You are on page 1of 19

Sem 1 Sesi 2019/2020

UNIT 4: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum


KPF 4023: PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

KUMPULAN:
NAMA PELAJAR NO MATRIK
Helmi Faris Bin Ab Kadir L20182011184
Muhammad Iqbal Bin Che Yahya L20182011159
Norhida Binti Hamzah L20182011109
Jamaliah Binti Ibrahim L20182011119
Siti Rabi’atun Binti Ab Razak L20182011123

PENSYARAH:
EN NIK MOHD ZAKI BIN MOHAMED
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

Jabatan Pengajian Pendidikan


Fakulti Pembangunan Manusia
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN
 Pensyarah dikehendaki memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum
tarikh sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab ke dalam kelas
semasa sesi bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang telah sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman
Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:
i. Menyatakan pengertian kandungan kurikulum, pentafsiran kurikulum dan
penterjemahan kurikulum.
ii. Menerangkan hubungkait di antara kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah &
kurikulum bilik darjah.
iii. Menghuraikan jenis dokumen yang menjadi rujukan dalam menterjemahkan
kurikulum bilik darjah.
iv. Menganalisis jenis pengetahuan kandungan mata pelajaran.
v. Membincangkan Jadual Spesifikasi Kandungan (JSK) mata pelajaran.

Kandungan Halaman
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

4.0 Sinopsis 2
4.1 Pemetaan ringkasan kandungan. 2
4.2 Hubungkait kurikulum kebangsaan, sekolah & bilik darjah. 3
4.3 Dokumen rujukan dalam menterjemahkan kurikulum bilik darjah. 4
4.4 Jenis pengetahuan kandungan mata pelajaran 5
4.5 Jadual Spesifikasi Kandungan (JSK) mata pelajaran 6
4.6 Kriteria memilih kandungan mata pelajaran 7

1
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.0 Sinopsis

Unit ini menerangkan pengertian penterjemahan dan pentaksiran kurikulum dan


menghubungkaitkan dengan objektif pendidikan, FPK, Kurikulum Kebangsaan serta
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya menterjemahkan kurikulum kebangsaan kepada
skop pengajaran dan pembelajaran. Penterjemahan kurikulum kebangsaan melibatkan
asas pembinaan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan kurikulum, amalan kurikulum di dalam
bilik darjah dan hasil pelaksanaan kurikulum itu.

4.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

2
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.2 Hubungkait Kurikulum Kebangsaan,


Kurikulum Sekolah & Kurikulum Bilik Darjah

Rajah 4.1: Hubungan kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah dan kurikulum bilik darjah

Kategori
Kriteria Contoh
Kurikulum
 Merupakan sistem pendidikan yang meliputi bidang kurikulum
dan kokurikulum
i.  Merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, unsur- KSSM
Kurikulum unsur kebudayaan dan kepercayaan
Kebangsaan  Ianya dikenali sebagai kurikulum ideal yang telah
disempurnakan dan dibentuk oleh Falsafah Pendidikan KSSR
Kebangsaan (FPK) secara menyeluruh di semua sekolah

● Merupakan penawaran mata pelajaran dan aktiviti  Proses


ii. kokurikulum yang dikendalikan sekolah untuk murid sekolah pengajaran dan
Kurikulum berkenaan pembelajaran
Sekolah ● Dilaksanakan mengikut apa yang di bentuk pada peringkat  Persatuan,kelab
pusat sukan dan
● Dilaksanakan di peringkat sekolah permainan
● Merupakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam ● Pembelajaran
bilik darjah berpusatkan
● Dikendalikan oleh guru mata pelajaran murid
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

● Guru sebagai ketua atau moderator yang bertanggungjawab ● Pengunaan BBM


iii. dalam mengendalikan, mengurus dan membuat keputusan yang sesuai
Kurikulum ● Guru memilih konsep pembelajaran pengajaran dan ● Latihan
Bilik Darjah pembelajaran seperti konsep pembelajaran pengajaran pengukuhan
seperti kaedah masteri, kognitif, kaedah penyelesaian
masalah, folio dan sebagainya.

Rumusan:

Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan untuk mencapai
matlamat pendidikan iaitu falsafah pendidikan kebangsaan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala
ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nila norma dan unsur-unsur kebudayaan. Kurikulum pendidikan dijadikan
wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu ke arah melahirkan insan deduktif
yang dinamik meliputi semua aspek kehidupan.

