Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesy BM Kali Ke 4
Minit Mesy BM Kali Ke 4
1. Pn. Mazani binti Abu Osman 1. En. Mohd. Kamil bin Yusop
2. En. Adzhari bin Lokman 2. Pn. Masita binti Rejab
3. Cik Noor Farhana binti Jamaludin 3. Pn. Roni binti Samsuddin
4. Pn. Hairunnazirah binti Manap 4. En. Mansor bin Othman
5. Pn. Zurina binti Ismail 5. Pn. Rohana binti Shapii
6. Pn. Noorhazlina binti Awaludin
7. Pn. Suriyani binti Hassan
8. Pn. Puziah binti Puteh
9. Pn. Goh Bee Tin
10. Pn. Tiyu Chai Kiok
11. Pn. Rohana binti Salleh
12. Pn. Usharani A/P Chinaya
13. Pn. Nor Zaidiyah bin Sidek
14. Pn. Hartini binti Jamaludin
AGENDA
2.1 Puan Puziah binti Puteh mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.1 Kelas Tambahan fasa kedua selepas waktu persekolahan tidak dapat dilaksanakan
tetapi digantikan dengan program latih tubi pada waktu Kokurikulum, Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Sivik.
Tindakan : Untuk Makluman
1
4.0 Kewangan
4.1 Baki kewangan pada bulan September ialah RM 2, 423.16. Baki wang PCG mata
pelajaran akan digunakan untuk membeli buku latihan tahun 2011.
6.1 Peperiksaan Akhir Tahun T4, T1 dan TP sudah selesai. Markah perlu diserahkan
kepada guru tingkatan.
8.1 Ahli – ahli panitia ditugaskan untuk menyediakan Perancangan Strategik. Bagi
SPM tugas diberikan kepada Puan Zurina dan Puan Hairunnazirah.
8.2 Bagi Perancangan Strategik PMR tugas diberikan kepada Puan Puziah, Puan
Rohana Salleh, Puan Tiyu Chai Kiok dan Cik Noor Farhana.
9.1 Puan Puziah binti Puteh meminta guru Tingkatan 1 dan 2 menyerahkan fail PLBS
pada hari Sabtu, 15 November 2010. Beliau juga mengingatkan supaya
2
menghantar fail yang lengkapbagi memudahkan guru Bahasa Melayu pada tahun
hadapan. Selain itu, beliau juga berharap guru Tingkatan 1 dan 2 dapat
memastikan maklumat PLBS ada bagi setiap pelajar.
9.2 Puan Hairunnazirah pula mengingatkan tentang ULBS bagi guru Tingkatan 4.
Guru mata pelajaran Tingkatan 4 perlu menyerahkan fail ULBS kepada ketua
pentaksir sekolah sebelum cuti sekolah.
10.1 Pengerusi menerangkan cara mengajar Karangan dan Komsas untuk kelas yang
lemah.
10.2 Buku Rekod Mengajar perlu dilengkapkan dengan tiga objektif. Rancangan
Harian mestilah sama dengan Rancangan Tahunan yang disediakan. Aktiviti
mestilah sekurang-kurangnya tiga aktiviti. Objektif mestilah tepat dengan hasil
pembelajaran. Impak / Refleksi mesti ditulis jumlah bilangan.
10.3 Guru-guru juga diingatkan supaya ke semua TOV, Headcount dan markah pelajar
dilekatkan di belakang buku rekod mengajar. Buat analisis pencapaian.
10.4 Guru juga perlu mempunyai kemahiran menyoal dan semasa berkomunikasi
dengan pelajar jangan menggunakan bahasa daerah.