You are on page 1of 9

NOTA RUJUKAN

Pencemaran Alam Sekitar

Oleh Mohd. Adam Fazery, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

DALAM era globalisasi ini, pencemaran alam sekitar bukanlah isu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat.
Pencemaran alam sekitar bukan sahaja dirasai oleh negara penrindustrian bahkan turut dirasai di seantero
dunia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pencemaran” bererti perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya.

Pencemaran alam sekitar dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis, antaranya termasuklah pencemaran
udara, pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran cahaya dan pencemaran bunyi.

Antara penyumbang kepada pencemaran alam sekitar ialah sikap sesetengah individu yang tidak mempunyai
kesedaran sivik. Segelintir individu mencemarkan alam sekitar dengan perbuatan membuang sampah sesuka
hati. Contohnya membuang sampah semasa di jalan raya. Perbuatan seperti ini menyebabkan timbulnya rasa
tidak selesa kepada pengguna yang lain dan menjejaskan kelestarian alam.

Selain itu, kenderaan bermotor turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Kenderaan bermotor
termasuklah motosikal, kereta, lori dan jentera sudah tentu menggunakan bahan bakar seperti petrol dan
diesel untuk berfungsi. Secara tidak langsung, kenderaan ini membebaskan gas yang berbahaya ke ruang
atmosfera bumi.

(Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa Oktober 2015)

http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?p=708
Kesan-kesan sistem pengeluaran makanan terhadap alam sekitar

1.0) Objektif
            Dalam tajuk ini, kita akan didedahkan mengenai hubungkait antara sistem pengeluaran
makanan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat
mengenai sistem pengeluaran makanan sepanjang mengumpul bahan-bahan bagi menyiapkan
laporan ini, kajian berkaitan pengeluaran bihun oleh salah sebuah kilang yang bertempat di
kawasan Bukit Kor, Marang, Terengganu  daripada syarikat PRM Foods & Marketing Sdn. Bhd.
telah dipilih untuk dijadikan sebagai tempat penyelidikan bagi mengumpulkan bahan-bahan
laporan untuk dianalisis secara terperinci. Ini kerana, kilang tersebut bukan sahaja tempat
mengeluarkan produk makanan bihun yang menggunakan sumber berasaskan beras sahaja malah
turut juga terlibat dengan penghasilan beras itu sendiri untuk dipasarkan.

            Berdasarkan analisis yang dibuat secara keseluruhannya, kilang ini tidak dilihat
mempunyai kecenderungan yang boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Ini
kerana, kilang ini baru sahaja dibuka dan mula menjalankan operasi pada tahun lepas iaitu pada
bulan September 2014. Pada peringkat usia yang masih baru ini setakat ini menjadi antara sebab
kurangnya aduan daripada orang ramai dan penduduk setempat berkaitan pencemaran alam
sekitar yang berpunca daripada kilang ini. Namun demikian, itu tidak bermakna bahawa kilang
ini tidak mempunyai risiko pencemaran. Ini kerana, terdapat banyak faktor dan kebarangkalian
yang berpunca daripada keadaan persekitaran kawasan kilang ini yang boleh terdedah kepada
pencemaran di mana apabila dilihat secara rawak keadaan luar kilang tersebut menunjukkan
banyak kawasan-kawasan bukit di sekitar kilang tersebut yang kelihatan semakin banyak ditarah
dan ditebang pokoknya.

            Oleh yang demikian, analisis kajian bagi mengaitkan pencemaran alam sekitar dengan
kilang tersebut dijadikan objektif utama penghasilan laporan ini supaya langkah-langkah
pencegahan dapat diambil dengan lebih berkesan serta riosiko pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada sistem pengeluaran makanan daripada kilang ini dapat dikurangkan. Dengan
itu, ianya akan dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan penting dalam menjaga alam
sekitar yang terdapat di kawasan berdekatan.

