You are on page 1of 16

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPD1013 MIKROEKONOMI I
(SET 4)

TOPIK 9 : PENGGUNAAN MODEL PERSAINGAN

NAMA PENSYARAH : DR. NORSHAMLIZA BINTI CHAMHURI

NAMA KUMPULAN : ELITE @ NAMA APA

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. AIMAN DURRANI BIN LIM HUAN SIN [A174266]


2. MANOJ KUMMAR A/L RAVICHANDRAN [A176314]
3. NAVINDRAN A/L ARUMUGAM [A177566]
4. NURHIDAYATI BINTI SITRI [A176064]
5. NOORUL SYAHIRAH BINTI HJ ALI RAHIM [A178601]
6. NUR SYAZWANI BINTI MOHD HISHAM [A177026]
7. NURFATIHAH BINTI MOHD JAIS [A173733]
8. NUR SHAZALIN IZZATI BINTI SA’ADON [A176469]
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

SOALAN TUTORIAL
1. Untuk kekal (sustain) dalam pasaran persaingan, firma perlu memaksimumkan
keuntungan. Bincangkan?
 Konsep pasaran persaingan berlaku apabila terdapat banyak pengeluar dan pengguna
di pasaran dan firma tidak dapat mempengaruhi harga tersebut.
 Untuk firma memaksimumkan keuntungan dalam pasaran yang sangat kompetitif,
firma menetapkan pengeluaran outputnya apabila hasil sut sama dengan kos sut
(MR=MC).
 Dalam jangka masa pendek, firma akan mendapat keuntungan ekonomi, iaitu sama
ada untung lebih normal (π > 0), untung normal (π = 0) atau untung kurang normal (π
< 0). Walau bagaimanapun, keuntungan ekonomi akan menjadi untung normal (π = 0)
sahaja dalam jangka masa panjang apabila terdapat ramai firma memaksimumkan
keuntungan mereka.
 Sekiranya firma mengeluarkan output pada tingkat harga lebih rendah daripada kos
sut, firma akan mengalami kerugian dan terpaksa keluar daripada pasaran kerana tidak
dapat bertahan dalam pasaran.
 Oleh itu, firma yang dapat memaksimumkan keuntungan dengan untung normal dalam
jangka masa panjang sahaja yang dapat kekal di dalam pasaran persaingan.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

2. Dengan menggunakan contoh sendiri, jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Lebihan
Pengguna?
P, Harga per tiket
(RM)

35 SS
Lebihan
30 Pengguna
25
20 e

15

10
5 DD
Q, ‘000 keping tiket wayang
0 10 25 45 per tahun

Lebihan pengguna = 1/2 x lebar x tinggi


= 1/2 x 45,000 x (RM35-RM20)
= RM 337,500
 Lebihan pengguna bermaksud perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan
harga sebenar yang dibayar oleh seseorang pengguna kerana kepuasan yang diperoleh
daripada penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan. Lebihan pengguna boleh
dilihat pada kawasan berlorek, iaitu di bawah keluk permintaan dan pada tingkat harga
melebihi harga pasaran keseimbangan hingga ke kuantiti yang dibeli oleh pengguna.
 Berdasarkan rajah di atas, keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran pada
titik keseimbangan, e, iaitu pada tingkat harga pasaran RM20 bagi satu keping tiket
dengan keluaran 45,000 keping tiket wayang pada setiap tahun.
 Oleh kerana terdapat ramai pengguna di pasaran, setiap pengguna mempunyai
kesanggupan dan kemampuan yang berbeza untuk membayar lebih atau kurang
daripada harga pasaran, iaitu RM20 yang dapat dilihat pada sepanjang keluk
permintaan.
 Merujuk kepada keluk permintaan-penawaran di atas, terdapat sebilangan pengguna
yang sanggup untuk membayar dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran
RM20, iaitu dalam lingkungan harga RM35 hingga RM20 bagi sekeping tiket wayang.
 Dalam pada masa yang sama juga, terdapat pengguna yang bersedia untuk membayar
tepat pada tingkat harga pasaran RM20, tetapi orang tersebut tidak memiliki faedah
tambahan seperti pengguna lain yang bersedia membayar pada harga melebihi RM20.
 Walau bagaimanapun, masih terdapat juga sebilangan pengguna yang sanggup
membayar sekeping tiket wayang bawah daripada harga pasaran RM20, namun
disebabkan harga pasaran adalah RM20, pengguna yang sanggup membayar kurang
dari RM20 tidak lagi berada di pasaran. Kesimpulannya, keseluruhan kawasan
berlorek berbentuk segi tiga, iaitu kawasan di bawah keluk permintaan dan di atas
harga keseimbangan RM20 adalah jumlah faedah pengguna tiket wayang di pasaran.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

