You are on page 1of 11

PERSEPSI DAN PENANGGAPAN

PENGAMATAN
Istilah ‘pengamatan’ menurut kamus Dewan ialah ‘penelitian’. Secara spesifiknya
maksudnya adalah sama dengan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar
yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah ataupun kulit.
Ransangan yang dikesan akan menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem
saraf. Kemudian, otak akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima berdasarkan
kepada pengalaman yang berkaitan, mengintrepretasi dan membentuk gambaran,
bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Contoh, melalui deria mata, ransangan
kilat dari awan tebal masuk ke mata seseorang dan membentuk imej di retina yang terletak
di belakang otak dan impuls dihasilkan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak
kemudian mentafsir dan menterjemahkan maklumat yang diterima dan kemudian barulah
konsep kilat dapat dibentuk. Maka, pengamatan dapat dirumuskan sebagai proses mental
atau kognitif di mana otak menerima maklumat daripada rangsangan luar yang dikesan oleh
organ deria dan membentuk konsep rangsangan tersebut.

Oleh yang demikian, ahli-ahli psikologi kognitif iaitu Kohler, Bruner, Gagne dan
Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia. Pengamatan adalah kompenen yang sangat penting dalam proses pembinaan
pengetahuan baru dalam struktur kognitif seseorang. Menurut teori Gestalt, manusia
mengamati dengan menerima maklumat melalui deria dan kemudian menyusun semula
maklumat tersebut dalam ingatannya mengikut kefahaman mereka sendiri. Contoh, murid
diminta oleh guru untuk mengamati objek panjang, licin dan bergerak. Sifat-sifat tersebut
diamati melalui deria mata dan dipadankan dengan sifat tersebut iaitu ular.

Oleh yang demikian, walaupun setiap individu mempunyai organ deria yang sama,
penerimaan rangsangan mungkin berbeza justeru pengamatan juga turut akan berbeza. Jika
seseorang itu kurang sihat maka pengamatannnya akan turut terjejas. Menurut Krech (2002)
pengamatan merupakan proses memberikan erti terhadap lingkungan persekitaran individu.

FAKTOR-FAKTOR PENGAMATAN
Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan
murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi
dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan  dengan
menggunakan strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan,
inkuiri penemuan, eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan
supaya mereka dapat meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

1
Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan
kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek.
Contohnya, pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan
dengan lelaki tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan
beruban itu merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian,
pengamatan dan pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau.
           
Selain itu, keadaan sasaran pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan,
bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan atau kejauhan objek tersebut akan menentukan
ketepatan mengamati seseorang murid. Contohnya, hubungan latar hadapan dengan
hubungan latar belakang yang wujud secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta
juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar
belakang dan hadapan adalah asas kepada semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang
menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam hubungan latar hadapan dengan
hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh warna, saiz dan kekuatan
sesuatu rangsangan. Susunan objek dan benda-benda maujud dalam persekitaran mereka
juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya pengamatan murid-murid
terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.

PENANGGAPAN
Istilah ‘penanggapan’ dalam kamus dewan bermaksud ‘pencerapan’. Ianya
didefinisikan sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau ciri-ciri melalui deria,
kesedaran dan kefahaman. Mengikut Solso (2001), konsep merupakan bayangan mental,
idea dan proses, manakala pembentukan konsep pula adalah terhasil daripada ketajaman
fikiran individu dalam mengklasifikasikan objek-objek atau idea-idea. Dalam proses
pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat penting. Ianya
memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis, menghubung dengan situasi
yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna dan dapat menyelesaikan masalah
untuk tujuan tertentu. Mengikut Bruner (1967), konsep adalah kategori-kategori mental yang
membantu dalam proses mengklasifikasikan objek, peristiwa atau idea-idea berasaskan ciri-
ciri khasnya. Ianya melibatkan murid-murid membanding beza dan mengkategorikan ciri-ciri
untuk sesuatu konsep. Contohnya, murid dapat mengklasifikasikan sifat-sifat khusus haiwan
bertulang belakang dan yang tidak bertulang belakang.      