3
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.3 Dokumen Rujukan Kurikulum Bilik Darjah

KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu usaha


STANDARD penambahbaikkan dalam sistem pendidikan negara terutama di peringkat
SEKOLAH RENDAH sekolah rendah yang dilaksanakan agar kurikulum persekolahan memenuhi
& KURIKULUM keperluan dan cabaran Abad ke-21.Dilaksanakan bermula tahun 2011.
STANDARD Menitikberatkan kemahiran 4M:membaca, menulis, mengira dan penaakulan
SEKOLAH Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan bermula pada
MENENGAH tahun 2017. Memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-
(KSSR & KSSM) 21 seperti pemikiran kritis dan inovatif berasaskan 6 tunjang: komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains
dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.

Dokumen Standard ● Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran


Kurikulum & ● Mengandungi Standart Kandungan (SK), Standart Pembelajaran(SP)
Pentaksiran dan Standart Prestasi (SP)
(DSKP) ● Kurikulum merangkumi Kandungan,Pedagogi dan Pentaksiran
● Membantu untuk memudahkan guru melaksanakanpentaksiran dalam
proses PdP

● RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan Kurikulum Kebangsaan dan Dokumen Standart Kurikulum
dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.
Rancangan Pengajaran
● Ciri utama RPT :
Tahunan
a) Berdasarkan KSSR/KSSM
(RPT) b) Berdasarkan DSKP
c) Merangkumi sepanjang tahun
d) Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

● RPH merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
Rancangan Pengajaran sebelum menjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH dibina
Harian sebagai panduan guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan
efektif. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat
(RPH) menyampaikan input pembelajaran kepada murid secara berkesan.
RPH yang dibina haruslah berdasarkan RPT.

4
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.4 Jenis Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran

4.4.1 Pengetahuan Deklaratif

Pengetahuan deklaratif adalah pengetahuan yang berkaitan dengan fakta dan maklumat-
maklumat umum yang boleh dihuraikan atau diperjelaskan dan disimpan dalam dua bentuk,
iaitu ingatan simentik dan ingatan berepisod. Ingatan Simentik: Ingatan simentik melibatkan
maklumat seperti konsep, prinsip, peraturan, strategi menyelesaikan masalah dan boleh
dihuraikan dan dijelaskan, disimpan dalam bentuk ruang rujukan, iaitu rangkaian idea yang
berkaitan antara satu dengan yang lain. Ingatan Berepisod; Ingatan berepisod merupakan
pengalaman kendiri yang berbentuk cerita atau analogi.
 Fakta merupakan elemen-elemen asas yang perlu diketahui oleh pelajar.
Ianya merangkumi pengetahuan asas seperti nama, tempat, ukuran dan
i. lain-lain.
 Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan mengenai elemen
Fakta tertentu berdasarkan pemerhatian beberapa orang ahli yang arif.
 Fakta diperlukan untuk membina konsep dan generalisasi.
 Contoh: Suhu bulan Januari di Tanjung Malim adalah 35C.
 Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol bahasa dan bukan
bahasa
 Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan
ii. orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai
ciri-ciri sepunya, misalnya konsep „harga‟ (price) dalam ilmu ekonomi,
Konsep „fotosintesis‟ dalam biologi, „aptitud‟ dan „kebolehan kognitif‟ dalam ilmu
psikologi pembelajaran.
 Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau
abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku).

 Prinsip merupakan garis panduan, peraturan dan parameter untuk


iii. mengawal. Ia termasuk apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh
dilakukan.
Prinsip  Prinsip membolehkan seseorang membuat ramalan dan menarik implikasi.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Berdasarkan kesan, seseorang boleh membuat kesimpulan mengenai


punca sesuatu perkara.

 Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan


tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya
iv. fakta, hukum dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu fenomena.
Teori  Teori merupakan aras “abstract formulations” yang tinggi. Contohnya
teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi dan lain-lain yang mana
ianya merupakan asas untuyk memahami struktur ilmu dalam sesuatu
bidang
 Generalisasi merupakan pernyataan yang memperihal dan/ atau
v. menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep.
 Pengetahuan tentang generalisasi berguna untuk menerang, menghurai,
Generalisasi meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai.

