You are on page 1of 3

TAJUK:

Kajian mengenai proses dan kesan luluhawa batu kapur di Gua Tempurung Gopeng, Perak.

SKOP:

Kajian ini dijalankan di kawasan Gua Tempurung yang terkenal dengan batu kapur. Kajian
ini adalah untuk mengenalpasti tentang proses dan kesan luluhawa batu kapur. Kajian ini juga
untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan bentuk yang terhasil akibat daripada proses
luuhawa. Selain itu, kajian ini juga untuk meningkat kemahiran memerhati dalam diri pelajar.

KEMAHIRAN/ PENGETAHUAN YANG BAKAL DIPEROLEH MURID MELALUI


AKTIVITI KAJIAN LAPANGAN TERSEBUT:

1. Pelajar akan memperolehi kemahiran memerhati pembentukan batu kapur hasil proses
luluhawa.

2. Dapat mengetahui pembentukan bentuk muka bumi hasil proses luluhawa.

3. Pelajar dapat memperkembangkan kemahiran dalam pengumpulan data

4. Membolehkan pelajar memahami proses-proses yang terlibat dalam menghasilkan rupa


bentuk batu kapur di Gua Tempurung.

KUMPULAN SASARAN: 3 orang guru dan 30 orang pelajar tingkatan 6 yang mengambil
subjek geografi.

PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN:  GURU DAN MURID

KAJIAN SEBELUM KAJIAN LUAR

Aktiviti Guru  Guru membuat perancangan tujuan mengadakan kajian luar


 Membuat ulangkaji dan kemahiran yang menjadi prasyarat kepada
kajian luar yang akan diadakan.
 Guru membuat surat kebenaran bagi meminta kebenaran dari
pihak sekolah dan pejabat pendidikan untuk mengadakan kajian
luar.
 Guru berbincang dengan murid cadangan tersebut dan tajuk serta
tempat yang akan diadakan.
 Guru memberi surat kebenaran ibubapa kepada pelajar untuk
maklumat ibu bapa sepeti tujuan kajian luar, kos dan keperluan-
keperluan lain.
 Guru membuat penempatan tempat dan pengangkutan yang akan
digunakan.
 Guru memberi taklimat tentang kajian luar kepada semua yang
terlibat sama ada pelajar mahupun guru pengirim yang lain bagi
mengelakkan kekeliruan maklumat serta membentuk kumpulan
pelajar.
 Guru menyediakan senarai nama pelajar berserta dengan dengan
maklumat waris yg akan dihubungi jika berlaku kecemasan
Aktiviti Pelajar  Pelajar menentukan objektif kajian luar yang akan dilaksanakan.
 Pelajar mencari maklumat dan pengetahuan tambahan untuk
persedian ketika kajian luar dilaksanakan.
 Pelajar mengumpul malumat semaksimum mungkin.
 Pelajar tahu akan tanggungjawab dan tugas yang diberikan sama
ada secara individu mahupun dalam kumpulan.
 Pelajar menyediakan keperluan, bahan dan alat yang akan
digunakan.

AKTIVITI SEMASA KAJIAN LUAR

Aktiviti guru  Guru memberi taklimat ringkas dan arahan yang jelas kepada
pelajar.
 Guru memantau pelajar dalam melaksanakan tugasan..
 Guru memastikan pelajar mengumpul data dengan betul dan jelas.
 Guru bertanyakan soalan yang berkaitan dengan luluhawa dan batu
kapur.
 Guru memberi maklumat tambahan tentang proses dan kesan
luluhawa sekiranya pelajar bertanya.
Aktiviti pelajar  Pelajar mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
 Pelajar membuat pemerhatian akan pembentukan batu kapur.
 Pelajar mengumpul data dan mencatat maklumat yang berkaitan.
 Pelajar menganalisi dan mentafsir peringkat awal apa yang mereka
faham.
 Pelajar turut mengambil gambar batu kapur sebagai bukti.
 Pelajar perlu menjaga keselamatan semasa aktiviti dijalankan.
AKTIVITI SELEPAS KAJIAN LUAR

Aktiviti guru  Guru memunjukkan format yang perlu dibuat oleh pelajar.
 Guru membuat penilaian kepada pengalaman kajian luar dan hasil
pengelolaan pembelajaran.
 Guru mengarahkan pelajar merujuk sumber-sumber lain bagi
menegaskan dapatan kajian mereka.
 Guru membuat penilaian terhadap laporan kajian luar pelajar.
Aktiviti pelajar  Pelajar mengumpul maklumat dan data yang diperolehi secara
keseluruhan.
 Pelajar membuat analisis data.
 Pelajar membuat kesimpulan umum berdasrkan maklumat yang
mereka perolehi.
 Pelajar membuat dapatan dan menyemak dapatan dengan rakan
yang lain.
 Pelajar membuat perbincangan dan penambahbaikan isu-isu yang
kurang jelas.
 Pelajar menbuat kajian terhadap persoalan yang belum terjawab.
 Pelajar membuat laporan berdasarkan format yang telah diberikan
oleh guru.
 Pelajar mempersembahkan hasil kajian luar dalam bentuk laporan.

You might also like