 2.0) Penilaian Dan Perbincangan

            Berdasarkan hasil temuramah dengan wakil pegawai kilang tersebut, proses pengeluaran
produk bihun yang dihasilkan oleh kilang tersebut mempunyai beberapa peringkat. Peringkat
yang paling asas dalam sistem ini adalah dari segi kandungan asas bahan yang digunakan dalam
menghasilkan produk tersebut. Ianya tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh
memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana sumber bahan mentah bihun adalah berasaskan
beras dan tepung yang merupakan sumber yang berasal dari tumbuh-tumbuhan seperti padi dan
gandum yang mana, ianya sangat diyakini dari sudut pengiktirafan halal dan kandungan bahan
kimia yang diproses kerana sumber utama produk makanan ini kebanyakan berasal dari tumbuh-
tumbuhan yang biasa dimakan oleh penduduk setempat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa
aspek yang perlu dibincangkan berkaitan pencemaran alam sekitar yang perlu dikaitkan dengan
penghasilan produk bihun ini. Antara aspek pencemaran yang perlu diteliti dalam konteks ini
adalah punca-punca pencemaran, jenis-jenis pencemaran serta kesan dan akibat pencemaran.

2.1) Punca-Punca Pencemaran

            Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada berlakunya sesuatu
pencemaran di sesebuah kawasan. Antaranya ialah berpunca daripada sikap individu dan
tindakan penguatkuasaan dalam sesebuah organisasi. Dalam aspek ini, setiap orang mahupun
organisasi tidak kira samada yang masih baru mahupun yang  berpengalaman, masing-masing
tidak dapat terlepas daripada sebarang kelemahan yang berkaitan dengan sikap dan tabiat buruk.
Ini kerana setiap tindakan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan sepanjang melalui proses
penghasilan produk di sesuatu tempat termasuk di kilang ini sangat bergantung kepada tahap
disiplin dalam mematuhi peraturan berkaitan ciri-ciri kebersihan dan keselamatan yang perlu
diikuti. Walaupun usia kilang ini masih baru dan tidak terdapat tanda-tanda yang melibatkan
perbuatan yang boleh membawa kepada pencemaran, namun sikap dan tindakan manusia yang
mempunyai keupayaan yang terhad sangat berisiko untuk menyebabkan berlakunya kesilapan
dan kesalahan sehingga menyebabkan mereka mudah terjebak kepada perlanggaran peraturan
serta sikap yang tidak baik sekaligus menyebabkan mereka mudah untuk melakukan perkara-
perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada alam sekitar.

Selain itu juga, pembangunan dan pembukaan tanah yang tidak terancang juga boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran. Dalam konteks ini, perbuatan pembukaan tanah untuk
pertanian dapat dikaitkan dengan proses sistem pengeluaran makanan melalui kilang dan syarikat
yang dikaji ini. Ini kerana, produk bihun yang dikeluarkan oleh syarikat perkilangan ini yang
bersumberkan beras merupakan sumber utama hasil keluaran kilang ini dimana ianya sangat
bergantung kepada aktiviti pertanian yang menjadi punca kepada sumber pendapatan syarikat
kilang tersebut. Sekiranya, pembukaan tanah untuk aktiviti penanaman padi bagi memenuhi
keperluan kilang ini tidak dikawalselia dengan baik, ini akan memberi kesan kepada pencemaran
alam di sekitarnya kerana, pembukaan tanah yang tidak terancang akan memberi risiko kepada
penebangan hutan yang tidak terkawal dimana ianya akan menyebabkan berlakunya banyak
hakisan tanah di kawasan bukit dan hutan berdekatan dek kerana aktiviti penebangan hutan yang
berleluasa dimana ia akan memberi kesan kepada bencana alam di kawasan sekitarnya.

Disamping itu juga, pencemaran juga boleh berpunca daripada pembakaran secara
terbuka. Dalam konteks ini, pembakaran dari sudut yang berkaitan dengan sistem pengeluaran
makanan adalah lebih kepada pembakaran sampah serta sisa buangan daripada kilang tersebut.
Walaupun tidak terdapat bukti bahawa kilang tersebut melakukan pembakaran secara terbuka,
namun itu tidak bermakna bahawa tidak akan berlaku perkara sedemikian di kawasan kilang
tersebut. Ini kerana, pembakaran terbuka boleh berlaku dengan sangat mudah sekiranya langkah-
langkah berhati-hati dalam mengendalikan sisa buangan kilang tidak dititikberatkan. Tambahan
pula, terdapat banyak kes pembakaran hutan terbuka yang merebak dengan cepat yang berlaku
hanya bermula daripada api yang sangat kecil seperti api dari punting rokok yang dibuang
merata-rata.