3. Jelaskan bagaimana keanjalan keluk permintaan mempengaruhi Lebihan Pengguna?


P, Harga per tiket
(RM)

90 DD2 tak anjal, ε> -1

A
65
B e3 e2
50 D
C
46 e1

DD1 anjal, ε< -1

Q, ‘000 keping tiket wayang


0 per tahun
25 32 35
Keluk Permintaan Anjal Keluk Permintaan Tak
Anjal
Lebihan Pengguna pada p1 B+C A+B+C+D
Lebihan Pengguna pada p2 B A+B
Kerugian Lebihan Pengguna -C -C-D

Berdasarkan rajah di atas, terdapat dua keluk permintaan yang memiliki keanjalan yang
berbeza, iaitu keluk permintaan anjal dan keluk permintaan tak anjal.
Pada harga keseimbangan p1= RM46,
 Bagi keluk permintaan DD1 yang anjal, keluk tersebut berbentuk lebih landai dan
memiliki nilai keanjalan ε = -0.4, iaitu kurang daripada -1. Berdasarkan nilai keanjalan
tersebut, setiap 1% peningkatan harga tiket akan menyebabkan kuantiti tiket diminta
berkurang sebanyak 0.4%.
 Rajah di atas menunjukkan titik keseimbangan e1 dicapai apabila keluk permintaan
DD1 yang anjal bersilang dengan keluk penawaran pada tingkat harga pasaran RM46
per tiket dengan kuantiti keseimbangan 35,000 tiket wayang setiap tahun.
 Melalui titik keseimbangan tersebut, luas kawasan lebihan pengguna dapat dilihat
sebesar kawasan di bawah keluk permintaan dan di atas harga pasaran, iaitu B+C atau
[1/2x(65-46)x35,000] = RM332,500 bagi satu tahun.
 Bagi keluk permintaan DD2 yang tak anjal pula, keluk tersebut berbentuk lebih cerun
dan memiliki nilai keanjalan ε = -1.33, iaitu lebih daripada -1. Berdasarkan nilai
keanjalan tersebut, setiap 1% peningkatan harga tiket akan menyebabkan kuantiti tiket
diminta berkurang sebanyak 1.33%.
 Pada titik keseimbangan e1 dengan harga keseimbangan RM46 dan kuantiti
keseimbangan ialah 32,000 keping tiket wayang setahun, lebihan pengguna bagi
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

keseimbangan adalah sebesar A+B+C+D atau sebanyak [1/2x(90-46)x32,000] =


RM704,000.
 Keadaan ini menunjukkan bahawa lebihan pengguna bagi keluk permintaan yang tak
anjal, RM704,000 adalah lebih banyak berbanding dengan keluk permintaan yang
anjal, iaitu RM332,500.
Pada harga keseimbangan, p2= RM50
 Sekiranya harga pasaran meningkat RM4, keluk penawaran beralih ke kir dan titik
keseimbangan e3 dicapai pada tingkat harga keseimbangan RM50 dengan kuantiti
sebanyak 32,000 tiket wayang setahun bagi keluk permintaan anjal. Melalui tingkat
harga tersebut, lebihan pengguna adalah sebesar B atau [1/2x(65-50)x25,000] =
RM187,500.
 Bagi keluk permintaan tak anjal pula, titik keseimbangan dicapai pada titik e2, iaitu
pada tingkat harga pasaran RM50 dan kuantiti keseimbangan 32,000 tiket wayang
setahun. Lebihan penggunanya pula adalah sebesar A+B atau sebanyak [1/2x(90-
50)x32,000] = RM640,000.
 Secara keseluruhannya, apabila harga pasaran meningkat dari RM46 kepada RM50
bagi satu tiket wayang, keluk permintaan yang anjal mengalami kerugian lebihan
pengguna sebanyak C, iaitu (RM332,500-RM187,500)= RM145,000, manakala
kerugian lebihan pengguna bagi keluk permintaan yang anjal pula adalah sebanyak
C+D atau (RM704,000-RM640,000)= RM64,000.
 Berdasarkan pengiraan tersebut, keluk permintaan anjal mengalami kerugian lebihan
pengguna yang lebih besar, iaitu RM145,000 setahun berbanding dengan keluk
permintaan yang tak anjal, RM64,000 setahun sekiranya harga pasaran meningkat.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

4. Dengan menggunakan contoh sendiri, jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Lebihan
Pengeluar (Producer Surplus - PS)?

