You are on page 1of 10

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

VKMB 1011
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

DISEDIAKAN UNTUK
PN NUR ADHWAN FARAHIN BINTI SAPARUDIN
DISEDIAKAN OLEH
HANIS SYAZWANI BINTI LAH (258339)
MUHAMAD FAIZ BIN NAZERI (258126)
MOHD RAHMAD BIN ABDULLAH (257464)
NUR NAJIHAH BINTI ROZALI (258043)
TARIKH
1.0Pengenalan
Pembangunan ekonomi ialah proses pembangunan yang dilaksanakan oleh satu negara atau
daerah dalam rangka memakmurkan warganegara atau penduduk setempat. Ekonomi
pembangunan,sebagai satu bidang yang mengkaji pembangunan ekonomi di suatu Negara dan
daerah. Ekonomi juga merupakan satu perkara penting dalam sesebuah negara bagi menentukan
tahap kecekapan mentadbir sesebuah negara. Oleh itu kepentingan rakyat memainkan peranan
penting bagi menjayakan ekonomi negara di masa hadapan kelak.

Dalam Rancangan Malaysia yang kesepuluh (RMKe-10), kerajaan telah mengambil


langkah untuk menangani kemiskinan dan ketidakseimbangan sosial ekonomi.
Pelbagai program dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan B40 tanpa
mengira jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi. Antara
program B40 yang telah dijalankan ialah program sokangan untuk perniagaan mikro,
peluang perniagaan untuk peniaga luar bandar,pengluasan konsep inkubator untuk peluang
kerjaya, bantuan 1 Malaysia dan sebagainya. Di Malaysia, kerajaan telah memberikan
penekanan ke atas kepentingan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui penyediaan
akses pendidikan dan latihan, infrastruktur dan peluang pekerjaan bagi melonjakkan pencapaian
bagi semua masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah. Bagi meneruskan langkah
kehadapan, kerajaan telah memberikan tumpuan yang serius untuk memastikan peluang
pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama dapat dicapai disamping meningkatkan kesejahteraan
dan kualiti hidup seluruh rakyat. Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-
11), 2016-2020, kerajaan dengan ini akan terus memberikan tumpuan untuk
memperkukuhkan inklusiviti dan peluang yang saksama bagi seluruh rakyat Malaysia.
Kerajaan juga telah mengatur strategi dengan menumpukan perhatian bagi
meningkatkan pendapatan keseluruhan isi rumah B40 ke arah menambahbaik kualiti hidup dan
kesejahteraan rakyat. Selain itu, tumpuan juga akan diberikan untuk menangani keperluan
kumpulan sasar yang dikenalpasti dan memberi keutamaan kepada golongan
sokongan bersyarat serta berasaskan hasil sama ada di dalam konteks ekonomi atau sosial.
Manakala bantuan dan subsidi yang tidak berasaskan produktif akan dikurangkan bagi
memberi laluan kepada program penciptaan lebih banyak pemilikan
2.0 konsep

Menurut YB Sentor Dato’ Sri Wahid Bin Omar, menteri di jabatan perdana menteri maksud
golongan B40 secara ringkas merupakan golongan isi rumah yang berpendapatan purata bulanan
di bawah RM3,860.00. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah yang miskin yang
berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK
Nasional adalah RM950.00 sebulan.

Manakala bajet 2016 merupakan pelengkap ekonomi kepada golongan isi rumah berpendapatan
40 peratus terendah (B40) untuk membantu menampung kos sara hidup yang kini semakin
meningkat. Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof. Amir Hussin Baharuddin berkata, rakyat seharusnya sedar
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu memberi perkembangan
positif kepada pendapatan negara bagi tujuan pembangunan dalam aspek yang lain. Rakyat perlu
mengkaji dan memahami setiap pelaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan mampu memberi
impak positif sama ada dalam kesan jangka panjang dan pendek.“Kerajaan pastikan setiap nilai
ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan kepada negara dan rakyat. Bajet tersebut juga
dilihat sebagai salah satu bentuk pelaburan.“Walau bagaimanapun, kita perlu meningkatkan
eksport produk terutama berkaitan pertanian untuk membentuk proses pemulihan ringgit. Kita
perlu mempelbagaikan sektor ekonomi bagi meningkatkan pendapatan negara,”