Selain itu juga, pencemaran juga boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Ini
dapat dilihat melalui penggunaan kenderaan ketika berulang alik melakukan perpindahan sumber
bahan mentah, serta hasil produk ke tempat-tempat seperti tempat pembekal dan pemborong.
Dalam konteks ini, jumlah kenderaan yang digunakan serta kadar kekerapan penggunaan
kenderaan seperti lori perlu dilihat kerana pelepasan asap kenderaan tersebut yang kerap kali
digunakan boleh memberi kesan kepada pencemaran udara di kawasan sekitarnya. Dengan yang
demikian, maka adalah perlu dalam sesebuah organisasi itu untuk prihatin terhadap keadaan
kualiti udara disitu supaya ianya tidak menjejaskan imej organisasi tersebut.

2.2) Jenis-Jenis Pencemaran

            Dalam konteks umum, jenis-jenis pencemaran boleh dibahagikan kepada empat perkara
iaitu pencemaran tanah, pencemaran air, pencemaran udara serta pencemaran bunyi. Berdasarkan
penelitian hasil daripada penyelidikan di kawasan kilang ini, secara umumnya terdapat risiko
bahawa kilang ini juga mudah terdedah kepada pencemaran.

            Dari sudut aspek pencemaran tanah, ianya melibatkan hakisan tanah. Ini kerana
pencemaran tanah yang berkaitan dengan operasi kilang ini adalah lebih kepada pembuangan
sampah yang tidak teratur di kawasan sekitarnya serta hakisan tanah di kawasan bukit yang
terkesan oleh pembukaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian. Selain itu juga,
pencemaran air juga boleh berlaku. Ini kerana kilang tersebut dibina di kawasan bukit yang
mempunyai banyak hutan dan sungai. Oleh yang demikian, terdapat kebarangkalian untuk
berlakunya pencemaran air pada sungai di kawasan sekitar boleh berlaku disebabkan hakisan
tanah yang akan menyebabkan air sungai mudah untuk berkeladak dan menjadi cetek.

            Disamping itu juga, pencemaran udara juga boleh berlaku sekiranya terdapat banyak
pelepasan gas dan asap kenderaan di kawasan sekitarnya. Maka dengan itu, adalah perlu bagi
kita untuk mengenalpasti jenis pencemaran yang manakah yang paling mudah berlaku yang
berkaitan dengan operasi pengeluaran makanan daripada kilang ini. Ini akan memudahkan bagi
kita serta mana-mana individu atau organisasi yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti
langkah-langkah serta tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut.

2.3) Kesan Dan Akibat Pencemaran

            Terdapat banyak kesan dan akibat yang buruk yang boleh berlaku disebabkan masalah
pencemaran ini. Antaranya adalah kesan kepada suhu di kawasan sekitarnya. Suhu persekitaran
akan meningkat yang akan mengakibatkan keadaan cuaca dan taburan hujan akan menjadi tidak
menentu sekaligus akan mudah untuk menyebabkan berlakunya bencana alam yang sukar
dijangka. Selain itu juga, peningkatan suhu alam sekitar akan menyebabkan mudah berlakunya
pemanasan global yang memberi kesan kepada pokok serta tumbuh-tumbuhan semulajadi. Di
samping itu juga, pencemaran juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit yang boleh
menjejaskan kualiti kesihatan manusia yang tinggal di sekitarnya. Penyakit yang berpunca dari
pencemaran boleh berlaku disebabkan pencemaran yang berpunca dari pencemaran air, udara
dan tanah. Antara penyakit yang biasa berlaku adalah lelah atau sesak nafas, pening dan
sebagainya yang boleh berpunca daripada keadaan udara yang kotor dan berdebu. Selain itu,
kesan dan akibat pencemaran juga boleh menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan disamping
memberi kesan kepada keindahan alam sekitar yang akan menjadi semakin pudar disebabkan
pencemaran tersebut dimana akibatnya akan memberi imej buruk kepada kawasan setempat.

