You are on page 1of 9

Ringkasan Jurnal

Pengarang : Mohd Huzairi Mohd Sani & Thariq Khan Azizuddin Khan

Tahun : 2018

Tajuk : Imageri : Kesan Terhadap Prestasi Conversion Kick Dalam Sukan Ragbi

Maklumat Jurnal : Kementerian Pendidikan Malaysia

Fakulti Sains Sukan dan Kejrurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim,
Perak, Malaysia

Pengenalan - International Rugby Board (IRB,2013) menjelaskan conversion kick adalah aspek berguna
dalam pungutan mata bagi permainan ragbi untuk menentukan keputusan perlawanan.
- Kaedah yang sering diguna pakai untuk meningkatkan prestasi dalam sukan adalah
kaedah latih tubi kemahiran (Kossert & Munroe-Chandler, 2007)
- Pavely et al, (2009) menjelaskan dalam sukan ragbi perlunya penekanan terhadap aspek
psikologi bagi membolehkan atlet meningkatkan prestasi secara menyeluruh dan
mengurangkan risiko kecederaan.
- Imageri menurut Morris et al. (2005) proses membina semula pengalaman lama atau
baru.
- Roberts et al. (2008) imageri sebagai penggunaan pelbagai deria bagi mencipta semula
pengalaman dalam minda.
- Kerangka teori bio-information oleh Lang (1979, 1977) digunakan bagi menerangkan
kesan imageri terhadap prestasi.
Objektif Kajian - Melihat kesan latihan imageri terhadap prestasi sukan ragbi.
- Kesan latihan fizikal sahaja terhadap prestasi conversion kick.
- Kesan latihan imageri bersama latihan fizikal terhadap prestasi conversion kick.
Kajian Lampau - Latihan imageri dengan prestasi sukan (e.g.Smith et al. 2007; Bell & Thompson,2007;
Morris et al,. 2005; Hall, 2001; Martin et al,. 1999)
- Burtom dan Reaedeke, (2008) latihan imageri mempunyai faedah dalam meningkatkan
prestasi sukan.
- Short,Ross-Stewart, & Monsma (2006), penggunaan imageri memberi maklum balas yang
sangat positif terhadap peningkatan prestasi.
- Aktiviti yang menunjukkan kaedah imageri telah berjaya dalam meningkatkan prestasi
sukan adalah seperti sukan besbol, bola keranjang (Post et al., 2010; Rodlo, 2007).
Kaedah Kajian - Kaedah eksperimental ujian pra, intervensi dan ujian pasca. Satu kumpulan kawalan dan
satu kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan hanya melakukan latihan fizikal iaitu
