You are on page 1of 2

PERBANDINGAN KOD ETIKA KAUNSELOR

Perkhidmatan kaunseling pada masa kini amat diperlukan di setiap agensi kerajaan,
swasta mahupun badan bukan kerajaan. Kaunseling adalah satu proses untuk
menolong menyediakan seseorang itu secara profesional supaya dapat
menyelesaikan masalah yang melibatkan perasaan, emosi dan tingkah laku
seseorang. Menurut Gladding (2009) pula mendefinisikan kaunseling sebagai
perhubungan menolong secara interpersonal, berasaskan teori dan kaedah
profesional yang berasaskan etika dan perundangan bagi meningkatkan kesihatan
psikologi ke arah penyelesaian masalah dan perkembangan diri klien.

Isu kerahsiaan adalah perkara yang penting diberikan perhatian dalam perkhidmatan
kaunseling (Mizan & Halimatun, 2006) dalam mewujudkan hubungan teraputik antara
kaunselor dan klien (Freeman, 2000). Klien perlu diberi perlindungan kerahsiaan yang
maksimum, agar mereka berasa selesa dan yakin dalam perkongsian masalah
mereka dengan kaunseling yang sulit dan sensitif dalam diri mereka.

Walaubagaimanapun, kerahsiaan merupakan satu isu yang mempunyai implikasi


etika dan perundangan (Bokhari, Najmuddin & Rosli, 2012). Dalam kajian Hermann,
Legget &Remley (2008), telah mengatakan bahawa pendedahan maklumat
sulit tentang klien boleh mengakibatkan implikasi undang-undang. Namun begitu,
terdapat beberapa situasi yang membolehkan kaunselor berkompromi dalam isu
kerahsiaan (Mizan & Halimatun, 2006) iaitu :

i) Keperluan menyediakan rekod.


ii) Keperluan kaunselor diselia.
iii) Keperluan untuk membela diri orang lain.
iv) Bekerja dengan profesional yang lain.
v) Penglibatan dalam latihan, seminar, bengkel dan lain-lain.
vi) Kes-kes di mana undang-undang memerlukan maklumat diberikan.

Oleh itu, seorang kaunselor perlu memelihara kerahsiaan tersebut sebaik mungkin.
Adalahtidak beretika bagi seorang kaunselor jika tidak menjaga kerahsiaan klien
(Freeman, 2000).
Pendedahan maklumat klien harus dikawal oleh kaunselor berdasarkan prinsip
dan etikakerahsiaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di negara
masing-masing. Di Malaysia, kaunselor berpandukan Kod Etika Kaunselor
(Lembaga Kaunselor Malaysia) 2011, manakala di Amerika Syarikat, kaunselor
merujuk Code of Ethics (American Counseling Association) 2014 dan di Australia,
kaunselor Code of Ethics and Practice (AustralianCounselling Association) 2012.
Penyediaan kod etika kaunselor Malaysia adalah merujuk pada Code of Ethics
(American Counseling Association) dan terdapat persamaan serta
perbezaanantara kedua-dua kod etika ini. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakanmetodologi penyelidikan secara keperpustakaan untuk
membandingkan Kod Etika Kaunselor(Lembaga Kaunselor Malaysia) 2011
dengan Code of Ethics (American Counseling Association) 2014 dalam konteks
kerahsiaan.

You might also like