You are on page 1of 2

SKMK3093 PEMUZIUMAN BUDAYA

PERBINCANGAN TOPIK PEMULIHARAAN 1:


BAGAIMANA PIHAK MUZIUM MELAKUKAN PEMULIHARAAN KE ATAS
ARTIFAK BUDAYA SEPERTI SEJANTA KERIS?

NAMA:
MOHD AFFIQ AFFANDY BIN AZLIZAN (A165841)

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD. YUSZAIDY MOHD. YUSOFF

SEMESTER 2 2019/2020
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Muzium adalah institusi yang menjaga, memelihara dan memulihara warisan bahan sejarah
seperti artifak budaya. Artifak adalah budaya material hasil ciptaan manusia melalui daya
pemikiran mereka dalam konteks alam persekitarannya. Artifak terbahagi kepada dua iaitu
artifak organik dan artifak bahagian organik. Artifak bahan organik adalah bahan yang
berasaskan karbon dan sumbernya adalah daripada tumbuhan dan haiwan. Contoh bahan
organik ialah rotan, buluh, kayu bulu dan kulit. Artifak bahan bukan organik adalah bahan yang
terdiri daripada campuran mineral dan tidak terbentuk hasil daripada pertumbuhan semulajadi
organisma hidup. Contoh bahan bukan organik adalah logam, batu dan lain-lain. Keris
termasuk di dalam kategori bahan bukan organik.

Keris ialah satu alat senjata bangsa Melayu selain daripada pedang, badik, sewar,
tombak dan kelewang. Dari aspek pemuliharaan artifak budaya seperti keris, pihak muzium
juga mengambil cakna akan perkara ini demi memelihara khazanah budaya. Pemuliharaan
keris dilakukan bagi tujuan untuk memastikan rupa bentuk yang kekal dan bebas dari makhluk
perosak. Keris akan dibersihkan daripada habuk dan kotoran dengan menggunakan berus
lembut dan dibersihkan bersama cecair acetone. Kemudian keris tersebut akan direndam di
dalam ubat pencegah serangga untuk menghalang serangga perosak yang melekat pada fizikal
keris tersebut dan disapu dengan wax sebagai lapisan perlindungan.

Artifak bukan organik seperti keris tidak perlu penjagaan yang rapi seperti artifak bahan
organik. Di peringkat pameran, suhu di dalam muzium dan galeri harus dikawal serta
pencahayaan juga turut dititikberatkan bagi mengawal proses melambatkan atau
mempercepatkan kerosakan pada keris tersebut. Tambahan pula, aspek keselamatan koleksi
keris juga harus dititikberatkan. Contohnya, keris perlu disimpan di dalam bekas kaca yang
tebal sewaktu dipamerkan kerana ianya mudah terdedah dengan kecuriaan. Akhir sekali
penganalisaan, penyelidikan, rawatan dan pemeliharaan perlu dilakukan secara berterusan
supaya keaslian fizikal dan rupa bentuk keris tersebut berkekalan.

Kesimpulannya, pemuliharaan artifak budaya seperti keris adalah tanggungjawab dan


amanah kepada pengurusan muzium dalam mengekalkan khazanah bangsa dari terus mati
ditelan zaman. Pemuliharaan yang diamalkan oleh pihak muzium adalah prosedur yang
diiktiraf dan mencapai standard piawaian penyimpanan.

You might also like