Professional Documents
Culture Documents
Minggu 1 Konsep Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran
Minggu 1 Konsep Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran
Rumusan
Sumber pengajaran atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah merujuk kepada
penggunaan alat dan bahan bagi membantu guru melaksanakan pdp dengan lebih
menarik dan berkesan.
Lain-lain bercetak
Bahan bercetak ialah bahan-bahan suber yang dicetak di atas kertas.
Contoh bahan bercetak: buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, Jurnal,
carta dll.
Jenis carta
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi
Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan
Carta tabular/jadual data dalam bentuk nombor atau peratus
Carta aliran
Bahan elektronik
Ialah bahan yang terdiri daripada bahan perisian dan bahan perkakasan.
Bahan elektronik ialah seperti lembaran lutsinar (transparensi), OHP, filem jalur,
filem sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita audio, kaset pita video, carta, kad-
kad untuk papan flannel, disket dan cakera padat.
Bahan perkakasan ialah
1. Bahan-bahan bukan tayang
2. Bahan-bahan audio
3. Bahan-bahan visual
4. Bahan-bahan audio visual
Realia
Ialah bahan-bahan sebenar yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Realia asli
Bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing.
Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.
2. Realia awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bendalir kimia.
Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.
3. Specimen
Sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
yang mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan
hidup tersebut.
Biasanya specimen didapati dalam bentuk awet.
Misalnya bahan hidup seperti daun digunakan sebagai specimen.