conversion kick sementara itu kumpulan intervensi terdiri daripada kumpulan imageri.
Kajian ini berlangsung selama 4 minggu dengan kekerapan intervensi 3 kali seminggu.
Peserta - 30 peserta lelaki yang menyertai kelab ragbi Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.
- Umur 14 hingga 15 tahun. Mereka yang dipilih adalah mereka yang mempunyai asas ragbi
selama satu tahun dan tidak pernah menjalani apa-apa latihan psikologi sebelum ini.
Instrumen - Sport Imagery Ability Measure (SIAM) oleh Watt dan Morris (1998). Pertama
mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi subjek manakala kedua
mengandungi empat aktiviti imageri yang mana setiap aktiiti mempunyai 12 soalan.
- Setiap peserta akan melakukan ujian conversion kick ubah suai yang dikeluarkan oleh
Rugby Federation (RFU) yang dibina oleh Barrit, (2008).
Skrip dan - Disediakan dalam bentuk tulisan dan kemudian dipindahkan ke dalam bentuk audio. Skrip
Audio Imageri imageri ini focus kepada peningkatan dalam perlakukan atau kemahiran conversion kick.
Skrip adalah berasaskan kepada ITP dan bio-informational teori Lang’s (1977, 1979).
Setiap skrip akan mengandungi aspek stimulus dan tindak balas.
Pengumpulan - Video notational analisys digunakan untuk melihat perlakuan dan skor yang didapati oleh
data peserta.
Data Analisis - Data kuantitatif melalui skor yang diperoleh oleh setiap kumpulan dengan menggunakan
borang skor conversion kick dan video notational analysis.
Keputusan - Mencapai markah 60 daripada 160 dalam ujian SIAM. Dikira berdasarkan periraan yang
sama digunakan oleh Watt dan Morris (1998).
Perbincangan - Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dua kumpulan latihan fizikal dengan
kumpulan intervensi imageri.
- Dapatan kajian bersetuju dengan konsep bio-informational oleh Lang (1979, 1977) yang
menjelaskan bahawa imageri adalah set cadangan atau perkara berfungsi secara tersusun
yang disimpan di dalam memori jangka panjang.
Kesimpulan - Imageri merupakan satu teknik latihan psikologi yang digunakan bagi membantu dalam
meningkatkan prestasi sukan di samping dapat memberikan kesan yang optimum kepada
keseluruhan pasukan.
Ringkasan Jurnal