Dalam Rancangan Malaysia yang kesepuluh(RMK-10)kerajaan telah mengambil lankah untuk


menangani kemiskinan dangan ketidakseimbangan sosioekonomi. Pelbagai program
dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan B40 tanpa mengira jantina, kumpulan
etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi. Antara program B40 yang telah dijalankan
ialah program sokongan untuk perniagaan mikro, peluang perniagaan untuk peniaga luar Bandar,
pengluasan konsep incubator untuk peluang kerjaya, Bantuan 1 malaysia dan sebagainya.
Kebelakangan ini Najib Tun Razak dalam Rancangan malaysia ke sebelas (RMK-11) telah
memberi tumpuan utama dalam golongan B40. Tujuannya untuk mecapai kearah golongan
pertengahan daripada golongan bawah. Dalam rancangan ini kerajaan merancang untuk
mengurangkan kadar keciciran golongan berpendapatan rendah.

3.0 Masalah

Satu perkara yang tidak boleh sesekali diabaikan ialah kesejahteraan golongan 40 peratus
berpendapatan rendah (B40). Mereka ialah golongan sasaran yang wajib dibantu. Pandangan
segelintir pihak bahawa membantu golongan sasaran menyebabkan mereka akan semakin miskin
merupakan satu pandangan yang tidak menampakkan keadaan sebenar golongan sasaran ini.
Selepas menerima pelbagai bantuan kerajaan sehingga berjaya, mereka ini menyarankan agar
golongan sasaran yang miskin ini tidak dibantu. Realitinya, kerajaan tidak boleh sesekali
mengabaikan bantuan kepada mereka yang miskin dan kategori B40.

Tidakkah kita mengetahui begitu ramai rakyat Malaysia yang berlatarbelakangkan keluarga
miskin telah dibantu sejak tahun 1970-an lagi sehingga berjaya keluar daripada kepompong
kemiskinan. Begitu ramai penuntut Malaysia yang miskin telah dibantu untuk belajar bukan
setakat di dalam negara tetapi di luar negara sehingga mereka ini berjawatan tinggi pada masa
sekarang. Jadi, membantu golongan miskin adalah tanggungjawab kerajaan. Mereka ini masih
belum boleh berdikari sebagaimana golongan yang telah berjaya pada masa ini menerima
pelbagai bantuan kerajaan suatu ketika dahulu. Kerajaan perlu terus membantu golongan sasaran
ini.

3.1 kerajaan perlu berhenti membantu mereka yang sudah kaya-raya tetapi masih
mengharapkan bantuan kerajaan dalam pelbagai bentuk.

Dalam erti kata lain, Bajet 2016 perlu menumpukan bantuan terhadap perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dan juga usahawan muda. Mereka yang telah berjaya dan memiliki syarikat-
syarikat besar perlu bertanggungjawab membantu PKS dan usahawan muda serta mereka yang
memerlukan. Bukannya masih mengharapkan pelbagai konsesi kerajaan yang akhirnya
menguntungkan sebelah pihak sahaja.
3.2 Masalah sektor-sekor utama Negara yang kurang diberi perihatian

Bantuan sewajarnya diberikan bagi membolehkan sektor-sektor utama negara yang cukup
penting semasa ketidaktentuan ekonomi seperti sektor eksport agar dapat dirancakkan pada tahap
tertinggi. Tidak kurang juga sektor pertanian yang perlu diperkasakan di samping melatih rakyat
Malaysia agar berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

3.3 Selain itu, isu pemilikan rumah mampu milik juga akan diberikan penumpuan oleh
kerajaan.

Rakyat tertunggu-tunggu apakah insentif dan inisiatif yang akan diumumkan oleh kerajaan
melibatkan isu rumah mampu milik yang merupakan isu paling dekat di hati rakyat selepas kos
sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dua isu ini dijangka menjadi topik hangat
dalam kalangan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dalam tahun-tahun akan datang
sehingga dapat dirungkai pada situasi yang tidak lagi memberi kesan ekonomi yang besar
terhadap mereka. Setakat ini, kedua-dua isu ini masih belum dapat dirungkaikan secara holistik.

