You are on page 1of 68

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

Modul Pembelajaran

EDUP2063

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
Kemaskini September 2017
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan


ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.

November 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini
dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Cipta i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Kandungan
Falsafah Pendidikan Guru iii
ii

Panduan Pelajar iv

vi
Ikon Modul

vii
Agihan Tajuk RMK

Tajuk Pembelajaran

Unit 1 – Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah 1

Unit 2 – Ciri-ciri dan Prinsip Pentaksiran 9

Unit 3 – Jenis Pentaksiran 18

Unit 4 – Analisis Item dan Interpretasi Data 27

Unit 5 – Laporan dan Pentaksiran 46

Rujukan 53

Panel Penulis Modul 52

Panel Pemurni Modul 56

Panel Penilai Modul

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang


mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG
KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan
dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah
Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah
Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

iv
SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Penyelidikan
4. Pengalaman
5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar
agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar.
Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.

v
IKON

PENGALAMAN RUJUKAN

HASIL PEMBELAJARAN
AKTIVITI
UNIT

PENYELIDIKAN
REFLEKSI

vi
AGIHAN TAJUK
AGIHAN TAJUK
Nama Kursus : PENTASKIRAN DALAM PENDIDIKAN
Kod : EDUP2063

Kandungan modul ini dibahagi kepada lima unit. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

Jumlah Jam BERSEM


MODUL
TAJUK / TOPIK Pembelajaran UKA CATATAN
(19 jam)
(45 jam) (26 jam)

1. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah Perlu dibaca


 Konsep asas pengujian, 2 jam Unit 1 sebelum
pengukuran, penilaian dan
( 2 jam ) interaksi
 pentaksiran bilik darjah
bersemuka

2. Peranan dan tujuan Pentaksiran dalam


Pendidikan 2 jam
 Tujuan Pentaksiran
 Pentaksiran tentang Pembelajaran
(Assessment Bersemu
 of Learning); Pentaksiran untuk ka
Pembelajaran
(2 jam )
 (Assessment for Learning) dan
Pentaksiran
 sebagai Pembelajaran (
Assessment as Learning)

3. Ciri dan Prinsip Pentaksiran


 Kesahan 3 hrs Perlu dibaca
 Kebolehpercayaan
Unit 2 sebelum
 Keobjektifan
( 3 jam ) interaksi
 Kemudahtadbiran
 Kemudahtafsiran bersemuka

4. Jenis Pentaksiran
 Pentaksiran Formatif dan Sumatif
 Jenis Ujian 6 hrs
- Ujian Objektif dan Subjektif
- Ujian Rujukan Norma dan Perlu dibaca
Kriteria Unit 3 sebelum
 Pentaksiran Autentik
( 6 jam ) interaksi
- Portfolio
- Prestasi (Performance bersemuka
based )
- Penilaian Rakan Sebaya
- Penilaian Kendiri
 Pentaksiran atas talian

vii
5. Merungkai Standard dan Penjajaran
Konstruktif 3 hrs
 Konsep merungkai standard
 Proses merungkai standard
 Konsep penjajaran konstruktif
 Proses penjajaran konstruktif
- Mendefinisikan hasil Bersemu
pembelajaran yang ka
dikehendaki ( 3 jam )
- Memilih aktiviti-aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai
untuk mencapai hasil
pembelajaran
- Mentaksir hasil
pembelajaran sebenar murid

6. Rekabentuk, Pembinaan dan


Pentadbiran Ujian
 Peringkat Pembinaan Ujian 9 hrs
 Penggubalan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)
 Taksonomi Pembelajaran
- Domain Kognitif Bersemu
(Bloom,semak semula), ka
- Domain Afektif (Krathwohl) ( 9 jam )
- Domain Psikomotor
(Simpson)
 Panduan Pembinaan item Ujian
- Item Objektif
- Item Subjektif
 Pentadbiran Ujian

7. Penskoran, Penggredan dan Kriteria


Pentaksiran 3 hrs Bersemu
 Jenis Penskoran dan Rubrik ka
Pemarkahan
( 3 jam )
- Analitik
- Holistik

8. Analisis Item dan Interpretasi Data


 Statistik Asas
- Skor Mentah dan 5 hrs
Penggunaannya
(Kekerapan;
Ogif dan Pangkatan) Perlu dibaca
- Perwakilan Graf Unit 4 sebelum
- Mod, Median dan Min
( 5 jam ) interaksi
- Sisihan Piawai, Skor Piawai
- Interpretasi Data bersemuka
 Item Analisis
- Item Kesukaran dan
Diskriminasi
- Analisis Distraktor
- Bank Item

9. Pelaporan Data Pentaksiran Perlu dibaca


 Tujuan Pelaporan Unit 5 sebelum
 Kaedah Pelaporan 3 hrs ( 3jam ) interaksi
bersemuka

viii
10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS)
 Konsep asas dan tujuan PBS 3 hrs
 Ciri-ciri utama PBS
 Jenis-Jenis Pentaksiran Bersemu
berasaskan Sekolah ka
 Cara Pemarkahan dan Pembinaan ( 3 jam )
Rubrik
 Pelaksanaan Pentaksiran
berasaskan Sekolah
 Pelaporan dan Perekodan

11. Cadangan Penyelesaian untuk


Menangani Isu berkaitan dengan
Pentaksiran Sekolah Menengah di
Malaysia 6 hrs
 Trenda semasa dalam pentaksiran
di Malaysia
 Sistem Berorientasikan
Peperiksaan
 Elemen Kemahiran Berfikir Aras Bersemu
Tinggi (KBAT) dalam Pentaksiran ka
 Pentaksiran berasaskan sekolah ( 6 jam )
 Pentaksiran berasaskan mesra
budaya
 Pentaksiran Autentik
 Pentaksiran secara online
 International Assessment
Instruments
 Etika dan profesionalisme guru
dalam pentaksiran
45 jam 19 jam 26 jam

Catatan : Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

ix
UNIT 1 KONSEP ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian.


2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan
3. mengenal pasti tujuan pentaksiran dijalankan,

1.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pentaksiran dalam pengajaran


dan pembelajaran sebagai maklumbalas kepada pencapaian pembelajaran murid
untuk memperbaiki pengajarannya. Turut dijelaskan juga maksud pengujian,
pengukuran dan penilaian seta perbeazaan konsep-konsep tersebut dalam
mengenalpasti tujuan pentaksiran dijalankan.

1.3 Kerangka konsep unit ini.

Pentaksiran

Penilaian

Pengukuran
Pengujian
P
Pengujian

Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

1
1.4 Pengertian pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang


prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian
pencapaian. Menurut Popham (2000) dalam pendidikan, proses pengajaran dan
pembelajaran mustahil berlaku tanpa pentaksiran. Setiap kali soalan dan ditanya
dan jawapan diberi, penilaian turut berlaku. Oleh itu guru sentiasa mendapat
maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki
pengajarannya dan sejauh mana pelajar telah memperoleh ilmu pengetahuan yang
diajar. Lazimnya guru mendapat maklumat ini melalui pengujian dan penilaian.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting


dalam dunia pendidikan. Seringkali istilah ini digunakan secara bertukar ganti.
Misalnya, setengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan
mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah,
tanpa menghirau maksud yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Dalam dunia
pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat dan dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam
membuat sesuatu keputusan yang tepat.

Refleksi:

Anda berada dalam satu acara pertandingan seni visual di sebuah


gelari awam. Cuba anda bayangkan bagaimanakah sekumpulan
hakim membuat penilaian sebelum membuat keputusan dalam
memilih pemenang? Bagaimanakah mereka membuat pentaksiran
tersebut?

1.5 Konsep Pengujian

Pengujian adalah suatu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan


tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Ia bertujuan mendapat

2
maklumat tentang pencapaian murid-murid daripada pelbagai bidang kognitif,
psikomotor ataupun afektif. Pengujian juga bertujuan untuk menentukan pencapaian
seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha
menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pemerhatian dan ujian
formal digunakan sebagai alat pengukuran dan boleh dilaksanakan selepas satu
atau beberapa topik pelajaran diajar.

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian mendukung maksud yang


sempit dan khusus. Menurut Conbach (1970),
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti


pelaksanaan/ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

1.6 Konsep Pengukuran

Konsep pengukuran adalah suatu proses atau sistem digunakan untuk


menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Pengukuran
merangkumi aspek pengujian, termasuk menggunakan skala ordinal atau skala
selang untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam sesebuah
kelas atau di antara kelas. Skala Ordinal digunakan menempatkan pangkatan atau
kedudukan murid-murid mengikut markah-markah dalam sesuatu ujian. Skala
selang mengandungi markah dan gred digunakan untuk menentukan pangkatan,
membuat perbandingan di antara murid-murid dalam kelas sama ataupun kelas
berlainan dalam penguasaan pembelajaran.

Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan


murid dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu
mulai dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa
topik pelajaran diajar.

3
Pengukuran juga boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai
contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian /
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual.
Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan
sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula
merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Oleh itu, pengukuran boleh ditakrifkan sebagai pemberian angka-angka


kepada objek, atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang
telah ditetapkan terlebih dahulu. Pengukuran dapat dikelaskan kepada empat skala
mengikut ciri-cirinya.

Skala Ciri-ciri

Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja. Skala yang dianggap paling mudah
dan mempunyai ketepatan paling rendah. Misalnya, etnik Melayu
mewakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili
nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4.

Ordinal Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan. Data boleh disusun


sama ada daripada yang terendah kepada yang tertinggi atau daripada
yang lemah kepada yang cemerlang. Umumnya, skala ordinal mampu
membezakan kategori dan membezakan nilai pemeringkatan. Contoh
lain skala ordinal ialah skala Likert seperti berikut:
(1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju,
(4) Setuju, (5) Sangat Setuju

Sela / Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran. Mengandungi


Selang unit markah dengan sama berat nilainya. Digunakan bukan sahaja
menentukan pangkat tetapi untuk membuat perbandingan di antara
pelajar dalam sesebuah kelas. Skala ini berupaya menunjukkan
perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan
persaman dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala
sela ialah ukuran suhu. Dalam keadaan ini, perbezaan suhu antara 25oC
dengan 35o C adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15C dengan
5OC , iaitu perbezaan 10 darjah.

Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak. Skala


nisbah adalah skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai
mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Perbandingan
dua nilai boleh diwakili dalam bentuk nisbah 2:1. Contoh ukuran berskala
nisbah ialah wang, jarak dan tinggi.

Jadual 1.1 : Skala Ukuran

4
Setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Skala nisbah
memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela pula dapat
memberikan maklumat daripada skala ordinal. Begitu juga, skala ordinal memberi
lebih banyak daripda skala norminal.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan memuat turun fail


PDF dari laman web berikut:
http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pd

1.7 Konsep Penilaian


Konsep penilaian ialah suatu proses atau sistem meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat dan digunakan untuk membuat keputusan tentang strategi
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membuat analisis dan keputusan
seterusnya mengambil tindakan sewajarnya. Penilaian adalah konsep yang telah
digunakan dalam pelbagai bidang dan mempunyai matlamat sendiri. Ini kerana
dengan membuat penilaian, ia akan membolehkan seseorang membuat anggaran,
sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Maklumat
dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seteruskan membolehkan guru
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat


yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan
menggunakan maklumat yang berbentuk kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan
dalam bentuk gred (seperti A,B,C atau D) bersama penjelasan nilainya ( seperti
cemerlang, kepujian, baik,lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang
menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya
Rin dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara

5
ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran,
menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

Pengetahuan? Kemahiran?

1.8 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Berikut adalah jadual yang membezakan antara Pengujian, Pengukuran dan


Penilaian.

Pengujian Pengukuran Penilaian

Proses menentukan Proses menentukan Proses membuat


Pengertian
perubahan sesuatu peringkat pencapaian analisis dengan
aspek tingkahlaku. dan kedudukan di mentafsir hasil
antara murid. pengukuran.

Menentukan Membuat Memberi maklumat


pencapaian murid perbandingan mengenai pencapaian
dalam sesuatu pencapaian dan murid, objektif
Tujuan pembelajaran. kedudukan di antara pelajaran, kaedah
murid dalam mengajar dan
penguasaan kurikulum.
pembelajaran.

Menempatkan murid- Pengelasan, pensijilan Membaiki rancangan


murid dalam dan menempatkan mengajar, kurikulum,
Kegunaan
kumpulan sesuai. murid dalam jurusan pengesanan punca
sesuai dan untuk kelemahan dan
penyelidikan. membuat ramalan.

6
Selepas sesuatu atau Selepas beberapa Sebelum, semasa dan
Masa
beberapa pelajaran. pelajaran. selepas sesuatu atau
beberapa pelajaran.

Pemerhatian, ujian, Ujian bertulis dengan Jadual/gred


Bentuk lisan dan bertulis. markah dan gred. berdasarkan teknik
perangkaan

Proses Persediaan ujian Proses pengujian Proses Penganalisis.


Pelaksanaan Pentadbiran. Merekod markah / gred Proses Interpretasi.
Pemeriksaan. Melapor.

Jadual 1.2 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian


Sumber : Lee Shek Mee & Mok Soon Sang (1998) Pengujian dan Penilaian Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

1.9 Rumusan

Pentaksiran adalah suatu proses mengukur dan membuat pertimbangan


tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman pelajar berdasarkan objektif atau
matlamat yang telah ditetapkan oleh guru dan pelajar. Sebagai guru, kebolehan
menggunakan dan memahami cara-cara pengukuran pendidikan tertentu adalah
sebahagian daripada tugas guru. Seseorang guru itu tidak layak dan cekap
menjalankan tugasnya tanpa mempunyai pengetahuan asas pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan.

7
Latihan 1

1. Baca situasi berikut dan nyatakan sama ada situasi itu merupakan aktiviti
pengujian, pengukuran atau penilaian. Tuliskan dalam lajur aktiviti.

Situasi Aktiviti

i. memilih buku teks yang sesuai untuk kelas

ii. menentukan aspek kelemahan bahasa

iii. menentukan jarak trek larian

iv. memilih calon sekolah untuk mewakili


pertandingan perbahasan
v. memilih calon terbaik untuk anugerah
cemerlang kurikulum dan kokkurikulum
vi. mengambil keputusan SPM dan STPM untuk
pemilihan masuk ke IPT
vii. mendapatkan markah bagi semua pelajar
dalam kelas untuk laporan kemajuan bulanan

2. Tanpa merujuk kepada bahan pembelajaran, nyatakan dengan ringkas dalam


perkataan anda sendiri takrifan tentang

i. Pengujian .....................................................................................................
ii. Pengukuran .....................................................................................................
iii. Penilaian .....................................................................................................

3. Nyatakan tujuan kita mengadakan pengujian, pengukuran dan penilaian.

i. ........................................................................................................................
ii. ........................................................................................................................
iii. ........................................................................................................................
iv. ........................................................................................................................
v. ........................................................................................................................

8
UNIT 2 CIRI - CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN

2.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:


1. menjelaskan ciri-ciri utama yang terdapat dalam sesebuah ujian
2. membina ujian dan mengendalikan penujian dan penilaian berasaskan ciri-ciri
di atas.

2.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sebahagian dari prosedur pentaksiran


meliputi segala proses pengujian dan pengukuran dan ujian yang merupakan alat
utama dalam proses pentaksiran. Dalam membina ujian yang baik seseorang guru
harus memahami beberapa ciri penting yang terkandung dalam sesuatu ujian. Ini
kerana ujian yang berkualiti merupakan satu instrumen yang mengukur apa yang
sepatutnya diukur pada tahap yang tinggi dan sesuai untuk kumpulan sasaran.
Aspek yang hendak diutamkan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Kesahan

Kebolehpercayaan

Ciri-ciri Keobjektifan
utama ujian
Kemudahtadbiran

Kemudahtafsiran

Jadual 2.1 : Ciri-ciri Utama Ujian

9
2.4 Ciri-ciri Utama Ujian
Untuk membina ujian yang baik seseorang guru harus memahami beberapa ciri
penting yang terkandung dalam sesuatu ujian. Ciri-ciri utama ujian yang baik
ialah seperti jadual dibawah:

Ciri-ciri Ujian Yang Baik


Bil Ciri-ciri Penerangan

1 Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi


Kesahan tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi,
kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian.


2 Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak
Kebolehpercayaan 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat
markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau
selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat
kebolehpercayaan.

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-


pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama
3 Keobjektifan kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan
adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan)
berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi
oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya
prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian
adalah terjamin.

Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru


yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya
4 jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah
Kebolehtadbiran mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas
melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan
kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya,
ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif.
Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang


5 Kebolehtafsiran diperoleh hendaklah mudah ditafsir. Kemudahtafsiran atau juga
disebut sebagaikebolehtafsiran ialah suatu kebolehan untuk
mentafsir maklumat tentang calon berdasarkanskor,
diskriminasi antara calon dan ketepatan tujuan mengadakan
ujian.

10
2.4.1 Kesahan

Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian itu benar-benar menguji
perkara-perkara yang hendak diuji itu. Kesahan ujian adalah berdasarkan tujuan ia
diadakan. Terdapat empat jenis kesahan iaitu kesahan isi, kesahan ramalan,
kesahan serentak dan kesahan gagasan.

a. Kesahan isi
Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian
yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah
ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau
kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Adalah penting
bagi guru supaya sentiasa menyedari objektif utama ujian dibina. Penggubal
ujian hendaklah membuat pilihan yang seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji
akan mencerminkan pengetahuan yang dipelajari secara menyeluruh. Cara
yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Bagi guru yang kurang
pengalaman, guru kanan perlu mengesahkan kesesuaian JPU dan item-item
ujian yang disediakan.

b. Kesahan Ramalan
Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan
sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain
pada masa depan. Contohnya, seorang pelajar memperoleh 8‟A‟ dalam
pepriksaan percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama
dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebenar. Dalam
kes ini, peperiksaan percubaan di sekolah dikatakan mempunyai kesahan
ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian pelajar tersebut dalam
peperiksaan awam.

Bagi mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-
item yang dibina hendaklah benr-benar menguji perkara berkaitan dengan
kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas
pada masa depan. Pada amnya, suatu ujian itu dikatakan sah dari segi

11
ramalan jika ianya dapat menelah perubahan-perubahan, atau perlakuan,
yang akan datang sebagaimana yang dikehendaki oleh sesuatu kursus, atau
sebagainya.

Fikirkan: Adakah anda fikir Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) satu
contoh ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan?

c. Kesahan Serentak
Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu
ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui
sah. Misalnya jika anda memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan
apabila ujian tersebut diulangi, anda masih memperolehi skor yang hamper
sama. Oleh itu, ujian tersebut boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak.

Cara lain yang boleh digunakan untuk menetukan ciri kesahan serewntak
ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek
uang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar
dalan ujian tersebut adalah hamper sama dengan prestasi yang ditunjukkan
dalam latihan harian berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada
kesahan serengtak yang tinggi.

d. Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian
yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana calon yang
diuji dapat menunjukkan tret mentalnya seperti kecerdasan otak, kreativiti,
motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat keadilan dan sebagauinya.
Sifat-sifat ini sebenarnya sukar untuk diuji. Dalam keadaan ini, dapatan perlu
bersandar sesuatu teori atau kajian psikologi. Berdasarkan teori, atau kajian,
pelbagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut dapat di
buat, contoh menelah bahawa sesorang murid yang kreatif juga merupakan
seorang yang imaginatif.

12
Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat memggambarkan gagasan yang
diperlukan maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contohnya, sekiranya
ujian itu dibina untuk mengukur daya kreativiti dalam kalangan pelajar akan
dianggap sah jika dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya
imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki sifat tersebut.

