You are on page 1of 2

MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 4 SESI 2023/2024

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN

TARIKH : 16 JANUARI 2024


MASA : 1.30 TENGAH HARI
TEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN

1. AZRI BIN ALI


2. FIRUZI BINTI IBRAHIM
3. MASTORA BINTI MOHAMAD
4. MOHD ZAWAWI BIN MOHD @ MD ZIK
5. NORAZLAILI BINTI MOKHTAR
6. NORIDA BINTI SUDIN
7. SITI ZALEKHA BINTI MUSA

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pn. Mastora binti Mohamad mengalukan semua AJK ke Mesyuarat Panitia Sains Bilangan 4.
1.2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.
1.3. Beliau berharap mesyuarat pada hari ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan.
Makluman: Semua Guru
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Cadangan : Norida Binti Sudin
2.2. Sokong : Firuzi Binti Ibrahim
Makluman: Semua Guru
3. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2024 (UASA)
3.1. UASA peringkat dalam SK Kuala Kemaman akan berlangsung pada tarikh 7 – 11 Januari 2024.
3.2. Ketua Panitia mengedarkan skema jawapan Sains kepada guru dan berbincang skema
pemarkahan bagi kertas soalan Sains Tahap 2. Markah tersebut perlu diserahkan kepada guru
kelas sebelum 17 Januari 2024.
3.3. Ketua Panitia mengingatkan supaya guru mata pelajaran Sains untuk mengisi markah dalam
sistem idMe bermula pada tarikh 22 Januari 2024.
Tindakan: Semua Guru
4. PBD
4.1. Ketua Panitia mengingatkan supaya semua guru mata pelajaran Sains untuk membuat
pengisian PBD dalam sistem idMe.
4.2. Ketua Panitia menegaskan murid layak diberi Tahap Penguasaan 6 sekiranya berkelayakan.
Guru jangan takut untuk memberi Tahap Penguasaan 6 kepada murid.
Tindakan: Semua Guru
5. POSTMORTEM PROGRAM PANITIA
5.1. Pengerusi Ketua Panitia memaklumkan Program Strive for Excellence bagi murid-murid Tahun
6 yang telah dilaksanakan di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan Pahang pada 4-5 Januari telah
berjalan dengan lancar.
5.2. Ketua Panitia mengucapkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen para guru Sains
Tahun 6 kerana menyediakan modul sepanjang program berlangsung. Diharap program ini
dapat meningkatkan tahap kefahaman murid dalam matapelajaran Sains.
5.3. Kehadiran murid sepanjang program adalah baik.
Makluman: Semua Guru
6. PENGURUSAN PANITIA
6.1. Setiausaha diingatkan untuk mengemaskini fail panitia sebelum sesi 2023/2024 berakhir.
6.2. Minit Mesyuarat Bilangan 4 perlu diserahkan kepada setiausaha kurikulum sebelum 24 Januari
2024.
6.3. Ketua Panitia memaklumkan senarai barangan keperluan yang dinyatakan oleh guru mata
Pelajaran Sains telah diserahkan kepada kerani sekolah untuk tempahan nota minta.
Tindakan: Setiausaha
7. HAL-HAL LAIN
7.1. Ketua Panitia mengingatkan guru-guru untuk mengemas dan menjaga kebersihan Bilik Sains
selepas menggunakan bilik tersebut.
7.2. Rekod pengguna Bilik Sains perlu diisi sebelum menggunakan bilik tersebut.

Makluman: Semua Guru

8. PENUTUP
8.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan surah An-Nash.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………. ……………………………..

(NORAZLAILI BINTI MOKHTAR) (MASTORA BINTI MOHAMAD)


Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

You might also like