DR. ROHAMI SHAFIE ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian
Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia

4.0 Halangan

4.1 Faktor dalaman melibatkan sikap dan nilai yang dipegang oleh individu.

Perubahan dalam corak pemikiran atau transformasi minda akan mempengaruhi sikap
individu. Jika minda tidak diubah terlebih dahulu, apabila kerajaan memberi bantuan
peralatan untuk menangkap ikan seperti sampan dan enjin bot, golongan ini tidak
memanfaatkannya untuk meningkatkan ekonomi isi rumah. Sebaliknya aset tersebut
dijual, diberikan kepada pihak lain atau dibiarkan terbengkalai begitu sahaja.
4.2 Golongan B40 tidak mempunyai kemahiran bagi membolehkan mereka
menjalankan aktiviti ekonomi terpilih.

Komuniti B40 boleh diberi latihan kemahiran berbentuk aktiviti ekonomi kecil-kecilan
yang tidak melibatkan teknologi tinggi yang canggih seperti menternak ikan dan lebah.

4.3 komuniti B40 serba kekurangan dalam lima jenis aset penghidupan iaitu modal
insan, modal sosial, modal fizikal, modal sumber asli dan modal kewangan. 

4.3.1 Modal insan


Modal insan merujuk kepada taraf pendidikan dan kemahiran yang
dimiliki
4.3.2 Modal sosial
keupayaan kumpulan B40 untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
sokongan daripada pelbagai pihak untuk mengubah hidup mereka.
4.3.3 Modal fizikal
merujuk kepada keupayaan untuk mendapatkan kemudahan premis,
peralatan dan bekalan elektrik bagi menghasilkan produk
4.3.4 Modal sumber asli
hasil yang hendak ditambah nilai boleh diperoleh dengan mudah oleh B40
di sekelilingnya.

4.3.5 Modal kewangan


Kekurangan modal kewangan pula memerlukan kerajaan menyediakan
bantuan dana secara mudah yang tidak memerlukan sebarang cagaran.

4.4 Sumber pendapatan tidak menentu


sumber pendapatan tidak menentu dan kebergantungan kepada sumber alam menjadikan
penghidupan golongan ini sentiasa mudah terancam. Sebanyak 64.7 peratus isi rumah
dalam kategori B40 bergantung kepada satu sumber pendapatan dan apabila berlaku
keadaan seperti kejutan ekonomi, maka golongan ini akan mudah terjejas dan terkesan
dengan insiden berikut.

4.5 Amalan tabungan di kalangan B40 rendah


Ini berikutan hasil pendapatan bermusim bagi petani padi dan harian bagi nelayan yang
tidak menentukan mengakibatkan amalan tabungan kurang diberi perhatian. Kesannya
golongan ini sentiasa terdedah dengan situasi mudah terancam.

4.6 Kegagalan golongan B40 mencari alternatif lain sebagai sumber pendapatan.
golongan ini berasa rendah diri dan terpinggir dalam masyarakat. 

4.7 golongan B40 terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.


golongan ini cuba mengurangkan bebanan ini melalui pengurangan makanan mahal,
membeli barangan di kedai jualan murah, mencatu makanan dan mengutamakan
makanan kepada anak-anak sebagai strategi berdaya tahan.

4.8 Kurangnya pekerja berkemahiran dan bernilai tambah


Tahap pendapatan bagi golongan B40 dikawasan luar bandar adalah rendah
disebabkanoleh sebahagian besar mereka ini adalah terlibat dalam sector pertanian,
perhutanan dan jugaperikanan yang mana pendapatan mereka ini adalah jauh lebih
rendah berbanding denganpendapatan nasional

4.9 Kurang keupayaan keusahawanan


Kebanyakan isi rumah golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah
terlibatdalam perusahaan kecil dan mikro. Perusahaan ini lebih tertumpu kepada sektor
yang bernilai tambah rendah contohnya seperti peruncitan, pemborongan, pembuatan
serta pengangkutan. Antara halangan utama yang sering dihadapi adalah keupayaan
mengurus dan juga bekalan tenaga mahir, akses kepada pembiayaan dan juga
pemasaran produk, kebolehan untuk mengeskploitasi bidang dan kurang kuasa
penawaran serta akses kepada inovasi dan juga teknologi. Sebahagian daripada
prosedur dan peraturan biasanya lebih memihak kepada perusahaan besar. 

