You are on page 1of 1

Halwa Nanas adalah hasil daripada nanas yang telah diproses dan diawet dengan menggunakan

gula atau bahan pemanis lain seperti glukos, gliserol atau sorbitol. Hasil ini kemudian dikeringkan
dan disalut dengan gula halus.

Penghalwaan nanas ialah satu proses yang bermula dengan merendam buah nanas di dalam sirap
di mana kandungan gulanya ditambah dalam tempoh tertentu sehingga tepu dengan sempurna.

Kepekatan gula yang tinggi yang telah diserap ke dalam tisu buah akan mencegah dari rosak.
Selepas proses penyirapan, buah nanas yang terdapat di dalam sirap yang melebihi 60°Brix perlu
dikeluarkan dan dibilas dengan air suam sebelum dikeringkan.

Selepas proses pengeringan dilakukan, halwa ditabur dengan lapisan nipis gula ising.
Formulasi Halwa Nanas
Bahan Kuantiti (gm)
Isi Buah Nanas 1.0 kg
750 gm } Permulaan Sirap 35° Bx
Gula 800 gm } Gula tambahan
Natrium Metabisulfit (55 1.233 gm
ppm) 4.93 gm } Pekatan Sirap Berikutnya 40°
Asid Sitrik Bx
Gula Ising (3%) 4.0 gm

Kaedah Membuat Halwa

1. Isi buah nanas dicelur dalam air mendidih selama 1 – 2 minit.

2. Masakkan gula dengan air sehingga mendidih. Kacau sehingga rata supaya gula tersebut larut.

3. Masukkan bahan awet yang telah dilarutkan dalam air suam. (Asid sitrik dan Natrium Metabisulfat perlu dilarutkan dan di
masukkan ke dalam sirap secara berasingan) dan kacau.

4. Masukkan nanas yang telah dicelur ke dalam sirap dan pastikan semua buah tenggelam.

5. Naikkan kepekatan sirap setiap hari 10°Bx. Kekalkan kepekatan sirap 60°Bx selama 3 hari.

6. Toskan isi nanas dan keringkan dalam oven pada suhu 40°C – 45°C selama 7 hingga 9 jam.

7. Setelah kering, isi nanas disalut dengan gula halus supaya tidak melekat di antara satu sama lain.

Anggaran Kos
Anggaran kos terlibat bagi meghasilkan 1000 kg Halwa Nanas

Harga/Unit Kos Terlibat


Bahan (RM/Unit) (RM)

Isi Nanas(1000 kg = 3000 biji buah nanas) 0.30 900.0

Gula Ising (4 kg) 1.60 6.40

Natrium (ppm) 4.00 0.24

Metabisulfit (0.06 kg)


Asid Sitrik (4.93 kg) 6.50 32.05

Gula (800 kg) 1.40 1,120.00

Jumlah 2,058.69

1,000 kg Halwa Nanas adalah bersamaan dengan 6,667 paket dengan muatan 150 gm.

You might also like