5
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.4.2 Pengetahuan Prosedural

a) Fakta
b) Konsep
c) Prinsip
d) Teori
e) Generalisasi
a) Proses
b) Prosedur
c) Tatacara

Pengajaran dan Pembelajaran


Rajah 4.2: Jenis-jenis pengetahuan

Pengetahuan prosedural merupakan pengetahuan mengenai bagaimana untuk melakukan


sesuatu dan bagaimana untuk melaksanakan langkah-langkah dalam sesuatu proses.
Pengetahuan prosedural ini merangkumi pengetahuan yang berkaitan dengan kemahiran yang
khusus dan sistematik.
 Aliran atau aktiviti yang menerangkan tentang bagaimana ianya berfungsi
dan bukannya bagaimana untuk melakukan sesuatu.
 Terbahagi kepada 2 iaitu proses perniagaan untuk mengambarkan aliran
i. kerja dan proses teknikal yang menerangkan bagaimana ia berfungsi dalam
Proses alam semulajadi.
 Oleh itu proses boleh dianggap sebagai gambaran yang lebih besar dan
bagaimana sesuatu itu berfungsi.

 Prosedur merupakan satu tindakan atau keputusan mengikut langkah demi


langkah bagi mencapai sesuatu objektif tugasan.
ii.  Tindakan terbahagi kepada 2 iaitu linear dan bercabang. UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Prosedur  Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun
dan menyelenggara sesuatu, prosedur mengurus sesuatu, cara
mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.
iii.
Pelaksana yang mengikut turutan secara sistematik dan betul
Tatacara

6
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.5 Jadual Spesifikasi Kandungan (JSK)


Subjek/Tajuk Fakta Konsep Prinsip Teori Generalisasi
Gerakan jisim Gerakan jisim, Semakin curam Teori graviti Gerakan jisim berlaku
Contoh Subjek: berlaku kerana kecuraman kecerunan kerana cerun yang
Geografi kecuraman cerun cerun, agen semakin cepat curam.
yang meningkat hakisan, graviti kadar gerakan
Tajuk: dan terdedah jisim
Gerakan Jisim kepada agen
hakisan

Subjek: Pengertian bersuci Bersuci ialah Bersuci dapat Teori bersuci Menyebut cara-cara
Pendidikan Islam daripada najis dan membersihkan membersihkan membersihkan najis
hadas. tubuh badan, diri, pakaian dan hukmi dan najis „aini
Tajuk: pakaian dan persekitaran dengan betul.
Bersuci Daripada persekitaran daripada najis
Hadas daripada najis dan hadas.
dan hadas

Subjek: Jaringan Definisi Komunikasi Teori Jaringan komunikasi


Sains komunikasi yang komunikasi. melibatkan komunikasi berubah mengikut
canggih, pantas Penyampaian penghantaran peredaran zaman.
Tajuk: dan tepat maklumat antara berita, mesej dan
Peranan menjadikan individu firma maklumat secara
Komunikasi fenomena dunia mahupun lisan, bertulis
tanpa sempadan. syarikat mahupun
berisyarat.

Subjek: Bercerita dengan Mentafsir gambar Kemahiran Teori Chomsky Penggunaan diksi yang
Bahasa Melayu menggunakan mentafsir tepat dan sesuai dalam
kata, frasa, ayat gambar dan satu-satu cerita dapat
Tajuk: serta sebutan dan penggunaan membantu mengungkap
Kesusteraan intonasi yang baik gaya Bahasa sesuatu perkara
dan jelas. yang sesuai. dengan baik dan
berkesan.

Subjek: Poligon Poligon Kemahiran Teori poligon Poligon mempunyai 6


Matematik merupakan suatu Segi tiga membezakan bentuk iaitu segi tiga,
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

bentuk 2 dimensi Segi empat antara bentuk- segi empat, pentagon,


Tajuk: tertutup yang Pentagon bentuk poligon. heksagon, heptagon
Poligon terhasil daripada Heksagon dan octagon.
gabungan sisi-sisi Heptagon
yang lurus. Oktagon

Mengapakah setiap guru perlu menguasai JSK untuk melaksanakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran?

Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan
kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesaan pengajarannya. Selain itu, guru juga dapat menguasai
pengetahuan substantif yang berkait dengan fakta/konsep, pengetahuan sintatik yang berkait dengan
prosedur/proses disamping menguasai ilmu mata pelajaran dan juga ilmu pedagogi. Rumusannya, tahap
keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan
guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan kurikulum
yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan
bertulis (Mohd Salleh Lebar, 1993). 7
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

4.6 Kriteria Memilih Kandungan Mata Pelajaran

i. Self-sufficiency

ii. Significance iii. Learntability

Kriteria Penjelasan & Contoh

i. Isi kandungan yang dipilih mestilah mampu untuk membantu pelajar


Self- mengembangkan potensi diri dan memantapkan diri mereka. Pendedahan isi
sufficiency kandungan akan membolehkan pelajar membuat generalisasi dan
membudayakan ilmu yang dipelajari secara bermakna.

Isi kandungan yang dipilih mesti mampu memberi sumbangan yang signifikan
ii. kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan diri pelajar.
Significance Contohnya perkembangan idea, fakta, konsep dan generalisasi manakala
pembangunan diri pelajar ialah membina kekuatan akidah, intelektual, sosial,
fizikal dan akhlak.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
iii. Isi kandungan yang mampu dipelajari oleh pelajar. Oleh itu penggubal
Learntability kurikulum perlu mengambil kira faktor kebolehan, kesediaan, kematangan dan
kecekapan pelajar dalam pemilihan isi kandungan.

iv.
Isi kandungan yang dipilih mestilah tepat, sah, terkini dan selari dengan
Validity
perkembangan ilmu pengetahuan pada sesuatu masa. Ia perlulah secocok
dengan tujuan dan objektif sesuatu kurikulum.

Isi kandungan mestilah berupaya untuk memberi sumbangan yang bermakna


v.
dan bermanfaat dalam membantu pelajar mengembangkan potensi diri
Utility
mereka ke tahap yang optimum. Contohnya, kebergunaan dalam penyelesaian
masalah, perkembangan kerjaya dan pembentukan akhlak.

8
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

vi.
Isi kandungan yang dipilih mestilah bermakna dan secocok dengan minat para
Interest
pelajar. Ia dipilih bukan sekadar memenuhi kepentingan dan keperluan guru,
pentadbir sekolah, ibu bapa atau masyarakat sahaja.

vii. Penggubal kurikulum harus mengambil kira beberapa faktor yang berkaitan
Feasibility dengan perlaksanaan kurikulum tersebut seperti faktor masa pengajaran,
sumber pengajaran dan kemudahan fizikal yang ada.

GLOSARI

Kurikulum
Merupakan sistem pendidikan yang meliputi bidang kurikulum dan kokurikulum
Kebangsaan

Kurikulum Merupakan penawaran mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan sekolah
Sekolah untuk murid sekolah berkenaan

Kurikulum Bilik Merupakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang dikendalikan oleh
Darjah guru mata pelajaran

Keadaan tidak suci diri yang menyebabkan tidak boleh beribadat (sembahyang, tawaf dan lain-
Hadas lain).

Komunikasi perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain).

Jisim Kumpulan jirim yang tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi sesuatu benda. UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kedudukan yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran,
Optimum
perkembangan, dan lain-lain).

Pengetahuan Pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun
Substantif idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan.

Pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan
Pengetahuan
berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan
Sintatik
pengetahuan baru dapat dibina.

9
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

AKTIVITI KREATIF

Q W E P S I K O M O T O R Z X C V K
A S D F G H J K L Z X C V B N M Q O
P Q A S D F G F A S Z X C V B N M G
R A S D E K L A R A T I F S A Z A N
O D X C V B N K A Z X C V B N M Q I
S A S F G H J T J A Z Z X S C A B T
E Z A S M E T A K O G N I T I F E I
D A S E R T Y U I Q E A Z A W E R F
U D K O N S E P A S N A S N E R T Y
R A D F G E R T Y U E Y J D S K P S
A A S Z I T A J A M R R R A I N U R
L M S U M A T I F U A C A R Q A E D
J A M A L I A H T R L Z Y D B V F R
R A B I A T U N B T I Q G R A Y U O
M I H U K E B A N G S A A N L I N U
N O R H I D A E R E A O B T E R W E
H E L M I F A R E Z S T T H I N A N
E R T R E F L E K S I W I E R T Y U

1. Pengetahuan_______ berbentuk konseptual 7. Kurikulum_______ termasuk kurikulum dan


dalam jangka masa panjang. kokurikulum
2. Elemen seperti nama, tempat dan tarikh. 8. Keupayaan mental memproses maklumat UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
3. Kurikulum yang ada piawaian 9. Tindakbalas/ perlakuan fizimal terhadap
4. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran situasi pembelajaran
5. Penilaian dibuat di akhir semester 10. Idea am yang mewakili erti sesuatu perkataan
6. Penilaian kendiri di akhir pengajaran 11. Pernyataan yang memerihalkan perhubungan
lebih dari dua konsep
12. Prosedur penyelesaian tugas adalah
pengetahuan

