usaha ke arah lebih cemerlang, dapat berdaya saing,
dapat berdikari dan dapat membantu orang lain yang memerlukannya. Sebaik-baiknya perubahan
pada diri pengguna modul itu bukan bersifat sementara sahaja tetapi biarlah berkekalan buat selama-
lamanya. Oleh yang demikian, aktiviti modul yang telah dibina seharusnya mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi agar ia boleh diterima pakai untuk jangka masa yang berpanjangan.
Menurut Sharifah Alwiyah (1994) berbagai-bagai aktiviti boleh dimuatkan ke dalam sesebuah modul,
mengikut keperluan objektif pembelajaran. Ini bermakna setiap aktiviti yang disediakan di dalam
sesebuah modul adalah bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Sidek
dan Jamaludin (2005), menyatakan modul yang telah dibina perlu mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi agar boleh diterima pakai dalam jangka masa yang panjang. Menurut Sidek (2001) kaedah
untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu modul mempunyai persamaan dengan kaedah untuk
menentukan kebolehpercayaan ujian atau alat ukuran. Ini kerana kedua-duanya sama ada modul atau
alat ukur merupakan alat yang dibangunkan khusus untuk tujuan tertentu.
Seperti soal selidik kajian, pembinaan modul latihan juga perlu diuji kebolehpercayaannya. Ini
dijelaskan oleh Sidek dan Jamaludin (2005) bahawa di samping mendapatkan kesahan kandungan
2
ICTLD 2018
dari pakar-pakar mengenai sesuatu modul, modul ini juga perlu diuji kebolehpercayaannya. Ini bagi
memastikan modul yang dibina mempunyai ketekalan yang tinggi dalam merawat aspek yang
sepatutnya dirawat seperti dalam objektif modul. Russell (1974) mengatakan bahawa untuk menguji
kebolehpercayaan sesuatu modul perlu melihat sejauh mana pengguna modul dapat mengikuti
kandungan modul. Manakala, Sidek (2002) menjelaskan terdapat dua kaedah untuk menguji
kebolehpercayaan sesuatu modul iaitu melalui langkah-langkah dalam setiap aktiviti atau melalui
objektif di dalam sesuatu modul. Oleh yang demikian, Sidek dan Jamaludin (2005) merumuskan
bahawa untuk menguji nilai pekali kebolehpercayaan sesuatu modul, kaedah mencipta soal selidik
atau item-item soalan bolehlah berdasarkan langkah-langkah aktiviti modul ataupun berdasarkan
kepada objektif-objektif modul tersebut.
Sehubungan itu, Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa
Inggeris (SKMPEBI) dibina oleh penyelidik berdasarkan langkah-langkah dalam aktiviti modul untuk
mendapatkan nilai kebolehpercayaan MPEBI. Ini kerana setiap langkah-langkah dalam aktiviti modul
menentukan sama ada pengguna modul telah menguasai objektif modul tersebut. SKMPEBI ini
mempunyai 95 item soalan dan ditadbirkan ke atas 30 orang guru yang mengikuti Bengkel MPEBI
(menggunakan aktiviti-aktiviti dalam MPEBI) yang dijalankan secara kajian rintis.
Kebolehpercaya
Modul
Pembinaan item an unit modul
Peningkatan 6 Strategi Aktiviti-Aktiviti berdasarkan mengandungi
Efikasi Mengajar MPEBI MPEBI langkah-langkah kaedah korelasi
Bahasa Inggeris
dalam MPEBI (Alpha
(MPEBI)
Cronbach)
Rajah 1. Proses-proses kebolehpercayaan aktiviti-aktiviti MPEBI
METOD KAJIAN
Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan terhadap nilai pekali kesahan dan
kebolehpercayaan dengan menggunakan soal selidik. Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk
mencari kebolehpercayaan aktiviti-aktiviti MPEBI menggunakan Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul
Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (SKMPEBI). Data kualitatif juga diperoleh sebagai data
sokongan untuk melakukan pemurnian MPEBI.
Kajian ini dijalankan di Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar selama tiga hari. Soal selidik
kebolehpercayaan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (SKMPEBI) ini diuji kepada
30 orang guru Tadika Islam yang terlibat dalam kajian rintis. Soal selidik kebolehpercayaan modul
diberikan kepada subjek kajian rintis setelah mereka menjalani setiap aktiviti yang terdapat di dalam
MPEBI, langkah ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Jamaludin (2012) dan Mariah
Kamaruddin (2017). Langkah ini diteruskan sehingga kesemua aktiviti selesai dilaksanakan. Tempoh
masa diberikan kepada subjek untuk menjawab soal selidik kebolehpercayaan ini.
