You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PBKK3073
TERAPI DALAM INTERVENSI KANAK-KANAK
– PENULISAN LAPORAN / REFLEKTIF

Nama : KHARRSYEENNIE A/P MANOGARAN


No. K/P : 000728-08-0286
Angka Giliran : 2019112340171
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT
Nama Pensyarah : EN.ABD JAMIL BIN SABDIN
Tarikh Hantar : 16.11.2020

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PENGHARGAAN
Bersyukur saya pada hari ini kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah
diberikan oleh pensyarah . Sesungguhnya jasa baik yang telah diberikan oleh beliau
sepanjang membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini amat dihargai.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah , En. Abd Jamil Bin Sabdin , Saya ingin berterima kasih kepada beliau
kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan memberi penerangan secara
terperinci mengenai tugasan yang diberikan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ahli keluarga
saya yang banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung dan memberi sokongan yang padu untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
Tugasan 3 :
Penulisan laporan / refleksi
Tugasan 3

Laksanakan satu jenis terapi semasa mengikut pengalaman bersaskan sekolah


(pbs) dan seterusnya anda dikehendaki menyedia dan mengemukakan laporan /
refleksi iaitu sebelum, semasa dan selepas mangendali refleksi tersebut.

1.0. Pengenalan
Saya telah menjalankan teriapi seni di SJK(T) St. Philomena Convent semasa
PBS.Secara umumnya, seni boleh dijelaskan sebagai hasil karya yang dihasilkan
oleh manusia untuk melahirkan emosi, perasaan mereka sama ada suka, sedih,
marah, gembira dan sebagainya. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa
ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu
Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif,
psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar
mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja
dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan
seharian.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan
merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Terapi seni satu bidang psikologi dan
psikoterapi yang paling misteri dan menarik. Kaedah terapi seni sangat pelbagai dan
boleh digunakan sebagai pendekatan bebas, di samping itu, terapi seni adalah
popular dalam kaunseling psikologi dan psikoterapi.

2.0. Sebelum terapi seni


Sebelum menjalankan terapi ini, saya telah mengkaji beberapa pelajar di kelas 6
twitter semasa guru mengajar. Terdapat beberapa pelajar yang mempunyai masalah
menumpukan perhatian dalam kelas. Saya memanggil mereka dan melaksanakan
terapi melukis. Oleh itu , saya menyediakan alatan yang perlu seperti kertas A4,
pensil warna dan juga pen marker. Setelah murid-murid tersebut sampai ke kelas,
saya memberikan arahan dengan jelas bahawa murid-murid perlu melukis tentang
keluarga dengan menggunakan alatan yang disediakan. Saya memberi tema
keluarga kerana Sebuah keluarga untuk seorang kanak-kanak ini adalah rumahnya,
orang dekat yang menyayanginya dan menjaganya.Sejak sekian lama
mengenai keluarga dan rumah itu selalu diucapkan dengan penuh kasih dan hormat.

3.0. Semasa terapi seni


Semasa melaksanakan terapi ini, saya telah mengkaji beberapa aktivi dan juga
pergerakkan pelajar. Terdapat pelajar yang melalukan terapi ini dengan semangat
manakala, ada juga yang perlukan bantuan untuk melukis dan juga mewarna.

4.0. Selepas terapi seni


Saya maminta murid-murid untuk menjelaskan lukisan yang mereka lukiskan semasa
sesi dilaksanakan. Contonya , perkara yang dilukis, sebab melukis lukisan tersebut
dan juga apakah yang ingin menyampaikan melalui lukisan mereka. Bukan sahaja itu,
saya juga bertanya kepada murid-murid tersebut mengenai warna yang dipilh untuk
mewarnakan lukisan mereka semasa terapi seni. Saya juag menjelaskan beberapa
perkara yang pelajar tidak dapat menjelaskan. Contonya ,warna merah menunjukkan
kasih sayang dalam lukisan mereka.

5.0. Penutup
Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid,
memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi
peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni
untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya
jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam
menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat
mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang
diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan
lain – lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi
bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid.
LAMPIRAN
ALATAN YANG DISEDIAKAN SEBELUM TERAPI SENI
PELAJAR - PELAJAR MELUKIS SEMASA TERAPI SENI
CONTOH LUKISAN PELAJAR SELEPAS TERAPI SENI
RUJUKAN
Issahak, M. A. 2019. Jenayah dalam kalangan pelajar masih membimbangkan Berita
Harian. Diakses daripada https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250
/jenayah-dalam-kalangan-pelajar-masihmembimbangkan

Nur Azlinda Sidin, Salleh Amat. 2017. Kebimbangan Kaunselor Pelatih dalam
Melakukan Sesi Kaunseling. Prosiding 4th National Conference on Research and
Education. 578-581.

Rafidah Kastawai & Noriah Mohd Ishak. 2013. Terapi seni Dalam Kanseling Pelajar
Pintar dan Berbakat. Malaysian Journal of Youth Studies. 8: 147-166.

Wan Robiah Hj. Meor Osman, Hamidah Abdul Wahab. 2018. Kesantunan Berbahasa
Kaunselor Pelatih dalam Sesi Kaunseling. GEMA Online Journal of Language Studies.
18: 252-269.

Zarina Razali & Dharatun Nissa. 2018. Aplikasi Terapi Seni Dalam Kalangan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah. Persidangan Kebangsaan Amalan
Terbaik Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) dan Pertandingan Inovasi. 756-765

You might also like