 3.0) Cadangan Dan Tindakan

            Dalam mencari jalan penyelesaian mengenai permasalahan berkaitan isu alam sekitar,
terdapat beberapa cara serta tindakan yang sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu inisiatif
pencegahan dalam menjaga alam sekitar dari segala jenis pencemaran. Oleh yang demikian,
terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam menyusun langkah-langkah serta
tindakan susulan bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku oleh penduduk setempat.
Dalam sesebuah kawasan yang sedang membangun dari pelbagai aspek ekonomi, tanggungjawab
menjaga alam sekitar perlu diambil perhatian oleh semua pihak dalam memastikan setiap aktiviti
pembangunan yang dijalankan sentiasa berjalan dengan lancar disamping mendapat maklum
balas serta kerjasama dari pelbagai pihak baik dari pihak kerajaan, masyarakat, mahupun
golongan pelajar. Oleh itu, terdapat bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai tindakan
yang perlu diambil dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan alam sekitar, cadangan dan
tindakan yang sesuai dapat dijelaskan dalam bentuk tiga aspek iaitu aspek perundangan, aspek
penjagaan serta pencegahan dan juga aspek penyelidikan.

3.1) Aspek Perundangan

            Dalam mengetengahkan cadangan serta tindakan berkaitan alam sekitar, terdapat akta
yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang di Negara ini iaitu Akta Kualiti Alam
Sekililing 1974 (Akta 127) adalah satu akta yang berkaitan dengan mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan apa sahaja maksud yang berkaitan
dengannya. Penglibatan dari pihak kerajaan, swasta dan masyarakat keseluruhannya berkaitan
Rang Undang-Undang ini dapat mengelakkan salah faham berhubung pertembungan yang
berlaku antara pembangunan Negara dengan perlindungan alam sekitar. Dalam konteks
keberkesanan peruntukan perundangan ini, masih lagi terdapat isu-isu berkaitan alam sekitar
yang seolah-olah belum selesai terus menjadi perbualan. Isu seperti ini banyak bergantung
kepada pengetahuan terhadap kewujudan undang-undang mengenai alam sekitar serta kefahaman
berkaitan peruntukan yang ada. Semua pihak yang terlibat dengan aktiviti yang mempunyai
kemungkinan keadaan yang boleh menjejaskan alam sekitar perlu tahu tentang semua
perundangan yang berkaitan dengan bidang mereka. Bagi memudahkan pihak yang berkaitan
agar lebih peka tentang peruntukan tambahan atau undang-undang kecil yang berkaitan, seorang
pegawai perlu ditugaskan untuk memastikan perkembangan dalam perundangan lebih selaras
dengan aktiviti yang dijalankan (Shamsyddin Suhor ,2003).
  Menurut Shamsyddin Suhor (2003) dalam artikelnya bertajuk Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127): Peranan dan Keberkesanan Peraturan, Perintah dan Kaedah-kaedah
di Bawahnya, Rang Undang-undang ini merupakan suatu perundangan yang baru dan pastinya
ada kelemahan dan kekurangannya di sana sini dan kemungkinan ada perkara yang terlepas
pandang dan ada perkara yang tidak terlintas dalam perkiraan ketika itu. Walaubagaimanapun
hal yang berkaitan itu akan sentiasa dipantau dan dikemaskinikandari semasa ke semasa. Ini jelas
dengan apa yang telah berlaku terhadap Akta 127 sejak ia dikuatkuasakan dengan beberapa siri
pindaan yang telah dilakukan.