Pengarang : Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sareena Hanim Hamzah

Tahun : 2018

Tajuk : Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi

Akademik.

Maklumat Jurnal : Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Malaysia, Kolej Universiti KPJ,
Nilai, Negeri Sembilan, Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pengenalan - Santana et al., (2017) dalam usaha menganalisis secara sistematik hubungan antara
kecergasan fizikal (PF) kanak-kanak dan remaja terhadap prestasi akademik (AP) telah
meneliti 45 artikel saintifik yang diterbitkan antara 1996 sehingga Jun 2016, dan
mendapati terdapat bukti kukuh adanya perhubungan positif antara kecergasan
kardiorespiratori (CRF) dank luster kecergasan fizikal (PF) terhadap prestasi akademik (AP)
- Contoh kajian terdahulu, para atlet di sekolah mencapai gred yang lebih baik (Darling et
al., 2005; Eccles & Barber, 1999; Eitle & Eitle, 2002; Siliker & Quirk, 1997), mempunyai
aspirasi lebih tinggi mengenai pendidikan dan pekerjaan (Darling et al., 2005; Marsh &
Kleitman, 2002; Otto & Alwin 1977; Sabo et al., 1993)
Objektif Kajian - Meninjau tahao penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal, kefahaman mereka mengenai
kepentingan aktiviti terhadap proses pembentukan personaliti dan pencapaian akademik
serta faktor-faktor yang menjadi pendorong atau penghad kepada pelajar untuk terlibat
dengan aktiviti fizikal.
Soalan Kajian - Tahap penglibatan para pelajar
- Faktor-faktor menjadi dorongan dan penghad penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal.
Kepentingan - Meningkatkan budaya bersukan di kalangan warga kampus, menyediakan fasiliti dan
Kajian program-program yang berupaya membentuk personaliti, meningkatkan keupayaan
kognitif pelajar seterusnya kecermelangan akademik mereka.
Metodologi - Menggunakan borang soal selidik dan menggunakan kaedah kutipan data yang terkawal.
- Temu bual dan perbincangan dengan beberapa pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar
adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan.
Responden - 61 pelajar program Diploma daripada pelbagai bidang.
- Dipilih berdasarkan kepada rasional kecenderungan mereka terhadap aspek kecergasan
fizikal dan kesukanan apabila mereka memilih kursus ini.
Instrumen - Menggunakan borang soal selidik yang dibahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A dan B
Kajian mengenai latar belakang responden dan reka bentuk soalan-soalan adalah terbuka.
Bahagian C disediakan secara komprehensif dengan soalan-soalan tertutup.
Dapatan Kajian - Hubungan aktiviti fizikal dan prestasi akademik melalui analisis Pearson’s R dan Spearman.
dan - Terdapat perkaitan pada nilai yang kecil antara penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal
Perbincangan iaitu bersenam, berjoging, berbasikal dan bertanding dengan prestasi akademik.
- Kekerapan pelajar terlibat dengan aktiviti fizikal.
- Analisis data adalah berdasarkan dua perspektif iaitu membincangkan faktor dalaman dan
luaran yang dianggap mendorong pelajar terlibat dengan aktiviti fizikal. Faktor dalaman
adalah ekspresi diri, minat, pengetahuan dan motivasi manakala faktor luaran merujuk
kepada peranan ibubapa, keluarga dan sekolah, ransangan persekitaran dan pengalaman
lalu terlibat dengan aktiviti berpersatuan/kelab.
- Faktor dorongan penglibatan pelajar terhadap aktiviti sukan.
- Faktor minat dan pendedahan kepada persekitran positif seperti imej universiti, kampus
kediaman, gaya hidup, fasiliti yang disediakan, peranan media serta tekanan terhadap
peperiksaan adalah saling berkaitan bagi menggalakkan pelajar aktif melakukan aktiviti
fizikal.
Kesimpulan - Terdapat perkaitan pada nilai yang kecil antara keaktifan bersenam, berjoging, berbasikal
dan bertanding dengan prestasi akademik. Nilai negative perkaitan antara bersukan
dengan prestasi akademik mencadangkan supaya pihak institusi mengambil langkah
proaktif untuk mendedahkan para pelajar mengenai amalan bai untuk bersukan seperti
pengurusan masa, pemakanan dan seumpamanya supaya aktiviti tersebut tidak memberi
kesan negatif kepada proses pembelajaran.
- Analisis tujuh faktor dorongan untuk melakukan aktiviti fizikal didapati kumpulan pelajar
yang dinilai mempunyai ekspresi diri yang positif, berminat, mendapat dorongan daripada
ibubapa, keluarga dan sekolah serta terdedah kepada persekitaran positif di universiti.
Ringkasan Jurnal

