You are on page 1of 6

SKMM3163 PENGURUSAN SASTERA

SEMESTER 2, SESI 2019/2020

ARAHAN

Bentuk kumpulan yang mengandungi 4 ahli (15 kumpulan) dan 5 ahli (1 kumpulan). Semua
sekali akan ada 16 kumpulan dalam set ini. Pilih satu warna tema untuk kumpulan
masing-masing dan berikan nama kumpulan mengikut warna tema tersebut (Contoh:
Merah Membara, Kuning Bijaksana dan sebagainya).

1
A. Tugasan Video Ulasan Buku (20 markah)

Setiap kumpulan dikehendaki memilih sebuah buku terbitan terkini (2019/2020) dan buat
video ulasan yang menarik serta kreatif.

* Catatan
- Tugasan ini hendaklah dikerjakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
mengandungi 4 ahli.
- Video hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada minggu terakhir perkuliahan.

Markah : 20
Durasi : Tidak lebih 10 minit

2
B. Tugasan Rencana Umum (10 markah)

Tuliskan sebuah rencana umum tentang kesan Covid-19 terhadap industri perbukuan
negara dari kaca mata anda.

Kandungan rencana tersebut hendaklah menyentuh aspek-aspek berikut:


 Kesan Covid-19 terhadap industri perbukuan (positif atau negatif, atau kedua-
duanya)
 Hikmah dan/atau musibah terhadap industri perbukuan?
 Masa hadapan industri perbukuan pasca Covid-19

Markah rencana : 10
Helaian : 3-5 halaman (langkau 1.5)
Saiz huruf : 12 (Times New Roman)

* Catatan
- Tugasan ini hendaklah dikerjakan secara individu.
- Tugasan akhir hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada minggu terakhir
perkuliahan. Tugasan dalam bentuk salinan keras (hard copy) perlu diserahkan
kepada pensyarah manakala tugasan dalam bentuk salinan lembut (soft copy) perlu
diupload dalam UKM-Folio.

3
C. Tugasan Amali Pengurusan Sastera (30 markah)

 Penyuntingan manuskrip I (10 markah)


 Penyuntingan manuskrip II (10 markah)
 Mereka bentuk kulit novel (10 markah)

- Tugasan ini hendaklah dikerjakan secara individu.


- Tugasan perlu dihantar melalui UKM-Folio.
- Tarikh penghantaran tugasan akan dimaklumkan kemudian.

4
D. Kuiz (20 markah)

Jawab soalan kuiz yang disediakan dalam UKM-Folio mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.

Kuiz I
Markah : 10

Kuiz II
Markah : 10

5
E. Tugasan Esei Individu (20 markah)

Pilih dan jawab SATU (1) soalan sahaja.

1. Penerbit merupakan pihak yang menggerakkan seluruh proses penerbitan daripada


proses pemerolehan manuskrip hinggalah karya itu dapat dibaca oleh orang ramai.
Bincangkan.

(20 markah)

ATAU

2. Anda baharu sahaja menerbitkan sebuah novel karya Sasterawan Negara. Jelaskan
bagaimanakah anda ingin mempromosikan novel tersebut?

(20 markah)

Markah : 20
Helaian : 15 halaman (langkau 1.5)
Saiz huruf : 12 (Times New Roman)

* Catatan
- Tugasan ini hendaklah dikerjakan secara individu.
- Tugasan akhir hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada minggu terakhir
perkuliahan. Tugasan dalam bentuk salinan keras (hard copy) perlu diserahkan
kepada pensyarah manakala tugasan dalam bentuk salinan lembut (soft copy) perlu
diupload dalam UKM-Folio.

You might also like