            Selain itu, keupayaan dalm bentuk kecekapan dan kepakaran kakitangan penguatkuasaan
juga perlu dititikberatkan. Ini kerana, peruntukan seperti ini adakalanya memerlukan kepakaran
dan kemahiran yang tinggi dalam pengendalian peralatan dan ujian tahap pencemaran. Ini
berdasarkan kepada kes sebelum ini yang pernah berlaku yang perlu dijadikan iktibar dimana ia
menunjukkan ada berlakunya pencemaran yang jelas tetapi disebabkan faktor teknikal, maka
pihak yang melakukan perlanggaran tidak dapat disabitkan kesalahannya. Oleh sebab itu, semua
kakitangan dalam semua bahagian atau cawangan yang terlibat dengan segala jenis aktiviti
penguatkuasaan serta pentadbiran secara keseluruhannya harus cekap dan mahir serta
berpengetahuan tinggi dalam tugas masing-masing disamping peraturan dan perintah di bawah
akta yang merupakan gabungan perundangan dan teknikal serta pelaksanaannya memerlukan
sumber manusia yang berkelayakan. Walaubagaimanapun, keperluan kakitangan dengan
kecekapan yang tinggi berserta kecanggihan peralatan membawa isu pembiayaan. Disebabkan
itu, kedudukan kewangan yang kukuh sangat diperlukan selain keperluan sokongan masyarakat
dan pihak berkuasa dalam melaksanakan peruntukan dan perundangan ini yang mampu
menjamin keberkesanan dan kejayaan dalam menangani isu alam sekitar.

3.2) Aspek Penjagaan

            Dalam konteks penjagaan, aspek ini lebih banyak menekankan peranan masyarakat
dalam menjaga alam sekitar dari segala jenis dan bentuk pencemaran dimana ianya berkait rapat
dengan sikap bersungguh-sungguh serta rasa tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ini
dengan penuh displin dan komitmen yang tinggi.

            Sebagai salah seorang anggota masyarakat yang prihatin dengan penjagaan alam sekitar,
banyak perkara serta langkah yang kita boleh lakukan dalam mengambil tindakan yang sesuai.
Walaupun mungkin terdapat beberapa kekangan atau halangan seperti kekangan dari segi
perundangan, penguatkuasaan, kekurangan maklumat dan sebagainnya, namun itu tidak boleh
dijadikan alasan bagi kita untuk tidak mengambil peduli mengenai keadaan pencemaran yang
berlaku di sekeliling kita. Ini kerana, sikap dan komitmen dalam menjaga alam sekitar itu
bergantung kepada pilihan kita sendiri dalam berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian
bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku serta sentiasa tegas dalam mempertahankan
prinsip yang harus dipegang berhubung penjagaan alam sekitar seperti prinsip ‘mesra alam’ yang
harus kita tunjukkan dengan tegas kepada golongan pemaju terutama kepada mereka yang tidak
mengambil berat soal pencemaran dan kebersihan alam sekitar.

            Menurut Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin (2013) dalam artikelnya Peranan


Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar, beliau menyatakan pencemaran yang berlaku
secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil kajian
yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian pencemaran terutamanya
pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis
haiwan mahupun najis manusia. Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah
disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya
yang mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan
oleh penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan
daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan
tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.

            Oleh yang demikian, penjagaan alam sekita perlu merangkumi secara keseluruhannya
termasuk aspek pembuangan sisa pepejal dan sistem kumbahan yang merupakan antara faktor
utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Selain itu juga, orang ramai serta
masyarakat juga perlu sentiasa menjaga kebersihan baik di dalam mahupun di luar rumah
masing-masing terlebih dahulu. Ini kerana apabila sikap ini sentiasa menjadi amalan yang
bermula dari rumah masing-masing, ia akan berakar umbi dalam diri masing-masing sehingga
membentuk kesedaran yang tinggi kepada setiap anggota masyarakat dalam sama-sama
membantu menjaga alam sekitar dengan lebih baik. Penjagaan kebersihan seperti ini boleh
merangkumi sistem saliran dan perparitan serta apa sahaja sistem yang dapat mencegah
berlakunya bencana alam yang tidak diingini seperti banjir, hakisan tanah, tanah runtuh dan
sebagainya.

