You are on page 1of 5

Minggu 1 Konsep sumber pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan konsep bahan sumber


 Menggunakan bahan sumber merupakan sebahagian daripada alat untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh kaum guru sejak dahulu
hingga sekarang ini.
 Keberkesanan dan kecekapan yang dilakukan oleh guru dalam menyampaikan
pengajaran mereka kepada murid dapat diukur dan dinilai dengan penggunaan
bahan sumber bagi setiap pelajaran yang dipersembahkan oleh guru.

Definisi bahan pengajaran


 Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana pengajaran bagi sesuatu
tajuk atau topik tertentu.
 Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses
pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas.

Konsep sumber pdp sejarah


 Sumber ialah sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran serta membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
 Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi kecekapan dan
keberkesanan pengajaran seseorang guru dan kaedah yang digunakan.

Konsep sumber pdp sejarah


 Penggunaan istilah atau perkataan bagi sumber pengajaran, media pengajaran,
bahan bantu mengajar ataupun alat bantu mengajar sering digunakan dalam
menerangkan kepentingannya membantu guru menyampaikan pdp.
 Atan Long (1982) berpendapat, bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada
pelbagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang
dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran
diberi nama “alat bantu mengajar”.
 Menurut Sharifah Alawiyah Alsagof (1979), sumber adalah apa-apa sahaja
perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan informasi dalam kehidupan
manusia.
 Ia juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pdp
dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui cara
lain.
 Perkataan media dijelaskan oleh Yusuf Hashim (1997), sebagai peralatan dan bahan
perisian yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau
pengetahuan.
 Menurut Naim (2000), media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan
dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan
eksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran.

Rumusan
Sumber pengajaran atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah merujuk kepada
penggunaan alat dan bahan bagi membantu guru melaksanakan pdp dengan lebih
menarik dan berkesan.

Konsep penggunaan sumber pdp


Henry dan Ulimer (1978) menyatakan guru perlu memiliki ciri-ciri berikut dalam konteks
penggunaan bahan sumber:
1. Berkebolehan dan mahir menentukan jenis sumber yang sesuai dan berkesan.
2. Berkebolehan dan mahir menggunakan bahan sumber yang dipilih.
3. Dapat menentukan sumber yang sesuai dan berkesan untuk digunakan dalam pdp.
4. Guru harus mempunyai kebolehan dan kemahiran mencipta bahan sumber.
5. Berkemahiran dalam menilai sesuatu bahan sumber.

Bahan sumber menurut Bahagian Teknologi Pendidikan


Media bercetak - bahan berasaskan contoh buku, majalah, laporan, carta dll.
Media ekektronik - bahan audio dan visual contoh video, animasi, gambar pegun,
rancangan TV, CD, DVD, Perisian kursus, aplikasi pendidikan dll.
Social media - bahan pengantara secara talian contoh Internet, Facebook, Twitter,
Google, Blog dll.

Lain-lain bercetak
Bahan bercetak ialah bahan-bahan suber yang dicetak di atas kertas.
Contoh bahan bercetak: buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, Jurnal,
carta dll.
Jenis carta
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi
Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan
Carta tabular/jadual data dalam bentuk nombor atau peratus
Carta aliran

Tujuan bahan bercetak


1. Memberikan panduan
2. Menyampaikan maklumat
3. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak

Fungsi bahan bercetak


1. Bahan sumber
2. Bahan untuk latihan
3. Bahan maklumat
4. Bahan untuk peningkatkan ilmu

Kelebihan bahan bercetak


1. Amat mudah diperolehi dalam pelbagai topik dan bentuk
2. Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan
3. Boleh dialih
4. Mudah dari segi penghasilan

Kelemahan bahan bercetak


1. Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu
2. Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif pelajar)
3. Dianggap sebagi bahan hafalan (fakta)
4. Tidak bersifat interaktif (persembahan satu hala)

Bahan elektronik
 Ialah bahan yang terdiri daripada bahan perisian dan bahan perkakasan.
 Bahan elektronik ialah seperti lembaran lutsinar (transparensi), OHP, filem jalur,
filem sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-
kad untuk papan flannel, disket dan cakera padat.
 Bahan perkakasan ialah
1. Bahan-bahan bukan tayang
2. Bahan-bahan audio
3. Bahan-bahan visual
4. Bahan-bahan audio visual

Lain-lain bahan bercetak


Bahan Maujud
 Ialah bahan sebenar yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup atau sudah diawetkan.
 Contoh, tumbuhan, batu, air, binatang dll.
 Dari sudut mata pelajaran sejarah, jenis-jenis bahan maujud terdiri daripada
a. Bahan peninggalan sejarah - Sultan Abdul Saman, Kuala Lumpur
b. Bahan budaya - pakaian
c. Dokumen di arkib - manuskrip, surat-surat perjanjian
d. Bahan arkeologi

Realia
 Ialah bahan-bahan sebenar yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

1. Realia asli
 Bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing.
 Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.

2. Realia awet
 Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bendalir kimia.
 Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.

3. Specimen
 Sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
yang mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan
hidup tersebut.
 Biasanya specimen didapati dalam bentuk awet.
 Misalnya bahan hidup seperti daun digunakan sebagai specimen.

You might also like