3
ICTLD 2018
Soal selidik SKMPEBI dianalisis dengan menggunakan prosedur Cronbach Alpha bagi
mengukur kebolehpercayaan MPEBI. Dalam menentukan nilai kebolehpercayaan MPEBI, pengkaji
menerima pandangan Chua (2006, 2012) yang menyatakan nilai pekali kebolehpercayaan yang lebih
dari 0.60 merupakan nilai yang sesuai dan sering digunakan oleh kebanyakan pengkaji.
KEPUTUSAN KAJIAN
Jadual 1
Nilai kebolehpercayaan aktiviti-aktiviti dalam enam strategi MPEBI
4
ICTLD 2018
Jadual 2
Pemurnian MPEBI terhadap peruntukan masa bagi setiap aktiviti dan kesesuaian aktiviti
Sub Modul / Aktiviti Peruntukan Peruntukan
Masa Setiap Masa Setiap
Aktiviti Aktiviti
Sebelum Selepas Rintis
Rintis
Strategi 1 :Pengenalan MPEBI
Aktiviti 1 : Mengenali Teori Efikasi Kendiri Bandura (TEKB) 60 minit 45 minit
Aktiviti 2 : Efikasi Kendiri Guru 60 minit 45 minit
5
ICTLD 2018
Berdasarkan kepada jadual di atas, beberapa perubahan perlu dilakukan dalam pemurnian MPEBI.
Antaranya ialah peruntukan masa bagi setiap aktiviti mengalami perubahan apabila penyelidik
mencuba MPEBI dalam kajian rintis. Pada asalnya, untuk melengkapkan pelaksanaan MPEBI
memerlukan masa selama 20 jam, namun setelah menjalani kajian rintis MPEBI hanya memerlukan
masa selama 18 jam bagi pelaksanaan keseluruhan aktiviti MPEBI. Bagi kesesuaian aktiviti,
penyelidik perlu menambah dua aktiviti baru iaitu aktiviti sesi perkenalan bagi permulaan sesi Strategi
1 dan Aktiviti 5 : Kelainan Dalam Kaedah Mengajar bagi Strategi 4 : Penilaian Kendiri Dalam
Pengajaran.
Bagi sesi perkenalan ia bertujuan untuk membina hubungan yang mesra di antara fasilitator
dengan peserta pada awal permulaan bengkel. Peserta akan berasa selesa dengan fasilitator dan
akan memudahkan perjalanan bengkel apabila adanya sesi interaksi dua hala bersama peserta.
Manakala bagi Aktiviti 5 : Kelainan Dalam Kaedah Mengajar, penyelidik mendapati guru perlu diberi
beberapa pendekatan baru dalam mengajar Bahasa Inggeris kerana apabila perbincangan dalam
kumpulan dilaksanakan berkaitan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan
pelaksanaan cara mengajar Bahasa Inggeris, penyelidik mendapati guru-guru banyak menggunakan
kaedah mengajar Bahasa Inggeris secara tradisional. Oleh itu, guru-guru pendidikan awal kanak-
kanak perlu diberi pendedahan dengan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan perkembangan
kanak-kanak masa kini dan mengurangkan tekanan di kalangan guru dan kanak-kanak untuk
mempraktikkannya di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Penyelidik
memperkenalkan kaedah “Emotion Body Response” (EBR) kepada guru kerana pendekatan tersebut
mudah dipraktikkan dan sangat membantu penguasaan kanak-kanak dalam pemerolehan kosa kata
dan pemahaman kosa kata Bahasa Inggeris.
Selain itu, dapatan kualitatif juga digunakan untuk menyokong hasil dapatan kajian rintis yang
telah dijalankan. Penyelidik cuba melihat keberkesanan MPEBI dengan mengemukakan soalan
berkaitan kelebihan dan kelemahan modul dan cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki kualiti
modul.
