You are on page 1of 3

Kini, kebanyakan pemaju perumahan berminat untuk membina kediaman bertingkat-tingkat seperti

rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan
pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman sedemikian? Bincangkan.

S Masyarakat kini tentu mengidamkan kediaman yang selesa dan berkualiti untuk didiami
I Pihak pemaju pula lebih menunjukkan minat terhadap reka bentuk kediaman bertingkat-
tingkat untuk memenuhi keinginan pembeli
L berdasarkan pemerhatian kerajaan, kediaman ini juga sering menghadapi masalah yang
berulang yang agak sukar untuk diatasi.
A apakah kebaikan serta keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-
tingkat?

F Kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah dapat


menjimatkan tanah
O banyak tanah telah diteroka dan dibuka untuk mendirikan kawasan petempatan atau
perumahan
C hanya beberapa bidang tanah sahaja diperlukan bagi membinanya
Ke jelaslah bahawa salah satu kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman
s bertingkat-tingkat ialah dapat menjimatkan tanah.

F dapat menyemai sifat perpaduan ialah antara kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah
kediaman bertingkat-tingkat
O Umumnya, reka bentuk rumah bertingkat-tingkat seperti rumah pangsa dilihat rumah antara
jiran sangat dekat dan tidak terpisah
C kita boleh melakukan aktiviti ziarah-menziarahi dengan lebih mudah sambil bertanyakan
khabar akan keadaan masing-masing
Ke tegaslah bahawa antara kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-
s tingkat ialah dapat menyemai sifat perpaduan.

F salah satu kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah
dapat menikmati kemudahan dan infrastruktur yang baik
O kediaman bertingkat-tingkat banyak dilengkapi dengan kemudahan yang direka untuk
memudahkan pengguna
C perkhidmatan lif telah disediakan untuk menjimatkan tenaga dan masa pergerakan dari
sesuatu tingkat menuju ke tingkat yang lain
Kes benarlah bahawa kemudahan dan infrastruktur yang baik ialah antara kebaikan pembinaan
dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat.

F terdapat keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat iaitu


risiko berlakunya bencana
O pihak pemaju tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan yang menyeluruh
C pembinaan kediaman ini seperti di kawasan geografi bertanah tinggi akan menyebabkan ia
terdedah kepada ancaman tanah runtuh
Kes terang lagi bersuluh bahawa keburukan pembinaan rumah kediaman bertingkat-tingkat
ialah risiko bencana alam.
F kesesakan penduduk merupakan antara keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah
kediaman bertingkat-tingkat
O jumlah penduduk dalam satu kediaman itu akan membentuk satu kependudukan padat
C mendatangkan pelbagai masalah seperti timbunan sampah sarap, masalah bekalan air dan
pencemaran bunyi
Kes tidak disangkal lagi bahawa salah satu keburukan pembinaan rumah kediaman bertingkat-
tingkat ialah kesesakan penduduk.

S pembinaan rumah kediaman bertingkat-tingkat mempunyai sisi baik dan buruknya


I pembinaan kediaman ini tetap mendapat permintaan dan pilihan pemaju lebih-lebih lagi di
kawasan berpendudukan padat
N setiap penduduk haruslah memandang pembinaan rumah kediaman ini daripada skop
kebaikan yang lebih luas
I rumah kediaman di Malaysia akan terus mendapat tempat dan menjadi idaman bagi setiap
pembeli rumah di negara ini.

Masyarakat kini tentu mengidamkan kediaman yang selesa dan berkualiti untuk didiami. Pihak
pemaju pula lebih menunjukkan minat terhadap reka bentuk kediaman bertingkat-tingkat untuk
memenuhi keinginan pembeli. Jadi, tidak hairanlah bahawa terdapat banyak kediaman bertingkat-
tingkat dibina pada masa kini. Selain kelihatan mewah, kediaman ini juga menjanjikan pemandangan
yang menarik dari tingkat-tingkat atas bangunan kediaman. Namun, berdasarkan pemerhatian
kerajaan, kediaman ini juga sering menghadapi masalah yang berulang yang agak sukar untuk
diatasi. Persoalannya, apakah kebaikan serta keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah
kediaman bertingkat-tingkat?

Kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah dapat menjimatkan
tanah. Kini, banyak tanah telah diteroka dan dibuka untuk mendirikan kawasan petempatan atau
perumahan. Pembinaan kawasan perumahan yang banyak menandakan lebih besar tanah
diperlukan untuk menyiapkannya. Oleh sebab itu, pihak pemaju perumahan mengalih perhatian
terhadap pembinaan rumah bertingkat-tingkat. Hal ini dapat dilihat apabila hanya beberapa bidang
tanah sahaja diperlukan bagi membinanya. Pada masa yang sama, kediaman ini mampu memuatkan
ramai penduduk di atas bidang tanah tersebut sekali gus ruang kawasan yang lain dapat dikekalkan
atau diusahakan untuk tujuan lain. Jadi, jelaslah bahawa salah satu kebaikan pembinaan dan
penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah dapat menjimatkan tanah.