Pengarang : Nurhasni Mohd Noor, Mohamad Faithal Haji Hassan, Syed Kamaruzaman Syed Ali, Soh
Kim Geok & Jane Francisca Seruti.

Tahun : 2017

Tajuk : Kebolehpercayaan Coaching Bahavior Scale For Sport Dan Sport Motivation Scale Versi
Bahasa Melayu: Satu Kajian Rintis

Maklumat Jurnal : Pusat Sukan, Universiti Malaya & Falkuti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pengenalan - Kesungguhan individu untuk menunjukkan tingkah laku tertentu bagi mendapatkan hasil
tingkah laku juga dikenali sebagai motivasi.
- Satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang indivdu
(Shaharudin, 2001). Tingkat usaha yang dikeluarkan seseorang bagi mencapai sesuatu
tujuan. Motivasi intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (luaran).
- Penglibatan adalah untuk diri sendiri, keseronokan dan kepuasan dari aktiviti yang
disertai. Ekstrinsik merujuk kepada penglibatan bagi mendapatkan ganjaran seperti pujian,
insentif dan nama (Vallerand & Perreault, 1999).
- Sport Motivation Scale (SMS, Pelletier et al., 1995) telah dipilih berdasarkan kesesuaian
dengan Self-determination Theory (SDT). Mengandungi 28 item yang menilai peraturan
external, identified dan introjected yang juga merupakan motivasi ekstrinsik dan
dibezakan oleh tahap autonomi dan self-determination yang dilihat (Deci & Ryan, 1985a,
2000).
- Satu faktor social yang mempengaruhi kejayaan atlet pada semua tahap kompetitif ( Horn,
2002; Smoll, & Smith, 2002; Barnett, Smith, & Smoll, 1992; Scanlan, 1986).
Metodologi - Satu penyelidikan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan yang menjadikan soal selidik
Kajian sebagai instrument kajian.
- 40 orang atlet sekolah (20 lelaki, 20 perempuan) yang berumur di antara 13 tahun hingga
17 tahun.
Instrumen - Coaching Behavior Scale For Sport (CBS-S) dan Sport Motivation Scale (SMS) telah dialih ke
Kajian bahasa melayu. Bahagian A soalan demografik dan Bahagian B soalan untuk mengukur
tingkah laku kejurulatihan dan motivasi atlet. Mengandungi 47 item.
- SMS digunakan bagi mengukur motivasi atlet yang dibina oleh Pelletier, Fortie, Vallerand,
Tuson dan Briere (1995). Tujuh subskala yang menilai motivasi intrinsic (untuk
mengetahui, untuk melaksana dan untuk mengalami stimulasi), motivasi ekstrinsik
(dikenal pasti, peraturan luaran dan introjeted dan amotivasi dan mengandungi 28 item.
Tatacara - Dikumpul sejam sebelum sesi latihan bermula dan memberikan penerangan mengenai
Pengumpulan tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik yang dijalankan.
dan - Masa selama 45 minti bagi menjawab soal selidik CBS-S dan SMS.
Penganalisisan - Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan analisis statistik berkomputer Statistical
Data Package for Social Science (SPSS) versi 17 dan bagi mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan soal selidik CBS-S dan SMS, Ceonbach’s Alpha telah dipilih sebagai
kaedah analisis.
Dapatan Kajian - Terdapat kebolehpercayaan tinggi skala soal selidik yang digunakan dengan nilai alpha
yang diperoleh .96. Korelasi antara item turut menunjukkan ketekalan dalaman dari .82
(latihan fizikal dan latihan suaian) hingga .94 (penetapan matlamat).
- Hasil analisis kajian rintis menunjukkan soal selidik SMS versi Bahasa Melayu mempunyai
ketekalan dalaman dari segi item soal selidik. Selain itu, nilai Koefisien alpha 79 yang
diperoleh menunjukan instrument ini mempunyai kebolehpercayaan yang mencukupi
untuk digunakan sebagai alat pengukuran tahap motivasi atlet sekolah sukan di Malaysia.
Perbincangan - Mengemukakan satu model kognitif yang dikenali sebagai Model Kejurulatihan mengenai
proses dan pemboleh ubah terlibat dalam perkembangan atlet.
- Dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi jurulatih, ciri-ciri peribadi dan tahap perkembangan
atlet, serta faktor kontekstual.
- Teori self-determination (SDT) merupakan teori motivasi yang memfokuskan kepada
bagaimana indivdu melihat diri mereka sebagai punca kepada tindakan dan pilihan
mereka sendiri.
Kesimpulan - Soal selidik CBS dan SMS dalam bahasa melayu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Ringkasan Jurnal

Pengarang : Zainal Abidin Bin Zainuddin & Ong Ay Shin

Tahun : 2018

Tajuk : Pengaruh Panjang Tangan Dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan Kayuhan Atlet
Kayak.