P, Harga per guni


(RM)

SS

Lebihan
Pengeluar

20 e

13
10
Kos DD
5
berubah
Q, ‘000 guni gula per tahun
0
10 25 45

 Lebihan pengeluar merupakan perbezaan antara harga pasaran untuk sejumlah


barangan dengan harga minimum yang sanggup diterima oleh pengeluar untuk
mengeluarkan barangan tersebut.
 Jumlah lebihan pengeluar adalah kawasan di atas daripada keluk penawaran dan di
bawah daripada harga pasaran sehingga kuantiti sebenarnya dikeluarkan yang
mengukur jumlah keuntungan pengeluar dan sewa bagi faktor-faktor input. Memiliki
lebihan pengeluar memberi manfaat kepada pengeluar kerana pengeluar dapat
menjual produk atau perkhidmatan pada harga yang lebih tinggi daripada harga
minimum yang mereka sanggup terima
 Berdasarkan rajah di atas, titik keseimbangan e dicapai apabila keluk permintaan
bersilang dengan keluk penawaran pada tingkat harga RM20 bagi 1 guni gula dengan
kuantiti gula diminta bagi setahun, 45,000kg gula.
 Kawasan lebihan pengeluar adalah sebanyak [1/2x(20-5)x45,000]= RM337,500 yang
diwakili oleh kawasan yang berlorek.
 Pada tingkat harga minimum, firma sanggup menjual 1guni gula untuk sekurang-
kurangnya RM5.Walau bagaimanapun, pada musim perayaan atau majlis
perkahwinan, permintaan terhadap gula meningkat dan menyebabkan pengeluar
boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi, iaitu pada harga pasaran RM20
seguni. Perbezaan RM15 tersebut akan menjadi lebihan pengeluar kepada firma.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

5. Bagaimana firma dalam pasaran persaingan memaksimumkan kebajikan (maximises


welfare)?
P, Harga per unit
(RM’000)

SS

A e2
20
B C
MC1=10 e1
E
D
MC2

DD
Q, ’000 unit perabot per
0 tahun
30 55

 Pemaksimuman kebajikan merupakan hasil tambah lebihan pengguna dan lebihan


pengeluar.
 Pada titik keseimbangan e1 dalam rajah, iaitu pada tingkat harga pasaran RM10,000
dengan kuantiti keseimbangan 55,000 unit perabot setahun, lebihan pengguna adalah
sebanyak A+B+C, manakala lebihan pengeluar adalah sebanyak D+E. Maka,jumlah
kebajikan adalah sebanyak A+B+C+D+E.
 Sekiranya firma mengurangkan keluaran perabot pada tahun tersebut kepada 30,000
unit, maka harga seunit perabot akan meningkat sebanyak RM10,000, iaitu dari
RM10,000 kepada RM20,000 seunit. Keadaan ini menyebabkan lebihan pengguna
berkurang adalah sebanyak A dan lebihan pengeluar pula meningkat kepada
B+C+D+E.
 Pengguna kehilangan kuasa beli sebanyak B kerana pengguna terpaksa membayar
penambahan RM10,000 daripada harga pasaran bagi unit perabot yang mereka hendak
beli, manakala kehilangan sebesar C kerana pengguna lebih sanggup membeli perabot
pada kuantiti 30,000 berbanding membeli perabot pada kuantiti 55,000 tetapi dengan
harga yang lebih tinggi.
 Kebajikan jatuh kerana pengguna kehilangan sebesar C dan pengeluar kehilangan
kawasan sebesar E kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kekurangan
kebajikan, -C-E ini juga disebut sebagai kerugian luput yang bermaksud pengurangan
kebajikan disebabkan kekurangan lebihan pada satu kumpulan tidak akan dapat
diimbangi oleh keuntungan kumpulan lain.
 Oleh itu, firma perlu memaksimumkan kebajikan dengan mengeluarkan output atau
perabot pada tingkat harga pasaran, iaitu harga pasaran RM10,000 adalah sama
dengan kos sut RM10,000 kerana pengguna menilai unit keluaran terakhirnya sama
seperti kos output tersebut.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

6. Dengan menggunakan contoh sendiri, jelaskan bagaimana Kerugian Luput (Dead Weight
Loss - DWL) terjadi?

Kerugian luput merujuk kepada kehilangan kecekapan ekonomi apabila hasil keseimbangan
tidak dapat dicapai. Ini adalah kos yang ditanggung oleh masyarakat kerana ketidakcekapan
pasaran.