10
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

PENILAIAN

Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian Reka cipta
Konsep kurikulum x 1
Hubungkait kurikulum
kebangsaan, sekolah & x 1
bilik darjah.
Dokumen rujukan dalam
menterjemahkan x 1
kurikulum bilik darjah.
Jenis pengetahuan
kandungan mata x 1
pelajaran
Jadual Spesifikasi
Kandungan (JSK) mata x 1
pelajaran
Jumlah Soalan Objektif 1 2 1 1 5

Jumlah Soalan Esei 1 1 1 1 1 5

Latihan Esei
Bina 5 soalan esei berdasarkan JSU dan berikan skema jawapan yang lengkap.

1. Apakah yang anda faham tentang konsep dan pengertian kurikulum

2. Merujuk kepada pendidikan di Malaysia, perkaitan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum sekolah &
kurikulum bilik darjah.

3. Sejauhmanakan konsep Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM) dapat menterjemah hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FTK) ?.

4. Berdasarkan pengalaman mengajar, apakah jenis-jenis pengetahuan kandungan mata pelajaran yang
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

guru-guru perlu fahami untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan terhadap mata pelajaran opsyen.

5. Merujuk kepada satu unit pengajaran tentang sesuatu tajuk, bincangkan bagaimanakah seorang guru
perlu menyediakan Jadual Spesifikasi Kandungan (JSK) mata pelajaran.

Latihan Objektif
Bina 5 soalan objektif berdasarkan JSU dan berikan jawapan yang betul.

1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran merupakan rujukan penting kepada guru untuk menyediakan?
I. Rancangan ko-kurikulum sekolah
II. Rancangan pengajaran Harian
III. Jadual Spesikasi Kandungan
IV. Jadual Spesifikasi Ujian

11
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.


C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

Kurikulum merupakan aktiviti terancang dalam bilik darjah


yang meliputi segala aktiviti pembelajaran yang dirancang
oleh guru untuk dipelajari oleh murid dalam bilik darjah
(Razali Arof, 1996)

2. Berdasarkan definisi di atas, manakah antara berikut merujuk aktiviti pembelajaran yang perlu dirancang oleh
guru?

I. Memilih kaedah pengajaran yang berkesan


II. Menetapkan objektif pengajaran & pembelajaran
III. Menetapkan kumpulan murid mengikut pencapaian
IV. Menentukan kandungan kurikulum yang perlu di ajar

A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.


C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

3. Kurikulum sekolah merangkumi aktiviti dalam bilik darjah dan juga luar bilik darjah. Aktiviti tersebut mestilah
melalui proses tertentu yang perlu dirancang oleh guru. Proses tersebut adalah seperti berikut, kecuali?
A. Perancangan B. Pelaksanaan.
C. Penyusunan D. Pengekodan.

4. Kurikulum sebagai proses melibatkan interaksi antara guru, murid, bahan dan pengetahuan. Proses ini
dapat dikaitkan dengan ……..
A. Objektif matapelajaran. B. Standart pembelajaran.
C. Aktiviti pengajaran & pembelajaran D.Hasil pembelajaran.

5. Berdasarkan prinsip operasi rekabentuk kokurikulum kebangsaan, perancangan kurikulum disusun


demi mencapai objektif FPK. Yang manakah susunan perancangan kurikulum yang tepat?
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
A. Menetapkan visi dan misi – Menentukan matlamat – Mengorganisasikan kokurikulum
B. Menentukan matlamat – Mengorganisasikan kokurikulum – Menetapkan visi dan misi
C. Mengorganisasikan kurikulum – Menetapkan visi dan misis – Menentukan matlamat
D. Menetapkan visi dan misi – Mengorganisasikan kokurikulum – Menentukan matlamat

Skema jawapan

Jawapan
1 Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis
yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98).
Kurikulum juga dikatakan sebagai unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar
kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995) .Kurikulum turut ditakrifkan sebagai dokumen yang
mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.