            Menurut Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin (2013) lagi dalam artikelnya Peranan
Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar, misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di
Johor pada tahun lepas telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu
sebanyak RM1 bilion hanya untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan asas yang rosak akibat
banjir tersebut. Ia jelas merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang
besar hanya untuk membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik
sekiranya kita dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti
untuk tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.

            Oleh itu, sebagai salah seorang anggota masyarakat yang bertanggugjawab, hendaklah
kita sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta prihatin dengan apa jua bentuk pencemaran
yang berlaku agar langkah dan tindakan yang sesuai dapat diambil dengan lebih awal sebelum
ianya menjadi semakin teruk.

3.3) Peranan Media


            Media merupakan saluran yang sangat penting dalam menyampaikan maklumat. Peranan
media dalam konteks ini boleh meliputi media tempatan atau luar negara seperti media
elektronik, media cetak, media sosial, dan sebagainya. Selain itu juga, media juga sangat penting
dalam mendidik dan memberi kesedaran mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar dan
pencemarannya yang berlaku dalam memastikan orang ramai mendapat maklumat yang cukup
dan benar-benar sahih dan tepat mengenai berita-berita berkaitan pencemaran alam sekitar.

            Dalam aspek penyelidikan dan kajian, media memainkan peranan yang sangat penting
dalam menyalurkan maklumat tepat mengenai kadar serta tahap pencemaran yang berlaku di
sesebuah kawasan. Ini kerana media mempunyai pelbagai peringkat tapisan bagi memastikan
penilaian mengenai isu-isu alam sekitar yang diketengahkan benar-benar telus dan memenuhi
syarat-syarat kesahihan sesuatu fakta dan bahan yang digunakan dalam menyampaikan
maklumat tersebut kepada orang ramai. Selain itu juga, maklumat melalui media juga sangat
berguna kepada orang ramai untuk mencari kebenaran dan fakta-fakta berkaitan dengan mudah
dan cepat terutama bagi golongan pelajar serta golongan yang mempunyai keupayaan yang agak
terbatas dalam mendapatkan sesuatu maklumat yang lebih terperinci. Disini disertakan lampiran
beberapa gambar sebagai bahan-bahan laporan berkaitan kajian yang dibuat mengenai kilang
bihun di kawasan Bukit Kor, Marang, Terengganu semasa menemuramah salah seorang wakil
pegawai daripada syarikat PRM RICE VERMICELLI (M) SDN. BHD., iaitu Encik Pauzi Jusoh,
ketua pegawai operasi di kilang berkenaan.

4.0) Kesimpulan

            Berdasarkan penelitian yang dibuat secara keseluruhannya sepanjang melakukan kajian


berkaitan isu-isu pencemaran alam sekitar dalam tempoh menyiapkan laporan ini, dengan ini
dapatlah disimpulkan bahawa semua pihak perlu bekerjasama dan bersama-sama berganding
bahu dalam membendung masalah ini. Ini bagi memastikan setiap proses pembangunan yang
dijalankan benar-benar selari dengan keperluan masyarakat disamping dapat menjamin
pemeliharaan alam sekitar dengan lebih berkesan agar semua pihak dapat hidup di alam ini
dengan selamat, selesa dan bersama-sama menikmati keindahan alam semulajadi dengan lebih
tenang dan tenteram.  

 
5.0 ) Rujukan

1) http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7756-peranan-masyarakat-dalam-menyelamatkan-
alam-sekitar 

2) Shamsuddin Suhor (2003) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127): Peranan dan Keberkesanan
Peraturan, Perintah dan Kaedah-kaedah di Bawahnya [Online].
Available:http://www.ukm.my/juum/JUUM%202003/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling%20%28full%29.pdf
3) Modul ABXM1103 Manusia, Masyarakat dan Budaya, Edisi Ketiga, November 2010.

4) http://ir.uitm.edu.my/3350/1/LP_AHMAD_FAISAL_ALIAS_05_24.pdf

https://dokumen.tips/documents/assignment-isu-semasa-completedocx.html

http://www.ikim.gov.my/index.php/2008/06/17/peranan-masyarakat-dalam-menyelamatkan-alam-
sekitar/

You might also like