Jadual 3
Tinjauan mengenai kelebihan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan modul
6
ICTLD 2018
Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu penyelidik lakukan
penambahbaikan dan pemurnian agar kualiti MPEBI menjadi bertambah baik. Di antaranya adalah
berkaitan dengan masa pelaksanaan modul yang perlu dipanjangkan agar setiap aktiviti modul dapat
dijalankan dengan baik. Nota penyampaian fasilitator juga perlu memperbanyakkan contoh-contoh
yang boleh dikaitkan dengan kehidupan peserta. Ini memudahkan peserta untuk memahami
kandungan modul yang ingin disampaikan. Peserta mengharapkan adanya aktiviti mengenai kaedah
mengajar Bahasa Inggeris dengan menarik bagi meningkatkan pengetahuan pedagogi. Aktiviti-aktiviti
dalam modul perlu dipelbagaikan agar peserta dapat terlibat aktif dan menyeronokkan. Ini dapat
mengelakkan aktiviti modul dijalankan seperti kuliah. Namun begitu, MPEBI mempunyai kelebihan-
kelebihan yang juga dapat meningkatkan lagi keberkesanan modul dalam mencapai objektif yang
telah ditetapkan iaitu meningkatkan tahap efikasi mengajar Bahasa Inggeris dan mengurangkan tahap
kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris. Pemurnian MPEBI perlu dilakukan berdasarkan respons
peserta bengkel dan kemudian dapat dilaksanakan dalam kajian sebenar untuk melihat
kebolehgunaan modul atau penilaian modul.
PERBINCANGAN
Berdasarkan penilaian yang dibuat, penyelidik masih perlu memperbaiki langkah-langkah dalam
pelaksanaan aktiviti modul. Ini kerana langkah-langkah pelaksanaan aktiviti yang jelas, spesifik dan
mudah difahami dapat membantu fasilitator mengendalikan modul dengan berkesan. Sidek Mohd
Noah dan Jamaludin Ahmad (2005), telah membahagikan aktiviti modul kepada dua iaitu aktiviti modul
berbantukan fasilitator dan aktiviti modul tanpa berbantukan fasilitator. Modul Peningkatan Efikasi
Mengajar Bahasa Inggeris (MPEBI) Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan sebuah modul
berbantukan fasilitator iaitu aktiviti modul perlu dilaksanakan dengan bantuan fasilitator. Oleh itu,
MPEBI memerlukan fasilitator yang memahami dan berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti
modul dengan mudah, cekap dan sempurna. Hal ini menunjukkan penyelidik perlu memperbaiki
langkah-langkah pelaksanaan aktiviti-aktiviti MPEBI dan perlu memberi latihan kepada fasilitator
berkaitan pelaksanaan modul iaitu dapat mengesan setiap perkembangan dan aktiviti pengguna
modul agar berjalan dengan teratur dan sistematik.
Semasa kajian rintis dijalankan salah satu kelemahan yang dapat dilihat ialah cara
pengendalian modul oleh fasilitator. Fasiliator masih perlu diberi latihan yang secukupnya supaya
dapat mengendalikan MPEBI dengan berkesan. Menurut Habibah Elias (1991), pengendali aktiviti
modul hendaklah terdiri daripada individu yang berminat dan telah mendapat latihan secukupnya bagi
menyediakan diri secukupnya sebelum menjalankan sesuatu aktiviti modul. Hal ini menunjukkan
penyelidik ,masih perlu menjalankan program latihan bersifat dalaman untuk memberi penjelasan
berkaitan dengan kaedah pelaksanaan aktiviti MPEBI. Fasilitator juga harus mengambil kira beberapa
aspek bagi menentukan kelicinan, kelancaran dan keberkesanan aktiviti modul seperti faktor tempat
pelaksanaan, masa pelaksanaan, peralatan yang perlu disediakan, media yang digunakan, suasana
yang merangsang ketika mengendalikan aktiviti modul dan faktor kesediaan fasilitator itu sendiri. Ini
menunjukkan latihan yang secukupnya kepada dua orang fasilitator MPEBI yang telah dipilih perlu
ditingkatkan lagi agar lebih bersifat profesional.
