You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Sejauh manakah pemahaman kita tentang morfologi? Apakah morfologi itu merupakan
ilmu yang menggunakan Bahasa Melayu tinggi-tinggi, yang kata-katanya bombastik dan
sukar difahami? Atau apakah ia ilmu yang hanya dipelajari oleh para intelek dan bijak
pandai? Kemahiran dalam bidang morfologi amat dituntut terutama bagi pendidik jurusan
bahasa Melayu. Pendidik berkarisma mampu menyampaikan hujah, cadangan dan
pembelajaran yang berkesan dalam kalangan muridnya. Guru berkarisma mampu
menyelesaikan isu-isu dalam pendidikan dengan penuh yakin berpandukan pelbagai
rujukan. Jika ditelusuri, dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai sistem. Menurut Bloch dan Trager dalam
Permulaan Ilmu Linguistik, (Arbak, 1983) bahasa di dunia mempunyai sifat-sifat umum yang
terdiri daripada bunyi, struktur, sistem, makna dan arbitrari. Sistem bahasa dapat dilihat
daripada sistem sebutan, sistem ejaan, sistem kata, tatabahasa dan laras bahasa. Dengan
in, morfologi akan membincangkan aspek-aspek bahasa Melayu agar kita dapat menguasai
bidang komunikasi dan penulisan dengan baik sekaligus mencapai kritea guru berkarisma.

2.0 PENGENALAN MORFOLOGI


Sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang cabang-cabang ilmu morfologi,
adalah wajar untuk kita mentelaah terlebih dahulu makna di sebalik perkataan ini. Secara
amnya, istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu morphology. Istilah
morphology terbentuk daripada dua unsur iaitu morpho dan logy. Morpho
membawa pengertian bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu,
apabila digabungkan morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata.
Morfologi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2005 ialah  kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan.
Selain itu, ia juga bermaksud kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu.

Mengambil pandangan Lyons (1970), beliau mendefinisikan morfologi sebagai


bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Nik Safiah Karim dan rakan –
rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (2004:43) berpendapat bahawa
morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut
menjadi unit bahasa yang bermakna. Manakala Abdullah Hassan juga ada menyatakan
definisi morfologi dalam bukunya Linguistik Am (2007: 117), morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan

2
ialah morfem dan kata. Dapat disimpulkan di sini ialah morfologi ialah bidang dalam ilmu
bahasa yang mengkaji perkataan. Aspek perkataan yang dikaji meliputi struktur atau bentuk
perkataan serta pembentukannya dan aspek golongan kata.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem. Morfem
bererti unit yang terkecil dalam tatabahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Contohnya, pandai, rajin, selalu dan sebagainya.

 2.1 PENGENALAN MORFEM BEBAS DAN MORFEM TERIKAT

Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas
ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan wujud secara bersendirian.
Morfem bebas dapat disamakan dengan kata tunggal, iaitu bentuk kata yang mempunyai
makna dan dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan. Contoh morfem bebas ialah Azmida,
menawan, duduk dan sebagainya.

Manakala morfem terikat ialah unit tatabahasa yang terkecil dan mempunyai fungsi
tatabahasa apabila bentuk tersebut bergabung dengan sekurang-kurangnya satu morfem
bebas, iaitu kata tunggal. Oleh itu, morfem terikat dapat disamakan dengan imbuhan.
Contohnya, akhiran-an tidak dapat berdiri sendiri, tetapi apabila digabungkan dengan
perkataan makan, ianya dapat menghasilkan perkataan makanan.

3.0 PENGENALAN BENTUK KATA

Kata ialah bentuk bahasa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila
berada pada intonasi yang sesuai, dan mengandungi maksud atau mesej yang lengkap.
Misalnya, bentuk seperti lari, duduk, siapa, bila dan lain-lain merupakan unsur bahasa yang
terkecil dan mengandungi makna. Sebagai unsur morfologi, kata merupakan unsur bahasa
yang digunakan untuk membentuk kata lain seperti:

Kata terbitan,
Kata ganda,
Kata majmuk

Kata tunggal

3
Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu. Bentuk kata boleh
terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Kata ialah unit makna paling
kecil dalam bentuk bebas. Hal ini bermakna, semua kata ialah morfem, manakala tidak
semua morfem dikategorikan sebagai kata.

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang
tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan
kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku
kata, kata tunggal tiga suku kata dan kata tunggal empat suku kata atau lebih. Di samping
itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan seperti ini,
itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk menjadi
bentuk terbitan. Terdapat beberapa contoh di bawah berkenaan jenis-jenis kata-kata
tunggal.

Kata Tunggal Satu Suku Kata


POLA CONTOH
KV Ya
KVK Cat
KVKK Teks

Kata Tunggal Dua Suku Kata


POLA CONTOH
V+KV Aku
VK+KVK Empat
KVK+KVK Bintang

Kata Tunggal Tiga Suku Kata


POLA CONTOH
KV+V+KV Cuaca
VK+KV+KV Asrama
KVK+KVK+KV Gelombang

Kata Tunggal Empat Suku Kata Atau Lebih


POLA CONTOH
KV+KV+VK+KV Keluarga
KVK+KV+KV+KV Bendahari

4
KV+KV+KV+KV+KV+KV Maharajalela

4.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Terdapat beberapa cara dalam bahasa Melayu untuk membentuk sesuatu perkataan.
Perkataan merupakan unit yang terdiri daripada satu bentuk bunyi bahasa atau gabungan
beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap unit perkataan berbentuk bebas dan mengandungi
makna. Bentuk kata ialah susunan, gandingan atau binaan satu morfem atau beberapa
morfem dalam proses pembentukan kata. Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan
perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada
satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Unsur-unsur yang mendirikan kata
adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal
sebagai morfologi.

