You are on page 1of 3

Tarian Tradisional – Tarian Bharata Natyam

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Kebudayaan India
sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India. Tarian India boleh dibahagikan
kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu
gaya tarian klasik India. Gambaran terawal mengenainya boleh dikesan sejak zaman
kesusasteraan Sangam. Ia muncul sekitar abad ke-2 dan ke-1 SM di kuil-kuil Dewa Siva di
India Selatan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari. Bharata Natyam
ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri
kepada tuhan-tuhan Hindu. Bharatanatyam mempunyai tiga unsur. Salah satu daripadanya
ialah Nritta atau pergerakan berirama. Unsur seterusnya ialah Natya atau aspek-aspek
penceritaan bentuk seperti drama and akhir sekali ialah unsur Nritya, iaitu gabungan
antara nritta dan natya. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini menggabungkan
unsur Nritta dan Nritya.

Perkataan Bharatanatyam ialah berasal daripada perkataan-perkataan. Pertama,


“Bhava”, bermaksud perasaan/emosi, perkataan “Raga” membawa maksud melodi , “Tala”
bermaksud irama dan akhir sekali, “Natyam” bermaksud tarian, drama atau persembahan.
Tarian ini adalah satu drama tentang melodi, irama dan perasaan.

Muzik yang mengiringi tarian ini ialah dipanggil Muzik Carnatic, iaitu genre muzik
klasik yang paling tua di seluruh dunia. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic
menggunakan instrumen iaitu mridangam, nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk
yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang
dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang dikaitkan dengan Saraswati,
dewi Hindu. Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam
Bharata Natyam.

1
Dari segi kostum, penari harus memakai kostum yang dapat membuat para penari
kelihatan sangat cantik dan anggun. Kostumnya terdiri dari 'Paijama' atau 'dhoti' serta
jaket diperbuat daripada 'sutera Kanchipuram ' dan 'sutera Banaras'. Para perempuan juga
memakai 'choli' atau korset yang ketat dengan warna sama.

Bharatanatyam telah disusun oleh cendekiawan legenda yang bernama Bharata's


Natya Shastra. Setiap persembahan dimulakan dengan menyembah bumi yang kita akan
menghentak dan menari. Penghormatan turut ditunjukkan kepada syurga, orang tua dan
guru kita, para hadirin dan diri sendiri. Ini ialah dipanggil Namaskaram.

Terdapat banyak gerakan tangan (namanya mudras), termasuk 28 gerakan satu


tangan dalam tarian ini. Penari akan menggunakan air muka dan gerakan tangan untuk
menunjukkan emosi melalui tarian ini. Terdapat juga Sembilan kategori perasaan ataupun
yang boleh ditunjukkan. Antaranya ialah Shrungara (cinta atau kebahagiaan), Kaarunya
(Kesedihan/Kebaikan Hati/Kehibaan), Raudra (kemarahan), Veera (keberanian),
Bhayanaka (ketakutan) dan Bhibhatsa (rasa meluat).

Seseorang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menguasainya kerana


terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.

Generasi muda kini haruslah terus mempelajari tarian ini bagi memastikan tarian
klasik ini tidak hilang ditelan zaman. Sehubung itu, ibu-bapa memainkan peranan penting
dalam menyedarkan kepentingan memelihara warisan budaya kita kepada anak-anak.
Pihak kuil juga harus mengambil lebih inisiatif bagi menyebarkan lagi tarian ini dengan
mewujudkan kelas-kelas tarian.

2
Gambar-Gambar

Tarian Bharata Natyam

Penari menunjukkan perasaan marah.

Penari menunjukkan perasaan hiba


(Kaarunya).

Tarian bharatanatyam secara


berpasangan.

You might also like