12
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

Kurikulum turut dikatakan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk
diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. Antara contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah)

Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-

a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan
berhubung dengan matlamat, objektif, ciri- ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran,
kaedah, bahan dan cara penilaian.

b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar
menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.

c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau
jurusan yang ditetapkan.

d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar
menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.

e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan
memperolehi nilai-nilai sampingan. Contohnya interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak
menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.

2
Akta kurikulum pendidikan 1996 menyatakan kurikulum kebangsaan sebagai suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani, mental dan emosi serta serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kementerian pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan kurikulum sekolah sebagai segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum
sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2. bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan,
persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.

Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya dan kepimpinan seorang
guru. Pembelajaran juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam bilik

13
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

darjah. Proses pengajaran guru dalam kurikulum bilik darjah dianggap sebagai himpunan kemahiran
seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik
darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kemahiran guru ini menggerakkan murid-murid bagi
meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula tuntutan
masyarakat memaksa para guru sebagai pemimpin untuk melakukan pelbagai strategi bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan.

Rancangan aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia
merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah
dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah adalah kurikulum terancang iaitu satu set objektif
yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan
rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelokakan mengikut mata pelajaran dang
red, dimana peranan guru didefinasikan dengan jelas ( Ornstein, A.C & Hunkins, F,1983). Kurikulum
tersembunyi : Sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut “ kurikulum tidak rasmi” atau
“ terlindung” atau “tak formal”. Kurikulum ini dikelokan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan
perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak
dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvekesyen, adat esam dan nilai budaya.
Ia dibentuk oleh faktor –faktor seperti status sosial ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

Persamaan Perbezaan

Kebangsaan Sekolah
Keadilian Peringkat pusat Peringkat sekolah
Kurikulum beraskan minat pelajar.
Keseragaman Penggubal dari KPM Penggubal dari guru
Pelajar kumpulan no migeneous dan
program khas
Perancangan Faktor keadilan untuk Meliputi sukatan pelajaran dan
semua murid kandungan matapelajaran
Jadual tetap dan masa seragam
Pengurusan Perancangan yang Segala kegiatan pengajaran dan
menyeluruh pembelajaran
Orientasi teks dan bilik darjah
Pemantauan Pemantauan yang Meliputi bahagian pendidikan
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
komprehensif luar bilik darjah (kokurikulum)
Berkumpulan keseluruhan
Peruntukan Pengurusan kurikulum
yang sempurna
Standard yang tinggi dan cemerlang:
khas kepada mereka yang cemerlang
3
Murid-murid yang telah tamat pendidikan sekolah rendah akan melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah. KSSM merangkap konsep pendidikan berasaskan standard. Terdapat dua tahap yang telah
digariskan dalam KSSM iaitu peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1,2,dan 3 manakala peringkat
menengah atas pula tingkatan 4 dan 5.

Peringkat menengah rendah, pelajar diuji dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) manakala peringkat
menengah atas akan ditaksir dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuannya adalah untuk
mempertingkatkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,

14
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

jasmani dan sahsia kea rah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni. Matlamat ini dapat dicapai
melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang dirangka berdasarkan kebijaksanaan guru
dengan berpandukan DSKP yang disediakan.

Rangka yang telah di bina dalam FPK tidak akan menjadi reality sekiranya tiada kesinambungan oleh guru
yang menjadi pelaksana terhadap objektif yang telah digariskan. Hal ini penting bagi merealisasikan hasrat
FPK bagi melahirkan insan yang berilmu, mahir, berakhlak dan berbudi serta sanggup berbakti dalam
keluarga, masyarakat dan Negara.
4 Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi seseorang guru bahasa Melayu melibatkan pengintegrasian
sekurang-kurangnya tiga komponen utama. Komponen-komponen tersebut adalah pengetahuan isi
kandungan dan konsepsi terhadap mata pelajaran, pengetahuan tentang kurikulum bahasa Melayu dan
kefahaman pelajar, dan pengetahuan tentang strategi pengajaran. Magnusson, Krajcik dan Borko (1998)
dalam Tengku Zawawi (2000) telah mengembangkan pengkonsepan PCK yang dikemukakan oleh Grossman
(1990) dengan menyenaraikan lima komponen pengetahuan pedagogi isi kandungan iaitu;

(a) orientasi terhadap pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran,

(b) pengetahuan tentang kurikulum,

(c) pengetahuan tentang kefahaman pelajar,

(d) pengetahuan tentang strategi pengajaran dan

(e) pengetahuan tentang kaedah penilaian.

