You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi bagi
menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan
yang baik, organisasi akan mengalami kesan negatif. Menurut jurnal yang ditulis oleh
Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa didapati amalan
pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan terhadap prestasi organisasi secara
keseluruhannya. Menurut jurnal yang dikaji oleh Maimunah Aminuddin (1992) telah
mengatakan bahawa proses pengambilan sumber manusia meliputi penentuan tentang analisis
kerja, sumber pengrekrutan, aspek pemilihan dan pampasan yang ditawarkan.

Menurut Mohammad Fauzi (2008), pengurusan merupakan satu proses sosial selaras
dengan perkembangan manusia dan komuniti sekitarnya. Pengurusan terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang
atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi
mencapai matlamat. Menurut teori Mintzberg, peranan pengurusan atasan bertanggungjawab
menetap dan menggariskan visi, misi, dasar, polisi dan matlamat serta membimbing
organisasi. Manakala, pengurusan pertengahan berperanan untuk membawa maklumat dan
perintah kepada bawahannya dari pengurusan atasan serta bertindak sebagai sejenis
konduktor idea, matlamat, misi, tugas kepada eksekutif dari pihak berkuasa. Pengurusan
bawahan berperanan menyelia individu-individu yang terlibat secara langsung dengan
pengeluaran produk dan perkhidmatan serta melaksanakan perancangan khusus yang telah
ditetapkan oleh pengurus pertengahan.

Oleh itu, satu kajian akan dijalankan untuk mengkaji amalan pengambilan sumber
manusia dalam organisasi perniagaan ini. Pengkaji telah memilih iklan jawatan kosong
Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd dan Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd bagi
jawatan pengurus bawahan dan pertengahan. Sumber iklan ini diperoleh daripada laman
sesawang Pengrekrutan Sumber Manusia iaitu Jobstreet.

Dengan ini, ( sumber rujukan)Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd., merupakan
syarikat penyampaian ekspres berdasarkan e-teknologi moden yang memodenkan dengan
slogan “Express Your Online Bussiness” yang meletakkan jenama mereka sebagai teras ‘e-
commerce express’. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2015, dikenali sebagai syarikat
logistic berasakan teknologi yang berkembang pesat di rantau Asia Tenggara dengan
penghantaran kurier ekspres sebagai perniagaan utama.
Manakala, Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd., merupakan syarikat milik global
yang berfokus pada inovasi, mengoptimumkan dan menguruskan rantaian bekalan jenama
terkemuka. ( sumber rujukan)Selain itu, Syarikat HAVI juga menawarkan perkhidmatan
dalam analisis, pembungkusan, rantaian bekalan, sumber dan logistik serta bekerjasama
dengan syarikat lain untuk menangani cabaran besar dan kecil di rantaian bekalan dari
komoditi hingga pelanggan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1974, HAVI juga
menjadi pelantar pekerjaan lebih dari 10,000 orang dan melayani pelanggan lebih dari 100
buah negara.

Oleh itu, pengkaji telah berfokus kepada empat objektif dalam kajian ini. Pertama,
mengenalpasti amalan pengambilan sumber manusia antara Syarikat J&T Express (Malaysia)
Sdn. Bhd., dan Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd. Seterusnya, pengkaji juga akan
membandingkan amalan pengambilan pengurusan peringkat pertengahan bagi Syarikat J&T
Express (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd. Objektif
seterusnya, pengkaji juga menganalisis dan membandingkan amalan pengambilan
pengurusan peringkat bawahan antara Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd., dan
Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd. Akhir sekali, pengkaji juga menyediakan resume
untuk jawatan guru Matematik dan Bahasa Inggeris di Kumon Education (Malaysia) Sdn.
Bhd., bagi pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan amalan
pengambilan sumber manusia bagi Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd dan
Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd. Objektif tersebut adalah :

2.1 Mengenalpasti amalan pengambilan sumber manusia di Syarikat J&T Express


(Malaysia) Sdn. Bhd dan Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd bagi perjawatan
pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.

2.2 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi perjawatan pengurusan


pertengahan antara Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd dan Syarikat
HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd.

2.3 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi perjawatan pengurusan


bawahan antara Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd dan Syarikat HAVI
Logistics (M) Sdn. Bhd.

