You are on page 1of 4

Kaunselor : Selamat pagi saudari.

Klien : Selamat pagi.

Kaunselor : Adakah saudari selesa dengan kedudukan sebegini?

Klien : Saya tarik kerusi ke hadapan sedikit.

Kaunselor : Baiklah ,cikgu akan perkenalkan diri terlebih dahulu, nama cikgu ialah
cikgu Pavitra dan saudari boleh panggil saya Cikgu Pavi.

Klien : Nama saya Anita.

Kaunselor : Anita, nama yang sedap didengari. Dulu semasa zaman persekolahan
cikgu pernah ada kawan bernama Anita. Orangnya sangat baik ,manis dan peramah.
Sama seperti saudari juga.

Klien : Terima kasih, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, Anita. Terima kasih kerana sudi datang sini. Apa khabar Anita
hari ini?

Klien : Baik, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, sebelum kita memulakan sesi kaunseling, cikgu akan


terangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu proses perhubungan
bersemuka antara individu yang didatangi masalah dengan seorang profesional
terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan memberi pertolongan dalam
menyelesaikan masalah.

Klien : Baiklah.

Kaunselor : Peranan saya ialah mendengar apa yang Anita ingin katakan ,dan
peranan anita sebagai klien adalah menceritakan masalah yang dihadapi kepada
saya ,saya juga berharap apa yang Anita ceritakan adalah cerita yang benar supaya
matlamat sesi ini akan berjaya.

Klien : Ok.

Kaunselor : Anita tidak perlu risau bahawa apa yang saudari sampaikan kepada
saya akan diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi
rahsia antara saya dan anita sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang anita
sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh memudaratkan diri
anita dan orang lain.

Klien : Baiklah.

Kaunselor :Baik,Anita.Matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian
terhadap masalah yang saudari hadapi dan segala tindakan atau keputusan yang
diambil adalah ditentukan oleh anita sendiri dan anita perlu bertanggungjawab pada
keputusan itu dan saya di sini hanya lah sebagai pembimbing.

Klien : Baiklah cikgu. Saya faham.

Kaunselor : Boleh kita mulakan sesi kaunseling?

Klien : Boleh, cikgu.

Kaunselor:Tak apa, saudari boleh mulakan bila dah rasa bersedia.( Penjelasan)

Kaunselor : Sekarang, beritahu cikgu apa masalah yang merunsingkan fikiran Anita
sejak kebelangkan ini?

Klien : Saya betul-betul bingung sekarang. Mak dan ayah hari-hari bertengkar
dan terus bertengkar, tak pernahpun ambil peduli tentang saya; hidup ke mati ke
sayani...dalam masa yang sama saya perlu terus tinggal bersama mereka.
Itulah...ikut hati nak lari aje, tapi sayang pula saya punya 'study' kat sekolah ni.

Kaunselor : ( Angguk kepala)Kalau begitu, masalah pertengkaran di antara ibu bapa


Anita yang merungsingkan fikiran Anita ke?

Klien : Ya, cikgu.

Kaunselor : Anita benar-benar kebingungan sekarang.(Prafrasa)

Klien : Yalah...mana tak bingung, orang lain ada ibu bapa juga tapi tak adalah
asyik nak bergaduh, ambil peduli juga tentang anak mereka......(mula menangis
teresak-esak)

Kaunselor : Hmm...cikgu dapat rasakan Anita bukan saja bingung tapi sedih dengan
situasi ini, bukan? (Refleksi perasaan dan pertanyaan tertutup)

Klien : (Senyap dan terus menangis teresak-esak)


Kaunselor : (Selepas beberapa ketika). Ok....Anita benar-benar bingung dan sedih
sekarang. Hmm...mungkin Anita boleh jelaskan lagi apa agaknya yang benar-benar
membingungkan awak? (Soalan terbuka)

Klien : Yalah cikgu...saya bingunglah cikgu. Bingung dalam membuat pilihan


antara nak terus tinggal dengan mak dan ayah yang tak pedulikan saya atau lari
saja dari rumah!!

Kaunselor : Cikgu dengar Anita benar-benar kecewa dengan sikap mak dan ayah.
Tadi saudari ada menyatakan mereka bergaduh setiap hari, tidak ambil peduli
terhadap Anita...tapi mungkin anita boleh jelaskan lagi kerana cikgu belum betul-
betul mengerti apa agaknya yang membuatkan Anita kecewa terhadap mereka
(Pertanyaan terbuka)

Klien : Iyalah...pertamanya mereka sibuk sangat bekerja dan terus bekerja.


Kemudian balik ke rumah ada saja dipertengkarkan tentang masalah duitlah, rumah
bersepahlah, siapa nak bayar bil dan macam-macam lagi.

Kaunselor : Teruskan

Klien :Pendek kata kalau mereka tak bertengkar, tak sah....sepatutnya


mereka tanyalah Nadia dah makan ke....kerja rumah saya dah
buatke...apake...dahlah saya anak tunggal! Bagi saya, sikap diorang ni sikap tak
ambil pedulilah....tak sayanglah kat anak!

Kaunselor :Anita sebenarnya boleh memilih untuk terus berada dalam keadaan
sedih atau berusaha untuk menyatupadukan keluarga anda. Saya percaya adalah
amat rugi jikalau Anita terus meninggalkan keluarga tersayang itu. Nanti, siapa akan
jagakan Anita dan uruskan keperluan Anita ? Cikgu tahu Anita budak yang bijak dan
setiap keputusan yang diambil oleh Anita tidak akan kecewakan mana- mana pihak.

Klien : Saya rasa saya perlu cuba berbaik-baik dengan kedua-dua ibu bapa
saya. Dah lah orang lain katakan tiada yang lebih besar dan penting melainkan ibu
bapa kandung kita.

Kaunselor : Baiklah, Anita. Lari dari rumah saja tidak akan memberi sebarang
penyelesaian kepada masalah Anita. Keselamatan saudari tidak akan terjamin
sekiranya Anita mengambil keputusan sedemikian? Lagi pun Anita masih bersekolah
lagi dan memerlukan sokongan ibu bapa . Segala keputusan yang diambil perlulah
Anita ambil secara sukarela dan selepas berfikir dengan baik. Cikgu harap Anita
tidak akan membuat keputusan yang boleh menjejaskan masa depan Anita dan
kebahagian keluarga Anita. Adakah Anita ingin meneruskan sesi kaunseling ini,
adakah Anita ingin berkongsi apa – apa lagi?

Klien : Tidak, cikgu.

Kaunselor : Cikgu harap awak boleh terima kenyataan. Bila usia kita meningkat
dewasa, kita mesti berfikiran terbuka. Sebenarnya pengalaman yang awak lalui
inilah yang membantu awak menjadi lebih matang. Selalulah berdoa agar hubungan
awak dengan ibu dan bapa sentiasa erat dan baik. Kalau begitu, Anita boleh balik ke
kelas. Sekiranya Anita ada apa- apa masalah lagi, Anita boleh jumpa saya bila- bila
masa sahaja. Pintu bilik cikgu sentiasa terbuka untuk Anita.

Klien : Terima kasih, cikgu

Kaunselor: Sama- sama. Cikgu harap Anita akan berjaya dalam kehidupan pada
masa kelak nanti.

You might also like