FAKTOR-FAKTOR PENANGGAPAN
Terdapat beberapa faktor yang membentuk penanggapan iaitu pengalaman akan
membantu seseorang murid itu membentuk konsep. Satu rangsangan atau pengalaman
yang dialami akan dikodkan dengan lebih mudah. Umpamanya, seorang anak nelayan
dapan mengkategorikan ciri-ciri ikan tempatan dengan mudah.

2
Selain itu, melalui imaginasi yang merupakan kebolehan mental seseorang untuk
membayangkan sesuatu walaupun objek yang tidak berada di depan mata namun oleh
kerana daya imaginasi yang tinggi akan memudahkan seseorang murid dapat memahami
dan mentafsirkan konsep yang abstrak. Contohnya, murid menonton dokumentari kemajuan
yang dicapai oleh manusia abad ke-20, mereka dapat membayangkan kemajuan yang bakal
dicapai oleh manusia pada abad ke-21.

Disamping itu, penguasaan bahasa juga adalah sangat penting kerana dalam
pembentukan konsep perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat, penggunaan ayat dan
struktur ayat yang baik sahaja yang dapat menggambarkan sesuatu konsep dengan tepat.
Mengikut Teori Pelbagai Kecerdasan, Gardener (1983) berpendapat bahawa orang yang
mempunyai kecerdasan ini menggunakan bahasa secara berkesan sama ada lisan ataupun
tulisan dalam mentafsirkan konsep.  Kemudian, konsep itu haruslah disertai dengan
kejelasan fakta yang sahih supaya pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu berkesan
contohnya bunga mempunyai warna yang pelbagai dan tangkai yang terletak dihujungnya.
Kemudian, disertai dengan contoh-contoh yang mudah supaya murid dapat memahami apa
yang disampaikan oleh guru.

Selain itu kecerdasan mental menurut Piaget (1950) yang merujuk kepada mental
untuk mengubah persekitarannya supaya memenuhi kehendaknya. Ia melibatkan pemikiran
yang peringkat tinggi seperti menganalisis, mensintesis pengalaman baru dan lama,
membuat penilaian dan sebagainya. Oleh itu, kecerdasan murid-murid memudahkan
penanggapan sesuatu konsep contohnya, murid tahun 1 menganalisis perbezaan bentuk
yang terdapat antara burung dan ayam.

Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengamatan dan
penanggapan merupakan dua perkara yang mempunyai hubung kait yang dapat
meningkatkan tahap kognitif murid-murid. Tanpa kedua-dua perkara tersebut, murid begitu
sukar untuk memahami konsep  dan isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

CARA-CARA MENINGKATKAN PENGAMATAN DAN PENANGGAPAN


Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan pengamatan dan penanggapan iaitu
guru haruslah memulakan pengajaran yang konkrit kepada abstrak iaitu dalam erti kata lain
yang mudah kepada susah supaya murid dapat menerima pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan oleh guru. Contohnya, murid tahun 1 diminta oleh guru dalam akitiviti
pelajaran untuk melihat objek air dan guru meminta mereka untuk menyenaraikan kegunaan
air dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menerangkan suatu konsep dengan jelas dan tidak mengelirukan murid-
murid. Sebagaimana yang diketahui konsep besar tidak sama nilai yang sebenarnya.

3
Contoh, duit syiling lima puluh sen lebih besar dan berat daripada duit kertas satu ringgit
namun wang kertas satu ringgit itu lebih bernilai daripada wang syiling tersebut. Oleh yang
demikian, konsep ini perlu diperjelaskan kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun.

Selanjutnya, guru perlu menerangkan sesuatu maklumat dengan betul. Demikian


juga maklumat yang diterima atau yang dikemukakan oleh pelajar. Maklumat tersebut perlu
ditapis dan dianalisis terlebih dahulu agar ia tidak menjadi kenyataan yang kabur dan hasil
pengajaran dan pembelajaran oleh murid adalah tidak terpesong daripada kebenarannya.
Contohnya, guru menjelaskan haiwan amfibia mempunyai kulit yang lembab seperti katak.

Selain itu, guru perlu menjelaskan sesuatu perkataan dengan tepat. Contohnya
dalam bahasa melayu terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang sama
tetapi berbeza bunyi dan maksudnya. Contohnya perkataan ‘rendang’ iaitu sejenis makanan
dan perkataan ‘rendang’ menunjukkan sifat pokok. Hal ini penting supaya murid mengetahui
istilah yang sama namun mempunyai maksud  dan bunyi yang berbeza.

