You are on page 1of 1

Tool Kit 5.

6: Kuiz Modul 3
MODUL 3: MENERAJUI PEMBELAJARAN

Baca setiap pernytaan di bawah dan tandakan pada ruangan BETUL atau SALAH.

BIL. SOALAN BETUL SALAH

1. Kemenjadian murid seharusnya dioptimumkan melalui


pengaplikasian teknologi dan keupayaan murid itu sendiri.

2. Guru wajar merancang sesi pdp yang bermakna dan menarik agar
murid berupaya untuk meneruskan pembelajaran kendiri

3. Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan murid untuk


menguasai kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

4. Pembelajaran kooperatif menggalakkan murid berinteraksi secara


pasif dan positif dalam kumpulan.
5. Dalam proses pembelajaran masteri, guru memastikan semua
pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu
unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau
tajuk yang lain.

6. Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah


pembelajaran di mana guru merancang dan menyediakan projek
untuk dilaksanakan oleh murid-murid.

7. Persekitaran sekolah yang kondusif boleh menggalakkan proses


pembelajaran tanpa perlu kepada persekitaran bilik darjah yang
sesuai.

8. Kebolehan guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran


membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran
yang optimum.
9. Guru dapat menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif dan menarik.

10. Bagi menggalakkan penglibatan murid semasa di dalam bilik


darjah, tool kits pembelajaran abad-21 sesuai digunakan.

37

You might also like