You are on page 1of 7

ARAH ALIRAN

PERDAGANGAN
MALAYSIA

Faradeeya Kamal - 5 Itqan


Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah
menggalakkan perdagangan antarabangsa.

● Nilai eksport iaitu penjualan barang dan


perkhidmatan keluaran Malaysia kepada negara
asing semakin meningkat setiap tahun
Arah aliran bagi 10 barang utama eksport Malaysia boleh dilihat
dalam jadual di bawah
Berdasarkan Jadual :

● Nilai eksport pada tahun 2016 telah meningkat 1.1%


berbanding dengan tahun 2015, iaitu daripada RM777.35
bilion kepada RM785.93 bilion.

● Peningkatan dalam nilai eksport adalah disebabkan oleh


peningkatan dalam nilai eksport barangan elektrik dan
elektronik sebanyak RM9.8 bilion, diikuti dengan
produk- produk lain sebanyak RM7.28 bilion; dan kimia
dan bahan kimia sebanyak RM3.86 bilion.

● Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai eksport


sesetengah barangan seperti gas asli cecair sebanyak
RM12.58 bilion, diikuti petroleum mentah sebanyak
RM3.81 bilion, dan barang perkilangan logam sebanyak
RM1.51 bilion.
Selain menjual barang kepada negara lain, Malaysia juga membeli
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing.
Berdasarkan jadual,
● nilai import pada tahun 2016 telah meningkat 1.9% berbanding
dengan tahun 2015, iaitu daripada RM685.79 bilion kepada
RM698.66 bilion.

● Peningkatan dalam nilai import adalah disebabkan oleh


peningkatan dalam nilai import barangan elektrik dan elektronik
sebanyak RM8.62 bilion, diikuti dengan jentera, perkakasan dan
peralatan sebanyak RM5.67 bilion, dan kelengkapan
pengangkutan sebanyak RM4.98 bilion.

● Namun, terdapat juga penurunan dalam nilai import sesetengah


barangan seperti keluaran petroleum sebanyak RM11.48 bilion,
diikuti barangan perkilangan logam, sebanyak RM4.87 bilion, dan
barangan optik dan saintifik sebanyak RM10.3 bilion.
TERIMA
KASIH

You might also like