 Sebagai contoh, Ahmad ingin bercuti ke Perak dan harga tiket bas ke Perak adalah
berharga RM30, namun nilai jarak perjalanan tersebut adalah berharga RM45. Dalam
situasi ini, nilai perjalanan, RM45 melebihi kos RM30, maka Ahmad mengambil
keputusan untuk meneruskan perjalanan ini.
 Nilai bersih yang Ahmad peroleh daripada perjalanannya adalah sebanyak (faedah -
kos) RM45 - RM30 = RM15.
 Sebelum membeli tiket bas ke Perak, kerajaan memutuskan untuk mengenakan cukai
100% ke atas tiket bas tersebut. Oleh itu, cukai akan menaikkan harga tiket bas dari
RM30 ke RM60. Sekarang,
 Kini, Ahmad membayar RM60 untuk tiket bas dari tempat Ahmad hanya mampu
memperoleh nilai perjalanan RM45 kerana kos melebihi faedah. Dalam senario ini,
Ahmad tidak akan meneruskan perjalanan dan kerajaan tidak akan menerima cukai
hasil daripada tiket bas.
 Kerugian Luput adalah nilai perjalanan ke Perak yang tidak berlaku disebabkan oleh
cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

7. Adakah ini merupakan satu tindakan yang baik jika firma menambahkan output lebih dari
tingkat persaingan? Jelaskan.

P, Harga per hela (RM)

SS 1
SS 2

MC2=47 A
e1
MC1=25 B
C D E
20 e2
F
G H
DD
Q, ‘000 hela kain per tahun
0
250 300

 Berdasarkan rajah, titik keseimbangan firma dicapai pada titik e1 apabila keluk
permintaan firma bersilang dengan keluk penawaran firma pada tingkat harga pasaran
RM25 per hela dengan kuantiti keseimbangan 250,000 hela kain setiap tahun.
 Sekiranya firma menambahkan output melebihi output tingkat persaingan, iaitu
250,000 hela kain kepada 300,000 hela kain setiap tahun, firma perlu menurunkan
harga kain kepada RM20 sehela daripada harga asal, RM25 pada keluk permintaan
supaya pengguna membeli output tambahan yang dikeluarkan oleh firma.
 Oleh kerana harga berkurang dari RM25 kepada RM20, lebihan pengguna meningkat
dari A kepada A+C+D+E sebanyak C+D+E [1/2x(250+300)x5]= RM1,375,000
setahun.
 Pada tingkat harga asal RM25, kos pengeluaran yang ditanggung oleh firma adalah
kawasan di bawah keluk penawaran sehingga outputnya, iaitu G+D+B+E+H.
Peningkatan output pengeluaran telah menyebabkan lebihan pengeluar berkurang
sebanyak –B-C-D-E. Sekiranya firma tetap menambahkan outputnya, firma terpaksa
menanggung kerugian kerana harga baru, RM25 adalah lebih rendah daripada kos sut
output, RM47.
 Oleh itu, penambahan hela kain lebih daripada tingkat persaingan adalah tidak wajar
kerana firma mengalami kerugian dan pengguna hanya menilai tambahan kain hela
(E+H) tersebut lebih rendah daripada kos tambahannya.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

