You are on page 1of 25

MAKANAN DAN

PEMAKANAN

JAMILAH IDRIS
MAKANAN DAN PEMAKANAN
❑ • Definisi
❑ • Kumpulan makanan
✔ - Nutrien
✔ - Sumber
✔ - Fungsi
❑ • Kelebihan dan kekurangan
❑ • Isu-isu pemakanan
Pengenalan

• Makanan merupakan perkara yang kita ambil dalam


kehidupan seharian untuk membekalkan tenaga
kepada tubuh badan kita. Makanan yang diambil
setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan
nutrien yang diperlukan mengikut keperluan
individu. Contohnya pengambilan nutrien, protein,
karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.
• Tujuan mengambil makanan ialah untuk
membekalkan tubuh dengan semua nutrien
yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan
yang optimum.
• Setiap manusia memerlukan makanan
dan makanan yang kita ambil juga
perlulah mengandungi kandungan
nutrien yang lengkap. Keperluan nutrien
di pengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :
• Jantina – Kebiasaanya lelaki memerlukan lebih
nutrien berbanding dengan perempuan. Ini kerana
lelaki lebih aktif dan mempunyai otot yang berlemak.
Manakala, perempuan pula memerlukan ferum yang
banyak untuk menampung kehilangan darah semasa
haid dan bersalin.
• Umur – Bayi perlukan protein, karbohidrat, kalsium, dan
ferum untuk pertumbuhan. Manakala, kanak-kanak pula
memerlukan karbohidrat dan protein kerana sangat aktif
dan membesar dengan pesat. Remaja pula perlukan
protein, kalsium dan ferum bagi mengimbangi
perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti. Dewasa dan
warga tua pula memerlukan lebih kalsium dan kalsiferol
bagi tulang yang sihat dan menghalang osteoporosis. Asid
askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi serta tiamina
untuk membantu fungsi saraf.
ISU-ISU PEMAKANAN

You might also like