4.10 Ketidakstabilan institusi keluarga


Pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk kos sara hidup menyebabkan
kebanyakan suri rumah tetrpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kos sara hidup.

4.11 penawaran dalam pekerjaan yang kurang


Penawaran dalam sektor pekerjaan yang kurang berbanding jumlah yang memohon
pekerjaan mewujudkan kepada berlakunya masalah pengangguran. Ini menyebabkan
mereka perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon, manakala mereka
yang tidak layak terpaksa mendapatkan pekerjaan lain. Bagi mereka yang berkelulusan
rendah pula tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor formal kerana tidak
berkelayakan dan tidak memiliki kemahiran.

5.0 Cabaran

5.1 Jumlah hutang isi rumah yang tinggi berbanding jumlah simpanan.

Kebanyakan golongan B40 memiliki kenderaan dan menyewa rumah. Perkara ini menyebabkan
kos sara hidup mereka menjadi lebih teruk apabila terpaksa menanggung hutang yang banyak
dalam memeuhi keperluan hidup mereka. Ini juga menyebabkan mereka terpaksa berhutang
apabila pendapatan mereka tidak mencukupi dalam menampung kos sara hidup mereka ini.

5.2 penggangguran belia lebih tinggi di Negara kita.

Perkara ini memburukkan lagi keadaan apabila sewajar belia menjadi tunjang keluarga dalam
membantu mengubah nasib keluarga.

5.3 faktor pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mengubah mentaliti anak-anak remaja
supaya lebih terdedah ilmu yang dapat membuka mentality mereka dalam memajukan Negara.
Apabila pendidikan yang diterapkan mencukupi mereka akan mempunyai kesedaran tentang peri
pentingnya dalam memajukan ekonomi diri dan Negara.

6.0 Cadangan

6.1 Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran

Ibu bapa perlu member pendidikan yang sewajarnya terhadap anak-anak mereka.pendidikan
penting kerana dapat membuka minda anak-anak dalam mengubah nasib hidup mereka daripada
terdedah dalam situasi kemiskinan.

6.2 keusahawanan .

Bagi golongan yang mempunyai minat keusahawanan,bantuan dan latihan untuk memulakan
perniagaan boleh disalurkan.Kejayaan usahawan ini seterusnya boleh menjadi pemangkin dalam
mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya membantu mengurangkan kadar pengganguran.

6.3 Pendidikan pengurusan kewangan

Pendidikan ini perlu diberikan kepada semua golongan lapisan masyarakat tentang peri
pentingnya menguruskan kewangan dengan baik.

7.0 Kesimpulan

Malaysia masih mengalami pertumbuhan ekonomi dalam keadaan semasa ekonomi kini yang
agak mencabar. Kadar kemiskinan Negara berada pada tahap yang rendah dan kemiskinan tegar
telah berjaya ditangani disamping pendapatan isi rumah terus meningkat. Walaubagaimanapun
peratusan isi rumah yang hidup di bawah garis kemiskinan adalah rendah. Isu kemiskinan
terpencil gelendangan dan kemiskinan Bandar masih wujud. Diantara golongan yang terdedah
kepada kemiskinan ialah seperti anak yatim, ibu tunggal, orang tua, orang kurang upaya dan
penghidap penyakit kronik. Selain itu,isi rumah yang berpendapatan rendah dan mempunyai
tanggung yang ramai juga mempunyai risiko yang tinggi untuk jatuh miskin sekiranya mereka
hilang punca pendapatan seperti mengalami kemalangan atau di buang kerja.keadaan menjadi
semakin rumit apabila mereka tidak mempunyai duit simpanan dan mempunyai bebanan hutang
yang banyak.Keadaan lebih buruk yang mengganggu golongan B40 ini apabila kos sara hidup
semakin meningkat dari segi makanan,perumahan,pengangkutan dan harga minyak yang tidak
menentu. Bantuan dari segi kewangan seperti zakat dan BR1M perlu diteruskan dalam
membantu golongan B40 ini. Selain itu juga kerajaan telah memberi tanggung jawab kepada
Kementerian Kesejahteraan Bandar bagi mengurus segala program bagi membantu golongan
B40 ini. Diharapkan agar pihak kerajaan akan terus memandang akan nasib golongan B40 ini
agar nasib mereka akan lebih terjamin.

You might also like