You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi ke


atas kurniaanNya, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Latihan Industri dengan lengkap
pada masa yang ditetapkan oleh pihak Politeknik. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan
kepada pihak pengurusan Syarikat TG Computer & Communications Sdn. Bhd. kerana telah
memberi peluang untuk menjalani latihan industri disini selama 6 bulan.

Jutaan terima kasih juga kepada juruteknik kerana telah banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada saya walaupun pada permulaannya agak sukar. Tidak lupa juga kepada
Pengurus Syarikat kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalani latihan indutri di
Syarikat TG Computer & Communications Sdn. Bhd.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pensyarah Politeknik
Ibrahim Sultan khususnya di Jabatan Kejuruteraan Elektrikal yang telah banyak memberi tunjuk
ajar dalam menyiapkan buku laporan ini. Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya ketika menjalani kelas “Soft Skill”. Tidak lupa juga
kepada kedua ibu bapa saya yang turut menyumbang dari segi kewangan dan juga sokongan
kepada saya.

Akhir sekali kepada rakan-rakan saya yang turut memberi sokongan dan cadangan
kepada saya untuk membuat laporan ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya di
Syarikat TG Computer & Communications Sdn. Bhd. sedikit sebanyak mereka telah membantu
saya dalam membuat kerja harian di tempat latihan.

IV

You might also like