You are on page 1of 3

UNIT 13: KESELAMATAN DI JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

NILAI:
1) Hormat
2) Bertanggungjawab
3) Toleransi
4) Kasih sayang
5) Rasional
Perbezaan antara Peraturan dengan Undang-undang Jalan Raya
Peraturan Jalan Raya Undang-undang Jalan Raya
Amalan keselamatan yang boleh Akta yang mewajibkan suatu perlakuan
meningkatkan kesedaran keselamatan kepada pengguna semasa berada di
pengguna ketika berada di jalan raya jalan raya.
Pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi undang-undang akan
dikenakan hukuman.
PERANAN MENINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA
PERANAN ANDA
 Melihat kiri, kanan, kemudian kiri sebelum melintas jalan raya
 Menggunakan jejantas apabila melintas jalan raya
 Memakai topi keledar dan pakaian berwarna cerah ketika membonceng
motosikal

PERANAN IBU BAPA


 Menjadi contoh pemandu yang baik di jalan raya
 Mendidik anak-anak tentang peraturan dan undang-undang jalan raya
 Menggalakkan anak-anak mengambil bahagian dalam kempen keselamatan
jalan raya
PERANAN PIHAK SEKOLAH
 Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya
 Mengajarkan peraturan keselamatan jalan raya kepada murid
 Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya

PERANAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA (JPJ)


 Menguatkuasakan dan mentadbir undang-undang jalan raya
 Mengadakan kempen kesedaran di seluruh negara
 Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan tentang
keselamatan jalan raya dalam kurikulum di sekolah

PERANAN POLIS TRAFIK


 Meningkatkan rondaan di semua jalan raya
 Mengeluarkan saman kepada pengguna yang melanggar undang-undang jalan
raya
 Mengawal lalu lintas

LATIHAN:
1) Mengapakah anda perlu mematuhi petua keselamatan jalan raya?
- Supaya keselamatan diri sentiasa diutamakan
- Untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan yang serius
- Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang lebih selamat untuk digunakan
- Untuk menjadi teladan kepada pengguna jalan raya yang lain

2) Senaraikan petua keselamatan untuk membantu anda menjaga keselamatan di jalan


raya.
- Memastikan kereta sentiasa diselenggara dengan baik
- Membaiki kerosakan kereta dengan cepat
- Melaporkan kepada pihak berkuasa jika keadaan jalan raya membahayakan
pengguna

You might also like