You are on page 1of 1

NAMA PELAJAR : Waziruddin KELAS : 5 Waja

TUGASAN GOOGLE CLASSROOM SEJARAH


11 MEI 2020, ISNIN

SUBTOPIK 6.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

SOALAN ESEI

Persekutuan Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963

(a) Huraikan peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam usaha
pembentukan Malaysia ? [5 markah]

Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam usaha pembentukan


Malaysia ialah memberi penerangan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. Selain
itu, mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia. Seterusnya,
menggalakkan kegiatan kea rah pembentukan Malaysia. Akhir Sekali, mengemukakan
memorandum tentang pandangan Sarawak dan Sabah kepada Suruhanjaya Cobbold.

(b)    Terangkan peranan Suruhanjaya Cobbold berhubung pembentukan Malaysia.


[5 markah]

Peranan Suruhanjaya Cobbold berhubung pembentukan Malaysia ialah membuat penilaian


terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. Selain itu, mengemukakan cadangan kepada
pihak British. Seterusnya, menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai
pertubuhan. Di samping itu, Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
Akhir Sekali, Mengemukakan cadangan perlembangan baru bagi Malaysia.

(c)    Jelaskan peranan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK) bagi usaha pembentukan Malaysia.
[5 markah]
Peranan Jawatankuasa antara Kaum (JAK) bagi usaha pembentukan Malaysia ialah
Menerangkan penubuhan Malaysia kepada Sarawak dan Sabah. Selain itu, Memperincikan
cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia. Seterusnya, mengadakan
mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan
Malaysia. Akhir sekali, membuncangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan
Sabah.

(d) Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada usaha merealisasikan pembentukan Malaysia?
[5 markah]
Iktibar yang boleh diperolehi daripada usaha merealisasikan pembentukan Malaysia ialah
kita hendaklah berfikir positif, Selain itu, Jangan senang berputus asa. Akhir sekali,
melakukan perundingan untuk penyelesaian masalah.

Original by JANI BINTI SULTAN Moe


Edited (Answered) by Waziruddin Bin Wajiran

You might also like