You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan kepada program pendidikan inklusif dan pelaksanaan di


peringkat pendidikan matematik sekolah rendah
Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah satu wahana bagi menyedia akses dan
peluang pendidikan kepada murid berkeperluan khas (MBK). Konsep PPI adalah
selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013 iaitu PPI dihadiri oleh murid-murid berkeperluan khas bersama murid lain di
dalam kelas yang sama. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan
penyertaan dan memberi peluang MBK mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid arus perdana. PPI juga memupuk kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan keupayaan MBK. Menurut Bahagian Pendidikan
Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), program ini diwujudkan di sekolah
harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik. Pelaksanaan PPI
di peringkat pendidikan matematik sekolah rendah adalah dengan mengintegrasikan
satu hingga lima MBK dalam kelas aliran perdana bagi matapelajaran matematik.
Dasar bagi PPI terbahagi kepada dua jenis iaitu Dasar Antarabangsa dan
Kebangsaan. Antara deklarasi antarabangsa ialah Salamanca Statement and
Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994), Dakar World
Education Forum (2000) dan sebagainya. Di Malaysia, antara dasar yang menyokong
PPI ialah Akta Orang Kurang Upaya 2008, peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 dan sebagainya.

2.0 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan


pendidikan inklusif matematik sekolah rendah.
Semua pihak yang terlibat dalam PPI haruslah berganding bahu demi
merealisasikan kejayaan dan pelaksanaan PPI. Menurut Kamil Maslih (2017), guru
besar haruslah memantau pelaksanaan PPI matematik secara berkala di samping
menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah.
Selain itu, guru arus perdana perlu menerima dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran matematik bagi MBK dalam kelas inklusif. Guru Pendidikan Khas pula
berperanan sebagai guru pendamping untuk membimbing dan mambantu MBK
semasa mata pelajaran matematik. Tambahan pula, guru tersebut juga membantu
menyediakan Rancangan Individu Murid Berkeperluan Khas melalui perbincangan
dengan guru mata pelajaran matematik. Seterusnya, ibu bapa juga membantu guru
PPI bagi menyediakan keperluan MBK dan sentiasa membimbing MBK untuk
memahami pelajaran matematik dengan sepenuhnya dalam kelas arus perdana.
Badan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri menyelaraskan dan
melaksanakan kursus untuk pentadbir dan guru yang terlibat dengan PPI. Badan
bukan kerajaan seperti The Malaysian Federation of the Deaf menawarkan
sumbangan dan latihan dalam perkhidmatan bagi guru PPI untuk mempelajari teknik-
teknik baharu bagi mengajar MBK.