2.4 Menyediakan resume untuk jawatan guru Matematik dan Bahasa Inggeris di
Kumon Education (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi pemohon lepasan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM).
3.0 LATAR BELAKANG
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengambilan sumber manusia dalam organisasi
perniagaan. Oleh itu, pengkaji telah memilih dua buah syarikat iaitu Syarikat J&T Express
(Malaysia) Sdn. Bhd., dan Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd., untuk mengkaji secara
mendalam mengenai amalan pengambilan sumber manusia yang diamalkan dalam syarikat
tersebut. Menurut Gatewood dan Field (1994) dalam kajian oleh Zafir Mohamed Makbul
(2007) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses yang mengumpul
dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Secara
umumnya, menurut Maimunah Aminudin (2017), pengambilan pekerja ialah tanggungjawab
mendapatkan pekerja untuk organisasi sebagai satu tugas utama pengurusan sumber manusia.
Dalam amalan pengambilan sumber manusia terdapat lima komponen iaitu penghuraian kerja
atau deskripsi kerja, spesifikasi kerja, sumber pengrekrutan, aspek pemilihan dan penentu
pampasan dalam iklan yang ditawarkan oleh setiap organisasi.

( sekali lagi sumber dan perenggan ini agak Panjang… ringkaskan bagi sedikit shj
maklumat… yang lebih bawa ke bahagian dapatan kajian, kamu akan perlukan nanti)
Syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah satu syarikat perkhidmatan ekspres
berasaskan teknologi yang didirikan pada bulan Ogos 2015 di Jakarta Indonesia, sifat
perniagaan meliputi perkhidmatan ekspres domestik dan antarabangsa. Syarikat J&T Express
dengan bersungguh-sungguh menerapkan kemudahan pengurusan IT yang canggih untuk
menyediakan perkhidmatan dengan kecekapan tinggi dan berkualiti tinggi kepada pelanggan
dengan melibatkan seramai 1000 hingga 2000 orang pekerja. Ibu pejabatnya terletak di Kuala
Lumpur. Kategori pekerjaan terdapat di Syarikat ini adalah pengurus, eksekutif penjenamaan,
pengurus perkhidmatan, eksekutif operasi, pegawai IT,eksekutif pembangunan perniagaan
dan perkhidmatan sokongan. Kekuatan terutama syarikat ini ialah laman web dan aplikasi
mudah alih yang cekap untuk membuat pesanan dan pengambilan untuk menjadikan hidup
pelanggan lebih mudah serta memberikan perkhidmatan premium kelas pertama kepada
pelanggan dengan harga yang berpatutan. Dengan ini, jawatan yang dipilih ialah pengurus
jualan untuk peringkat pengurusan pertengahan dan penyelia cawangan sebagai peringkat
pengurusan bawahan.(sangat Panjang)

Manakala, Syarikat HAVI Logistics (M) Sdn. Bhd., merupakan satu syarikat di Malaysia
yang mempunyai ibu pejabat di Shah Alam, Selangor dan di luar negara. Syarikat ini dikenal
sebagai syarikat global dengan lokasi di seluruh Asia, Amerika Utara dan Eropah. Di Asia,
syarikat ini telah menyediakan piawaian antarabangsa tertinggi dalam perkhidmatan logistik
sejak tahun 1981. Skala operasi syarikat ini ialah 501 hingga 1000 orang pekerja. Kategori
pekerjaan dalam syarikat ini seperti pengurus perancangan kanan, pengurus perancangan
inventori, penyelia, pegawai komunikasi, pegawai kewangan, pegawai sumber manusia dan
sebagainya. Oleh itu, pengkaji telah memilih iklan jawatan iaitu pengurus kemudahan untuk
peringkat pengurusan pertengahan dan ketua pasukan operasi (gudang) bagi peringkat
pengurusan bawahan.(tambah sumber)

Analisis kerja perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mengambil pekerja untuk
jawatan kosong dalam syarikat tersebut. Menurut Maimunah Aminuddin (1994) analisis kerja
didefiniskan sebagai satu teknik mengkaji suatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran,
pengetahuan, pengalaman dan keperluan-keperluan lain yang penting untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Terdapat dua aspek utama dalam analisis kerja iaitu spesifikasi kerja dan
deskripsi kerja. Menurut Kamaruddin Mahmood (2017) telah menjelaskan bahawa spesifikasi
kerja merupakan keupayaan, pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran dan personaliti untuk
melakukan sesuatu kerja. Deskripsi kerja pula ialah dokumen formal yang menerangkan
senarai tugas, tanggungjawab kerja dan maklumat tentang identiti kerja.

