You are on page 1of 3

1.

0 PENERANGAN KES

Zulkiflee Anwar Ulhaque adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus

kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman kerajaan Malaysia. Pada 10 Februari

2015, beliau ditangkap dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan.

Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang

yang sama.

Pada 3 April 2015, beliau yang juga dikenali sebagai kartunis Zunar didakwa ke mahkamah

atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan

ini adalah 43 tahun penjara. Pejabatnya di Kuala Lumpur sudah tiga kali diserbu penguasa

dan ribuan buku dirampas. Kelantangan beliau mengkritik kerajaan dan bekas Perdana

Menteri Tun Najib Razak melalui karya-karya kartun.

Kartunis Zunar juga pemenang anugerah "2016 Cartooning for Peace", telah dijemput oleh

"Cartooning for Peace Foundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10

karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei 2015. Karya bersaiz besar itu dipamerkan

di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun 2015. Antara pengunjung termasuk

bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari

Perancis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.


Di antara karya kartunis zunar yang di pamerkan di Switzerland.

2.0 KESALAHAN YANG DILAKUKAN ZUNAR

Zulkifli Anwar Ulhaque didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 3 April, 2015. Di

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kartunis berusia 53 tahun yang lebih dikenali sebagai

Zunar itu, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua sembilan pertuduhan keatas beliau

mengikut akta berkenaan. Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Akta Hasutan

1948 masih relevan dan disifatkan sebagai undang-undang paling penting dalam negara ini.

Dalam seksyen akta berkenaan dengan jelas menyatakan mana-mana orang yang melakukan

atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot

dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai

kecenderungan menghasut, atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut

merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Ini berikutan perkembangan teknologi terutama media sosial telah memberi kebebasan

kepada pengguna untuk menggunakan pelbagai aplikasi untuk menghantar, berkongsi atau

menyebar kandungan sama ada data, maklumat, gambar, pesanan, video atau teks secara
digital. Kebebasan ini juga diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menghina, atau

memperlecehkan institusi raja-raja, kerajaan, organisasi atau pun individu. Sama ada dengan

niat atau tidak, sengaja atau tidak sengaja, tindakan menghina, memfitnah dan memberikan

gambaran negatif terhadap pihak lain, boleh diambil tindakan. Apatah lagi jika ia boleh

mencetus rusuhan, kacau-bilau atau memecah-belah bangsa dan perpaduan amat bersalahan

dan perlu diatasi segera dengan pelaksanaan Akta Hasutan.

Beberapa isu dan sentimen serta insiden masa kini yang dianggap boleh mengancam

keselamatan negara sepatutnya diambil tindakan segera agar tidak merebak dan mewujudkan

rusuhan antara kaum Beberapa akta sedia ada perlu dikuatkuasakan tanpa perlu menggubal

atau meminda akta–akta baharu yang memakan masa dan perlu mendapat pengesahan di

Parlimen. Enam akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta

Pencegahan Keganasan 2015; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; Akta Kesalahan

Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

3.0 TINDAKKAN YANG DI KENAKAN TERHADAP ZUNAR

You might also like