You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR BARU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN KALI 3/2019

Tarikh : 24 Oktober 2019 (Khamis)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Bohor Baru

Pengerusi : En. Abd Hamid bin Kassim

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang
Yang Hadir : Guru Besar
GPK Kurikulum
Semua guru Pendidikan Kesenian

Yang Tidak Hadir :Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Kesenian
yang meluangkan masa menghadiri mesyuarat panitia kali ketiga. Pengerusi
berharap beberapa perkara dapat diberi perhatian dan dibincangkan bersama.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Bil 2/2019


Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Faez Ehsan.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Noor Atikah.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada.

3.2.Masih ramai guru yang belum dicerap kerana kekangan masa dan pertindihan
jadual mengajar. Ketua Panitia akan menyelesaikannya dalam masa terdekat dan
berbincang dengan GPK 1.
Tindakan: Ketua Panitia

3.3 Puan Roseida meminta Ketua Panitia untuk mencari tempat yang sesuai bagi
menyimpan hasil karya murid Tahap 1. Encik Azlan mencadangkan agar kelas
dijadikan tempat penyimpanan karya murid tahap 1 memandangkan bilik
penyimpanan alatan dan bahan seni iaitu pusat sumber tidak sesuai dijadikan
tempat penyimpanan karya murid kerana sudah terlalu padat dengan pelbagai
alat kesenian.
Tindakan: Ketua Panitia

4.0 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


4.1 Guru-guru diingatkan agar menyediakan soalan mengikut bidang, tajuk dan
kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasai oleh murid bagi mengelakkan murid
menghasilkan karya yang lemah dan lari daripada tajuk.
Tindakan: Guru Panitia Kesenian

5.0 PROJEK SENI


5.1 Projek Mural di lokasi strategik.
- Projek mural telah dilaksanakan di peringkat awal sepanjang bulan Februari
hingga Ogos 2019.
- Antara kawasan-kawasan strategik yang telah berjaya disiapkan ialah di
bangunan pentadbiran.
Makluman: Ahli Panitia

5.2 Pertandingan Reka Cipta Model Bahan Terbuang sempena Bulan Kemerdekaan
telah dijalankan mengikut rumah sukan masing-masing.

5.4 Murid-murid tahap 1 melaksanakan aktiviti Pertandingan Mewarna Kemerdekaan


dan murid-murid tahap 2 pula melukis poster sempena Bulan Kemerdekaan iaitu
sepanjang bulan Ogos.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru DSV untuk menerapkan 6 aspirasi murid di
dalam pengajaran dan pembelajaran . 6 aspirasi murid hendaklah ditulis dalam
buku rekod.
Makluman dan tindakan: Ahli
Panitia

7.0 PENUTUP
- Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,


..........................................……… ……...............................……….
(NOOR ATIKAH BINTI YAHAYA) (AZLAN BIN MOHAMAD)
PENYELARAS PANITIA KESENIAN, GPK KURIKULUM,
SK BOHOR BARU SK BOHOR BARU

You might also like