You are on page 1of 12

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Pn
Yang Berusaha Pn Fuziah bt Abdul Malek, Guru Besar SK Seremban 2A
Yang Berusaha Pn Inspektor
Yang Dihormati Encik Azni Raizam bin Yang Dipertua PIBG SK Seremban 2A,
Tuan-tuan dan puan-puan. guru-guru, anak-anak didik dan hadirin yang dikasihi
sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


                                      Air mawar direnjis wangi.
                             Berkembang kasih menabur budi,
                                      Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis  Anugerah Kecemerlangan Akademik SK
Seremban 2A bagi tahun 2019. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program
tahunan demi kepentingan anak-anak murid. Walau apa pun nama yang diberi untuk
majlis seperti ini, yang pasti Majlis  Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan
satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan
mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-
murid cemerlang di SK Seremban 2A.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi dengan hadir ke majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan
yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan
paradigma menjana modal insan yang terbilang. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas
permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada
fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi
untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan
berakhlak mulia. Fokus negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2025 merupakan satu pelan menyeluruh yang merangkumi hala tuju
sistem pendidikan negara bermula daripada prasekolah hingga pendidikan menengah.
Di dalam Gelombang kedua PPPM juga menggariskan dua sasaran mikro bagi
meneruskan kesinambungan Gelombang pertama iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian
murid. Jelaslah di sini bahawa Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan
progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring
dengan peredaran zaman sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan
progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring
dengan peredaran zaman. Lantaran Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sejak tiga tahun yang lalu
sebagai kayu ukur kompetensi para pelajar. Dengan kata lain, kita
perlu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard
kualiti untuk merealisasikan aspirasi dan agenda negara.
Hadirin sekalian,
Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit
hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai
peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi
muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi.
Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan
bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Seyogianya, ibu
bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah
tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab
kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha
yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Imam Al-Ghazali pernh berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah
ilmu.  Ilmu diperoleh dengan belajar.  Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan
tiada erti amal kalau tiada keikhlasan’. Oleh itu, para pendidik perlu sedar orang
ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian  berdasarkan standard kualiti
yang telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian 
pada hari ini. Seorang pendidik mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada
perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar
merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara kerana  Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi
semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka
dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan
yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama
berat.

Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Seremban 2A


pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan
murid-murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan
datang bukan sahaja untuk murid-murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang
cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya
melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna
bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta
pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita
sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa
meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui
sempadan kecemerlangan.

Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah


pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus
mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Berpeganglah pada
prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya
percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang
rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin
pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin
mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang
menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada
tahun akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,
Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya
bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal
ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha
untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan
kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan
antara warga kolej dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa
tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu
sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing.
Pemimpin dan barisan tenaga pengajar kolej  ini boleh bertukar ganti; boleh datang dan
pergi, namun organisasi  mesti dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan
memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh ditolak-
ansurkan. Semua pihak termasuk  ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu
kepada pihak pentadbir kolej jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin
direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak KVAS kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang tahun ini.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian
pada gurindam ini;

          Jika murid mendengar kata


          Tidak guru berkata cela
          Jika ibu bapa bekerjasama
          Tidaklah anak berdukacita

          Jika kita seia sekata


          Tiada timbul sengketa

          Jika seiring kita berusaha


          Pasti semua akan berjaya

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhir-


rahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang)
MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah Cemerlang, tahun 2015.

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia.
Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib,


Pengetua SMK Kampong Jawa, Klang,
Yang Berbahagia Puan Anita binti Md. Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong
Jawa
Yang Dihormati Puan Shuhara binti Abu Hamizan,
Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,
Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Haji Muzikir bin Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru dan ibu bapa yang budiman
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa kerana sudi mengundang saya ke
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke
majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan
yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan
paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang diumpamakan lilin membakar
diri ini, ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malah
tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya faktor yang paling utama kejayaan terletak
pada diri pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk
mencapai kejayaan.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid


agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih
gemilang. Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh
guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah.
Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan
dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan
pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga
yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah
dan  syabas kepada semua murid atas kejayaan anda. Akhir kata, dengan lafaz
“Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa. Sekian, wabillahi
taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

eks Ucapan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan


Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib,


Pengetua SMK Kampong Jawa, Klang,
Yang Berbahagia Puan Anita binti Md. Idris, Yang Dipertua PIBG SMK Kampong
Jawa
Yang Dihormati Puan Shuhara binti Abu Hamizan,
Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,
Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Haji Muzikir bin Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru dan ibu bapa yang budiman
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa kerana sudi mengundang saya ke
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke
majlis ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan
yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan
paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang diumpamakan lilin membakar
diri ini, ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malah
tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya faktor yang paling utama kejayaan terletak
pada diri pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk
mencapai kejayaan.
Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid
agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih
gemilang. Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh
guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah.

Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan
dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan
pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga
yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah
dan  syabas kepada semua murid atas kejayaan anda. Akhir kata, dengan lafaz
“Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa. Sekian, wabillahi
taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan
Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK PENGKALAN LEBAI MAN bagi tahun 2019. Saya juga ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program
tahunan demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti
Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah
membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya.
Para pelajar bukan sahaja datang ke sini untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Fokus negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 merupakan satu pelan menyeluruh yang merangkumi hala tuju sistem pendidikan
negara bermula daripada prasekolah hingga pendidikan menengah. Di dalam Gelombang Kedua PPPM juga
menggariskan dua sasaran mikro bagi meneruskan kesinambungan Gelombang pertama iaitu kualiti sekolah
dan kemenjadian murid. Jelaslah di sini bahawa Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif
serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Hadirin sekalian,

Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai
usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat
penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun,
dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan
anak-anak. Seyogianya, ibu bapa perlulah menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja
di sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan
pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan
apabila murid-murid balik ke rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperoleh dengan
belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan. Oleh itu, para pendidik
perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarkan standard kualiti yang
telah dijanjikan. Para pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Seorang pendidik
mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi
contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan tiang
negara dan bakal pemimpin negara kerana Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jadi pengasuhan,
bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting.
Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan
yang tinggi dalam aspek keperibadian juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat. Hal ini amat selari
dengan Gelombang 2 PPPM yang inginkan berlakunya kemenjadian murid dan secara tidak langsung kualiti
sesebuah sekolah dapat dipertingkatkan. Oleh itu, dapat kita lihat Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini amat
memberi makna kepada kemenjadian murid. Seseorang murid yang berjaya akan menjadikan dirinya
bermotivasi untuk lebih maju pada masa hadapan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi
dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang
bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau
kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan
menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak
berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila- bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya
melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa
berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya
pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita
sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk
menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah
berputus asa.Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya
percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan
konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin
menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim.. Saya percaya jika para pelajar dapat
mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut
pada tahun akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,

Bagi memperoleh kejayaan dan kecemerlangan ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur
langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu
jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga
SMKPLM dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan
dan sentiasa menyokong antara satu sama lain,bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing. Pemimpin dan
barisan tenaga pengajar SMKPLM ini boleh bertukar ganti; boleh datang dan pergi, namun organisasi mesti
dipertahankan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita
capai tidak boleh ditolak-ansurkan. Semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu
kepada pihak pentadbir sekolah ini jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SMK
Pengkalan Lebai Man dan seluruh warga sekolah serta pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun ini. Saya dengan lafaz Bismillahhir-
rahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) merasmikan, Majlis Hari Anugerah
Cemerlang, tahun 2019.

Sekian, terima kasih Wabillahitaufik wal hidayah , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like