You are on page 1of 2

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


JTW 103 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
SIDANG AKADEMIK 2015/2016
TUGASAN SET A

LAMPIRAN TUGASAN – SET A

Soalan A1

Datuk Kassim Kassan ialah seorang ahli perniagaan yang amat berjaya. Beliau adalah tuan
punya tunggal Syarikat KK Enterprise. Selepas kematiannya keseluruhan Syarikat KK
Enterprise telah diwarisi oleh anak tunggalnya Dr Kamal. Dr Kamal ialah seorang doktor
perubatan dan beliau sangat tidak berminat dalam urusan perniagaan. Beliau berniat untuk
menjual perniagaan tersebut. Dr Kamal telah menghantar surat tawaran kepada seorang
jutawan Mr Chong pada 1 Mei 2005 yang berbunyi “Saya berminat untuk menjual Syarikat
KK Enterprise kepada tuan dengan harga RM5.5 juta dengan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Pindah milik ini hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan.


(b) Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.
(c) Semua pekerja syarikat hendaklah dikekalkan.

Jika Mr Chong bersetuju dengan tawaran ini, sila nyatakan penerimaan tuan secara
bertulis. Tawaran ini adalah terbuka kepada Mr Chong sehingga 14 Mei 2005 pukul 4
petang. Selepas tarikh dan masa tersebut, saya andaikan Mr Chong sudah tidak berminat
dengan tawaran ini.”

Pada 14 Mei 2005 pukul 8.30 pagi, Mr Chong telah menghantar penerimaannya melalui
faks yang berbunyi “Surat tuan bertarikh 1 Mei 2005 adalah dirujuk. Saya bersetuju dengan
semua syarat-syarat yang pihak tuan tetapkan, walau bagaimanapun persetujuan
pembelian saya adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(a) Pihak penjual hendaklah menyelesaikan segala hutang sebelum pindah


milik dilaksanakan.
(b) Taksiran harta hendaklah dilakukan oleh Tetuan Rahul & Co.”

Faks ini telah di terima oleh isteri Dr Kamal pada pukul 8.35 pagi, 14 Mei 2005. Beliau
terlupa untuk menyerahkannya kepada Dr Kamal sehinggalah pada 16 Mei 2005. Dalam
pada itu, apabila Dr Kamal tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Mr Chong, beliau
telah menjual Syarikat KK Enterprise kepada Mr Lee pada 15 Mei 2005.

Nasihatkan Mr Chong samada beliau boleh membuat tuntutan ke atas Dr Kamal bersabit
dengan kemungkiran kontrak.

-1-
Soalan A2

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan beberapa peraturan untuk membolehkan


institusi mahkamah menjalankan tanggungjawab tanpa rasa takut atau pilih kasih. Hakim-
hakim adalah dilantik dari kalangan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan
undang-undang yang mendalam oleh YDP Agong atas nasihat Perdana Menteri. Struktur
hierarki Mahkamah-Mahkamah di Negara ini telah melalui beberapa perubahan.

(a) Sila huraikan tentang perubahan-perubahan struktur hierarki mahkamah Malaysia


dari sebelum kemerdekaan sehinggalah kepada yang terkini. Kemudian, berikan
gambar rajah hierarki mahkamah sebelum Januari 1987, sehingga Jun 1994 dan
yang terkini.

(b) Terangkan bidang kuasa mahkamah-mahkamah yang terdapat di Malaysia pada hari
ini.

Soalan A3

Undang-Undang boleh dikelaskan kepada undang-undang awam dan undang-undang


persendirian. Undang-undang awam dan undang-undang persendirian ini pula boleh
dipecahkan kepada berbagai jenis undang-undang lagi. Buat gambar rajah berkaitan kelas
dan jenis undang-undang ini serta berikan huraian terperinci berkaitan dengan kelas dan
jenis undang-undang tersebut.

Soalan A4

Suatu kontrak agensi boleh wujud melalui pelantikan nyata (express appointment),
pelantikan tersirat (implied appointment), secara keperluan (necessity), secara estopel
(estoppel) dan secara ratifikasi (ratification). Huraikan dengan terperinci bagaimanakah
pembentukan kontrak agensi boleh berlaku secara ratifikasi. Berikan seksyen-seksyen
serta kes-kes yang berkaitan sebagai sokongan huraian anda.

Soalan A5

Apakah yang anda faham mengenai istilah-istilah syarat (condition), waranti (warranty) dan
priviti kontrak (privity of contract) dalam konteks undang-undang jualan barangan.
Nyatakan seksyen-seksyen dan kes-kes yang berkaitan?

DR. CHE SUPIAN MOHAMAD NOR


Pengurus Kursus JTW 103

-2-

You might also like