Latihan Pengukuhan 2.1

Bagi menguji kefahaman, jelaskan maksud setiap kesahan ini dengan menggunakan
perkataan anda sendiri.
Kesahan Isi

Kesahan Ramalan

Kesahan Serentak

Kesahan Gagasan

2.4.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada
ketekalan atau ketepatan dalam skor-skor ujian. Contohnya seorang calon
yang mendapat markah sebanyak 80% dalam ujian Matematik akan juga
mendapat markah hampir sama banyak jika ujian itu dioberikan selepas
beberapa hari atau seminggu selepas itu. Oleh itu, ujian tersebut dikatakan
mempunyai ciri kebolehpercayaan. Ujian yang berkebolehpercayaan tinggi
menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbir
beberapa kali dalam keadaan ujian yang sama. Keadaan ujian yang sama
bermaksud tempoh masa ujuan yang sama dan keadaan tempat ujian juga
sama. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan sesuatu ujian mudah

13
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti emosi, tempat ujian, suasana
persekitaran, kesihatan dan sebagainya.

2.4.3 Keobjektifan
Ciri keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang
memeriksaan jawapan-jawapan calon. Sekiranya pemeriksaan boleh
memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama
mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri
keobjektifan yang tinggi.
Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi
kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi
seseorang pemeriksa. Sebaliknya, ujian subjektif adalah ujian yang
mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor pemarkahan berbeza-beza
antara seorang pemeriksa dengan seorang pemeriksaan yang lain walaupun
diberi skrip jawapan yang sama.
Keobjektifan dalam ujian subjektif boleh dicapai dengan menyediakan Skema
Pemarkahan (SP) sebagai panduan pemeriksan. Di samping itu, pemeriksa
juga harus menghadiri mesyuarat penyelarasan supaya mengurangkan
jurang selisih pemarkahan yang terdapat dalam kalangan pemerisa.

2.4.4 Kebolehtadbiran
Ciri kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk kepada sejauh manakah kelicinan
proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik atau dewan peperiksaan.
Ini bermakna ujian-ujian itu harus dapat memenuhi syarat-syarat dan
keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadfbiran ujian itu tidak harus
menimbulkan kesukaran kepada pelajar. oleh itu, kebolehtadbiran
merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan, pengedaran
kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip jawapan
serta pemarkahan.
Kebolehtadbiran sesuatu ujian dapat ditingkatkan dengan cara-cara berikut:

• Penyediaan bilangan soalan yang berpatutan mengikut peruntukan


masa ujiannya
• Penyusunan meja dan kerusi mengikut peraturan

14
• Pengedaran dan pengutipan kertas soalan dan kertas jawapan
mengikut suatu sistem yang baik
• Arahan tentang perjalanan ujian hendaklah jelas.

2.4.5 Kemudahtafsiran
Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi
maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. Masalah
kemudahtafsiran dikatakan jarang berlaku dalam ujian yang dibuat boleh guru
kerana biasanya guru mengetahui tujuan memberi ujian apa dan siapa yang
hendak diuji. Guru berhak untuk membuat interpretasi atau tidak. Walau
bagaimanapun ujian ini haruslah dapat memberi maklumat yang sesuai
dengan dengan objektif yang dikehendaki. Ini bermakna keputusan ujian itu
haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi
gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:
• memberi gambaran yang jelas terhadap pencapaian dan kedudukan
calon dalam kelas
• kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pegajaran dan
pembelajaran
• pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
• perbandingan antara keputusan ujian-ujian yang berlainan
• kesesuaian alat bantu mengajar yang digunakan, dan
• kesesuaian aras kesukaran item untuk menguji isi pelajaran

Ini bermakna markah-markah yang didapati oleh calon harus mudah


ditukarkan dalam bentuk statistic seperti min, sisihan piawai, skor piawai Z
dan skor piawai T. Deangan cara demikian, ujian itu dianggap mempunyai
kemudahtafsiran yang tinggi.

Kesimpulannya ujian yang bermutu tinggi adalah ujian yang mengandungi


semua ciri seperti keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran. Untuk membina sesuatu ujian yang
bermutu tinggi, guru haruslah memastikan bahawa semua ciri ujian tersebut
dipertimbangkan semasa proses penyediaan sesuatu ujian.

15
Langkah-langkah Perancangan dan pelaksanaan

Perancangan Ujian Menentukan tujuan ujian kerana dengan adanya tujuan ujian
yang dikenal pasti, proses merancang ujian yang berikutnya
akan dapat dipermudahkan.

Menentukan Isi Guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji.
Kandungan Biasanya isi kandungan mengandungi merangkumi
kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik yang
telah dipelajari oleh muridnya.

Membentuk Jadual Apabila topik-topik dari aras kemahirannya telah ditentukan,


Spesifikas Ujian (JSU) guru boleh menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk
memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta
aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid
keseluruhannya.

Bentuk jadual penentuan ujian mengandungi dua perkara


penting, iaitu topik-topik dan aras kemahiran.

Menulis Item / Soalan Berpandukan JSU yang telah dibentuk, guru boleh mula
menggubal item/ soalan untuk ujian yang biasanya
disediakan dalam bentuk ujian subjektif dan ujian objektif.

Meyemak Item / Soalan Setelah item / soalan selesai digubal, guru hendaklah
menyemak item / soalan tersebut supaya bebas daripada
sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan.
Guru boleh menyemak item / soalan dari segi bentuk, isi
dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan.
Di samping itu, guru haruslah memastikan bahawa arahan
yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami, masa
peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan serta
item / soalan adalah disusun daripada yang mudah kepada
yang sukar.

Jadual 2.2 : Langkah-langkah perancangan dan pelaksanaan ujian

2.5 Rumusan

Sebuah ujian yang berkualiti perlu mempunayi elemen-elemen kesahan,


kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtafsiran dan kemudahtadbiran yang tinggi.
Aspek-aspek yang perlu dipertimbangan oleh guru dalam penyediaan sebuah ujian
termasuk ia perlu mengandungi unsur-unsur motivasi dan ujian yang dibangunkan

16
mesti mencabar minda serta menimbulkan celik akal pelajar-pelajar. Dalam aspek
releven pula, guru mesti memastikan bahawa item-item yang dikemukakan dalam
sesebuah ujuan mesti akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai
kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

Latihan Pengukuhan 2.2

Jawab soalan-soalan berikut:

1. Nyatakan dua perbezaan kemudahtadbiran dengan kemudahtafsiran.

__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________

2. Berikan dua sebab kenapa tafsiran sesuatu ujian harus mempunyai


kemudahtafsiran yang tinggi?

1. _____________________________________________________

2. _____________________________________________________

17
JENIS PENTAKSIRAN
UNIT 3

3.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca unit ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan dan menghuraikan jenis-jenis pentaksiran.


2. membezakan jenis-jenis ujian dalam pentaksiran di sekolah
3. mengenal pasti dan membezakan empat pentaksiran autentik
4. menghuraikan mengenai pentaksiran atas talian.

3.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tentang jenis-jenis pentaksiran,


jenis-jenis ujian, pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian. Jenis ujian seperti
pentaksiran formatif dan sumatif, jenis ujian seperti ujian objektif dan subjektif serta
ujian rujukan norma dan ujian rujukan kritesia. Di samping itu, terdapat juga
mengenai pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian.

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

18
JENIS PENTAKSIRAN

- Untuk Pembelajaran
- Tentang Pembelajaran
- Sebagai Pembelajaran

Jenis-jenis Ujian Pentaksiran Autentik Pentaksiran Atas Talian

Rajah 3.1 : Jenis Pentaksiran

3.4 Jenis Pentaksiran

Pentaksiran merupakan indikator dalam melihat penguasaan pelajar


menguasai kemahiran dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Pentaksiran yang dijalankan dalam bentuk ujian yang baik dan berkesan perlu dapat
mencabar minda pelajar, meningkatkan motivasi pelajar dan mengesan tahap
penguasaan bagi satu-satu kemahiran. Pentaksiran boleh dilaksanakan dalam dua
bentuk iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

3.4.1 Pentaksiran Formatif

Pentaksiran formatif merupakan penilaian berterusan guru terhadap


pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ragbir Kaur
Joginder Singh (2010), pentaksiran formatif ialah jenis pentaksiran semasa
atau sesuatu tajuk pembelajaran yang ditadbirkan apabila guru-guru
menamati satu unit pembelajaran atau satu kemahiran pembelajaran yang
spesifik. Pentaksiran formatif kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran
dijalankan semasa waktu pelajaran. Contoh pentaksiran formatif ialah kuiz,
soal jawab, latihan bertulis dan pemerhatian.

Tujuan utama pentaksiran formatif dilaksanakan oleh guru untuk:

19
1. mengesan kelemahan dan pembelajaran pelajar secara individu serta-
merta (cepat)
2. dapat memaklumkan kepada guru dan pelajar mengenai kefahaman
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
3. membantu para pelajar lebih sedar mengenai kelemahan dan masalah
yang mereka alami dalam proses pembelajaran.
4. membolehkan guru untuk merancang pengajaran yang bersesuaian
dengan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan pelajar untuk belajar.
5. membantu guru menyedari kelemahan pengajaran mereka yang dapat
membantu mereka untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan
pencapaian pelajar.

3.4.2 Pentaksiran Sumatif


Pentaksiran sumatif merupakan penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran guru bagi menentukan tahap pembelajaran di kalangan pelajar.
Terdapat perbezaan antara pentaksiran sumatif dengan formatif iaitu formatif
lebih bertumpu kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu topik atau tajuk.
Manakala pentaksiran sumatif lebih menjurus kepada pencapaian dan
penguasaan pelajar setelah keseluruhansubjek itu diajar. Pentaksiran sumatif
meliputi bentuk formal yang melibatkan ujian kertas dan pensil, peperiksaan
amali atau bertulis. Contohnya pentaksiran sumatif dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Tujuan utama pentaksiran sumatif dilaksanakan oleh guru untuk:


1. Menentukan pencapaian pembelajaran pelajar dalam kelas.
2. Membuat perbandingan pencapaian pelajar di antara kelas.
3. Pelajar diberikan gred mengikut pencapaian mereka semasa
pentasiran.
4. Keputusan pentasiran dapat digunakan untuk merancang aktiviti
pengajaran pada masa akan datang.
5. Pentaksiran sumatif dapat membantu guru dan pelajar dalam
menjuruskan pelajar ke jurusan akademik berdasarkan keputusan
pentaksiran.