Komponen ini boleh disesuaikan untuk pengajaran bahasa Melayu.

a) Pengetahuan isi kandungan orientasi pengajaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Isi kandungan
sukatan pelajaran yang digubal bersesuaian dengan bahasa Melayu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
adalah penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan harian semasa berinteraksi dengan orang lain,
mengakses maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk
hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis yang digabungkan dengan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

pengisian kurikulum.

b) Pengetahuan tentang kurikulum bahasa Melayu. Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan
daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
apa yang boleh dicapai oleh pelajar. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada
gaya pembelajaran pelajar. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah,
sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.

c) Pengetahuan tentang kefahaman pelajar. Hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran
dan penilaian pencapaian kefahaman pelajar. Terdapat dua hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran
Bahasa Melayu, iaitu Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus. Hasil Pembelajaran Utama
dapat dicapai dengan menguasai Hasil Pembelajaran Khusus. Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang
utama, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang terdapat Hasil
Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan bahasa
bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehan pelajar memulakan, membina, dan mengekalkan

15
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat merujuk
kepada keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Penggunaan bahasa bagi
Bidang Estetik merujuk kepada keupayaan pelajar menikmati karya sastera, melahirkan idea serta perasaan
secara kreatif.

Kemahiran bahasa perlu difahami oleh pelajar yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan sistem bahasa yang perlu difahami dan
dikuasai oleh pelajar.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta
idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan pelajar membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan pelajar mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Pelajar juga
digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

Pelajar perlu mengetahui dan memahami Sistem Bahasa yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata,
peribahasa, ejaan, serta sebutan dan intonasi. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan pelajar menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

d) Pengetahuan tentang strategi pengajaran bahasa Melayu. Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen
yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek pengetahuan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam
dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan
selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. Oleh itu, guru bahasa Melayu
perlu mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu. Strategi pengajaran bagi sesuatu topik
merujuk kepada strategi atau kaedah spesifik yang dapat membantu pelajar memahami konsep bahasa yang
spesifik. Strategi yang spesifik ini merangkumi induktif, deduktif, analogi, simulasi, dan kerja praktik yang
efektif.

16
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

e) Pengetahuan tentang kaedah penilaian dalam pengajaran bahasa Melayu. Hasil penilaian dan pengujian
yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada guru bahasa Melayu untuk membuat keputusan berhubung
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan
menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk diagnosis, melihat pencapaian, membuat
pemilihan, menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar. Kaedah menilai dalam
pengajaran bahasa Melayu seperti teknik atau instrumen yang dapat menilai tahap penguasaan kemahiran
dan kefahaman konsep. Guru juga perlu tahu kebaikan dan keburukan apabila menggunakan sesuatu kaedah
penilaian tertentu.
5 Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh seorang guru untuk membina Jadual Spesifikasi
Kandungan (JSK) yang berkesan. Antaranya ialah seperti berikut:

1) Mengkaji Sukatan Pelajaran


Guru perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang
telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk
kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• Kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2) Menganalisis Objektif Pengajaran


Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan
kemahiran yang perlu disampaikan dan pada tahap kesukaran mana ia mampu diterima oleh pelajar.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan
rakan-rakannya. Maklumat-maklumatini adalah amat penting kepada guru untuk menentukan kaedah dan
proses pengajaran yang akan disampaikan kelak. Biasanya guru akan memastikan isi kandungan yang
disampaikan akan melibatkan beberapa jenis kandungan iaitu:

Kandungan Pengetahuan
UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk

17
UNIT 4 Kandungan Kurikulum: Pentafsiran & Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah

• Tajuk kecil

Objektif Afektif

Bibliografi
Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah dan Dasar. Zaini Abdullah dan Azli Ariffin. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Dahar, ratna. 1996. Teori-Teori Belajar Dan Pembelajaran. Jakarta: Erlangga

http://myblogpoppyoctavia.blogspot.com/2014/07/pengetahuan-deklaratif-dan-prosedural.html
Di akses pada 21 November 2019, Khamis.

http://muhammadandrikhusnawan22.blogspot.com/2015/12/belajar-pengetahun-deklaratif-dan.html
Di akses pada 21 November 2019, Khamis.

http://caeser-rio.blogspot.com/2012/07/teori-berdasarkan-model-pemprosesan.html

UPSIZA KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

18

You might also like