Proses pembentukan kata ialah cara sesuatu perkataan dibina. Dalam bahasa Melayu,
kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses tetapi tiga bentuk kata lain mengalami proses
pembentukan tersendiri iaitu proses pengimbuhan bagi membentuk kata terbitan, proses
pemajmukan bagi membentuk kata majmuk, dan proses penggandaan bagi membentuk
kata ganda. Proses pembentukan kata yang bersifat derivatif ini dapat menghasilkan banyak
perkataan melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam
sesuatu bahasa itu. Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa
Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan bahasa-bahasa yang bersifat fleksibel.
Perkataan juga dapat diterbitkan daripada penggandaan kata dasar, sama ada
penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Contohnya,
lelaki, mencari-cari dan sebagainya.

Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem
atau morfem yang benar- benar baharu. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada
pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan
peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya
bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia
ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan
tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya. 

 4.1 PROSES PENGIMBUHAN

Di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim
menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini

5
melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem
terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah
bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada
bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada
kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata terbitan berawalan
(hadir sebelum kata dasar), kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar), kata
terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar) dan akhir sekali ialah kata terbitan
bersisipan (hadir dicelah kata dasar).  

AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN


KATA NAMA bawa- makan- cerai-penceraian kuning-kemuning
pembawa makanan
KATA KERJA kerja-bekerja garis-gariskan warna- jajah-jelajah
mewarnakan
KATA ADJEKTIF cantik- melayu- sambung-sinambung
-
tercantik kemelayuan

 4.2 PROSES PENGGANDAAN

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses
yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan
berentak.

JENIS PENGGANDAAN CONTOH


Penggandaan penuh sekolah-sekolah, baju-baju
Penggandaan separa jejari, pepohon, sesiku
Penggandaan berentak bantu-membantu, setinggi-tinggi

 4.3 PROSES PEMAJMUKAN

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang


merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang
khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak
boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk

6
kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan
kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk
dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

JENIS PEMAJMUKAN CONTOH


Kata majmuk rangkai kata bebas guru besar, campur aduk
Kata majmuk istilah khusus segi tiga, deria rasa
Kata majmuk kiasan atau simpulan bahasa kaki ayam, anak emas

 4.4 PROSES PENGAKRONIMAN

Akronim tergolong dalam kata tunggal. Pada dasarnya, akronim terbentuk melalui proses
yang disebut pengakroniman. Pengakroniman ialah proses yang menggabungkan sama ada
awal suku kata atau huruf awal suku kata dengan suku kata rangkaian kata sehingga
lahirnya perkataan baharu yang diucapkan sebagai perkataan yang utuh. Terdapat empat
jenis pengakroniman iaitu:

Cantuman huruf awal perkataan dalam rangkaian


Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia)
kata
Cantuman suku kata awal sejumlah perkataan
Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)
Cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan
Mara (Majlis Amanah Rakyat)
Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
bahagian lain perkataan yang mengikutinya Jenama (Jenis nama)

5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, penguasaan dalam bidang morfologi mampu meningatkan kemahiran kita


sebagai seorang guru yang mengajar subjek bahasa Melayu. Pengetahuan yang mendalam
dapat menjadikan pendapat guru sebagai hujah yang tidak boleh disangkal lagi dan
seterusnya menambah perasaan hormat orang lain terhadap guru. Oleh itu, guru berkarisma
hendaklah terus menuntut ilmu sepanjang masa kerana ilmu itu tidak terhad dan boleh
diperoleh dari pelbagai sumber. Karisma berkait rapat dengan hubungan antara guru dan
pelajar. Sekiranya guru tidak mempunyai karisma yang tinggi, maka akan berlaku
kelonggaran dalam proses komunikasi yang menjurus kepada masalah perhubungan yang

7
keruh. Justeru, dalam menelusuri abad ke-21, kesedaran yang tinggi perlulah dipupuk agar
sifat karisma sentiasa dalam atma seorang pendidik.

BIBLIOGRAFI

A. Hassan (2005). Rencana linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Hassan (2007). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS

A. Hamid (2001). Bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.
Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam

8
Bahari, A., & Ibas, M. (2001). Bahasa Melayu. Pearson Education.

Chaer, A. (2009). Sintaksis bahasa Indonesia: pendekatan proses. Rineka


Cipta.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005) Bangi: Utusan Printscorp Sdn. Bhd.

Kridalaksana, H. (1993). Kamus linguistik. Jakarta: Gramedia Pustaka


Utama.

Lyons, J. (1970). New horizons in linguistics, Volume.

Nik Safiah Karim et al. (2014). Teks STPM Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Tatabahasa Dewan. (2011). Dewan Bahasa dan Pustaka.

       

You might also like