20
3.4.3 Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

Terdapat perbezaan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran


sumatif dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa,sasaran, dan tindakan.

Bincangkan perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan


Pentaksiran Sumatif.

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Pengertian

Tujuan

Aktiviti

Masa

Sasaran

Tindakan

Jadual 3.1 : Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

3.5 Jenis Ujian

21
Terdapat beberapa jenis ujian yang boleh dilaksanakan untuk mencapai hasil
pembelajaran yang diharapkan. Antaranya ialah ujian objektif, ujian subjektif, ujian
rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

3.5.1 Ujian Objektif

Dalam pentaksiran, ujian objektif merupakan jenis ujian yang terdiri daripada
ujian kertas dan pensil. PelbagaI bentuk ujian objektif yang boleh
diaplikasikan oleh guru semasa membina jenis ujian ini. Jenis ujian ini hanya
memerlukan jawapan yang pendek dan ringkas atau memberikan respons
terhadap soalan yang diberikan. Ciri utama soalan objektif ialah soalan yang
diberikan lebih spesifik .

Kelebihan dan kekurangan ujian objektif ialah;

Kelebihan :
1. Bilangan item boleh ditadbirkan.
2. Jawab dalam masa yang singkat
3. Mudah untuk guru menanda kertas jawapan pelajar
4. Jawapan adalah tetap dan skema pemarkahan mudah disediakan.

Kelemahan :
1. Tiada kebebasan idea kepada pelajar ketika menjawab.
2. Tiada kemahiran dalam penulisan dan pembinaan ayat.
3. Jawapan berunsur KBAT dengan idea sendiri tidak dapat
diaplikasikan.
4. Pelajar yang mempunyai daya mengingat fakta mempunyai kelebihan
ketika menjawab soalan objektif.

3.5.2 Ujian Subjektif

Ujian subjektif merupakan jenis ujian yang memerlukan pelajar


menjawab soalan dengan menggunakan perkataan atau esei . Pelajar perlu

22
menjawab soalan subjektif dalam ayat sama ada dalam perenggan atau
dalam bentuk esei panjang.

Kelebihan :
1. Dapat menguji kefahaman pelajar
2. Membantu dalam menjana idea dan pendapat calon peperiksaan.
3. Boleh aplikasikan unsur KBAT semasa membina soalan subjektif.

Kelemahan:
1. Bilangan soalan tidak dapat diberikan banyak.
2. Soalan subjektif memerlukan guru mempunyai kecekapan dalam
bidang.
3. Para pemeriksan perlu mahir dan cekap dengan jenis ujian
pentaksiran.

3.5.3 Ujian Rujukan Norma

Ujian rujukan norma merupakan ujian yang dijalankan bagi mengenal


pasti prestasi seseorang dengan seseorang yang lain atau perbandingan
antara kumpulan yang sama atau kumpulan yang lain. Ujian ini juga dikenali
sebagai ujian pencapaian relatif kerana perbandingan dijalankan secara
relatif. Selalunya di peringkat sekolah ujian rujukan norma bertujuan untuk
membandingkan pencapaian prestasi pelajar sama ada dalam kelas yang
sama atau di peringkat keseluruhan kelas. Ujian rujukan norma diukur melalui
penilaian yang dijalankan pada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir
tahun. Juga dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Ujian rujukan norma digubal berdasarkan sukatan pelajaran mengikut mata


pelajaran tertentu, dan ujian dijalankan dengan menggunakan alat
pengukuran yang sama. Dalam melaksanakan ujian ini, soalan ujian digubal
berlandaskan kesukaran ujian yang ditaburkan dari mudah ke susah iaitu
25% mudah, 50% sederhana dan 25% susah.

23
3.5.4 Ujian Rujukan Kriteria

Ujian rujukan kriteria adalah berdasarkan tahap prestasi yang


ditetapkan untuk dicapai oleh pelajar sebagai pengukur prestasi diri tanpa
pengaruh bandingan dengan prestasi individu atau kumpulan lain. Dengan
ujian jenis ini, guru boleh menentukan kriteria yang harus dicapai oleh pelajar
dalam satu-satu unit pembelajaran. Contohnya, “Pelajar dapat menjawab
lapan daripada sepuluh soalan yang diberi.” Sekiranya pelajar telah
mencapai kriteria yang ditetapkan, pelajar berkenaan bolehlah meneruskan
pembelajaran ke tahap yang seterusnya.

Ujian rujukan kriteria amat sesuai bagi menguji kemahiran-kemahiran


asas seperti membaca, menulis dan mengira.

3.6 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik merupakan jenis pentaksiran selaras dengan


perkembangan sistem pendidikan terutama dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysa kita yang menyeluruh dalam mentaksir perkembangan
para pelajar dengan pelbagai instrumen pentaksiran. Pentaksirian ini
dijalankan dari pelbagai aspek seperti pengetahuan pelajar, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, kreativiti pelajar, sumbangan pelajar dalam
mencungki kepelbagaian potensi diri.

Pentaksiran autentik secara tidak langsung dapat memberi peluang


kepada para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran diri
mereka secara menyeluruh dalam pelaksanaan pentaksiran dan merangkumi
pembelajaran yang sebenar kehidupan seharian pelajar. Secara tidak
langsung pentaksiran dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh dan tidak
hanya terhad dalam bentuk ujian sahaja.

Tujuan pentaksiran autentik ialah;


1. Membuka peluang penerokaan kekuatan diri pelajar.

24
2. Memberi peluang pemikiran kritis dan kreatif pelajar semasa
pentaksiran ini dijalankan.
3. Merangsang pemikiran pelajar dengan menggunakan pengetahuan
dan kehidupan sebenar mereka.
4. Mencungkil bakat, keperibadian, potensi dan kekuatan dalam diri
pelajar untuk digemblengkan dalam pentaksiran yang dijalankan.

3.6.1 Portfolio

Pentaksiran portfolio merupakan salah satu pentaksiran alternatif


dalam membantu melaksnakan pentaksiran kepada para pelajar. Pentaksiran
dapat dijalankan dengan pembinaan folio pelajar dalam bentuk koleksi kerja
yang telah ditetapkan untuk membantu pentaksiran secara berterusan dapat
dijalankan. Pentaksiran ini merupakan jenis pentaksiran yang bersifat multi-
dimensi yang membolehkan guru melaksanakan pentaksiran bukan hanya
dalam bidang tertentu sahaja. Namun demikian pentaksiran portfolio
mengutamakan proses kerja seseorang pelajar yang dikumpulkan dalam
bentuk folio mengikut kreativiti dan berlandaskan soalan pentaksiran yang
diberikan oleh guru.

Peranan pentaksiran portfolio ialah;


1. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar
2. Pelajar dapar mempelbagaikan kreativiti dan potensi diri semasa
membina portfolia.
3. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasan yang
diberikan kepada mereka.
4. Memberikan peluang kepada pelajar dalam penerokaan dan
peningkatan proses pembelajaran kendiri.

3.6.2 Prestasi (Performance based)

Pentaksiran prestasi ialah bentuk pentaksiran yang mempunyai


perbezaa dari bentuk pentaksiran tradisional. Pentaksiran prestasi merupakan

25
pentaksiran yang digunakan untuk menilai proses penglibatan mereka dalam
sesuatu tugasan. Dalam pentaksiran ini, bentuknya tidak formal dan
membolehkan para pelajar menggunakan daya kreativiti dan kebolehan
interaksi dalam kumpulan bagi membantu penyediaan tugasan yang
diberikan. Proses pentaksiran prestasi ini dapat mengintegrasikan pelbagai
kemahiran seperti membaca dan menulis dan digabungkan juga dengan
pelbagai kaedah seperti portfolio, laporan lisan, bercerita, sketsa, boneka dan
temuduga, kaedah permainan, simulasi dan lain-lain lagi.

Tujuan prestasi pentaksiran ialah :


1. Boleh menguji kebolehan ketika menghadapi ujian.
2. Mendapatkan maklumat secara berterusan.
3. Dapat membantu menilai aktiviti yang dijalankan sepanjang proses.
4. Penglibatan secara aktif sebahagian besar pelajar.
5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara tersusun dan
sistematik.

3.6.3 Penilaian Rakan Sebaya

Pentaksiran penilaian rakan sebaya merupakan jenis penilaian


autentik yang meilbatkan para pelajar menilai rakan-rakan mereka sendiri.
Menurut Brown (1999), pentaksiran rakan sebaya sangat membantu dalam
keberkesanan pentaksiran formatif dan juga pentaksiran sumatif. Pentaksiran
ini dapat dijalankan apabila aktivti kumpulan dilaksanakan dan markah dalam
penglibatan pelajar diambil kira dalam proses pentaksiran. Secara tidak
langsung pentaksiran rakan sebaya ini dapat membantu pembentukan
motivasi diri pelajar, ketrampilan, sumbangan, kehadiran dan penglibatan
mereka dalam aktiviti yang dijalankan.

Peranan pentaksiran rakan sebaya yang dapat dijalankan ialah;


1. Memberi peluang mereka berinteraksi sesama mereka
2. Meningkatkan nilai keyakinan diri dalam membuat keputusan.
3. Memberikan peranan yang membolehkan mereka terlibat sama dalam
aktiviti pentaksiran.

26
3.6.4 Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri merupakan penilaian yang dijalankan untuk pelajar membuat


penilaian terhadap keuatan dan kelemahan dalam diri mereka sendiri. kadang
kala guru tidak dapat melaksanakan penilaian seadilnya kepada para pelajar
kerana mereka tidak mungkin mengenali diri pelajar itu sebenar-benarnya.
Fungsi penilaian kendiri ini ialah membolehkan pelajar secara individu
merancang serta mendapat panduan untuk melaksanakan perancangan
pembelajaran serta untuk memberikan keyakinan kepada mereka dalam
menilai perkembangan diri mereka. Dalam penilaian ini juga, dapat membantu
para pelajar untuk bersikap kritis terhadap tugasan yang diberikan kepada
mereka.