8. Adakah dasar campur tangan kerajaan baik untuk meningkatkan kebajikan? Jelaskan.
P, Harga per kg (RM’000)

SS

4.00
B C e1
3.50
E
D
2.85 Harga siling
e2
F DD
Q, ’000 kg gula per tahun
0 1.2 2.5 3.0
Sebelum Harga Siling Selepas Harga Siling Baki
Lebihan Pengguna A+B+C A+B+D D-C
Lebihan Pengeluar D+E+F F -D-E
Kebajikan A+B+C+D+E+F A+B+F+D -C-E
 Pada titik keseimbangan e1, harga keseimbangan asal adalah RM3.50 bagi 1kg dengan
kuantiti pengeluaran 2500kg gula setahun. Bagi lebihan pengguna yang asal adalah
sebanyak A+B+C, manakala lebihan pengeluar adalah sebesar D+E+F.
 Sekiranya kerajaan mengenakan dasar harga siling pada tingkat harga RM2.85 sekilo,
iaitu penetapan harga barang di bawah harga pasaran, keseimbangan baharu dicapai
pada titik keseimbangan e2 apabila keluk horizontal harga siling bersilang dengan
keluk permintaan dengan kuantiti keseimbangan 1,200kg gula setahun.
 Pihak kerajaan mengenakan dasar harga siling adalah untuk menjaga kebajikan
pengguna bagi mengelakkan pengguna membayar pada harga pasaran yang lebih
mahal. Oleh itu, pada harga siling=RM2.85, permintaan terhadap gula telah meningkat
daripada 1,200kg kepada 3,000 kg gula kerana harganya yang murah
 Oleh kerana permintaan terhadap gula (3,000kg) melebihi jumlah kuantiti yang
ditawarkan oleh firma, iaitu 1,200kg gula, maka wujud lebihan permintaan sebanyak
1,800kg.
 Disebabkan oleh penurunan harga, pengguna kini mampu untuk membeli gula pada
harga yang rendah dan menyebabkan pengguna memperoleh lebihan sebesar D.
Namun begitu, pengguna kehilangan kawasan sebesar C kerana pengguna tidak
sanggup untuk memperoleh gula pada kuantiti 2,500kg, tetapi pada harga yang lebih
tinggi. Lebihan pengguna yang baharu adalah sebanyak A+B+D atau meningkat
sebesar D-C.
 Bagi lebihan pengeluar pula, pengeluar mengalami kehilangan pada kawasan –D-E
kerana pengeluar menjual gula dalam kilogram pada harga yang rendah. Kawasan D
telah beralih kepada pengguna kerana penurunan harga memanfaatkan pihak
pengguna, manakala kawasan E ialah kerugian luput. Oleh itu, jumlah kerugian luput
dan kebajikan adalah sekurang-kurangnya sebanyak –C-E.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

9. Jelaskan satu jenis polisi/ dasar kerajaan yang akan mewujudkan wedge (perbezaan) antara
keluk penawaran dan keluk permintaan.

Dasar kerajaan yang paling umum yang mewujudkan perbezaan antara keluk penawaran dan
keluk permintaan ialah cukai (atau subsidi) dan kawalan harga. Oleh kerana dasar-dasar ini
mewujudkan jurang antara kos marginal dan harga, pasaran akan menghasilkan produk sama
ada terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Kesan Cukai ( Cukai Spesifik)


P, Harga per kek (RM)

70 SS + t
SS
t=RM11
A
42 e2
40 B C e1
t=RM11 E
D DD
31

Q, ‘000 buah kek per tahun


0
10 35 72 75

Sebelum cukai Selepas cukai Perubahan


(RM ‘000) (RM ‘000) (RM ‘000)

Lebihan pengguna A+B+C A -B-C [1/2x(72+75)x2]


= -147

Lebihan pengeluar D+E+F F -D-E [1/2x(72+75)x9]=


-661.50

Hasil cukai T = tQ 0 B+D B+D (RM11x72,000)


= 792
Kebajikan, W = A+B+C+D+E+F A+B+D+F -C-E= -16.50
CS+PS+T

Sebelum cukai dikenakan


 Berdasarkan rajah di atas, titik keseimbangan e1 dicapai apabila keluk permintaan
bersilang dengan keluk penawaran DD=SS pada harga keseimbangan asal ialah RM40
bagi satu kek. manakala kuantiti keseimbangan asal ialah 75,000 buah kek bagi
setahun.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

 Lebihan pengguna asal adalah sebanyak A+B+C, manakala lebihan pengeluar adalah
sebanyak D+E+F. Oleh kerana keseimbangan tersebut adalah keseimbangan sebelum
dikenakan cukai, maka hasil cukai ialah RM0 dan kerugian luput ialah 0.