3.0 Isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di pusat pendidikan
matematik sekolah rendah serta cadangan langkah-langkah bagi menangani isu
dan cabaran masa kini
Terdapat beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di
peringkat matematik sekolah rendah. Antaranya ialah murid-murid normal biasanya
mempunyai pemahaman yang terhad terhadap MBK. Contohnya, MBK diasingkan
oleh murid normal semasa aktiviti kumpulan dijalankan dan pendapat mereka juga
tidak dilayan. Hal ini menjadi suatu cabaran kepada MBK untuk meneruskan
pembelajaran mereka dan mematahkan keyakinan diri mereka. Sebagai langkah
penyelesaian, guru perlu memberi pendedahan bagi murid normal dan MBK
mengenai penerimaan perbezaan individu antara mereka.
Kita tidak dapat mewujudkan satu budaya sekolah inklusif sehingga pihak
pentadbir dan guru sendiri menpunyai tanggapan yang negatif terhadap pelaksanaan
PPI. Situasi ini berkait dengan Malaysia di mana PPI bukannya satu amalan
mandatori di sekolah jika dibandingkan dengan negara-negara lain (Zalizan Mohd
Jelas, 2009). Sebaliknya, keputusan pelaksanaan PPI adalah bergantung kepada
pihak pentadbir sekolah sahaja. Terdapat juga guru-guru biasa yang kurang
menyokong penempatan MBK dalam kelas inklusif kerana mereka beranggap
bahawa MBK akan melambatkan proses pembelajaran dan pengajaran murid kelas
biasa. Sebagai langkah penyelesaian, Bahagian Pendidikan Khas dalam Kementerian
Pendidikan Malaysia haruslah memberi rangsangan yang baik kepada pentadbir
sekolah dan guru yang terlibat dalam PPI supaya mereka berusaha untuk membentuk
visi dan misi sekolah yang menitikberatkan pendidikan berkonsepkan budaya inklusif.
Terdapat juga isu sekolah-sekolah tidak menyediakan peralatan dan kelengkapan
yang diperlukan oleh MBK yang diinklusifkan serta persekitaran sekolah yang masih
mempunyai struktur fizikal dan prasarana yang membataskan pergerakan dan akses
MBK (Murnie Hassan, 2013). Contohnya, kegagalan pihak sekolah menyediakan
kelengkapan mesin braille di dalam kelas biasa untuk kegunaan MBK boleh
menpengaruhi prestasi mereka. Jadi, bagi mengatasi isu dan cabaran ini pihak
sekolah haruslah peka terhadap keperluan MBK supaya MBK dapat berasa peluang
pendidikan yang sama seperti murid lain.
Isu seterusnya ialah ibu bapa MBK kurang menyokong PPI kerana mereka
kurang yakin terhadap kemahiran guru kelas biasa dalam mengendalikan keperluan
khas anak mereka. Mereka berasa bimbing sekiranya anak mereka dibuli oleh murid-
murid kelas biasa. Maka jelaslah bahawa cabaran utama pelaksanaan PPI ialah
tahap sokongan daripada ibu bapa MBK. Sebagai langkah penyelesaiannya, guru
kaunseling memberi nasihat kepada ibu bapa MBK tentang kepentingan PPI serta
mempercayakan mereka bahawa program ini bagi memenuhi hak pendidikan sama
rata golongan berkeperluan khas.

4.0 Kenyataan dan faktor Kritikal yang mempengaruhi kejayaan program.


Menurut Azad Athahiri Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi (2010), antara faktor
kritikal ialah prasarana dan peralatan di mana aspek fizikal dan peralatan perlu
menepati keperluan dan kehendak pembelajaran MBK. Contohnya, pihak sekolah
memastikan penyediaan peralatan khusus seperti kanta pembesar, kerusi roda,
Doctor Speech dan mesin braille mengikut keperluan MBK. Kerjasama antara
pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan kerajaan memainkan peranan yang amat
penting dalam memastikan keberkesanan pendidikan MBK (Shulman, 1986).
Contohnya, pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) bekerjasama dengan badan bukan
kerajaan seperti NASOM, KIWANIS dan MAB untuk memberi khidmat nasihat bagi
ibu bapa MBK supaya mereka tidak berasa putus asa terhadap anak mereka.
Selain itu, MBK perlu mendapat perkhidmatan sokongan bagi mengurangkan
impak kesukaran di persekitaran sekolah. Contohnya, Pusat Perkhidmatan
Pendidikan Khas (3PK) menjalankan Program Intervensi Awal secara bersepadu
dalam meningkatkan perkembangan MBK. Selain itu, kolaboratif antara personel
pelbagai disiplin dapat membantu ibu bapa dan guru dalam merancang pendekatan
pendidikan yang memenuhi pelbagai keperluan pembelajaran MBK. Contohnya,
pakar pediatrik pula personel yang mengesan punca masalah keperluan khas kanak-
kanak. Maklumat ini amat berguna bagi guru PPI matematik untuk merancang
pengajaran pembelajaran yang bersesuaian untuk MBK.
5.0 Kesimpulan
Semua pihak perlu sedar bahawa kewujudan PPI matematik adalah satu platform
bagi MBK untuk mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik. Jadi, bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi, maka semua pihak yang terlibat dalam PPI
haruslah bertekad untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memperkasakan
pelaksanaan PPI secara terancang dan berfokus melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pendek kata, memandangkan PPI
mempunyai perkaitan dengan masa depan dan kemampuan berdikari bagi setiap
MBK, maka ia sepatutnya dijalankan dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai isu
dan cabaran dalam pelaksanaannya.

You might also like