Semasa pelaksanaan penilaian kendiri ini guru perlulah;


1. Memberikan peluang kepada para pelajar menilai kekuatan dan
kelemahan diri mereka.
2. Memberi keyakinan akan kepentingan penilaian kendiri ini kepada
mereka.
3. Memberikan soalan-soalan yang dapat membantu mereka sepanjang
proses penilaian kendiri ini dijalankan.
4. Mengemukakan senarai semak yang dapat membantu para pelajar
menilai.

3.7 Pentaksiran Atas Talian

Pentaksiran atas talian merupakan kaedah penilaian yang digunakan oleh


guru menggunakan kaedah pentaksiran berbantukan komputer. Kaedah ini mudah
dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar untuk melaksanakannya. Para guru
hanya perlu menyediakan bentuk-bentuk ujian dan disimpan dalam bentuk „softcopy‟
dengan pelbagai soalan.

Antara kemudahan penggunaan pentaksiran atas talian ialah;


1. Dapat mengakses bahan pentaksiran dengan mudah.
2. Kepelbagaian bentuk ujian dapat dilaksanakan dalam sesuatu
pentaksiran.

27
3. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan
guru.
4. Melaksanakan dan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke 21.

Namun demikian, pelaksanaan pentaksiran atas talian adalah terbatas kerana


terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dilalui oleh para pelajar dan guru
untuk menjalankan proses ini iaitu;
1. Kemudahan internet sukar diperoleh di kawasan sekolah.
2. Jumlah komputer di sekolah yang tidak dapat menampung
penggunaan pelajar.
3. Keterbatasan pengetahuan dan kepakaran guru dalam menggubal
soalan pentaksiran atas talian.

Sejumlah set soalan perlu disediakan dan ditetapkan oleh guru bagi memastikan
setiap pelajar menjawab nombor soalan yang berbeza pada satu-satu masa.

3.8 Rumusan

Pelbagai jenis ujian ini telah membantu para guru dalam melaksanakan
pentaksiran di sekolah. Ini juga dapat membantu para guru bagi memastikan ujian-
ujian yang diaplikasikan adalah tepat dengan hasil pembelajaran yang hendak
diukur serta diperolehi daripada para pelajara mereka.

Rehat seketika dan buat renungan:

Pentaksiran autentik merupakan langkah terbaik dalam meningkatkan mutu


dan kepelbagaian ujian terhadap para pelajar. Fikirkan.

Latihan 1

1. Nyatakan dengan ringkas dalam perkataan anda sendiri takrifan tentang

28
i. Pentaksiran formatif :
............................................................................................................................
......................................................................................................

ii. Pentaksiran sumatif :


............................................................................................................................
......................................................................................................

2. Berikan kekuatan penggunaan ujian subjektif dalam pelaksanaan pentaksiran


dalam bilik darjah.
i. ........................................................................................................................
ii. ........................................................................................................................
iii. ........................................................................................................................
iv. ………………………………………………………………………………………..

UNIT 4 ANALISIS ITEM DAN INTERPRESTASI DATA

4.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian skor mentah dan penggunaannya.


2. Menghitung statistik asas dan interprestasi data
3. Menganalisis item kesukaran dan diskriminasi

4.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi statistik asas, serta menganalisis item-
item. Hal ini, merangkumi skor mentah, perwakilan graf, mod, median, min, sisihan
piawai, indeks kesukaran dan diskriminasi. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan baik dapatan daripada analisis dan tafsiran

29
pencapaian berdasarkan skor-skor yang dicapai oleh pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Kerangka konsep unit ini

Analisis Item dan


Interprestasi Data

Stastistik Asas Item Analisis

Skor mentah dan penggunaannya


Perwakilan Graf
Mod, Median dan Min, Indeks Kesukaran Analisis Distraktor
Sisihan dan skor piawai Indeks Diskriminasi Bank Soalan
Interprestasi data

4.4 Pengertian skor mentah dan penggunaannya

Skor mentah diperolehi selepas proses menanda selesai dilaksanakan. Skor


ini perlu diatur dan diuruskan dengan baik agar guru dapat membuat kesimpulan
yang cepat dan tepat. Skor mentah yang masih belum disusun tidak boleh
digunakan untuk kegunaan selanjutnya dan seterusnya mentafsir pencapaian
pelajar. Skor harus disusun dalam bentuk yang mudah dibaca dan ditafsir dengan
mudah. Dengan lain perkataan, taburan skor ialah susunan skor mentah dalam
sesuatu set markah.

Contoh skor mentah tidak terkumpul:

64 58 55 70 63 57 79 47 40 53
64 67 70 64 53 75 65 55 63 55

Kekerapan pula bilangan dalam sesuatu skor atau skor-skor yang


dikumpulkan. Simbol statistiknya ialah f

30
Skor mentah lebih bermakna jika ia disusun daripada skor tertinggi kepada
skor terendah dalam sesuatu jadual taburan kekerapan.
Taburan kekerapan ialah susunan skor mentah dengan kekerapannya dalam
sesuatu jadual, contoh;

Skor ( x ) kekerapan ( f )
75-79 2
70-74 2
65-69 2
60-64 5
55-59 5
50-54 2
45-49 1
40-44 1
∑ N= 20
Jadual 4.1: Jadual taburan kekerapan
* Bilangan kelas skor jeda =8, saiz jeda kelas = 5

Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda
yang ditetapkan. Saiz jeda kelas pula boleh ditentukan mengikut rumus
berikut:

Saiz jeda kelas = Skor tetinggi - Skor terendah


Bilangan kelas

Dengan rujuk kepada Jadual 4.1, bilangan kelas dicadangkan ialah 8


= 79-40
8
= 4.875
Saiz jeda kelas = 5 ( bundarkan )

Julat , Skor tertinggi - skor terendah

31
Taburan kekerapan himpunan ( c f ) adalah digunakan untuk membina satu
graf yang dinamakan sebagai lengkungan kekerapan himpunan atau Ogif.
Contoh Taburan kekerapan himpunan berikut digunakan untuk melakarkan
Ogif seperti berikut.

f f
Hasil Tambah
Skor ( x) c
Kekerapan
50 4 4 4
55 2 4 +2 6
60 4 6 +4 10
65 6 10 + 6 16
70 7 16 + 7 23
75 3 23 + 3 26
80 2 26 + 2 28
85 1 28 + 1 29
90 1 29 + 1 30

Jadual 4.2 : Taburan kekerapan himpunan

Berdasarkan Jadual 4.2, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang


memperoleh markah sama atau kurang daripada suatu markah yang
ditentukan. Contohnya, kita boleh katakan bilangan pelajar yang mendapat
markah 70 atau kurang daripada 70 ialah seramai 23 orang. Sila lihat lakaran
di Rajah 4.1 berikut.
Untuk melukis lengkung kekerapan himpunan, data skor-skor ( kurang
daripada ) mewakili paksi ufuk ( x) dan kekerapan himpunan mewakili paksi
menegak (y).

32
35

30

25

20

15

10

0
0 20 40 60 80 100

Rajah 4.1 : Lengkungan kekerapan himpunan ( Ogif )

4.5 Pengiraan Min, Median dan Mod

Nilai ketiga-tiga statistik ini boleh memberi gambaran tentang tahap


pencapaian pelajar dan boleh dilakukan sebagai perbandingan pencapaian dalam
kalangan pelajar walaupun berada di kelas yang berbeza. Kaedah ini lebih dikenali
sebagai ukuran kecenderungan memusat.

Min
in atau purata dikira dengan hasil jumlah skor dibahagikan dengan jumlah
bilangan skor atau jumlah kekerapan. Simbol untuk min ialah ,
Untuk mengira min dari skor-skor tidak terkumpul ialah:-

∑ Hasil tambah
X = Skor
N = Bilangan calon

Contoh: 67, 67, 70, 70, 78, 66, 78, 79, 80, 80

= ( 67+ 67+ 70 +70+ 66+ 78+ 78+ 79+ 80+ 80)/10


= 735/10
= 73.5
Min juga boleh dikira dengan kaedah berikut:

33
Jumlah skor
Kekerapan ( f )
Skor ( x) ( fx )
80 2 160
79 1 79
78 2 156
70 2 140
67 2 134
66 1 66

N = 10 ∑ fx 735

∑ fx /10 = 735/10 = 73.5

Median
Median ialah nilai yang terletak di tengah skor-skor yang disusun secara
menaik atau menurun.
Contoh 1 ;
45, 45, 58, 61, 69, 77, 79 median = 61
Contoh 2 ;
50, 57, 64, 72, 77, 77
Median = (64 + 72 )/2 = 136 /2 = 68

Mod
Mod ialah ukuran yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam satu set skor.
Mod boleh dicari dengan cara menyusun skor-skor secara menaik. Nilai mod
diperolehi daripada skor yang mempunyai kekerapan tertinggi, contoh;-
Skor : 67, 69, 71, 71 , 71, 76, 76, 79, 80, 80
Mod = 71 ( skor 71 mempunyai kekerapan 3 yang tertinggi )

Dwi mod berlaku apabila di dalam sesuatu set skor mempunyai dua nilai
mod, contoh;-
Skor : 59, 67, 67, 69, 71, 74, 74, 77, 79.
Dwi mod, / bimod, = 67 dan 74

34
Fungsi Min, Median dan Mod

Dalam ukuran kecenderungan memusat, min paling kerap digunakan oleh


guru-guru. Faktor ini disebabkan min mengambil kira setiap markah yang
diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Dalam lain perkataan, min
mengambilkira semua skor dalam satu-satu tadbiran skor. Min juga
digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian antara individu dengan
kumpulan atau antara kumpulan. Min juga digunakan untuk mencari nilai
sisihan piawai, skor piawai T dan skor piawai Z. Oleh itu, nilai min lebih
senstitif daripada mod dan median jika terdapat skor-skor yang ekstrem.

Manakala ukuran median dan mod tidak mengambil kira setiap skor
dalam sesuatu taburan markah. Walaubagaimana pun, sekira terdapat
taburan markah terpencong jauh ( markah pelajar jauh berbeza antara
mereka ), ukuran median dapat membantu, contoh:-

Kumpulan skor min Median


A 10, 30, 45, 55, 60 40 45

B 42, 46, 48, 64, 100 60 48

Jadual 4.3 ; Taburan skor terpencong

Nilai min antara dua kumpulan adalah jauh berbeza, maka ukuran min kurang
sesuai digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian antara dua
kumpulan tersebut. Ukuran median adalah lebih sesuai digunakan kerana
nilainya adalah hampir sama.