Sebelum cukai dikenakan


 Apabila cukai dikenakan, keluk penawaran beralih ke kiri dari S ke S+t kerana firma
mengurangkan penawaran apabila kos pengeluaran meningkat disebabkan cukai.
Peralihan keluk tersebut menyebabkan wujudnya perbezaan antara harga yang dibayar
oleh pengguna dengan harga yang diterima oleh pengeluar.
 Firma terpaksa mengurangkan kuantiti pengeluaran kek sebanyak 3,000 kek, iaitu
daripada 75,000 kek kepada 72,000 kek setahun. Ini menyebabkan titik keseimbangan
baharu dicapai pada titik e2, iaitu pada tingkat harga RM40 dan kuantiti keseimbangan
baharu 72,000 buah kek setahun.
 Pertambahan RM2 bagi sebuah kek yang pengguna perlu bayar menyebabkan lebihan
pengguna jatuh sebanyak –B-C atau sebanyak –RM147,000 bagi setahun.
 Oleh kerana harga yang diterima oleh pengeluar jatuh sebanyak RM9 daripada harga
asal, lebihan pengeluar turut berkurang sebanyak RM661,500 atau sebesar kawasan-
D-E bagi setahun.
 Melalui dasar cukai yang dikenakan, kerajaan mendapat hasil kutipan cukai daripada
firma sebanyak RM792,000 (B+D) bagi setahun.
 Kejatuhan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar menyebabkan kerajaan mendapat
hasil cukai. Oleh itu, kebajikan jatuh sebanyak:

ΔW =ΔCS + ΔPS + ΔT
=(-147) + (-661.50) + 792 (RM‘000)
=-RM16,500 bagi setahun

 Pengguna menghadapi kerugian luput kerana cukai menyebabkan kejatuhan output


dari titik keseimbangan asal yang memberi kebajikan yang maksimum. Penjelasan
yang setara untuk kerugian ini kepada masyarakat adalah bahawa cukai mewujudkan
perbezaan antara harga dan kos marginal.
 Pada titik keseimbangan baharu iaitu e2, pengguna sanggup membayar sebanyak
RM42 bagi satu kek, manakala kos marginal firma adalah sebanyak RM31 (tolak
cukai). Walaupun pengguna bersedia membayar hampir satu pertiga lebih banyak
daripada kos menghasilkan kek, pengeluar masih tidak dapat menghasilkan sekurang-
kurangnya 1 kek daripada harga yang dibayar oleh pengguna. Pengeluaran firma
berkurang dan ini yang menunjukkan kesan cukai terhadap kebajikan.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

10. Diandaikan kerajaan memperkenalkan subsidi kepada pengeluar (firma). Apa yang
akan terjadi kepada:
i. CS?
ii. PS?
iii. Perbelanjaan kerajaan?
iv. DWL?

Kesan Subsidi
P, Harga per paket (RM)

SS SS – SB (RM3)

8
sb=RM3
sb=RM3 A F E
5.50 E1
B C E2
5

D DD

Q, ‘000 paket tepung gandum


0 per tahun
35 50 70
Tiada subsidi Subsidi Baki
(RM ‘000) (RM ‘000) (RM ‘000)
Lebihan pengguna,CS A A+B+C B+C = 30
Lebihan pengeluar,PS B+D A+B+F+D A+F =150
Perbelanjaan kerajaan,X 0 -A-B-C-E-F -A-B-C-E-F
= -210
Kebajikan,W=CS+PS-X A+B+D A+B+D-E -E= -30

 Berdasarkan rajah di atas, keseimbangan asal tercapai pada titik E1, iaitu apabila keluk
penawaran asal bersilang dengan keluk permintaan pada tingkat harga asal RM5.50
per paket dan kuantiti keseimbangan sebanyak 50,000 paket tepung gandum setahun.
 Pemberian subsidi sebanyak RM3.00 kepada pengeluar tepung gandum menyebabkan
keluk penawaran tepung gandum beralih ke kanan dari S ke (S-SB) sebanyak nilai
subsidi RM3 dan titik keseimbangan berubah dari E1 ke E2.
 Titik keseimbangan baru tercapai pada titik E2 kerana kos pengeluaran akan
berkurangan dan pengeluar akan menambahkan keluarannya. Ini dapat ditunjukkan
melalui kuantiti yang dijual meningkat daripada 50,000 paket tepung gandum kepada
70’000 paket tepung gandum per tahun. Harga yang akan dibayar oleh pengguna juga
jatuh daripada RM5.50 kepada RM5.00, manakala jumlah yang diterima oleh
pengeluar termasuk subsidi akan naik daripada RM5.50 kepada RM8.00. Oleh itu,
perbezaan antara jumlah yang dibayar oleh pengguna dan jumlah yang diterima oleh
pengeluar adalah RM3.
 Pengguna dan pengeluar akan berasa gembira dengan pemberian subsidi oleh kerajaan
kerana apabila kerajaan memberikan subsidi dalam pengeluaran tepung gandum, harga
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