Seterusnya, dapat menyemai sifat perpaduan ialah antara kebaikan pembinaan dan penyeliaan
rumah kediaman bertingkat-tingkat. Umumnya, reka bentuk rumah bertingkat-tingkat seperti rumah
pangsa dilihat rumah antara jiran sangat dekat dan tidak terpisah. Lebih-lebih lagi, komposisi
masyarakat yang tinggal berhampiran juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kelebihan ini
dapat dimanfaatkan oleh komuniti di situ untuk memupuk dan mengeratkan ikatan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum. Misalnya, kita boleh melakukan aktiviti ziarah-menziarahi
dengan lebih mudah sambil bertanyakan khabar akan keadaan masing-masing. Secara tidak
langsung, komuniti ini tidak mengambil sikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing’ ke dalam acuan hidup mereka. Justeru, tegaslah bahawa antara kebaikan pembinaan dan
penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah dapat menyemai sifat perpaduan.
Di samping itu, salah satu kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat
ialah dapat menikmati kemudahan dan infrastruktur yang baik. Tidak dinafikan lagi bahawa
kediaman bertingkat-tingkat banyak dilengkapi dengan kemudahan yang direka untuk memudahkan
pengguna. Kemudahan ini juga merangkumi aspek keselesaan dan keselamatan penduduk di situ.
Bagi aspek keselesaan, perkhidmatan lif telah disediakan untuk menjimatkan tenaga dan masa
pergerakan dari sesuatu tingkat menuju ke tingkat yang lain. Dari sisi keselamatan pula, pemasangan
kamera litar tertutup (CCTV) yang canggih berfungsi sebagai mata-mata penduduk untuk
memastikan kadar risiko jenayah berada dalam keadaan yang terkawal. Maka, benarlah bahawa
kemudahan dan infrastruktur yang baik ialah antara kebaikan pembinaan dan penyeliaan rumah
kediaman bertingkat-tingkat.

Sebaliknya, terdapat keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah kediaman bertingkat-tingkat


iaitu risiko berlakunya bencana. Rumah kediaman bertingkat-tingkat akan menghadapi risiko
berlakunya bencana sekiranya pihak pemaju tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan yang
menyeluruh. Hal ini berlaku kerana pemaju ingin menyiapkan projek pembinaan dalam jangka masa
yang terdekat dan singkat. Kesannya, pembinaan kediaman ini seperti di kawasan geografi bertanah
tinggi akan menyebabkan ia terdedah kepada ancaman tanah runtuh. Bukan sahaja kemusnahan dan
kerugian harta benda yang dihadapi, bahkan kehilangan nyawa juga akan ditanggung sekiranya
pembinaan kediaman bertingkat-tingkat tidak sesuai di kawasan-kawasan berisiko. Oleh itu, terang
lagi bersuluh bahawa keburukan pembinaan rumah kediaman bertingkat-tingkat ialah risiko bencana
alam.

Akhir sekali, kesesakan penduduk merupakan antara keburukan pembinaan dan penyeliaan rumah
kediaman bertingkat-tingkat. Disebabkan kediaman ini dibina secara bertingkat-tingkat, maka jumlah
penduduk dalam satu kediaman itu akan membentuk satu kependudukan padat. Kesesakan
penduduk akan mendatangkan pelbagai masalah seperti timbunan sampah sarap, masalah bekalan
air dan pencemaran bunyi. Secara tidak langsung, penularan wabak penyakit akan mudah untuk
menjangkiti seluruh komuniti kediaman tersebut. Bahkan, gelombang bunyi yang riuh dari kawasan
luar kediaman akan dipantulkan ke dalam rumah sekali gus menimbulkan kepekikan dan kebisingan.
Jadi, tidak disangkal lagi bahawa salah satu keburukan pembinaan rumah kediaman bertingkat-
tingkat ialah kesesakan penduduk.

Kesimpulannya, pembinaan rumah kediaman bertingkat-tingkat mempunyai sisi baik dan buruknya.
Namun, pembinaan kediaman ini tetap mendapat permintaan dan pilihan pemaju lebih-lebih lagi di
kawasan berpendudukan padat. Oleh sebab itu, setiap penduduk haruslah memandang pembinaan
rumah kediaman ini daripada skop kebaikan yang lebih luas. Mereka juga haruslah mencari jalan
penyelasaian bersama-sama untuk mengatasi masalah rumah kediaman yang mereka huni. Justeru,
rumah kediaman di Malaysia akan terus mendapat tempat dan menjadi idaman bagi setiap pembeli
rumah di negara ini.

(686 patah perkataan)

You might also like