Ukuran mod jarang digunakan kerana nilainya hanya boleh memberi


gambaran mengenai sesuatu taburan skor secara kasar sahaja. Pengiraan
mod berlaku apabila satu skor dalam taburan skor-skor mempunyai
kekerapan yang terlalu tinggi.
Melalui nilai min, median dan mod, kita dapat lihat lengkungan taburan
pencong dalam dua keadaan, iaitu pencong positif dan pencong negatif.

35

murid
mod median min

Rajah 4.2 : Lengkung Taburan Pencong positif ( mod < median < Min )

Dalam Rajah 4.2, boleh dikatakan ramai pelajar mendapat markah lebih
rendah daripada min. Ini menunjukkan pencapaian pelajar kurang baik atau
ujian ini adalah sukar atau pelajar lemah. Ubah suai aras item perlu
dilakukan.

murid

30
25
20
15
10
0
min median mod
0 30 60 80 skor

Rajah 4.3 : Lengkung Taburan Pencong Negatif ( Min < Median < Mod)

Dalam Rajah 4.3, boleh ditafsirkan bahawa ramai pelajar mendapat


markah yang tinggi, iaitu berada di atas nilai min. Pencapaian pelajar
adalah baik dan ujian ini dianggap mudah atau pelajar sangat cerdas.
Bilangan item aras sukar perlu ditambah.

36
Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai tujuan statistik dalam
pendidikan.

4.6 Sisihan piawai dan skor piawai

Sisihan piawai adalah ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk


memberi gambaran yang lengkap terhadap pencapaian pelajar. Analisis dijalankan
terhadap markah-markah yang mempunyai nilai min yang sama, tetapi sebarannya
yang jauh berbeza.
Biasanya ia berkait rapat dengan taburan markah yang berbentuk lengkungan
taburan normal. Simbol untuk sisihan piawai ialah 

Rumus sisihan piawai :


∑( ̅)
= √

Tafsiran Nilai Sisihan Piawai

Nilai sisihan piawai yang kecil bermaksud skor-skor kurang disebarkan iaitu
tidak jauh beza skor murid dalam sesebuah kelas (homogenus); sebaliknya,
nilai yang besar membawa erti terdapat jurang perbezaan yang besar antara
skor-skor murid (heterogenus). Cuba teliti rajah dibawah.

37
murid

A B

min

skor
Rajah 4.4 : Lengkung taburan normal A dan B

Rajah 4.4, menunjukkan taburan normal A dan B , di mana mempunyai nilai


min yang sama, tetapi sebarannya berbeza. Lengkungan taburan normal B
mempunyai nilai sisihan piawai lebih besar berbanding lengkungan taburan A. Maka
taburan skor calon dalam lengkungan taburan B adalah lebih luas ( berselerak )
berbanding calon dalam lengkungan taburan A.

Berdasar lengkungan taburan B, kita boleh rumuskan bahawa pencapaian


antara pelajar-pelajar adalah berbeza ( hetrogenus), manakala pencapaian pelajar-
pelajar dalam lengkungan taburan A adalah hampir sama ( homogenus)

Contoh pengiraan sisihan piawai untuk skor tidak terkumpul

Markah lima orang calon : 3, 7, 9, 12, 14

min = (3 + 7+ 9 +12 + 14)/5

= 8

∑( ) = (( 3-8)² + ( 7-8)² + (9-8)² + (12-8)² + (14-8)²)/5

= 25 + 1 + 1 + 16 + 36
= 79

38
∑( ̅)
= √

= 79
5 = 15.8 = 3.97

Jika skor melibatkan kekerapan, rumus berikut boleh digunakan,

∑ ∑
√ ( )

skor x kekerapan
1 1 1 1 1
2 2 4 4 8
3 4 12 9 36
4 3 12 16 48
N=10 ∑ =29 ∑ =93

∑ ∑
√ ( )

= √ ( ) = √ =√

0.943

Kegunaan sisihan piawai


Digunakan untuk mentafsir data-data seperti skor-skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam satu ujian . Maklumat analisis sering digunakan untuk
membandingkan pencapaian antara pelajar di peringkat yang sama. Sisihan
piawai juga digunakan untuk mengira skor piawai T dan Z.

Pengiraan skor piawai Z


Untuk mengira skor piawai Z, rumus berikut boleh digunakan,

Skor Piawai Z = 

di mana; x = skor mentah, = min,  = sisihan piawai

39
Kegunaan dan contoh pengiraan skor piawai Z,

Mata pelajaran Matematik Sains


Min 50 70
Sisihan piawai 5 10
skor 70 70

Skor piawai Z untuk; Matematik = (70-50 )/5 = +4

Sains = (70 -70 )/5 = 0

Ini bermakna pencapaian calon ini, untuk mata pelajaran Matematik, jauh
lebih baik daripada pencapaiannya dalam Sains. Perhatikan skor mentah
kedua-dua mata pelajaran, iaitu sama ( 70%) tetapi dapat dibezakan
pencapaiannya.

Pengiraan skor piawai T

Untuk mengira skor piawai T, rumus berikut boleh digunakan,


Skor Piawai T = 50 + 10 Z ( Z = nilai skor piawai Z )

Contoh;

Mata pelajaran Bahasa Melayu Matematik


Skor-Z -0.4 +1.3

Skor piawai T, Bahasa Melayu = 50 + 10 (-0.4)


= 50 - 4
= 46

Skor piawai T, Matematik = 50 + 10 (1.3 )


= 50 + 13
= 63

40
Rumusannya, kita boleh katakan pencapaian Bahasa Melayu calon ini adalah
lebih baik daripada +- 34% daripada murid-murid lain. Mata pelajaran
Matematik pula adalah lebih baik +- 90% daripada murid-murid lain. ( rujuk
lengkungan skor piawai dibawah )

Rajah 4.5; Kaitan lengkungan taburan normal dengan skor-skor terbitan

Kegunaan skor piawai

Skor piawai mempunyai nilai min dan sisihan tetap di bawah


lengkungan taburan normal. Skor piawai Z, mempunyai nilai min sifar (0)
dan sisihan piawai 1. Skor piawai T pula, mempunyai nilai min 50 dan
sisihan piawai 10. Kedua-dua skor piawai ini diguna bersama dengan
pangkat peratusan untuk membuat perbandingan dan setarakan markah
dalam sesuatu ujian atau ujian-ujian pada masa yang berlainan. Pencapaian
antara mata pelajaran juga boleh dibandingkan.

41
4.7 Item Analisis

Indeks kesukaran item.


Bagi ujian berbentuk objektif seperti betul/salah, isi tempat kosong,
padanan, dan aneka pilihan, setiap item dapat diukur tahap kesukarannya.
Pengukuran indeks kesukaran bertujuan untuk melihat kebolehan calon
menjawab item, samada item tersebut sukar atau senang . Indek ini juga
dapat menentukan kualiti item yang dibina. Indeks ini dikira, dengan
menggunakan nisbah calon yang menjawab dengan betul item tersebut
kepada jumlah jalon yang menjawab item berkenaan. Rumus yang digunakan
seperti berikut,

p = Bilangan calon menjawab betul item tersebut


Jumlah calon yang menjawab
Contoh;
Dalam satu ujian, terdapat 40 orang calon mengambil ujian dan
seramai 25 orang telah menjawab dengan betul bagi item nombor 7. Bagi
menguji tahap kesukaran item nombor 7, gunakan rumus di atas seperti
berikut;
p = 25 = 0.625
40
Nilai P 0 - 0.20 0.21 - 0.40 0.41 - 0.60 0.61- 0.80 0.81-1.00
Terlalu Sederhana Terlalu
Skala Sukar Mudah
sukar Sukar Mudah
Jadual 4.4; Aras kesukaran dan pengkelasan item

Bagi soalan esei pula, nisbah markah purata bagi item tersebut diambil
kepada julat markah penuh. Ringkasnya seperti berikut;
p = Markah purata item (min)
Julat markah penuh

Contoh pengiraan; Item nombor 2 ( markah minima 0, maksima 10 )

Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah


Markah 5.5 4.5 7 2.5 5.5 7.5 9 6.5 9.5 4.5 62.0

42

p= = = 0.62

Tujuan indeks kesukaran


Guru-guru dapat mengenalpasti kawasan kelemahan pelajar apabila
mendapati ramai pelajar tidak dapat menjawab item yang diberikan. Oleh yang
demikian perlu bagi seorang guru untuk mengajar semula konsep atau kemahiran
yang tidak dikuasai oleh pelajar. Justeru itu, guru juga boleh memberi maklum balas
kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan bagi item tertentu.
Pengubahsuaian keadah pengajaran guru dan maklumbalas kepada penggubal
kurikulum dapat dikaji semula.

Indek Diskriminasi
Tujuan indek diskriminasi adalah untuk menentukan perbezaan keupayaan
pelajar dalam sesuatu ujian. Dalam lain perkataan, item yang baik dapat
membezakan/diskriminasi pencapaian antara pelajar berkeupayaan rendah dengan
yang berkeupayaan tinggi. Sebelum mengira indeks diskriminasi, calon-calon perlu
dibahagikan kepada tiga kumpulan tahap pencapaian iaitu :

Pencapaian % Bilangan jawab betul


Rendah 27%
Sederhana 46%
Tinggi 27%

Jumlah
T= +

Jadual 4.5 : Pecahan kelompok pelajar

⌈ ⌉
Rumus indeks diskriminasi d =
* ( )+

Contoh, seramai 100 orang pelajar telah menduduki peperiksaan awam.


Seramai 27 (27%) orang pelajar dikenalpasti berpencapaian tinggi, didapati
22 orang dapat menjawab soalan dengan betul [ ] dan 27 (27%)
orang pelajar berpencapaian rendah, didapati seramai 7 orang mendapat
soalan dengan betul [ ]. Dalam contoh ini, jumlah pelajar

43
berpencapaian rendah dan tinggi ialah 54 orang [ ( ) ].
Penyelesaiannya,

⌈ ⌉ [ ]
= = = 0.55
* ( )+

Maklumat berkaitan indeks diskriminasi.

