You are on page 1of 11

Kecederaan Dalam Sukan

Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak
sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan
yang biasa ditemui adalah, ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, kebengkakan
otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada tulang tibia, patah tulang, sendi yang
beralih.

1. Kecederaan Groin

Rajah 1. Kecederaan pada Otot Groin

Apa itu Kecederaan ‘Groin’?

Kecederaan Groin ialah merupakan satu tarikan pada pangkal paha atau kecederaan pangkal
paha. Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh hasil daripada meletakkan tekanan ataupun beban
yang terlalu tinggi dan pada otot di pangkal paha dan paha. Jika otot-otot ini tegang terlalu
kuat. Kecederaan ini berlaku kerana individu tersebut secara tiba-tiba menukar arah pergerakan
dan melatakkan berat badan disebelah bahagian yang lain iaitu kiri atau kanan. Ia akan
menyebabkan otot groin tadi over stretched dan terkoyak. Tarikan pangkal paha biasanya
terkena kepada mereka yang bermain sukan yang memerlukan berjalan dan melompat dan

1
berlari. Khususnya, secara tiba-tiba melompat dan menukar arah merupakan sebeb yang
mungkin terjadi.

Tanda-tanda

a) Ringan (tahap 1) Ketegangan pada pangkal paha mugkin tidaklah amat menyakitkan
dan tidak menghalang daripada melakukan aktiviti fizikal yang ringan dan sederhana.
b) Sederhana (tahap 2) Terseliuh dan menyebabkan ketidakselesaan pada pangkal paha
dan juga menghalang daripada melakukan aktiviti seperti berlari dan melompat.
c) Teruk (tahap 3) Mengalami kesakitan yang amat kuat dirasai pada bahagian pangkal
paha dan menghalang daripada mlakukan aktiviti fizikal.
d) Antara tanda-tanda lain :
i. Sakit dan nyeri di pangkal paha dan bahagian dalam paha.
ii. Sakit apabila cuba untuk berjalan.
iii. Sakit apabila anda mengangkat lutut anda
iv. Satu bunyi ‘pop’ atau menyentap rasa sakit semasa berlakunya kecederaan
tersebut, dan diikuti dengan kesakitan yang teruk di kawasan pangkal paha.
v. Tidak boleh meluruskan kaki.
vi. Tidak boleh mengangkang luas (sumo)

Pergerakan

Rajah 2. Pergerakan tulang dan otot Groin

2
a) Secara tiba-tiba menukar arah larian semasa berlari dan melompat.
b) Berlaku perlanggaran kuat dengan lawan semasa permainan.
c) Secara tiba-tiba cuba untuk melakukan turning.

Jenis sukan

a) Karate
b) Bola sepak
c) Bola keranjang
d) Hoki
e) Hoki ais

Rajah 3. Sukan Bola Sepak

Rawatan

a) R.I.C.E.
b) Berehat daripada aktiviti sukan selama lima hingga tujuh hari.
c) Letakkan ais dibahagian pangkal paha atau kawasan yang tercedera itu. Tujuan ini
adalah untuk mengurangkan kesakitan. Lakukannya selama 20 hingga 30 minit setiap
tiga hingga empat jam untuk dua hingga tiga hari atau sehingga sakit tersebut hilang.
d) Menekan atau menampal paha dengan pembalut elastic ataupun pita.

3
e) Aspirin, acetaminophen, ibuprofen, dan naproxen boleh menghilangkan rasa sakit.
Aspirin, ibuprofen, dan naproxen boleh melegakan kesakitan dan mengurangkan
keradangan.
f) Jumpa doctor jika masih lagi rasa sakit pada bahagian yang cedera.

Program Rehab yang disyorkan

a) Groin Stretch – Quadruped


b) Lateral Slide Squat
c) Lateral Lunge Moving
d) Physioball Hanging Knee Raise – Adduction
e) 90-90 Stretch
f) Rotational Fall Out

4
2. Kecederaan ACL

Apa itu ACL?

Sendi lutut merupakan gabungan 2 tulang iaitu tulang Femur (peha) dan tulang Tibia (betis).
Selain itu, Ligamen merupakan elemen penting dalam memegang struktur tulang sendi lutut ini.
Bagi sendi lutut sendiri,terdapat 4 ligamen yang memegang untuk mengukuhkan sendi lutut. Ia
adalah ACL (anterior cruciate ligament), PCL (posterior cruciate ligament), MCL (medial
colleteral ligament) dan LCL ( lateral coleteral ligament). Sebagai mana nama ACL, ligamen ini
bertindak sebagai mengawal pergerakkan tulang tibia dari bergerak atau tergelincir ke
hadapan.

