You are on page 1of 4

Cadangan pembahagian masa untuk Kertas 1103/2 (2 jam 30 minit atau 150 minit):

Soalan 1 : Rumusan 30 minit

Soalan 2 : Pemahaman (a/b/c/d) 60 minit

Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa (a/b/c/d/e) 30 minit

Soalan 4 : Pemahaman novel (a/b) 20 minit

Menyemak Jawapan (soalan belum dijawab/kesalahan ejaan/dsb.) 10 minit

Jumlah masa : 150 minit


MENUKAR AYAT SUSUNAN BIASA KEPADA SUSUNAN SONGSANG

Keterangan menjawab soalan ini:

1. Susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang
diikuti oleh bahagian predikat selepasnya.
2. Contoh susunan ayat yang dibuat pengubahsuaian adalah seperti berikut:

Pulau batu putih kini bukan milik Malaysia lagi. (susunan biasa)
Bukan milik Malaysia lagi kini Pulau Batu Putih (susunan songsang)

3. Ayat susunan songsang juga boleh terbentuk apabila sebahagian daripada predikat,
iaitu keterangan dikedepankan. Ayat songsang seperti ini dikenali sebagai ayat songsang
terbahagi.

Predikat subjek predikat


Kini Pulau Batu putih Bukan milik Malaysia lagi
Predikat predikat Subjek
Kini Bukan milik Malaysia lagi Pulau Batu Putih

Praktis 1

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu akan dijalankan
dalam masa terdekat.
Dalam masa terdekat kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu
akan dijalankan

2. Bantuan kewangan tersebut diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat


berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh negara sebagai salah satu komitmen sosial
mereka.
Sebagai salah satu komitmen sosial mereka bantuan kewangan tersebut diperoleh
hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh
negara.

3. Saya sedang menunggu panggilan daripada Encik Ramli untuk mengetahui


persetujuan beliau bagi menggunakan kaedah itu.
Bagi menggunakan kaedah itu saya sedang menunggu panggilan daripada Encik
Ramli untuk mengetahui persetujuan beliau.

Praktis 2
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat hampir putus pergelangan tangan kiri selepas
ditetak dengan parang oleh rakan sekolahnya dalam satu pergaduhan di sini pagi
semalam.
Dalam satu pergaduhan di sini pagi semalam, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat
hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak dengan parang oleh rakan
sekolahnya

2. Keputusan itu telah menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah


yang tidak pernah kalah atau seri sejak dahulu lagi.
Sejak dahulu lagi, keputusan itu telah menamatkan rekod sembilan kemenangan
berturut-turut Kedah yang tidak pernah kalah atau seri

3. Pihak kerajaan akan meneruskan program pembangunan untuk mengenal pasti lebih
banyak pelumba berbakat.
Untuk mengenal pasti lebih banyak pelumba berbakat, pihak kerajaan akan
meneruskan program pembangunan.

Praktis 3

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Kerajaan akan mengambil sikap responsif terhadap apa-apa juga masalah yang
dikemukakan oleh rakyat menerusi laman web tersebut.
Apa-apa juga masalah yang dikemukakan oleh rakyat menerusi laman web tersebut,
kerajaan akan mengambil sikap responsif terhadapnya

2. Sheikh Muszaphar Shukor akan melakukan kerja-kerja promosi untuk meyakinkan


rakyat tentang faedah menggunakan laman web tersebut.
Untuk meyakinkan rakyat tentang faedah menggunakan laman web tersebut Sheikh
Muszaphar Shukor akan melakukan kerja-kerja promosi.

3. Kerajaan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menghantar Mejar Dr. Faiz
Khaleed sebagai angkasawan kedua negara pada tahun 2010 atau 2011.
Pada tahun 2010 atau 2011, kerajaan mempunyai keazaman yang tinggi untuk
menghantar Mejar Dr. Faiz Khaleed sebagai angkasawan kedua negara.

You might also like