7
ICTLD 2018
Beberapa kelemahan MPEBI yang telah dikenal pasti ialah, masa aktiviti dan kesesuaian
aktiviti. Aktiviti-aktiviti MPEBI yang ditetapkan tempoh masa oleh penyelidik adalah berdasarkan
kepada Teori Efikasi Kendiri Bandura dan pandangan pakar-pakar. Maka untuk mengetahui ketepatan
pemilihan aktiviti dan peruntukan masa aktiviti yang ditetapkan adalah menerusi pelaksanaan kajian
rintis modul. Ia berbeza dengan pembangunan modul yang hanya mengubah suai modul sedia ada
dari luar negara dan dilaksanakan di negara kita, oleh itu penyelidik boleh terus mereplika pemilihan
aktiviti-aktiviti dan peruntukan masa yang telah ditetapkan. Ini dapat dilihat dalam kajian Mariah (2017)
iaitu Kesan Modul Kemahiran Asas Menolong terhadap pengetahuan dan kemahiran asas menolong
Pembimbing Rakan Sebaya. Selain itu penyelidik dapat mengenal pasti sama ada aktiviti-aktiviti yang
dirancang dalam MPEBI dapat membantu meningkatkan tahap efikasi mengajar Bahasa Inggeris dan
mengurangkan tahap kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris (pemboleh ubah utama kajian) melalui
pengisian Borang Refleksi setiap aktiviti oleh pengguna modul. Di samping itu penyelidik juga dapat
menilai kelemahan dalam Buku Aktiviti Kendiri yang perlu diisi oleh pengguna modul setelah mengikuti
penerangan oleh fasilitator dan cuba berkongsi dengan pengguna modul yang lain mengenai
pandangan dan peluahan emosi yang dibuat.
KESIMPULAN
Rumusannya, dalam pembangunan sesuatu modul, pembina modul perlu mencuba modul tersebut
sebagai kajian rintis bagi menilai kesesuaian aktiviti, kesalahan ejaan, kesalahan struktur ayat,
penggunaan masa untuk menghabiskan aktiviti dalam aktiviti modul, kesesuaian aktiviti modul dengan
tahap kebolehan pengguna modul, kejelasan objektif, kejelasan langkah-langkah aktiviti, kejelasan
arahan aktiviti modul. Hal ini dapat memastikan pembina modul dapat membangunkan sebuah modul
yang berkualiti. Di samping itu, kebolehpercayaan modul juga perlu dilaksanakan dengan menguji nilai
kebolehpercayaan sesuatu aktiviti modul dengan kaedah mencipta soal selidik atau item-item soalan
berdasarkan langkah-langkah aktiviti modul ataupun berdasarkan objektif-objektif aktiviti modul. Modul
Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris telah melalui proses-proses yang dinyatakan oleh
Jamaludin (2016), ini dapat memastikan kebolehpercayaan yang tinggi diperoleh dan membolehkan
pemurnian MPEBI dilakukan sebelum dilaksanakan dalam kajian sebenar.
RUJUKAN
Bruce, W. Tuckman & Mohammed A.W (1981). Evaluating an individualized science programme for
community college students. Journal of Research in Science Teaching. 18(6) : 489-495.
Chua, Y.P. (2006, 2012). Asas Statistik Penyelidikan. Buku 2. Malaysia : McGraw-Hill Sdn. Bhd.
8
ICTLD 2018
Chua, Y.P. (2008). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 3. Asas Statistik Penyelidikan. Analisis
data skala ordinal dan skala nominal. Malaysia : McGraw-Hill Sdn. Bhd.
Jamaludin Ahmad. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri
ke Atas Motivasi Pencapaian di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor.
Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Jamaludin Ahmad. (2016). Modul Motivasi Diri. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2010). Kesan kelompok bimbingan ke atas konsep kendiri,
penilaian konsep kendiri – Rakan sebaya, daya tahan dan kelangsangan remaja pertengahan
yang sederhana rendah konsep kendiri. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mariah Kamaruddin. (2017). Kesan Modul Kemahiran Asas Menolong terhadap pengetahuan dan
kemahiran asas menolong Pembimbing Rakan Sebaya. Tesis PhD. Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2018). Pembinaan dan Pengujian Modul. Selangor : I
Psychology and Counselling Academy.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2015). Efikasi Kendiri Guru dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik Di Sekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pascasiswazah
Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak.
Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat (2017). Analisis Keperluan : Pembangunan Modul
Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris Guru Prasekolah. Proceedings National Conference on
Education Social Science, Engineering and Technology (NCESET 2017). Kedah : Association
of Malaysian Researchers & Social Services (AMRASS).
Richey, R.C., & Klein, J.D. (2007). Design and developmental research. New York, NY : Routledge.
Russell, J.,D. (1974). Modular Instruction. A guide to the design, selection, utilization and evaluation of
modular materials. Minneapolis, Minnesota : Burgess Publishing Company.
Sidek Mohd. Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian Kaunseling : Teori dan Aplikasi. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd. Noah dan Jamaludin Ahmad. (2005).Pembinaan Modul. Bagaimana membina modul
latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit UPM.
Sidek Mohd. Noah dan Wan Marzuki Wan Jaafar. (2007). Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan
Soal Selidik Penilaian Kaunselor terhadap Penyelia (IPKtP). Jurnal PERKAMA, 13 : 1-13.