Tanda-tanda

a) Semasa kecederaan berlaku, kedengaran bunyi ‘crack’ di lutut.


b) Selepas bengkak dan sakit hilang, anda akan mula merasai lutut longgar.
c) Mungkin mengalami 'lock knee', lutut terkunci seperti contoh bila duduk atau solat lutut
yg berlipat susah untuk diluruskan kembali.
d) Apabila anda kembali bersukan, bengkak dan kesakitan akan kembali.
e) Otot peha semakin mengecil.

Pergerakan

5
Rajah 4. Pergerakan ACL

a) Memusingkan badan secara tiba-tiba.


b) Perlanggaran secara rempuhan dari pemain lain.
c) Tersadung ketika ingin menyepak bola.
d) Pendaratan yang tidak betul semasa membuat lompatan.

Jenis sukan

a) Bola sepak
b) Hoki
c) Bola keranjang
d) Bola baling
e) Sepak takraw
f) Karate

Rajah 5. Sukan Karate

Rawatan

a) R.I.C.E
b) Pembedahan
c) Rawatan Fisioterapi
d) Elektrotherapy penggunaan Ultrasound

6
e) Penggunaan kinesiology tape

Program Rehab yang disyorkan

a) Senaman regangan.
b) Senaman mobiliti untuk meningkatkan pergerakan sendi.
c) Senaman menguatkan otot.

3. Kecederaan Buku Lali (Ankle Sprain)

Apa itu Ankle Sprain?

Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada
ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon,
koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh
berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada
ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. ‘Ankle
sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami
koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan
salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of
the joint’.

Rajah 6. Menunjukkan ‘Ankle Sprain’

7
Tanda-tanda

a) Sakit.
b) Terdengar bunyi crack.
c) Bengkak.
d) Lebam.
e) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang.

Pergerakan

Rajah 7. Menunjukkan kedudukan kaki

a) Berpusing.
b) Berputar.
c) Pendaratan yang tidak betul semasa melompat.

Jenis Sukan

a) Bola sepak
b) Sepak takraw
c) Rugbi
d) Tekwando
e) Karate

8
f) Bola keranjang
g) Badminton

Rajah 8. Sukan Badminton

Rawatan

a) R.I.C.E
b) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki
c) Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)
d) Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)
e) Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)
f) Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)
g) Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)

Program Rehab yang disyorkan

a) Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini,
jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti
tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan
belum pulih sepenuhnya.
b) Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada
bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub

9
getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang
berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti
larian secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti
lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.
c) Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk
mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan
adalah:
i. Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.
ii. Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.
iii. Berdiri di atas trampolin.
iv. Berdiri di atas ‘wobble board’.

10
Rujukan

1. http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/hip-groin-pain/groin-
strain/rehabilitation-of-a-groin-strain
2. http://www.coreperformance.com/knowledge/injury-pain/groin-strain.html
3. http://mal.mdhealthresource.com/disability-guidelines/groin-strain
4. http://arkzamdarkdeng.blogspot.com/2011/04/kecederaan-groin-muscle.html
5. http://www.academia.edu/6418376/KECEDERAAN_RAWATAN_DALAM_SUKAN
6. http://www.myhealth.gov.my/index.php/sukan-a-kecederaan
7. http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecederaan-semasa-sukan
8. http://www.webmd.com/fitness-exercise/groin-pull
9. http://www.greatlifephysio.com/physiotherapy/kecederaan-acl-anterior-cruciate-
ligament/
10. https://www.facebook.com/greatlifephysio/posts/354296344653886
11. http://www.pusatsukan.unisza.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=177&Itemid=128
12. http://jezatun.blogspot.com/2013/04/kecederaan-dalam-sukan.html
13. http://hilmiahmad.blogspot.com/2010/04/sains-sukan-kecederaan-buku-lali-
ankle.html
14. http://www.emedicinehealth.com/ankle_sprain/page3_em.htm#ankle_sprain_sympt
oms_and_signs
15. https://en.wikipedia.org/wiki/Sprained_ankle#Signs_and_symptoms
16. http://orthopedics.about.com/cs/sprainsstrains/a/anklesprain.htm

11

You might also like