Antara proses pengambilan sumber manusia ialah merekrut. Pengrekrutan adalah proses
menarik minat ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi. (Flynn, 1994).
Menurut, Kamaruddin Mahmood (2017), pengrekrutan ialah proses mencari atau
mendapatkan serta menggalakan individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan
jawatan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengurus memilih calon yang terbaik daripada
sekumpulan calon yang memohon sesuatu jawatan. Sumber pengrekrutan terdiri daripada
sumber dalaman dan sumber luaran. Menurut Bernadin dan Russell (1997) menjelaskan
bahawa merekrut melalui sumber dalaman merujuk kepada usaha pengrekrutan terhadap
posisi kerja daripada para pekerja yang sedia ada dalam syarikat. Manakala, sumber luaran
ialah sesebuah organisasi menggunakan kaedah iklan, temu duga terbuka, walk-in, hebahan
umum bagi mencari pekerja yang layak dan berpotensi untuk jawatan kosong tersebut.

Menurut Martocchio (2006), penentu pampasan merupakan aspek yang utama dalam
pemilihan jawatan kosong sesebuah syarikat. Sebagai contoh pampasan terdiri daripada gaji,
faedah dan ganjaran. Sesebuah, organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah
sewajarnya agar setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pekerjanya. Gaji yang
diberikan oleh sesebuah syarikat dapat meningkatkan minat pekerja untuk mengisi
kekosongan jawatan.
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih sumber sekunder iaitu sumber dari
perpustakaan, internet, buku rujukan untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat bagi
menyokong kajian amalan pengambilan sumber manusia. Sebagai contoh, iklan jawatan
kosong ini diambil daripada laman sesawang pengrekrutan sumber manusia iaitu Jobstreet
dan untuk mencari maklumat, pengkaji telah merujuk kepada perpustakaan. Di akhir kajian
ini, pengkaji berharap agar kajian ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan
dilaksanakan. Pada masa yang sama pengkaji juga akan menyediakan satu resume sebagai
garis panduan bagi pelajar lepasan STPM bertujuan memohon jawatan kosong.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) kaedah kajian merupakan cara atau
metodologi yang digunakan dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Kaedah kajian
merujuk kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan
sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan
kajian. Kaedah kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.

4.1 Data Sekunder

Berdasarkan Sabitha Merican (2005) data sekunder merupakan data yang dikumpul
oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain tetapi sesuai digunakan
untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Dalam
melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder bagi mendapatkan
kesemua maklumat yang diperlukan melalui buku rujukan, laman sesawang, perpustakaan,

4.1.1 Buku Rujukan

Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku
rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang
diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini. Dalam kajian ini pengkaji telah
menggunakn Kamus Dewan Edisi (2002 dan 2005 ) sebagai rujukan untuk mencari maksud
yang berkaitan dengan kajian ini. Rujukan diperolehi melalui buku-buku ilmiah Pengajian
Perniagaan.

4.1.2 Kaedah Rujukan Perpustakaan

Pengkaji telah melawat ke Perpustakaan Pelabuhan Klang untuk mengumpul


maklumat serta fakta yang berkesan dan berkenaan dengan tajuk kajian ini iaitu amalan
pengambilan sumber manusia. Pengkaji turut mendapat maklumat daripada majalah-majalah
dan suratkhabar. Malah, pengkaji juga telah mendapat buku-buku rujukan dari perpustakaan
tersebut untuk menyokong kajian ini.

4.1.3 Penyelidikan Laman Sesawang


Pengkaji telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari laman-
laman web yang berkaitan dengan kajian pengkaji secara terperinci. Laman-laman web
seperti laman sesawang syarikat, Google Scholar, dan laman web Jobstreet amat membantu
pengkaji dalam kajian ini. Melalui kemudahan Internet, pengkaji dapat mencari maklumat
yang diperlukan dalam masa yang singkat.

( dlm pendahuluan bagi tahu dulu kamu hanya guna data sekunder… selepas itu teruskan
detail… namun, definisi primer juga wajib diberikan…

Keseluruhannya, data sekunder kamu tidak lengkap… pastikan kamu ingat balik semua
sumber kamu… tulis apa, apa yang kamu dapat… mengapa dan sebagainya..

You might also like