Jika indeks diskriminasi nilainya 1.00, ini menunjukkan bahawa semua


pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul dan
kumpulan pelajar berpencapaian rendah tidak dapat menjawab soalan
tersebut. Kesimpulannya, nilai indeks ini sangat baik kerana dapat
menggambarkan pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab dan pelajar
berpencapaian rendah tidak dapat menjawab.
Jika nilainya 0, menunjukkan bilangan pelajar berpencapaian tinggi
dan rendah yang menjawab soalan ini dengan betul adalah sama
bilangannya. [ ]
Jika nilai menjadi -1.00, menunjukkan semua pelajar berpencapaian
rendah dapat menjawab dengan betul , manakala pelajar berpencapaian
tinggi tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. [
]
Rumus;-
⌈ ⌉
> = = -1.00
* ( )+ * +

Ringkasnya, nilai indeks diskriminasi yang hampir kepada 1.00, bermakna


soalan tersebut adalah baik untuk Ujian Rujukan Norma (URN) sebabnya
dapat membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi daripada pelajar
berpencapaian rendah. Keterangan aras diskriminasi seperti berikut;

0.00 - 0.10 tidak baik


0.11 - 0.20 kurang baik
0.21 - 0.30 sederhana baik
0.31 - 0.40 baik
0.41 -1.00 sangat baik

44
Refleksi:
Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah.

Sejauhmana guru dapat mengaplikasikan statistik asas dalam membuat


penilaian pembelajaran.

Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada


anda?

4.8 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang analisis item dan statistik asas dalam
pendidikan bagi keperluan guru untuk memastikan item dan ujian yang dihasilkan
sesuai digunakan. Disamping itu, aras kesukaran dan diskriminasi dapat
mengambarkan kebolehan pelajar menjawab terhadap setiap item yang diberikan.
Apa yang lebih penting adalah bagaimana seorang guru dapat mengukur, dan
mengira data dan seterusnya mentafsir dapatan tersebut. Dapatan penting dalam
mengubahsuai keadah pengajaran guru, menerangkan pencapaian pelajar,
megubahsuai kurikulum/sukatan dan menentukan kerjaya masa depan pelajar
dengan tepat.

LATIHAN 1

Jadual berikut menunjukkan keputusan ujian Bahasa Melayu bagi 30 orang pelajar
Tingkatan 3 Amanah. Markah lulus bagi ujian tersebut adalah 50.

Markah Kekerapan
80-89 1
70-79 3
60-69 7
50-59 13
40-49 3
30-39 1
20-29 2

i) Hitungkan peratus pelajar yang lulus

ii) Kirakan min bagi skor di atas

45
iii) Cari sisihan piawai bagi ujian tersebut

iv) Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tafsirkan prestasi


kumpulan pelajar yang mengambil ujian tersebut

LATIHAN 2

Berikut adalah data ujian, dua mata pelajaran yang diperoleh seorang murid,
Hamdan dari tingkatan 4 Delima.

Mata Pelajaran Sejarah Matematik

Skor – Z +2 -1

Min 50 70

Sisihan Piawai 5 10

Berdasarkan data di atas,

(i) Kirakan skor mentah untuk Sejarah dan Matematik

(ii) Cari nilai Skor- T untuk Sejarah dan Matematik

(iii) Dengan menggunakan skor-T, bandingkan pencapaian Hamdan


dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut

46
UNIT 5 PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN

5.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menerangkan kaedah-kaedah pelaporan yang sering dilakukan


2. Menjelaskan tujuan dan kepentingan pelaporan kepada penerima
3. Menganalisis proses penambahbaikan dalam pendidikan melalui pentaksiran

5.2 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi bagaimana maklumat , tujuan dan


kaedah pelaporan yang sering digunakan dapat disampaikan kepada pihak yang
berkaitan. Kaedah-kaedah yang digunakan dapat menerangkan maklumat berkaitan
pentaksiran supaya proses penambahbaikan dalam aspek yang dikehendaki dapat
dilakukan. Semua maklumat sudah pasti banyak memberi feadah kepada mereka
yang berkepentingan.

5.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Pelaporan Data
Pentaksiran

Orang berkepentingan
untuk data pentaksiran Kaedah Pelaporan

47 Peratus,
Gred,
Lulus /gagal,
Senarai semak,
Guru,
Ibu bapa,
Pengetua,
Pelajar,
Guru Bimbingan dan Kaunseling
PPD / JPN / KPM

5.4 Tujuan Pelaporan

Matlamat utama data pentaksiran adalah untuk memperbaiki proses


pengajaran dan pembelajaran serta memberi manfaat besar kepada guru, pelajar,
ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan. Khususnya dalam
pendidikan, maklumat berkaitan pentaksiran dapat menentukan kesediaan pelajar
untuk mempelajari kemahiran yang baharu. Input kepada guru pula, mampu
memberi maklumbalas terhadap keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar.
Manakala pihak ibu bapa, mereka amat memerlukan maklumat pentaksiran bagi
melihat perkembangan dan penguasaan kemahiran yang telah dicapai oleh anak
mereka. Orang-orang yang berkepentingan inilah yang sering memerlukan dan
menggunakan data pelaporan bagi maksud tertentu. Tajuk seterusnya akan
membincangkan siapakah yang sepatutnya melibatkan diri dalam pelaporan data
pentaksiran.

a) Guru

Maklumat tentang pencapaian dan penguasaan pelajar dapat


membantu dalam pengajarannya. Antara maklumat yang diperolehi
seperti pencapaian lepas, pengetahuan asas kemahiran, kemajuan
akademik dan pencapaian akhir. Maklumat keseluruhan data
pentaksiran dapat membantu guru-guru untuk membuat perancangan,
penyusunan dan keputusan berkaitan pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran yang berkesan serta sesuai dengan tahap pengetahuan
sedia ada pelajar. Guru-guru juga dapat merancang aktiviti-aktivti
pembelajaran seperti latihan ulangkaji, latih-tubi dan praktikal yang
sesuai mengikut kawasan kelemahan dan kekuatan pelajar supaya

48
mereka dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam
proses pembelajaran.

b) Pelajar

Pelajar merupakan orang yang menerima proses pembelajaran secara


langsung. Justeru itu, maklumat dan tujuan pelaporan dapat memberi
gambaran dan motivasi terhadap tahap pencapaian , penguasaan dan
kebolehannya dalam memajukan diri sendiri. Mereka juga boleh
memberi tumpuan untuk membuat ulangkaji terhadap tajuk atau
kemahiran yang belum dikuasai. Oleh yang demikian, mereka dapat
memilih atau mengubah gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk
peningkatan diri. Maka, ukuran pentaksiran digunakan untuk mengukur
tahap kejayaan atau kelemahan mereka mengikut bidang mata
pelajaran pada setiap semester pengajian. Perbincangan dan
maklumbalas yang diperolehi oleh pelajar dapat membantu mereka
memperbaiki pencapaian dan meningkatkan motivasinya.

c) Ibu bapa

Sokongan kuat dalam pembelajaran pelajar datangnya daripada ibu


bapa yang berperanan sebagai pendorong, motivator dan pembimbing
di luar waktu sekolah. Ibu bapa juga dapat mengadakan pelbagai
kegiatan dan aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan
perkembangan pembelajaran anak-anak dengan adanya petunjuk
prestasi yang khusus dan tepat. Maklumat-maklumat pentaksiran
dapat memberi gambaran tentang halangan atau pencapaian
pembelajaran, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-
anak mereka. Perlakuan pembelajaran di rumah juga dapat dilakukan
seperti menghantar ke pusat tuisyen atau membimbing sendiri anak
mereka mengikut bidang kelemahan yang di alami.

d) Guru Bimbingan dan Kaunseling

Maklumat-maklumat perkembangan pembelajaran dan sahsiah amat


diperlukan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Melalui maklumat

49
pentaksiran, guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu pelajar
menggunakan pendekatan kaunseling dengan lebih tepat dan mudah.
Pendekatan perkembangan, kerjaya, peribadi dan pencegahan dapat
membantu perkembangan pelajar dalam dunia pendidikan masa kini
melalui proses mengumpul, memproses dan menganlisis data
daripada pencapaian pelajar. Program peningkatan sahsiah dan
motivasi berfokus dapat dijalankan mengikut kumpulan sasar serta
bimbingan berterusan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Guru
bimbingan dan kaunseling juga ada membuat pengujian dan
pentaksiran seperti ujian psikometrik, ujian minat kerjaya dan
sebagainya untuk membantu perkembangan kendiri serta personaliti
pelajar.

e) Pengurus sekolah

Pengurus sekolah seperti pengetua atau guru besar amat memerlukan


maklumat pentaksiran. Hal ini, berkaitan analisis data pentaksiran yang
tepat dapat memberi gambaran pencapaian secara keseluruhan untuk
organisasi sekolah. Maklumat pencapaian lepas, sahsiah, minat dan
motivasi pelajar dapat membantu pengurus sekolah untuk merancang
dan melaksana program yang bersesuaian dalam proses
penambahbaikan pencapaian sekolah amnya. Justeru itu, laporan
prestasi dan pencapaian biasanya dibincangkan di dalam mesyuarat
kakitangan sekolah dan ada program susulan secara bersama
dilaksanakan. Penglibatan persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG )
sentiasa mendokong kejayaan sekolah dengan memberi bantuan
kewangan, dan program bagi membantu pelajar yang lemah. Manakala
majlis anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar.

f) Pejabat Pendidikan dan Kementerian Pendidikan

Pengurusan sekolah terdapat di peringkat daerah, negeri dan pusat.


Masing-masing mempunyai bidang tugas yang tertentu. Sudah pasti
ada mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai
pencapaian sesuatu perkembangan pendidikan, khususnya

50
pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Maklumat-maklumat
daripada ujian sumatif dan formatif digunakan untuk membantu mereka
merancang dan melaksanakan program-program yang bermakna
seperi kunjung bantu, penyeliaan, dan bimbingan ke semua peringkat
sekolah yang memerlukan. Dengan adanya maklumat pentaksiran,
semua peringkat pengurusan dapat memberi fokus dalam aspek
penambahbaikan berterusan termasuklah perubahan kurikulum, jika
diperlukan.