Maklumat Jurnal : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan - Pencapaian yang cemerlang dalam sukan kayak, seseorang atlit memerlukan kekuatan
otot dan mental yang tinggi. Kekuatan otot, ramai orang telah menghubungkaitkan bentuk
tubuh badan seseorang dengan kekuatan individu serta prestasinya. Menurut Sodhi
(1991), terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa bentuk badan merupakan salah
satu faktor yang penting dalam usaha mencapai prestasi yang tinggi.
- Anthropometri salah satu cabang ilmu sains juga dikenali sebagai “pengukuran manusia”
yang klasifikasikan badan dan bentuk tubuh badan manusia.
- Anthropometri bekalkan kuantiti antara muka pada struktur manusia dan fungsi.
Penyataan - Acromion Process di bahu hingga Carpals (pergelangan tangan) dan lilitan otot Biceps
Masalah Brachii dan Triceps di bahagian lengan atlit mempengaruhi prestasi kayuhan dalam sukan
kayak.
- Acromion process adalah tulang seperti Protuberance yang terdapat di pinggir bahu
manakala otot Biceps Brachii dan Triceps merupakan bahagian otot lengan yang terbanyak
terlibat dalam pergerakan mengayuh.
Objektif Kajian - Pengaruh panjang tangan dari bahagian Acromion Process hingga Carpals (pergelangan
tangan) atlit terhadap prestasi kayuhan dalam kayak.
- Pengaruh lilitan otot Biceps Brachii dan Triceps atlit terhadap prestasi kayuhan dalam
kayak.
Kepentingan - Panduan dan gambaran kepada jurulatih sebelum memilih pemain yang benar-benar
Kajian berbakat dan berkeupayaan untuk mewakili pasukannya.
- Untuk mengkategorikan atlit dalam kumpulan tertentu dan memudahkan program latihan
mengikut kategori dapat diuruskan.
- Garis pengukuran untuk menjadi syarat sampingan untuk memilih atlit yang berpotensi
sambil menilai kemampuan pemain di samping kekuatan, ketangkasan dan ketahanan
otot dijadikan sebagai panduan utama untuk menilai atlit.
Rekabentuk - Berbentuk eksperimental menggunakan reka bentuk ujian, latihan dan kumpulan untuk
Kajian mendapat perbandingan prestasi pencapaian antara kumpulan dalam sukan kayak.
- Pengukuran dilakukan pada atlit sebelum dan selepas menjalani latihan selama 6 minggu.
- Ujian dijalankan sebanyak 3 kali dan bacaan purata diambil.
Populasi dan - 10 orang subjek lelaki yang beraksi dalam sukan kayak.
Persampelan - 3 ujian klasifikasi tubuh badan dan kemudian data diambil.
- Sebelum pemilihan subjek, borang rekod kecergasan diri akan diberikan kepada subjek
yang dipilih untuk direkodkan semasa penyelidik membuat analisis.
Instruman - Constant Tension Tape / Pita pengukur, pengukur lipatan kulit (Skinfold Caliper), pita
Kajian pengukur jarak (meter), jam saintifik (stopwatch), borang skor ujian klasifikasi, borang
rekod kecergasan diri, borang skor ujian prestasi pencapaian.
Ujian Rintis - Dijalankan untuk memastikan arahan dan protocol ujian difahami serta boleh dilakukan
oleh subjek.
Analisis Data - Prestasi atlit kumpulan bawah niai purata dalam jarak 50 meter.
- Nilai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan bagi atlit kumpulan bawah nilai purata.
- Nilai ukuran lipatan kulit (skinfold) pada enam bahagian badan bagi atlit kumpulan bawah
nilat purata.
- Prestasi atlit kumpulan nilai purata dalam jarak 100 meter.
- Nilai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan bagi atlit kumpulan bawah nilai purata.
- Nilai ukuran lipatan kulit (skinfold) pada enam bahagian badan bagi atlit kumpulan bawah
nilai purata.
Perbincangan - Data yang diperolehi boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan besar iaitu ujian rintis dan
ujian sebenar.
- Ujian pos-test telah dijalankan ke atas 10 atlit pasukan kayak.
- Kajian rintis dijalankan kepada semua atlit setelah mereka melibatkan diri dalam sesi
latihan selama 6 minggu yang disediakan oleh jurulatih.
- Kajian sebenar djalankan setelah subjek melibatkan diri dalam tempoh latihan selama 6
minggu selepas kajian rintis dijalankan.
- Ujian sebenar ditetapkan selepas tempoh latihan selama 6 minggu bertujuan untuk
melihat adakah latihan memberi kesan terhadap kriteria yang hendak diuji dalam kajian
ini.
Ringkasan Jurnal

Pengarang : Zainal Abidin Bin Zainuddin & Ong Ay Shin

Tahun : 2018

Tajuk : Pengaruh Panjang Tangan Dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan Kayuhan Atlet
Kayak.

Maklumat Jurnal : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan -

You might also like