tepung gandum bagi pengguna akan jatuh. Hal ini akan meningkatkan lebihan
pengguna daripada kawasan A ke A+B+C sebanyak RM30,000, manakala pengeluar
yang mendapat jumlah untung yang banyak selepas subsidi telah meningkatkan
lebihan pengeluar daripada B+D ke A+B+F+D sebanyak RM150,000.
 Oleh kerana kerajaan membayar subsidi sebanyak RM 3 untuk setiap tepung gandum
yang dijual, perbelanjaan kerajaan meningkat daripada 0 kepada kawasan
A+B+C+E+F sebanyak RM210,000.
 Oleh itu, kebajikan baru adalah daripada hasil tambah lebihan pengguna baru dan
lebihan pengeluar baru tolak dengan perbelanjaan kerajaan (W=CS+PS-E). Secara
keseluruhannya, kebajikan telah jatuh daripada kawasan A+B+D kepada A+B+D-E
sebanyak RM30,000.
 Kawasan E merupakan kawasan kerugian luput yang disebabkan oleh pengguna
menilai keluaran tambahan lebih tinggi daripada kos marginal untuk menghasilkannya
yang dikatakan sebagai hasil pengeluaran terlalu banyak. Ini dapat ditunjukkan
melalui gambar rajah di atas, iaitu kos marginal pengeluar, RM8.00 melebihi faedah
sut kepada pengguna, RM5.00.
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

11. Kerajaan menggunakan beberapa jenis polisi/ dasar bagi mengawal perdagangan
antarabangsa (international trade). Antara jenis polisi/ dasar yang digunakan adalah (a)
membenarkan perdagangan bebas, (b) melarang semua import, (c) menetapkan kuota, dan
(d) menetapkan tariff.
i. Rumuskan dalam sebuah jadual tentang perbezaan atau persamaan jenis polisi/
dasar kerajaan yang dinyatakan di atas.

Aspek Perdagangan Melarang semua Menetapkan Menetapkan


bebas import kuota tarif
Perbezaan Sistem dasar Dasar pemulauan Tindakan cukai yang
perdagangan yang yang kerajaan dikenakan oleh
membenarkan dilaksanakan mengehadkan kerajaan
para pedagang oleh kerajaan kuantiti terhadap barang
bertindak dan terhadap import maksimum dan perkhidmatan
berurus niaga atau embargo barang atau yang
tanpa campur dari negara perkhidmatan diimport yang
tangan kerajaan. tertentu, seperti yang menyebabkan
Israel. boleh diimport. harga barang
import
meningkat.

Membenarkan Terdapat sekatan terhadap barangan import yang


firma berurus dikenakan oleh kerajaan
niaga tanpa
kawalan atau
campur tangan
kerajaan
Persamaan Melindungi industri muda dan pengeluaran eksport tempatan
Memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif
EPPD1013 MIKROEKONOMI I

ii. Pilih satu jenis polisi/ dasar kerajaan yang terbaik yang boleh dijalankan oleh
sesebuah negara pengimport.

 Sebagai sebuah negara pengimport, dasar yang terbaik untuk dijalankan oleh negara
tersebut adalah dengan mengenakan tarif ke atas barangan import kerana cukai yang
dikenakan akan menyebabkan harga sesuatu barang import meningkat dan menjadi
mahal.
 Apabila barangan import menjadi lebih mahal, kuasa beli pengguna akan berkurang
dan menyebabkan barangan import kurang mendapat permintaan. Hal ini juga akan
menyebabkan para pengguna lebih memilih untuk membeli barangan tempatan dengan
harga lebih murah daripada harga barangan import.
 Dengan sekatan ini, negara pengimport tersebut dapat mengurangkan jumlah import
negara dan meningkatkan pendapatan dalam negara kerana permintaan terhadap
barangan tempatan telah meningkat.
 Keadaan ini secara tidak langsung telah membantu negara untuk membaiki defisit
imbangan pembayaran negara dan membantu industri muda dan pengeluaran eksport
tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barangan tempatan kerana persaingan
dalam pasaran tempatan dapat dikurangkan.

You might also like