You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD II

Peti Surat 2085, 89008 Keningau, Sabah


No. Tel: +6087-336879 No. +Faks: 6087-339249

KERTAS KERJA
PROGRAM ”EDUCATION AMIDST THE PANDEMIC”
SMK GUNSANAD II KENINGAU 2020

1.0 PENDAHULUAN

Seiring dengan pandemik Covid-19, Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR)


dalam norma baharu juga telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pihak Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMK Gunsanad II ingin melaksanakan program “Education
Amidst the Pandemic” iaitu suatu inisiatif untuk memberikan maklumat kepada murid-
murid tingkatan lima mengenai halatuju selepas SPM khususnya dalam keadaan
pandemik.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program dijangka dapat memberikan pendedahan yang relevan dan bertepatan
tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat
berkaitan kerjaya-kerjaya yang ingin diceburi oleh murid serta memberi pendedahan dan
informasi berkenaan institusi pilihan selepas SPM norma baharu.
.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam
bidang yang diingini selepas SPM
3.2 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai peluang untuk melanjutkan
pelajaran di institusi pilihan selepas SPM
3.3 Membantu murid yang masih belum mempunyai hala tuju yang jelas selepas
tamat SPM

4.0 SASARAN

Program ini dirangka khas untuk murid-murid Tingkatan 5 SMK Gunsanad II, Keningau.
5.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh : 02 November hingga 04 November 2020


Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 10.00 – 12.00 Tengahari
Tempat: Aplikasi Google Meet

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program ”Education Amidst the Pandemic” akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas
talian dan menggunakan aplikasi Gmail iaitu Google Meet.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: En. Ng Min Ho@Mike Eping (Pengetua)


Naib Pengerusi I: En. Mohd Faizal Bin Kautis (PK Pentadbiran & Kurikulum)
Naib Pengerusi II: Pn. Hjh. Noormah Binti Hj. Tahir (PK HEM)
Naib Pengerusi III: En. Johnny Rudolf Rudai (PK Ko-Kurikulum)
Penyelaras: Cik Fazilah binti Mohd Yusri (GBK)
Setiausaha: Pn. Nur Fatanah Syahirah bt Mohd Faizal (GBK)
Naib Setiausaha: Pn. Nurul Shahida Binti Mohd Zain (Kaunselor)
Bendahari: Pn. Noor Atiqah Binti Abdullah (Kerani)
AJK Teknikal En. Jude James

8.0 PENUTUP

Diharapkan Kertas Kerja “Education Amidst the Pandemic” ini dapat dipertimbangkan
oleh pihak Tuan kerana ianya akan memberikan maklumat penting dan relevan kepada
murid-murid tingkatan lima mengenai hala tuju mereka selepas SPM kelak.
Disediakan oleh;

(NUR FATANAH SYAHIRAH BINTI MOHD FAIZAL)

Setiausaha,
Program “Education Amidst the Pandemic” 2020

Disemak Oleh

(NOORMAH BINTI TAHIR)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Gunsanad II, Keningau

Diluluskan dan disahkan oleh,

(NG MIN HO@MIKE EPING)


Pengetua
SMK Gunsanad II, Keningau.

You might also like