Apakah maklumat-maklumat yang diperlukan oleh guru untuk membantu pelajar


dalam pembelajaran?

5.5 Kaedah pelaporan

Bidang pelaporan pentaksiran seperti pencapaian lepas, pencapaian


akademik, kemahiran asas, masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan sahsiah,
serta perkembangan psikomotor perlu disampaikan kepada orang-orang yang
berkepentingan. Proses pelaporan pentaksiran kepada mereka disampaikan dalam
pelbagai bentuk seperti peratus, gred, lulus-gagal, senarai semak, perjumpaan ibu
bapa dan secara di atas talian.
a) Peratus
Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam bentuk nombor,
iaitu per seratus bagi setiap jawapan betul yang diperolehi. Umumnya,
ini menunjukkan berapa peratus seseorang itu dapat menguasai
kandungan pengajaran tertentu. Nilai yang besar menunjukkan
pencapaian yang tinggi. Kaedah sebegini lebih mudah ditafsirkan
kerana nilainya masih dalam bentuk nombor. Kebanyakkan guru
menggunakan keadah ini sewaktu proses pentaksiran pembelajaran
terhadap pelajar seperti dalam ujian semester dan tugasan projek.

b) Abjad

51
Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan kadar
peratus pencapaian yang dikuasai oleh calon. Sebagai contoh, markah
90%-100% akan diberi gred "A" dan seterusnya. Biasanya terdapat
lima kategori yang menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C,
sederhana, D rendah dan F untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi
pendidikan menggunakan sistem gred ini dalam penilaian sumatif
seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan UPSR, dan SPM.
Kesimpulannya, markah asal yang diperolehi calon telah ditukarkan
kepada gred abjad.

c) Lulus-gagal
Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar kepada dua kategori
sebagai alat ukuran pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada
lulus atau gagal, memuaskan atau tidak memuaskan, menguasai atau
tidak mengusai dan sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian
pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus
dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan
melepasi 50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap gagal. Terdapat
juga keadah pelaporan gred A, B, C, dan D diubah kepada gred lulus,
dan gagal dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya
digunakan untuk menilai tahap penguasaan pelajar yang melibatkan
kemahiran seperti ujian kecergasan, kemahiran membaca, amali dan
ujikaji.

d) Senarai semak
Senarai semak menunjukkan pencapaian yang sepatutnya dicapai oleh
pelajar mengikut kriteria-kriteria, hasil pembelajaran, kemahiran dan
sebagainya yang telah ditetapkan sebagai standard pencapaian.
Kaedah ini banyak digunakan dalam ujian rujukan kriteria (URK )
seperti ujian diagnosis, kemahiran membaca, dan yang meliputi
domain kognitif, psikomotor serta afektif. Semua kriteria dan standard
pembelajaran telah ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan
penguasaan pelajar. Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan

52
pelajar secara terperinci dan boleh merancang dan melaksanakan
program yang bersesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar.
Laporan kepada ibu bapa dan pelajar menjadi lebih khusus kepada
tahap penguasaan dan kawasan kelemahan yang perlu diberi
perhatian.

e) Pertemuan ibu bapa - guru


Setelah laporan pentaksiran disediakan, ibu bapa memerlukan
maklumat lanjut dan maklumbalas daripada guru. Majlis atau program
pertemuan dengan ibu bapa biasanya diaturkan oleh pihak sekolah, di
mana satu hari ditetapkan dengan lain-lain program berkaitan
termasuklah laporan disiplin. Pada hari tersebut, ibu bapa dapat
melihat dan berbincang lebih lanjut tentang laporan lain seperti disiplin,
contoh hasil kerja pelajar, contoh rangsangan jawapan dan ujian
profail. Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang kepada ibu
bapa untuk berbincang dengan guru tentang masalah yang dihadapi
dan pencapaian anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa banyak
memberi impak positif dalam perkembangan pembelajaran pelajar.
Terdapat juga pihak institusi pendidikan sekarang telah menggunakan
keadah di atas talian (Online) untuk menyampaikan makluman
pencapaian kemajuan pelajar.

Refleksi:
Bagaimana pelaporan pentaksiran dapat membantu guru merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.

5.6 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang keadah dan tujuan pelaporan dilaksanakan


dan pihak yang berkepentingan untuk mendapat maklumbalas berdasarkan data-
data pentaksiran yang telah dianalisis. Pelaporan pentaksiran dapat menjelaskan
situasi penguasaan pembelajaran dan kemahiran yang telah dicapai oleh pelajar.
Manakala pihak berkepentingan pula dapat melakukan pengubahsuaian dan

53
penambaikan program pengajaran sejajar dengan keperluan semasa. Semua
maklumat dan data pelaporan pentaksiran perlulah difahami oleh semua pihak,
terutama sekali kepada guru.

Rujukan

Azizi Ahmad & Mohd Isa Awang. ( 2008). Pengukuran dan penilaian dalam
pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Boon P.Y, Lee L.H, & Lawrence A. A, (2017). Pentaksiran dalam pendidikan.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Cronbach, L.J. (19970). Essential of psychological testing (3rd ed). New York :
Harper & Row.

Gay, L.R (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for
analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.

Lee Shok Mee & Moh Soon Sang. ( 1991 ). Pengujian dan penilai dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mehrenss, W.A & Lehmann, I.J (1991). Measurement and evaluation in education
and psychology ( 4th ed.). Chicago : Holt, Rinehart and Winston.

Modul Pentaksiran,(2015) . Putrajaya; Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Popham, W.J.(2000). Testing: What every parent should know about school tests.
London: Allyn & Bacon.

Pumadevi Sivasubramnian, Nurul Shahida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan
Muhammad, (2015 ). Statistik Asas. Selangor; Oxford Fajar Sdn Bhd.

54
Ragbir Kaur Joginder Singh, (2007). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk
kursus perguruan lepasan ijazah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.

PANEL PENULIS MODUL


PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)
(PENTAKSIRAN PENDIDIKAN)

NAMA KELAYAKAN
Kelulusan:
PUAN SALINA BINTI OMAR Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling)
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan Sarjana muda Sastera Dengan Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim (Kepujian) USM
Johor (Kesusasteraan Melayu / Bahasa Melayu)
(April 2007- hingga kini)
Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu (7 tahun)
Guru Bimbingan dan Kaunseling (7 tahun)
Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)

55
NAMA KELAYAKAN
Kelulusan:
CIK HJHJ MARINA BINTI HJ. ABD
Ijazah Sarjana
MAJID
(Pengurusan Teknologi- Pembangunan
Sumber Manusia) UTM
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
(Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan-
Johor
Sumber Manusia) Saint Louis University,
(April 2007- hingga kini)
Missouri, USA

Diploma Pendidikan
Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor

Pengalaman:
Sekolah Mengah (15 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)

HJ HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD Kelulusan:


Ijazah Sarjana Pendidikan.
(Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
UTM

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (kepujian)


(Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Sijil Perguruan, MPTK

Pengalaman:
Guru Sains Matematik (SK) ( 7 tahun)
Guru Bimbingan dan Kaunseling ( 7 Tahun )
Pensyarah di IPG ( 10 tahun )
HJ SAIFUL LIZAN @ HASNUL Kelulusan:
HISYAM BIN SUPARMAN Ijazah Sarjana
(Bimbingan & Kaunseling) UTM

Ijazah Sarjana Muda(Sains Serta Pendidikan )


(Bimbingan & Kaunseling) UTM

Sijil Perguruan Asas IPDA


Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Pendidikan Moral
Kaunselor Sepenuh Masa (SK) (20 tahun)
Pensyarah di IPG (5 Tahun)
Pengerusi Majlis Guru Kaunseling
Kebangsaan (MGKK, 7 tahun)

56
NAMA KELAYAKAN
SIN LEE ENG Kelulusan:
Ijazah Sarjana
(Pengurusan Teknologi Maklumat) UTM

Ijazah Sarjana Muda


(Teknologi Maklumat dan Pendidikan) UKM

Diploma Teknologi Maklumat dan Pendidikan


MPRM

Pengalaman:
Guru Sains (SM) (22 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)
HJ ABD. RAZAK BIN Kelulusan:
KAPRAWI
Ijazah Sarjana
(Teknologi Pendidikan)
UTM

Ijazah Sarjana Muda


(Bimbingan dan Kaunseling)
UPM
Pengalaman:
Pensyarah di IPG (13 tahun)
Kelulusan:
Ijazah Sarjana
JAYANTHI MALA A/P
(Masters In English As A Second Language)
V.MARIMUTHU UM
Ijazah Sarjana Muda
Pensyarah Kanan
(B Sc Agribusiness) UPM
Jabatan Bahasa IPG Kampus Diploma Pendidikan (TESL) UM
IPTHO, Johor
Pengalaman:
(1991- hingga kini) Guru Bahasa Inggeris (Sek.Men.) (3 tahun)
Pensyarah di IPG (24 tahun)
Ketua Jabatan Bahasa (2 tahun)

PANEL PEMURNI
EDUP 2063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

NAME QUALIFICATION

57
NAME QUALIFICATION

HJ ABD. RAZAK BIN KAPRAWI Kelulusan :


Pensyarah Ijazah Sarjana
Jabatan Ilmu Pendidikan (Teknologi Pendidikan) UTM
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Ijazah Sarjana Muda
Johor (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
(2004 - hingga kini)
Pengalaman:
Pensyarah di IPG (13 tahun)
Kelulusan:
JAYANTHI MALA A/P Ijazah Sarjana
V.MARIMUTHU (Masters In English As A Second Language)
Pensyarah Kanan UM
Jabatan Bahasa IPG Kampus Ijazah Sarjana Muda
IPTHO, Johor (B Sc Agribusiness) UPM
(1991- hingga kini) Diploma Pendidikan (TESL) UM

Pengalaman:
Guru Bahasa Inggeris (Sek.Men.) (3 tahun)
Pensyarah di IPG (24 tahun)
Ketua Jabatan Bahasa (2 tahun)

58

You might also like