Peranan ibu bapa dan guru seboleh-bolehnya mempelbagaikan kaedah mengajar,


mendidik dan membimbing anak-anak supaya mereka dapat memahami sesuatu tajuk yang
dipelajari dengan mudah. Contohnya, dalam subjek Matematik, terdapat pelbagai cara atau
langkah untuk mendapatkan jawapan yang sama dan betul bergantung kepada tahap
kebolehan kognitif mereka.

3.         INGATAN DAN LUPAAN


DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah
dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang
diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya.

Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang
dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk
disimpan dalam otaknya

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima


dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.

Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-


maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

4
Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima
maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika
diperlukan.

DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu
pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam
persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.

“ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak
penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “.
Eric Erikson (1963)

JENIS-JENIS LUPAAN
1. Keusangan/ hilang kesan ingatan.
2. Lupaan gangguan
3. Lupaan terdesak.

i) KEUSANGAN
Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana
faktor keusangan.
Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang
digunakan / diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

ii) LUPAAN GANGGUAN


Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.

iii) LUPAAN TERDESAK


Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk
melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN


1. Minat
 Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana
mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.
 Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah
dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

2. Perasaan takut dan bimbang


 Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali
fakta yg diajar oleh guru.

5
 Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan
pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

3. Peredaran masa
 Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat
kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang
pelajar.
 Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan
peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
4. Keusangan
 Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali
peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.
 Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan
tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru.
 Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya.
Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah
berubah dengan pesat.
 Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh
digunakan lagi/

5. Pengalaman yang pahit.


 Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman
pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu
mengingatinya lagi.
 Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak
sedar manusia.
 Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri
kepada persekitarannya.

6. Masa yg tidak cukup untuk mengingat


 Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat
menjawab soalan dengan betul.
 Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat
kembali sesuatu fakta.

7. Aras keyakinan.
 Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras
keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan.
 Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya
akan melancarkan proses p&p.

6
8. Kekurangan kejelikitan kpd ingatan.
Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik
kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.
Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk
menentukan kejelikitan kepada ingatan.

9. Gangguan proaktif & gangguan retroaktif


 Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu
pembelajaran baru.
 Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak
difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.

10. Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.


 Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak
maklumat yg perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila
terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan
tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN

i) Belajar berlebihan
 Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali
menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga
dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan
terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

ii) Pemahaman
 Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan
kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori,
mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman
memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk
diingat:
 100816449362516941
 Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka
pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman
ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa
dua untuk angka dari 10 hingga 1.

7
iii) Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada
 Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada
pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang
perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu
maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan
proses ingat kembali.

iv) Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih


mudah diingati oleh murid.
 Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan
kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.

v) Iklim pembelajaran yang kondusif.


 Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram
sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal
memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti
ingatan.

vi) Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.


 Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa
pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang
akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.

KESIMPULAN
 Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan
pembelajaran.
 Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada
masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala
bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
 Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-
muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses
pembelajaran.

4.         PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)


Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi
dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu

8
konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan
lain,  mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi
yang berlainan.

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran


Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif
dan pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan
Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk kepada
pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu
situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak
mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala
pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada
satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran  prinsip, hukum dan teorem.
Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat
menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu


pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan
pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah
gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di
mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya,
mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula
berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya,
selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari
sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru.
Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu
pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan
bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar.
Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education).
Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti
Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh
membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid
menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk
satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih
mudah mempelajari ejaan perkataan.

Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik


pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.

9
Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai
operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku
sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk
pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana
penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung
dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari
operasi bahagi.

Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran


Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran
iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah
berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras.
Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas diadakan
untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap
pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin
banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan
pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip
pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih
memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal.
Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal
melalui latih tubi.

Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif dalam pengajaran


dan pembelajaran.
Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran
positif dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian
objektif eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran
berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat,
mengajar konsep dengan contoh sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif
eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif
pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang
lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai
persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran


berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk
mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang
bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita
boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”

10
Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku
pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat  untuk
pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun
secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan
antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik.

Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar
memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan
contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas. 

11

You might also like